Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

TAKE HOME EXAMINATION

MAY 2021 SEMESTER

SUBJECT CODE : STQ 422

SUBJECT NAME : PENGAJARAN AL-QURAN

LEVEL : BACHELOR

SUBMISSION DATE : BEFORE OR BY SUNDAY, 15 AUGUST 2021, 2.00 pm

INSTRUCTIONS TO CANDIDATES

1. Please read the instructions given in the question paper CAREFULLY.

2. Plagiarism in all forms is forbidden. Students who submit plagiarised work will be penalised.

3. This question paper consists of THREE (3) PARTS.

4. Answer ALL questions.

5. You have SEVEN (7) days to answer the questions. Please submit your answers BEFORE OR BY
SUNDAY, 15 AUGUST 2021, 2.00 pm. Please submit your answers via myPLS (online submission).

6. ONLY one (1) online submission is allowed.

7. Your answers should NOT be more than FIVE (5) pages.

8. Begin writing your answers using the template given on the last page of this paper.

THERE IS ONE (1) PAGE OF QUESTIONS, EXCLUDING THIS PAGE.


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

DECLARATION BY STUDENT

I certify that this assignment is my own work and is in my own words. All sources have been
acknowledged and the content has not been previously submitted for assessment to Asia e University or
elsewhere. I also confirm that I have kept a copy of this assignment.

Name: NUR HABIBAH BINTI YUSUF

Student ID: A30105200007

Date: 12/8/2021

STUDENT ID A 30105200007
STUDENT NAME NUR HABIBAH BINTI YUSUF
IC / PASSPORT NUMBER 760629 - 08 - 6406
SUBJECT CODE STQ422
SUBJECT NAME PENGAJARAN AL-QURAN
PROGRAMME BACHELOR ISLAMIC STUDIES
DATE OF SUBMISSION 12 / 8 / 2021
LEARNING LOCATION FULLY - ONLINE

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 1


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

BAHAGIAN A

Bincangkan secara terperinci DUA faedah mempelajari ilmu Ulum al-Quran dan SATU
kesannya ke atas masyarakat, khususnya terhadap belia Islam. Sokong jawapan anda dengan
dalil dan contoh-contoh yang sesuai.

Sejak zaman Tuk Nadur Berkajang kain hinggalah ke era pasca modenisasi masa kini,
Al-Quran adalah kitab suci yang dibekalkan kepada manusia mengenai keseluruhan ajaran
Islam tentang prinsip aqidah. Tanpa al-Quran, manusia tidak akan dapat memikirkan tentang
hal-hal yang berkaitan dengan keimanan terhadap Allah, malaikat, para Rasul AS,
kebangkitan semula manusia selepas mati, balasan neraka, syurga dan sebagainya. Hal ini
demikian kerana akal manusia adalah terbatas. Al-Quran adalah sumber tertinggi dalam Islam
kerana ia adalah merupakan wahyu yang datang daripada Allah SWT dan ketulenannya
dijamin oleh Allah SWT. Firman Allah SWT :

Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Sesungguhnya Kami


benar-benar memeliharanya”.
Al-Hijr (15) : 9
1. DUA faedah mempelajari ilmu Ulum al-Quran ialah :
(a) Manusia akan mematuhi dan mentaati perintah Allah SWT
Setiap manusia yang beriman kepada ilmu Ulum al-Quran pasti mematuhi dan mentaati
perintah Allah SWT atas kesedaran bahawa segala tingkah laku perbuatannya akan dicatat
oleh malaikat yang sentiasa berada di sebelah kiri dan kanannya. Kesedaran manusia tentang
wujudnya suatu kawalan metafizik menerusi peranan yang dilakukan oleh malaikat ini akan
menyebabkan mereka akan sentiasa berhati- hati dalam melakukan sesuatu perkara sama ada
di depan manusia atau di belakang mereka kerana sedar risikonya adalah besar di akhirat
kelak. Jikalau mereka melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT :

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 2


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Maksudnya: Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan
melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya;
dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya?
Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan
mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah)
Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.
Al-Kahf (18) : 49

