Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007)

TAKE-HOME FINAL EXAMINATION

MAY 2021 SEMESTER

SUBJECT CODE : EEP 212

SUBJECT NAME : EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

LEVEL : BACHELOR

INSTRUCTIONS TO CANDIDATES

1. Please read the instructions given in the question paper CAREFULLY.

2. Plagiarism in all forms is forbidden. Students who submit plagiarised


work will be penalised.

3. Answer ALL questions.

4. Submit your answers On or Before 15th August 2021, 2.00 pm.

5. Please submit your answers via myPLS (online submission).

6. Only ONE online submission is allowed.

7. Use the Microsoft Word template given at the end of the question paper.

8. Convert your MS Word to a PDF file and Submit

9. Save Filename as: NAME_STUDENTID_SUBJECTCODE


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

ANSWER SHEET

DECLARATION BY STUDENT

I certify that this is my own work. I have not consulted with anyone or discussed the
contents of this exam with anyone. The content has not been previously submitted for
assessment to Asia e University or elsewhere. To do otherwise would constitute
academic dishonesty. I also confirm that I have kept a copy of this assignment.

Name: NUR HABIBAH BINTI YUSUF

Date: 12 / 8 / 2021

STUDENT ID A30105200007
STUDENT NAME NUR HABIBAH BINTI YUSUF
IC / PASSPORT NUMBER 760629 - 08 - 6406
SUBJECT CODE EEP212
SUBJECT NAME EDUCATIONAL PSYCHOLOGY
PROGRAMME BACHELOR ISLAMIC STUDIES
DATE OF SUBMISSION 12 / 8 / 2021
LEARNING LOCATION FULLY ONLINE

ARAHAN: Jawab SEMUA soalan

[Setiap jawapan hendaklah lebih kurang 400 hingga 430 patah perkataan (tidak termasuk
rajah)]

EEP212 Educational Psychology Page 1


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Soalan 1
Jelaskan bagaimana anda mengaplikasi pelaziman operan dalam bilik darjah. Berikan
contoh.

Saya memilih Teori Pelaziman Operan ‘Skinner’ kerana teori ini praktikal digunakan dalam
bilik darjah. Berdasarkan teori tersebut, cara bagi seorang guru mengaplikasikan pelaziman
operan dalam bilik darjah ialah :-
1. Teori Pelaziman Operan ‘Skinner’ adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut iaitu :-
(a) Berasakan rangsangan dan gerak balas.
(b) Individu bertindak balas terhdap ersekitaran dan boleh mengubah persekitarannya.
(c) Mementingkan unsur motivasi.
(d) Jika sesuatu tingkah laku diingini, maka perlu kepada peneguhan, jadi amat perlu
kepada pengukuhan tingkah laku.

Gambar foto 1 : Burrhus Frederic Skinner (1904 - 1990) pengasas Teori Pelaziman
Operan ‘Skinner’

EEP212 Educational Psychology Page 2


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

2. Teori Pelaziman Operan ‘Skinner’ mengutamakan konsep peneguhan kerana amat


penting bagi mendapatkan gerak balas yang dikehendaki.

Gambar foto 2 : Dapatan hasil eksperimen “Teori Pelaziman Operan Skinner”

EEP212 Educational Psychology Page 3


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

3. Unsur yang paling penting dalam teori Pelaziman Operan ‘Skinner’ ialah motivasi
ekstrinsik.
4. Peneguhan positif dan negatif bertujuan untuk mempengaruhi kebarangkaliannya
berulang sesuatu tingkah laku.

Gambar foto 3 : Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif

5. Tujuan peneguhan positif ialah untuk menambahkan kebarangkalian perulangan sesuatu


tingkah laku.
6. Sebagai contoh, pujian yang diberikan oleh seorang guru dapat meneguhkan tingkah laku
yang dikehendaki dalam diri murid.
7. Peneguhan diberikan dalam bentuk-bentuk yang berlainan seperti kebendaan, kata-kata
ujian, kata-kata perangsang, sentuhan, bintang atau token ekonomi dan sebagainya.
8. Kata-kata pujian yang diberikan oleh guru mestilah jelas, bermakna dan berkesan
kepada murid.

