Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEJARAH SMK BAHANG

SMK Bahang merupakan salah sebuah sekolah menengah di negeri Sabah  yang

terletak di daerah Penampang. SMK Bahang ditubuhkan pada bulan Disember 1994

dan dibuka secara rasminya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun

Abdul Razak , yang ketika itu menjadi Menteri Pendidikan Malaysia , dengan moto

"Bersama Merealisasikan Kecemerlangan Pendidikan". Pada awal pembinaannya,

sekolah ini mempunyai 24 buah bilik darjah.

Pada hari pertama pembukaan, enam buah bilik darjah digunakan untuk memuatkan

272 orang pelajar dengan sebilangan pelajar PMR lulusan dari sekolah lain

ditempatkan di sini untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan 4. Kelas

pendidikan khas telah ditubuhkan pada Januari 1995.

SMK Bahang terletak berhampiran dengan ibu kota Kota Kinabalu . Pelajar SMK

Bahang dikenali sebagai ‘Budak Bahang’, tetapi sebilangan mereka lebih suka

nama Bahangite , iaitu nama samaran untuk pelajar SMK Bahang.

Sekolah ini dinamakan sempena Kampung Bahang, yang terletak berhampiran

dengan Kampung Koidupan dan KDCA (Kadazan Dusun Cultural

Association). Majoriti pelajar, termasuk kakitangan, berasal dari Penampang dan

sebahagian dari mereka berasal dari Putatan , Luyang dan berhampiran dengan

daerah Kota Kinabalu . SMK Bahang terletak di antara Bandar

Donggongon dan Kota Kinabalu .

Beberapa tahun kemudian, sekolah ini berkembang sehingga berlaku pertambahan

bilangan kelas menjadi 36 buah bilik darjah untuk kegunaan pelajar menengah

rendah dan atas serta empat buah bilik darjah untuk pelajar pendidikan khas. Pelajar

menengah rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) mempunyai 24 bilik darjah,


dibahagikan kepada lapan kelas untuk setiap gred; bermula dari Wawasan,

Perdana, Bestari, Cemerlang, Dinamik, Dedikasi, Prihatin, dan Lestari. Pelajar

menengah atas (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5) mempunyai 12 bilik darjah, disusun

berdasarkan bidang pengajian, termasuk sains tulen, sains sukan, kemanusiaan,

dan seni. Bilik darjah dibahagikan kepada enam kelas untuk pelajar Tingkatan 4 dan

Tingkatan 5; Sains, Sains Komputer, Akaun, Sains Sukan, Perdana, Bestari, dan

Cemerlang. SMK Bahang mempunyai lapan makmal sains iaitu makmal Kimia,

Biologi dan Fizik.

Pada 31 Disember 2004, SMK Bahang mengalami tragedi kebakaran di tingkat atas

bangunan blok A. Ini merupakan kejadian kali kedua yang berlaku selepas

kebakaran kali pertama yang pada tahun 2002. Namun, ini tidak menghalang sesi

persekolahan tahun 2005 berjalan seperti biasa. Makmal komputer, makmal sains

dan kantin sekolah digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar

Tingkatan tiga memulakan sesi mereka sejauh 200 meter di SK Bahang

Penampang.

Rumah sukan sekolah ini diberi nama sempena nama dan warna batu permata. 

SMK Bahang mempunyai empat rumah sukan iaitu:

 Delima (merah)

 Zamrud (hijau)

 Intan (kuning)

 Nilam (biru)

Senarai Pengetua

You might also like