Antara kepentingan ayat ini yang jelas ialah :-

(i) Merasai yakin dan tenang dalam melayari kehidupan mereka kerana kepercayaan
tentang malaikat yang telah ditugaskan khusus oleh Allah SWT untuk menjaga manusia
daripada gangguan-gangguan jin dan syaitan.
(ii) Meningkatkan usaha mereka dalam melakukan perbuatan-perbuatan yang mulia
seperti menuntut ilmu pengetahuan dan berjihad di jalan Allah SWT kerana yakin bahawa
pekerjaan yang mulia yang dilakukannya itu mendapat sokongan kuat daripada para malaikat.
(iii) Sentiasa meningkatkan kualiti amalan ibadat mereka kepada Allah SWT kerana
mereka sedar adanya malaikat yang memerhatikan gerak-geri mereka sepanjang hari.
(iv) Sentiasa mengasihi orang-orang yang berkelakukan mulia di dunia ini dan akan
membenci orang-orang yang berperilaku jahat. Adanya kepercayaan tentang malaikat yang
bertindak mengisytiharkan kepada makhluk di langit orang-orang yang dikasihi Allah dan
dimurkaiNya agar mereka turut mengasihi atau membenci mereka.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 3


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

(b) Manusia akan berfikiran positif dalam menjalani kehidupan

Manusia yang beriman dengan Ulum al-Quran akan berfikiran positif dalam hidupnya.
Manusia akan terhindar dari sifat gelisah dan keluh kesah sekiranya mereka beriman dengan
Allah dan percaya kepada semua rukun iman.

Hakikat ini dapat difahami dengan jelas kerana apabila manusia menerima aqidah Islam,
mereka akan diberi ketenangan oleh Allah SWT. Manusia akan merasakan bahawa segala
yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Maka, mereka tidak akan berputus asa di atas
musibah yang menimpanya malahan sentiasa bersyukur dan bersangkan baik dengan Allah.
Mereka juga tidak akan bersikap angkuh, sombong dan tidak sedarkan diri apabila
dikurniakan nikmat Allah SWT. Firman Allah SWT :

Maksudnya :“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi,
dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab
(pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang
demikian itu adalah mudah bagi Allah”.
Al-Hadid (57) : 22
Antara kepentingan ayat ini ialah :-

(i) Manusia akan sentiasa berwaspada dalam hidupnya kerana mereka mempercayai segala
tingkah lakunya akan diperhatikan oleh Allah SWT dan semuanya dicatat oleh para malaikat
yang akan ditimbang pada hari kiamat.
(ii) Manusia akan mempunyai panduan yang jelas dalam menjalani kehidupan di dunia ini
kerana adanya wahyu yang disampaikan oleh para Rasul AS serta adanya kitab suci yang
membezakan antara yang benar dan palsu.
(iii) Manusia juga akan mempunyai wawasan hidup yang jauh kerana mempercayai adanya
hari pembalasan dan kebangkitan selepas kematian.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 4


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

(iv) Manusia akan sentiasa bersabar atas segala musibah yang dihadapinya dan sentiasa
berdoa, bertawakkal dan berusaha bagi mendapat keredhaan Allah SWT semasa mereka hidup
di dunia ini.

2. SATU kesan mempelajari ilmu Ulum al-Quran ke atas masyarakat, khususnya terhadap
belia Islam ialah :-

Terdapat beberapa kesan mempelajari ilmu Ulum al-Quran ke atas masyarakat. Hal
ini kerana keimanan terhadap ilmu Ulum al-Quran akan meninggalkan kesan kejiwaan yang
mendalam dalam diri manusia khususnya belia Islam. Kesan kejiwaan dalam diri seseorang
muslim akan mendorongnya melakukan perbuatan baik yang disuruh oleh Allah SWT dan
meninggalkan perbuatan buruk yakni laranganNya.

Beberapa kesan tersebut boleh dilihat kepada EMPAT fakta seperti berikut (Yusri, 2004.
134-1370
(a) Orang yang beriman dengan Ulum Al-Quran akan merasa tenang dan tenteram
Belia Islam khususnya, pasti berasa tenang dan tenteram kerana yakin bahawa segala taqdir
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT mempunyai kebaikan untuk manusia. Firman Allah
SWT

Maksudnya : “Diwajibkan ke atas kamu berperang (berjihad), padahal berperang itu adalah
sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi
kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”.
Al-Baqarah (2) ; 216

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 5


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

(b) Orang yang beriman dengan Ulum Al-Quran tidak akan berputus asa

Masyarakat yang beriman tidak akan berputus asa dengan rahmat Allah. Mereka sentiasa
berlapang dada sekiranya menghadapi kegagalan dalam hidup Mereka akan sentiasa
bertawakkal dan berdoa keada Allah. Mereka juga selalu mendekatkan diri kepadaNya
berdasarkan firman Allah SW berikut :-

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu
pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang
menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya
orang-orang yang beriman bertawakal".
At-Taubah (9) ; 51