EEP212 Educational Psychology Page 4


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

9. Implikasi teori Pelaziman Operan ‘Skinner’ ke atas pengajaran dan pembelajaran di


dalam kelas adalah seperti berikut :-
(a) Guru perlu mengaitkan pengalaman yang positif dan baik (rangsangan) dengan tugasan
pembelajaran.
(b) Guru perlu membangkitkan tingkah laku positif dan baik dalam kalangan murid-muridnya
dengan menggunakan teknik-teknik peneguhan negatif dan positif.
(c) Guru juga boleh mengadakan pelbagai rangsangan dalam bilik darjah untuk mewujudkan
kesan pembelajaran yang positif bagi murid-muridnya.
(d) Guru harus memberikan peluang kepada murid-muridnya untuk menikmati kejayaan
secara berperingkat-peringkat.
(e) Guru boleh merancang objektif pengajaran yang realistik supaya semua murid-muridnya
dapat menguasai kemahiran yang diajar.
(f) Guru perlu menyampaikan gambar rajah dan tulisan serta alat bantuan mengajar atau
bahan pembelajaran berdasarkan hukum-hukum ‘Pragnaz’.
(g) Guru juga perlu mengajar murid-muridnya untuk melihat perkaitan dan perbezaan antara
konsep-konsep yang berlainan.
(h) Guru perlu menstrukturkan isi pelajaran dalam bentuk sistematik dan tersusun supaya
murid-murid dapat menguasai konsep-konsep yang disampaikan oleh guru dengan mudah.
(i) Guru juga mesti memberikan peneguhan positif dan bersifat penyayang untuk
meningkatkan konsep kendiri murid-muridnya.
(j) Guru juga perlu menjadi ‘Role Model; yang baik supaya murid-murid dapat meniru
semua nilai-nilai positif yang ditonjolkan oleh guru.

10. Implikasi Gaya pembelajaran ke atas proses pengajaran dan pembalajaran ialah :-
(a) Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid yang berbeza amat siginfikan agar guru
lebih sensitif kepada kelainan dalam kalangan murid.
(b) Aspek gaya pembelajaran penting sebagai panduan kepada guru suapaya dapat
mencipta pengalaman pembelajaran yang sepadan dengan cara murid-murid belajar.
(c) Penyediaan pengalaman pembelajaran yang yang sejajar memungkinkan murid dapat
belajar dengan lebih berkesan.
(d) Jika guru tidak dapat memadankan aktiviti pengajaran dan pembalajaran murid, keadaan
ini mungkin akan menjejaskan prestasi akademik murid.
(e) Guru perlu mengetahui bahawa gaya pembelajaran murid berubah melalui faktor umur
dan mereka suka bekerja dengan kumpulan yang berlainan. Selain itu, gaya pembelajaran
lelaki dan perempuan adalah berbeza.

EEP212 Educational Psychology Page 5


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

(f) Berdasarkan kajian Dunn (2008), perempuan lebih auditori, memerluan tempat senyap
dan persekitaran formal untuk belajar. Mereka juga mempunyai motivasi intrinsik yang lebih
tnggi berbanding lelaki
(g) Murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi biasanya
menggunakan gaya pembelajaran yang berlainan berbanding murid yang berpencapaian
rendah.
(h) Satu implikasi gaya pembelajaran ialah setiap guru wajar mengetahui cara murid-
muridnya menunjukkan respon yang berlawanan kepada persekitaran pembelajaran
mereka.
(i) Implikasi gaya pembelajaran ialah guru mesti mengajar murid-muridnya untuk mengenal
pasti gaya pembelajaran masing-masing.
(j) Guru boleh menggunalan inventori-inventori seperti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI).
Model Gaya Pembelajaran Kolbs dan Instrumen Herman Brain Di=ominance (HBDI) untuk
mengenal pasti gaya pembalajaran muridnya.
(600 patah perkataan)
Soalan 2
Huraikan bagaimana anda mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam bilik
darjah. Berikan contoh.

