KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
nt 204-657 5500
Jalan Bukit Gambir nl +04686 2500
11700 Pulau Pinang Laman Web http://ipnpp.moe.gov.my
Rujukan Kami: JPNPP (KUR) 600-1/1/JId.10( 7%)
Tarikh: 05 OKTOBER 2021
‘Semua Sekolah Negeri Pulau Pinang
Tuan,
PEMAKLUMAN PROGRAM PEMERKASAAN PELAKSANAAN — KURIKULUM.
(KPMPerkasaKU)
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat KPM.600-30/1/13(32) bertarikh
29 September 2021 adalah dirujuk.
2. Bersama-sama ini dipanjangkan surat dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
{OZAIDI BIN ABU HASSAN )
rah Pendidikan,
Sektor Pembelbjaran
blp Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
sk
| Pangarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
|i Pejabat Pendicikan Daerah Timur LauV/Barat Daya/Seberang Peral Selatan’ Seberang Perai Utera/Seberang Perai
Tengah
‘Sila catatkan rujukan jabaten in! apabila berhubungKETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
Director-General of Education Malaysia
ARAS 8, BLOK E8, KOMPLEKS E
Level 8, Block E8, Complex E
5 Goverment Administrative Cente Tet 03 anad 77
UTRAJAYA Laman Web: www.moe.gov.my
Ruj. Kami: KPM.600-3/1/13 (32.)
Tarikh t 4 September 2021
“Taser |
indagy
fairer |
ipmare
ae
teh
PEMAKLUMAN PROGRAM PEMERKASAAN PELAKSANAAN KURIKULUM
(KPMPerkasaKU)
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa KPM amat prihatin dengan pembelajaran murid yang
mungkin terjejas akibat penangguhan sesi pengajaran dan pembelajaran secara
bersemuka dalam tempoh yang agak lama bagi membendung penularan pandemik
COVID-19. Sebagai usaha merapatkan jurang pembelajaran yang berlaku, KPM
telah melancarkan Program Pemerkasaan Pelaksanaan _Kurikulum
(KPMPerkasaKU) mulal 1 September 2021 sehingga 28 Februari 2022 yang
melibatkan semua murid (Tahun 1 hingga Tingkatan 5). KPMPerkasaKU telah
dilancarkan pada 30 Ogos 2021.
3. Bagi memenuhi matiamat tersebut, KPM mengambil langkah untuk
melaksanakan beberapa strategi dalam pelaksanaan KPMPerkasaKU, yang
antaranya ialah Strategi Pengukuhan dan Pengayaan, Pemugaran Literasi dan
Numerasi, Pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta menyediakan sebuah
platform repositori bahan sokongan pengukuhan dan pengayaan sekolah rendah dan
menengah yang dikenali sebagai SumberKU. Repositori SumberKU boleh diakses
melalui pelantar DELIMa KPM.
4. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan, intipati pelaksanaan
KPMPerkasaKU adalah seperti berikut:
i. pengenalpastian tahap kandungan asas kurikulum yang telah
dilaksanakan;
ii. pelaksanaan Catch-Up Plan mulai pada 1 September 2021 sehingga
November 2021 yang bertujuan untuk menyelesaikan kandungan asaskurikulum menggunakan pelbagai strategi seperti pendekatan bertema,
modular,pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran terbeza atau
‘simulasi amali (virtual lab);
iii, pelaksanaan Pentaksiran Billk Darjah (PBD) secara berterusan
sepanjang proses PdPR atau PDP dan melengkapkan pelaporan
akhir PBD (penilaian tahap penguasaan murid) pada November 2021;
dan
iv. pelaksanaan Catch-Up Plan (murid Tahun 1 sehingga Tingkatan 4)
mulai 2 Januari 2022 sehingga 28 Februari 2022 mengikut kumpulan
tahap penguasaan murid:
a. tidak mencapai Tahap Penguasaan 3 (TP1 - TP2): pelaksanaan
program intervensi, dan
b. mencapai Tahap Penguasaan 3 (TP3 - TP6): pelaksanaan
program pengayaan, pengukuhan atau program khas
kecemeriangan.
5. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan_ diminta
memaklumkan pelaksanaan program KPMPerkasaKU kepada semua pegawal di
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah di bawah
pentadbiran YBhg Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan. Perincian program KPMPerkasaKU
boleh diakses melalui portal DELIMa di pautan http://sumberku.moe-dl.edu.my/.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini
amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Saya yang menjalankan amanah,
Det Zone
Ya
(DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI ABDOL HAMID)