Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PETIKAN BERITA

Saya (Nama) melaporkan dari TV(Agathis / Angsana)

KUNAK, 15 Julai - Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan


sering dinaiki air digalakkan supaya sentiasa berjaga-jaga berikutan
hujan lebat pada masa ini. Setakat ini beberapa buah kampung di
daerah Kunak telah dinaiki air. Antaranya termasuklah Kampung
Pangi, Kampung Sungai Atas dan Kampung Kunak Jaya.

Penduduk kampung tersebut dinasihati supaya sentiasa


berwaspada dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa.
Utamakanlah keselamatan diri dan hargailah nyawa. Berpindahlah
segera jika diarahkan berbuat demikian dan simpanlah dokumen
penting di tempat yang selamat.

Kanak-kanak pula dinasihati agar tidak bermain air. Ibu bapa


hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak kerana “malang tidak
berbau”.

You might also like