1. Model pemprosesan maklumat (Model Dunn & Dunn)


(a) Mengikut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran adalah cara bagaimana seseorang murid
memberikan fokus, memproses maklumat dan mengekalkan maklumat yang baru dan
susah.

EEP212 Educational Psychology Page 6


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Gambar foto 4 : Model Dunn & Dunn


(b) Model Dunn & Dunn terdiri daripada ciri-ciri peribadi yang menyebabkan kaedah
pengajaran guru sesuai untuk sesetengah muris dan bukan untuk murid-murid yang lain
(c) Berdasarkan Dunn & Dunn, terdapat 21 elemen yang boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran murid sama ada elemen biologikal ataupun bercorak perkembangan.
(d) Model ini berdasarkan beberapa prinsip-prinsip asas iaitu :-
I. Setiap murid ada kekuatan mereka.
II. Kebanyakan individu boleh belajar.
III. Guru boleh membuat pengajaran secara individu
IV. Guru harus mengajar mengikut gaya pembelajaran masing-masing.
( e) Menigkut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran murid boleh berubah mengikut masa.
(e) Beberapa elemen dan stimuli yang berkesan dalam Model Dunn & Dunn seperti
berikut:-
I. Persekitaran - lampu, bunyi, suhu dan tempat duduk, tempat belajar berhawa dingin
atau mendengar muzik apabila belajar.
II. Emosi - motivasi, tanggungjawab, daya ketahanan dan struktur.
III. Fisiologi - persepsi (audtori,visual dan kinestatik)
IV. Sosiologi - corak pembelajaran secara bersendirian, suka belajar dengan orang
dewasa atau rakan sebaya.
V. Psikologi - Jenis murid reflektif, implulsif, global dan analitik.

EEP212 Educational Psychology Page 7


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Gambar foto 5 : Faktor persekitaran dalam proses pembelajaran

Gambar foto 6 : Elemen dan stimuli emosi dan sosiologi semasa pembelajaran

EEP212 Educational Psychology Page 8


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Gambar foto 7 : Elemen dan stimuli fisiologi dan psikologi dalam pembelajaran

EEP212 Educational Psychology Page 9


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

2. Cara guru mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam bilik darjah ialah :-
(a) Pengetahuan sedia ada
Guru mesti selalu berusaha untuk mengaitkan tajuk baru dengan pengetahuan sedia
murid supaya mereka dapat melihat perkaitan antara dua konsep pembelajaran yang
berlainan. Contohnya, apabila murid-murid dapat mengaitkan isi pelajaran dengan
pengetahuan sedia ada mereka atau perkara yang diketahui. Keadaan ini memudahlan
murid-murid memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan oleh guru.

(b) Kefahaman dan Penumpuan Murid


Semasa guru mengajar sesuatu konsep yang sukar, guru perlu mengkaji kefahaman murid
secara peringkat demi pringkat, supaya murid-muridnya memperolehi pembelajaran masteri
iaitu penguasaan sesuatu konsep dengan sepenuhnya. Penumpuan dan penglibatan murid
dalam proses pengjaran dan pembelajaran juga mesti tinggi.

(c) Contoh dan bahasa


Contoh-contoh yang diberikan oleh guru apabila menerangkan sesuatu konsep mestilah
pelbagai dan hampir dengan situasi dan pengalaman murid. Bahasa yang digunakan oleh
guru juga mestilah jelas dan mudah difahami oleh murid-murid.

