Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Nama : NG SHI YONG

No. Kad Pengenalan :030401-01-1091 No. Pusat/Angka Giliran:……………………

970/1 2021 STPM

SENI VISUAL SEMESTER 1


KERTAS 1: APRESIASI SENI VISUAL
(Satu Jam)
UJIAN DIAGNOSTIK 1

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon: Untuk Kegunaan


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA ANDA DIBENARKAN pemeriksa
BERBUAT DEMIKIAN.
Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tulis jawapan dalam. Bahagian A
Ruang yang disediakan. 1
Jawab dua soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua
soalantetapi hanya dua jawapan pertama yang akan diperiksa. 2
Jawab satu soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab
semua soalantetapi hanya satu jawapan pertama yang akan diperiksa. 3

Untuk menjawab soalan Bahagian B dan Bahagian C, anda 4


dikhendaki menggunakan helaian jawapan. Mulakan setiap jawapan pada p
5
helaian jawapan yang baharu dan sususn jawapan anda mengikut tertib
berangka. Ikat helaian jawapan anda bersama-sama dengan dengan kertas 6
soalan ini.
7

Jumlah

Untuk Kegunaan
pemeriksa
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak. Bahagian A

UJIAN DIAGNOSTIK - STPM 970/1 1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
2
[Lihat sebelah
3
SULIT*
4
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.
Bahagian B
MS 1 / 6

Bahagian C
1. Huraikan aspek berikut dalam seni visual :
a. Perekaan
Perekaan ialah reka bentuk atau ciptaan yang mempunyai fungsi, kreativiti dan nilai
estetik yang dihasilkan oleh pandai tukang. Contohnya, komukikasi visual, reka bentuk
teknologi dan reka bentuk persekitaran.
[2]
b. Pengkaryaan
Pengkaryaan ialah karya atau objek yang mempunyai makna, kreativiti dan nilai estetik
yang dihasilkan oleh pelukis.
[2]
2. Mengapa media elektronik lebih popular dan luas penggunaannya berbanding media
konvensional?

Hal ini kerana media konvensional hanya boleh dibuat di atas permukaan yang terhad seperti
permukaan kain, papan dan kertas manakala persembahan media elektronik dinamik, inovatif,
bebas dan tidak terikat dengan sesuatu bentuk. Selain itu, proses penghasilan media
konvensional adalah lama kerana dilakukan secara manual dengan menggunakan tangan
manakala proses penghasilan media elektronik adalah cepat kerana menggunakan teknologi
komputer dan internet. Di samping itu, media konvensional kurang menarik perhatian orang
ramai kerana hanya menggunakan cat air atau minyak dan berus manakala media elektronik
lebih menarik perhatian orang ramai kerana menggunakan teknik animasi dan transaksi teks.

[6]

Gambar 1

MS 2 / 6
3. Berpandukan Gambar 1 diatas, huraikan elemen komunikasi visual yang terdapat dalam
pembungkusan makanan tersebut.

i. Mempunyai teks
Teks merupakan elemen utama dalam gambar 1. Teks juga memberi maklumat berkenaan
gambar itu. Dalam gambar 1, Terdapat teks utama iaitu “CHICKATEES” , “CHICKEN
FLAVOUR CORN SNACKS” dan “20 C RRSP” yang berkaitan dengan produk makanan
tersebut ialah produk yang mempunyai perasa ayam dan mempunyai 20 bungkus kecil di
dalamnya.
[3]
ii. Berwarna
Warna memberi peranan penting sebagai penyeri dalam sesebuah gambar dan boleh memberi
makna. Warna yang digunakan dalam gambar 1 ialah warna biru, kuning, merah, jingga, dan
putih. Warna kuning terdapat pada teksnya dan juga gambar ayam tersebut, warna jingga,
merah dan putih juga terdapat pada teksnya serta manakala warna biru dijadikan sebagai warna
latar gambar tersebut.

