Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

HUBUNGAN MEDIA YANG DIAMALKAN

DIGI

Pemasaran produk adalah elemen utama dalam pengaliran dan pembentukkan produk syarikat.
Digi telah melaksanakan teknik pemasaran dengan pengaplikasian komunikasi dan pemantapan
sebagai elemen yang penting dalam penyebaran produk. Digi telah menggunakan kedua-dua
jenis media massa iaitu media cetak dan elektronik, ia telah banyak membantu pelanggan
mengenali Digi dan menaikan imej dan reputasi Digi di mata masyarakat.

Digi telah menggunakan kaedah mesra pelanggan dengan menyebarkan iklan atau maklumat
berbentuk cetakan seperti mengiklankan di majalah-majalah hiburan, majalah korporat, surat
khabar, risalah dan poster. Pada zaman teknologi ini, terdapat juga majalah dalam talian. Oleh
itu, orang ramai boleh melihat iklan itu secara langsung apabila membaca bahan-bahan tersebut.
Di samping itu, Digi juga ada menggunakan ‘standee’ yang akan dipaparkan di hadapan premis-
premis perniagaan sebagai pengenalan terhadap promosi yang diadakan. Pada siaran televisyen
dan radio, Digi ada menaja beberapa rancangan di stesen-stesen yang terlibat. Ini akan
menaikkan nama Digi apabila rating rancangan tersebut naik.

Jika ada promosi istimewa atau pun ulang tahun syarikat, Digi akan mengadakan sebuah majlis
atau acara. Digi akan menjemput wartawan-wartawan dari majalah, surat khabar, radio dan
televisyen untuk membuat liputan tentang majlis yang diadakan dan disiarkan bagi radio dan
televisyen, dan di cetak bagi majalah dan surat khabar. Dalam masa yang sama, mereka juga
akan siarkan secara langsung dalam talian. Di samping itu, Digi juga akan menjemput blogger,
youtuber dan artis terkenal ke majlis itu. Mereka akan memaparkan dan menyebarkan di media
sosial ( seperti Facebook dan Instagram ) tentang majlis yang diadakan. Secara langsung,
pengikut mereka di media sosial itu akan mendapat maklumat tentang Digi.

Digi juga telah menaik taraf laman web rasmi mereka dengan mengoptimunkan kemudahan
kepada pelanggan seperti pelan yang ditawarkan, pembayaran bil secara dalam talian, pembelian
aksesori secara dalam talian dan aduan. Melalui kaedah sebegini, ia telah melonjakkan imej Digi
setanding dengan rangkaian-rangkaian yang lain.
Digi juga telah mengunakan televisyen sebagai salah satu saluran maklumat kepada
pelanggannya. Sebagai contoh iklan yang menggunakan mascot kuning berada di mana-mana, ia
menunjukkan bahawa rangkaian Digi meluas di seluruh negara. Pada musim perayaan pula, Digi
akan menyiarkan iklan raya yang menyampaikan mesej bahawa rangkaian Digi akan
menyatukan hubungan walaupun berada jauh diperantauan. Penyampaian melalui televisyen juga
tidak terhad di kaca tv, terdapat juga siaran tv dalam talian.

MCDONALDS (tambah info)

Mcdonalds adalah satu perniagaan yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Ini adalah
kerana maklumat dan informasi yang meluas yang disebarkan samada di media tradisonal
mahupun media baru.

Mcdonalds juga masih menggunakan media tradisional seperti iklan di televisyen, radio, majalah
dan akhbar tempatan. Setiap kali ada promosi terbaru di Mcdonalds, pasti ada iklan yang
dikeluarkan di televisyen. Di samping itu, Mcdonalds juga ada menyebarkan iklan melalui
majalah dan surat khabar. Jika ada promosi tertentu, Mcdonalds juga ada selitkan juga risalah di
majalah dan surat khabar.

Seperti Digi, Mcdonalds juga ada menganjurkan juga majlis-majlis dengan menjemput wartawan
majalah, pihak stesen televisyen, selebriti terkenal dan sebagainya. Dengan cara itu, mereka
dapat menyebarkan maklumat dan informasi tentang majlis itu, di samping memperkenalkan
promosi yang akan dilancarkan.

Selain itu, Mcdonalds juga ada membuat rancangan atas talian bersama dengan blogger dan
youtuber terkenal berkenaan produk mereka. Rancangan itu akan disiarkan di saluran blogger
dan youtuber tersebut. Dalam masa yang sama, Mcdonalds juga akan menyiarkan di saluran
rasmi di media social McDonalds sendiri. Jadi, pengguna atau pengikut akan menonton
rancangan itu. Secara tidak langsung, informasi akan tersebar.
Dengan media sosial yang ada pada zaman sekarang, Mcdonalds juga mengambil kesempatan
menggunakan platform itu dengan sehabis baik. Mcdonalds juga bergiat aktif dengan
mengiklankan produk mereka di laman rasmi Facebook dan Twitter milik mereka. Mereka juga
ada menggunakan ‘Facebook Advertisement’ dan ‘Instagram Advertisement’ untuk
menghebahkan produk dan promosi yang terkini. Dengan cara begitu, pengguna media sosial
tersebut akan berpotensi tinggi untuk melihat iklan mereka.

Sekarang tular di media social tentang papan iklan besar atau billboard yang memaparkan iklan
unik dari Mcdonalds. Di mana cara iklan disampaikan berbeza-beza mengikut negeri. Ini adalah
salah satu cara unik dari Mcdonalds untuk menarik minat pelanggan mereka. Mereka
menggunakan menu sebagai bahan utama dan diolah mengikut tema atau tempat menarik negeri
tersebut. Ternyata warga net teruja dengan strategi pengiklanan Mcdonalds. Sekali gus,
Mcdonalds terus dikenali dan mendapat iklan percuma di media social. Di bawah adalah contoh
papan iklan Mcdonalds:

Johor Ipoh
Selangor Negeri Sembilan

Mcdonalds juga telah menawarkan percuma burger Mc Chicken untuk pengguna aplikasi
Mcdonalds. Untuk pelanggan yang pertama kali menggunakan aplikasi tersebut, mereka layak
mendapat burger percuma dengan penebusan di restoran yang berhampiran. Dengan itu,
pelanggan akan dapat mengetahui promosi yang sedang berjalan. Ini adalah salah cara mereka
untuk terus dikenali dalam kalangan masyarakat.

You might also like