(d) Penyediaan Guru atau sumber Pengajaran dan Pembelajaran


Penerangan teratur dan alat bantu mengjar yang sesuai serta menepati objektif pengajaran
dan pembelajaran juga dapat membantu murid-murid untuk menguasai sesutu konsep
dengan lebih jeas, cepat dan tepat.

(e) Analogi dan perbandingan


Guru perlu menggunakan banyak contoh analogi dan perbandingan dalam pengajarannya
kerana keadaan ini menyebabkan murid-muridnya dapat menguasai sesuatu konsep
dengan lebih senang dan praktikal. Analogi-analgi dan perbandingan akan menolong murid
untuk mendapat gambaran tentang situasi aau keadaan sesuatu konsep.

(f) Pendekatan Induktif dan Deduktif


Guru mestilah menggunakan pendekatan induktif dan deduktif dalam pengajarannya dalam
bilik darjah. Pendekatan Induktif ialah satu kaedah guru menunjukkan banyak contoh
sebelum membuat generalisasi mengenai sesuatu konsep sebelum menyampaikan contoh-
contoh yang khusus kepada murid-muridnya. Pendekatan-endekatan seperti ini, dapat
membantu murid membuat penanggapan konsep dengan lebih mudah.
(492 patah perkataan)

EEP212 Educational Psychology Page 10


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Soalan 3

Metakognisi ialah berfikir tentang pemikiran sendiri dan kebolehan menyesuaikan serta
membuat perubahan tentang pemikiran sendiri yang tidak betul. Huraikan bagaimana anda
memperkembangkan kebolehan metakognitif pelajar di dalam bilik darjah anda]

1. Metakognisi
(a) Merupakan aktiviti mental yang digunakan untuk memantau, mengawal dan merancang
untuk menyelesaikan masalah, kegahaman, ingaan dan proses kognitif yang lain.

(b) Borich dan Tombari 91997) menyatakan bahawa metakognisi merupakan satu cara
individu meenggunakan strategi kognitif untuk mencari dan mengumpul maklumat individu
mengetahui bila dan dimana untuk menggunakan strategi kognitif tersebut.
(c) Metakognisi dikenali sebagai :berfikir tentang berfikir” yakni apabila kita berfikir, kita
sebenarnya sedang menguruskan apa yang perlu kita fikirkan. Pengetahuan metakognisi ini
dapat dibahagikan kepada tiga jenispengetahuan. Ketiga-tiga pengetahuan ini penting
untuk menggalakkan pelajar dalam membuat metakognisi. Pengetahun tersebut iaitu :-
I. Pengetahuan Personal
Pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan diri. Contohnya, individu tahu dia lebih suka
membaca buku pelajaran pada waktu pagi berbanding pada waktu malam.

II. Pengetahuan tugas


Pengetahuan tentang variasi cara tersendiri dalam melaksanakan tugas. Misalnya, cara
menyelesaikan masalah Matematik berlainan daripada membuat atau menulis karangan.

III. Pengetahuan strategi


Pengetahuan tentang strategi tertentu yang lebih berkesan daripada strategi lain dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.

2. Cara memperkembangkan kebolehan metakognitif pelajar di dalam bilik darjah. Melalui


proses penjanaan idea dalam Seni Visual yang dihasilkan berdasarkan aktiviti menggambar,
kemahrian berfikir, arahan lisan dan bukan lisan (verbal atau non-verbal) serta perasaan
merupakan ekspresi diri murid dalam melakukan sesuatu perkara.

Antara beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bagi memperkambangkan kebolehan


metakognitif pelajar dalam bilik darjah ialah seperti berikut:-

EEP212 Educational Psychology Page 11


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

(a) Menggambar
Aktiviti menggambar adalah penting untuk menjadi sebahagian daripada cara untuk
mengawal emosi pelajar. Dengan mengadakan aktiviti menggambar murid boleh
mengalihkan tumpuannya kepada kertas yang ada dihadapannya. Semasa aktiviti
menggambar segala masalah yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas
manakala setiap hasilan menggambar itu boleh didefinisaikan sebagai tafsiran
terhadap tingkah lakunya.

