Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

4.

0 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah didefinasikan sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu terutamanya


yang bersistem atau biasa.

Kajian pula merupakan kegiatan mengkaji sesuatu isu berdasarkan data, maklumat
secara terperinci yang telah dikumpulkan dalam satu jangka masa tertentu.

Oleh itu, kaedah kajian bermaksud satu cara yang bersistem dalam mengkaji sesuatu
isu secara terperinci.

Bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian , sampel kajian , instrumen
kajian , cara pengumpulan data dan cara menganalisis data.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan satu pelan tindakan yang memperlihatkan secara
terperinci bagaimana sesuatu kajian dibentuk atau dihasilkan. Reka bentuk kajian juga
perlulah jelas agar keseluruhan kajian dapat difahami.

Kajian ini berbentuk tinjauan. Kajian tinjauan adalah satu kaedah mengumpul
maklumat dengan menyediakan beberapa sampel soalan untuk diberikan kepada beberapa
orang individu di kawasan yang hendak dikaji. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk
mengkaji Pasar Tamu Kering Spaoh sebagai alat pemangkin kepada integrasi dan perpaduan
dalam kalangan penduduk di Kampung Spaoh , Spaoh , Betong , Sarawak.

4.2 SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian adalah proses pemilihan elemen – elemen dalam populasi kajian yang
bertujuan untuk mewakili populasi sesebuah kajian. Penyelidik perlu mengenal pasti sampel
kajian yang akan dipilih. Dalam kajian ini , seramai 30 orang responden telah dipilih untuk
menjawab soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik dan 5 orang informen untuk di
temu bual. Responden dan informen yang dipilih adalah dari kalangan penduduk di kawasan
yang dikaji.

4.3 INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen kajian bermaksud alat – alat yang digunakan untuk mengumpul data yang
dikehendaki dalam sesuatu kajian penyelidikan yang dilakukan. Antara alat yang sering
digunakan dalam penyelidikan sesuatu kajian ialah soal selidik , temubual , pemerhatian dan
cara pengumpulan data.

4.3.1 SOAL SELIDIK

Soal selidik adalah sesuatu alat yang digunakan dalam sesuatu kajian untuk
memenuhi objektif dan persoalan kajian. Soal selidik hendaklah mempunyai kesahan,
kebolehpercayaan , dan praktikal. Dalam kajian ini, penyelidik memilih 30 orang responden
untuk menjawab soalan di borang soal selidik yang telah disediakan. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan maklumat supaya objektif dan persoalan kajian tercapai.

4.3.2 TEMUBUAL

Kahn dan Cannell ( 1957 )( dalam Marshall & Rosmann ) mendefinisikan temubual
sebagai “ perbualan dengan bertujuan” ( conversation with a purpose ). Tujuan utama
temubual adalah untuk mendapatkan maklumat yang khusus. Mengikut Patton ( 1990 ) pula ,
temubual dilakukan apabila penyelidik hendak mengetahui apa yang ada dalam minda
seseorang. Temubual boleh digunakan sebagai strategi keseluruhan pengumpulan data kajian
atau salah satu daripada teknik yang digunakan dalam kajian. Penyelidik telah memilih 5
orang informen yang terdiri daripada ketua kampung, 2 orang peniaga yang berniaga dan 2
orang pengunjung yang berkunjung ke Pasar Tamu Kering Spaoh , Betong , Sarawak.

4.3.3 PEMERHATIAN

Pemerhatian didefinasikan sebagai perbuatan memerhati dan mengamati sesuatu.


Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan pemerhatian di Pasar Tamu Kering Spaoh.
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian selama 3 hari. Tujuan pemerhatian adalah untuk
mengumpul maklumat dan melihat sendiri keadaan di lokasi kajian.

4.4 CARA PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data merupakan satu teknik atau cara yang dilakukan oleh penyelidik
untuk mengumpulkan data yang telah diperoleh untuk menjalankan kajian. Pengumpulan data
bermaksud suatu pertanyaan tentang sifat , keadaan dan kegiatan tertentu.

4.4.1 DOKUMENTASI

Dokumentasi berasal daripada “dokumen”. Dokumen ialah surat bertulis atau bercetak
yang penting. Dokumentasi adalah cara untuk mengumpulkan data dengan cara mengambil
data daripada sumber bahan yang sahih seperti maklumat dari individu , buku , majalah dan
internet.

4.4.2 SOAL SELIDIK

Soal selidik merupakan sesuatu alat yang digunakan untuk memenuhi objektif dan
persoalan kajian dalam sesuatu penyelidikan. Soal selidik hendaklah mempunyai kesahan ,
kebolehpercayaan dan praktikal. Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada
seramai 30 orang responden untuk mengumpul maklumat mengenai kajian yang hendak
dijalankan.

4.4.3 TEMU BUAL

Kahn dan Cannel (1957)( dalam Marshall & Rossman ) telsh mendefinasikan “temu
bual” sebagai “perbualan dengan tujuan” ( conversation with purpose ) . Temu bual
dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang khusus . Mengikut Patton (1990) pula, temu
bual dilakukan apabila penyelidik hendak mengetahui apa yang terdapat dalam minda
seseorang. Temu bual boleh dijadikan sebagai strategi keseluruhan pengumpulan data atau
sebagai salah satu teknik yang digunkan dalam kajian. Pengkaji telah menemu bual 5 orang
responden yang terdiri daripada ketua kampung, 2 orang peniaga yang berniaga dan 2 orang
pengunjung yang berkunjung ke Pasar Tamu Kering Spaoh untuk mendapatkan maklumat
berkaitan dengan Pasar Tamu Kering sebagai alat pemangkin kepada integrasi dan
perpaduan dalam kalangan penduduk di Kampung Spaoh , Spaoh , Betong , Sarawak.

4.4.4 PEMERHATIAN

Pemerhatian menurut Kamus Dewan Edisi Keempat didefinasikan sebagai perbuatan


memerhati dan mengamati sesuatu. Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan
pemerhatian di Pasar Tamu Kering Spaoh. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian selama 3
hari iaitu pada 3 , 5 dan 9 Februari 2019. Tujuan pemerhatian dilakukan adalah untuk
mengumpul maklumat dan melihat sendiri keadaan di lokasi kajian iaitu Pasar Tamu Kering
Spaoh , Spaoh , Betong ,Sarawak.

4.5 CARA ANALISIS DATA

Analis data merupakan cara bagaimana penyelidik mengolah data dengan menyusun
data yang diperolehi dengan lebih teratur. Salah satu cara yang digunakan untuk menganalisis
data ialah dengan menggunakan skala likert. Skala likert digunakan untuk mendapatkan
penilaian , persepsi , dan persetujuan responden tentang sesuatu persoalan. Skala jawapan
pilihan adalah dalam bilangan angka ganjil Iaitu : 3/4/5/7/9. Dalam kajian ini, penyelidik
telah menggunkan angka 5 dalam skala likert. Statistik huraian juga amat penting dalam
menganalisis data untuk menjelaskan ciri – ciri sampel berkenaan. Statistik huraian
membolehkan penyelidik membuat satu organisasi data , merumuskan data dan
menghuraikan cerapan bagi sesuatu sampel atau populasi.

Skala Perkara

1 Sangat Tidak Setuju ( STS )

2 Tidak Setuju ( TS )

3 Tidak Pasti ( TP )

4 Setuju ( S )

5 Sangat Setuju ( SS )

You might also like