[3]
iii. Visual
Ilustrasi dan grafik dapat membantu menjelaskan kepada umum tentang maklumat yang
ingin disampaikan. Visual yang berwarna juga boleh menarik perhatian penonton atau
pelanggan dari aspek psikologi. Sebagai contoh, gambar ayam yang berwarna kuning itu
dapat menarik perhatian pelanggan untuk membelinya serta memberi maklumat tentang
produk makanan ringan itu mempunyai perasa ayam.
[3]

4 . Jelaskan tiga peranan komunikasi visual sebagai penyampai maklumat yang berkesan.

a. Memberi panduan
Komunikasi visual ini dapat memberi maklumat terkini dan juga penunjuk arah sesuatu tempat atau
arah. Contohnya, papan tanda jalan raya, iklan, poster dan sebagainya.
[3]
b. Memberi peringatan
Komunikasi visual dapat memberi peringatan kepada pengguna jalan raya seperti di kawasan
kemalangan, zon had laju, lintasan kereta api, kawal penggunaan gula dan lain-lain.

c. Cepat mendapat maklumat


MS 3 / 6
Maklumat dapat disampaikan dengan pantas melalui surat khabar, radio, televisyen dan secara terus
melalui internet serta telefon dan papan iklan di tempat yang strategik.
[3]

5. Huraikan pengertian seni visual dari aspek yang berikut:

(a) Kebudayaan

Kebudayaan ialah amalan dalam kehidupan individu atau masyarakat setempat dalam bentuk
pakaian, makanan dan pekerjaan tradisional.Contohnya pakaian tradisi kaum dan juga makanan
tradisi bagi semua kaum seperti baju melayu, nasi lemak dan lain-lain.

[2]
(b) Sosiologi

Sosiologi ialah kaijian sistematik tentang masyarakat dan tingkah laku sosial.

[2]
(c) Hiasan Dalaman

Hiasan dalaman merupakan satu perancangan dan penyusunan ruang untuk menghias rung dalaman
dengan mementingkan aspek fungsi, cita rasa dan tabiat pengguna. Hiasan dalaman terdiri daripada
elemen semula jadi dan buatan manusia.

[2]

Gambar 2

6. Merujuk kepada Gambar 2, reka bentuk produk Arne Jacobsen yang dihasilkan dalam tahun 1957
berjudul Egg Chair . Jelaskan tiga kehebatan kerusi berkenaan.

i. Warna menarik
Warna merah yang cerah itu boleh dilihat dengan jelas dan terang dari jarak yang jauh. Warna itu
juga dapat menarik perhatian audien untuk membelinya kerana cantik.
[2]

MS 4 / 6
ii. Dapat digunakan dengan selesa
Egg chair ini adalah selamat untuk digunakan kerana mempunyai strategik yang kukuh. Bahagian
belakang kerusi yang bersandar itu dapat menjadikan pelanggan selesa apabila menggunakannya
kerana lembut dan bersesuaian dengan bentuk badan manusia.
[2]
iii. Ciptaan yang terbaru
Egg chair tersebut adalah salah satu nama baru dalam ciptaan kerusi pada masa itu. Reka bentuknya
yang unik itu berjaya menarik perhatian penonton atau pelanggan. Kerusi ini juga direka dan
dihasilkan kerana idea yang kreatif.
[2]

Gambar 3

7. Merujuk kepada Gambar 3, Huraikan tiga elemen utama reka bentuk hiasan dalaman yang digunakan
dalam perekaan ruang tamu berkenaan.

a. Pemilihan warna
Pemilihan warna adalah sangat penting untuk reka bentuk hiasan dalaman kerana warna boleh
menimbulkan persaan yang dapat mempengaruhi suasana persekitaran. Dalam gambar 3, pemilihan
warna hijau itu dapat menimbulkan kesan kontra dalam ruang tamu itu. Warna hijau itu juga dapat
menimbulkan suasana segar, sejuk dan selesa kepada pemilik rumah tersebut.Warna hijau juga
dapat menarik perhatian orang yang melihatnya.
[3]
b. Aksessori

MS 5 / 6
Akessori amat penting untuk reka bentuk hiasan dalaman. Aksessori termasuklah aksessori alam
semula jadi seperti pokok bunga atau gubahan bunga dan juga aksessori buatan manusia seperti
perabot yang diperbuat daripada batu, kayu atau besi. Berdasarkan gambar 3, terdapatnya saiz
perabot yang bersesuaian. Terdapat juga banyak aksessori dalam gambar 3 seperti sofa kerusi pasu
dan lain-lain.
[3]
c. Pencahayaan
Cahaya amat penting dalam kehidupan, kerana tanpa ibarat hidup dalam kegelapan.
Berdasarkan gambar 3, terdapat kesan pencahayaan semula jadi iaitu cahaya matahari. Sinaran
cahaya matahari itu masuk melalui pintu cermin lut sinar adalah bersifat sementara mengikut
peredaran waktu. Udara yang segar juga dapat masuk ke dalam rumah dari luar juga dapat
membantu mempengaruhi keselesaan pengguna.
[3]

KERTAS SOALAN TAMAT

MS 6 / 6

You might also like