Gambar foto 8 : Contoh Aktiviti menggambar oleh kanak-kanak

(b) Membentuk dan membuat binaan


Aktiviti ini juga memerlukan kesabaran dan ketekunan pelajar dalam menghasilkan idea dan
kesungguhan membuat penerokaan bahan dan alatan. Tanpa kesungguhan berfikir,
pelajar tidak akan mendapat pengalaman yang membuahkan hasil daripada aktiviti yang
dilakukan.

EEP212 Educational Psychology Page 12


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Gambar foto 9 : Contoh Aktiviti membentuk dan membuat binaan

EEP212 Educational Psychology Page 13


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Gambar foto 10 : Contoh Aktiviti membentuk dan membuat binaan

(c) Membuat corak dan rekaan


Dalam proses membuat corak dan rekaan, murid akan membuat penerokaan berdasarkan
kepada penerokaan dan penjanaan idea yang telah mereka lalui. Setiap satu aktiviti tersebut
akan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid.

EEP212 Educational Psychology Page 14


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Gambar foto 11 : Contoh Aktiviti membuat corak dan rekaan

EEP212 Educational Psychology Page 15


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

(d) Interpretasi idea


Murid merupakan golongan yang kretif. Kekreatifan mereka tidak mengenal sempadan
dalam proses meneroka dan berangan-rangan (fantasi) tentang persekitaran mereka.
Mengikut Albert Einstein, seorang ahli Sains terkemuka, imaginasilah penggerak kepada
kreativiti. Kreativiti juga merupakan satu bentuk kecerdasan. Gardner (1978)
menganggapnya sebagai salah satu daripada “multiple intelligence” yang meliputi pelbagai
fungsi otak.

Gambar foto 12 : Contoh aktiviti Interpretasi idea

EEP212 Educational Psychology Page 16


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Gambar foto 13 : Contoh aktiviti Interpretasi idea

( e ) Membuat keputusan
Pembelajaran bagi kanak-kanak adalah satu proses yang aktif dan melibatkan pembuatan
keputusan. Murid perlu diberikan ruang dan masa untuk meneroka dan mencuba idea
dengan cara tersendiri. Mengikut Gwan, Khatena dan Torrance (1981), ciri-ciri berikut yang
terdapat kepada murid dapat membantu mereka belajar secara kreatif iaitu :-

I. Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama.


II. Berkeupayaan untuk menyusun.
III. Mampu melihat dari sudut atau perspektif yang berlainan.
IV. Dapat meneroka sebelum pengajaran formal.
V. Dapat menggunakan ‘silence’ dan ‘hesitation’.
VI. Mampu melihat dengan lebih dekat.
VII. Dapat menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah.
VIII. Dapat bercerita dan menyanyi

Tuntasnya, setiap murid perlu diberi peluang yang sama dan akses yang
sepenuhnya kepada bidang-bidang kreatif dalam kurikulum. Namun begitu, bukan semua
pelajar akan memberi respon yang sama kepada kreativiti. Oleh itu, sebagai guru adalah
amat penting bagi kita untuk mempunyai konsep yang jelas memgenai kreativiti dan kriteria-
kriteria yang boleh digunakan sebagai kayu pengukur dalam menentukan kreativiti murid.

(634 patah perkataan)

EEP212 Educational Psychology Page 17


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Soalan 4
Kebanyakan guru mengabaikan stail kognitif atau stail pembelajaran pelajar kerana ia
memerlukan masa yang lama dalam menyiapkan rancangan pelajaran dan aktiviti
pembelajaran untuk memenuhi stail pembelajaran mereka. Komen.

Rajah 1 : Teori Kognitif Jean Piaget

1. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dilaksanakan melibatkan penyediaan


satu perancangan yang rapi. Untuk itu, penglibatan serta penyertaan murid amat
diperlukan. Salah satu tujuan penngajaran ialah untuk memastikan murid berpeluang
menjalani kehidupan pada masa akan datang. Selain itu,tujuan pengajaran ialah dapat
membawa perubahan kepada seseorang individu khususnya murid. Perubahan ini boleh
melibatkan beberapa faktor, antaranya daya kognitif, tingkah laku, afektif dan psikomotor.

2. Perancangan pengajaran dapat dibahagikan kepada tiga fasa seperti yang dihuraikan
dalam Rajah 1 iaitu :-
(a) Fasa sebelum pengajaran
(b) Fasa semasa pengajaran
(c) Fasa selepas pengajaran

EEP212 Educational Psychology Page 18


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Penentuan kemahiran atau isi pelajaran


Penelitian kebolehan sedia ada pelajar.
Sebelum Pengajaran Penentuan pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik P&P
Pemilihan bahan sumber

Pelaksanaan pendekatan,
[10 marks]strategi, kaedah dan
teknik.
Pengurusan kelas.
Semasa Pengajaran Penggunaan bahan bantu
penilaian

Penilaian pencapaian
Selepas Pengajaran Penganalisisan maklum balas

Rajah 2 : Urutan Fasa-fasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran

3. Mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 hanya dua perancangan sahaja perlu ditulis iaitu :-

(a) Rancangan Pelajaran Tahunan


Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

EEP212 Educational Psychology Page 19


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

(b) Rancangan Pelajaran Harian


Rancangan pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak
mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.

4. Alpukah-alpukah yang perlu dilaksanakan bagi seorang guru bagi memastikan muridnya
memenuhi stail kognitif atau stail pembelajaran ialah dengan melakukan ‘refleksi’ selepas
sesuatu pengajaran.

Refleksi bermaksud sesuatu proses seseorang yang berusaha untuk mengingat dan
merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau dialaminya, menganalisis
dan menilai kesannya termasuk juga memikirkan cara untuk memperbaiki dan merancang
dengan membuat pengubahsuaian supaya daat digunakan dengan lebih efektif.

Proses refleksi merangkumi enam peringkat seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3
berikut :-
Kefahaman

Transformasi

Pelaksanaan

Penilaian

Refleksi

Kefahaman Baru

Rajah 3 : Enam peringkat proses refleksi

EEP212 Educational Psychology Page 20


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Berdasarkan Rajah 3, proses refleksi bermula dari peringkat :-

(i) Kefahaman
Merupakan cetusan asas untuk mengenal pasti dan menjelaskan isu, fenomena dan
masalah pedagogi’

(ii) Transformasi
Peringkat transformasi pula merupakan peringkat untuk merancang membuat tindakan.
Seterusnya, mengambil kira semua faktor yang diperlukan.

(iii) Pelaksanaan
Pada peringkat ini, guru akan melaksanakan apa yang telah dirancang, menguji atau
mengkaji sega aspek dengan menggunakan instrumen yang telah ditetapkan.

(iv) Penilaian
Pelaksanaan ini berterusan sehingga ke peringkat penilaian, iaitu akan menilai segala
tindakan yang telah diambil.

(v) Refleksi
Membuat segala refleksi iaitu mengingat dan merenung kembali segala aktiviti yang telah
dialaminya, menganalisa dan menilai kesannya serta memikirkan cara untuk
memperbaikinya untuk digunakan pada masa akan datang.

(vi) Kefahaman baru


Membuat satu perancangan pengubahsuaian, peningkatan atau membuat tindakan susulan
yang menjadi cetusan idea yang asas. Untuk membuat satu transformasi yang baru
termasuk tindakan-tindakan yang berikutnya hingga menjadi satu bentuk lingkaran secara
terus menerus. refleksi ini perlu demi mempertingkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman
dan kemahiran pedagogi seseorang pendidik.

(413 patah perkataan)

EEP212 Educational Psychology Page 21

You might also like