(c) Orang yang beriman dengan Ulum Al-Quran akan melipatgandakan usaha

Setiap Muslim yang beriman kepada Allah akan melipatgandakan usaha untuk mencapai
sesuatu yang dihajatinya. Mereka tidak pernah menyalahkan taqdir yang telah ditetapkan ke
atas mereka sejak azali. Antara amalan soleh yang boleh memacu kejayaan orang-orang
mukmin di dunia ini ialah dengan menunaikan solat dalam keadaan khusyuk, meninggalkan
perkara-perkara yang melalaikan, menjaga kehormatan diri dan sebagainya. Firman Allah
SWT :

ِ‫َ وِ لَّل غْ و‬
‫( عولّلِويِع هُ غْ ع‬٢) ‫صلِو وِ غْ َعا وُِهَِع‬ ‫( لّلِويِع هُ غْ ِوي ع‬١) ‫َع غْ َ ع غَِع عَ غلّ هُْغ وُِهَِع‬
‫( وإل‬٥) ‫َُِع‬ ‫( عولّلِويِع هُ غْ وُّه هُ و‬٤) ‫ََ عَاِو ِعا وََهَِع‬
‫وِ وِ غْ عَاِو ه‬ ‫( عولّلِويِع هُ غْ وّ ل‬٣) ‫هِ غُ وُُهَِع‬
‫ْ َ ع غي عُاَه هِ غْ ِعإوَل هِ غْ عَي هغُ عَِه و‬
َ‫( ِع عُ وِ ل غَْعْعى عو عَل عَ َع وّ ع‬٦) ‫ِِيِع‬ ‫عََعى َ ع غْ عو و‬
‫لِ وِ غْ غَو عِا عَِع عَ غ‬
‫ََعى‬ ‫( عولّلِويِع هُ غْ ع‬٨) ‫( عولّلِويِع هُ غْ ل عِاَعا وِ وِ غْ عو عَ غِ وْ وُ غْ عَلَهَِع‬٧) ‫ِعُهوّع وِ عَ هُ هْ غلُّعاُهوَع‬
‫صَع عِلِو وِ غْ يه عَاِو ه‬
(٩) ‫َُِع‬ ‫ع‬

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 6


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Maksudnya : “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang


yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan
perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaika zakat. Dan orang-orang
yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak (hamba) yang
mereka miliki ; Maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barang siapa
mencari selain dari itu (misalnya zina, homoseksual dan sebagainya), maka mereka itulah
orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat
(yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya.
Al-Mukminun (23) : 1-11

(d) Orang yang beriman dengan Ulum Al-Quran akan bersyukur apabila menerima
segala nikmat

Umat Islam yang beriman dengan Ulum Al-Quran akan bersyukur apabila menerima
segala nikmat yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas dirinya. Mereka juga bersabar
apabila menerima musibah yang menimpanya. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu,
maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu
(untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan
jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah)
seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa
usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan
memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha
Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada”.
Al-Zumar (39) : 7

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 7


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Rumusannya, Manusia wajib beriman dengan Ulum Al-Quran sejak azali


dan pelaksanaan ketetapan tersebut menerusi qadakNya di alam realiti di atas dunia.
Kefahaman terhadap konsep beriman dengan qadak bergantung kepada kefahaman manusia
terhadap konsep ilmu Allah, Luh Mahfuz, kehendak Allah dan kekuasaanNya dalam mencipta
segala sesuatu. Tuntasnya, Keimanan kepada Ulum Al-Quran memungkinkan manusia
menanam nilai-nilai positif dalam jiwa insan dan memberi kesan bermakna dalam
kehidupanNya.

BAHAGIAN B

Kemukakan contoh-contoh mukjizat al-Quran menurut perspektif Sains dengan memberi


dalil-dalil atau hujah-hujah yang sahih.

Menelusuri mauduk perbincangan, mukjizat Al-Quran merupakan mukjizat yang abadi.


Mukjizat Al-Quran yang terpelihara akan kekal sehingga Hari Kiamat. Al – Quran
adalah kitab terakhir yang diturunkan dari langit. Kemukjizatannya tidak mempunyai
pengkhususan zaman tertentu sebagaimana juga cabarannya terhadap manusia tidak
mempunyai masa yang terhad. Al-Quran sebanarnya tidak diturunkan sebagai sebuah
buku Sains. Hal Ini adalah suatu hakikat yang sepatutnya sentiasa berada di fikiran kita,
namun begitu mukjizat-mukjizatnya yang kekal dan abadi. Oleh hal yang demikian, ianya
mempunyai mukjizat-mukjizat yang mencabar untuk semua peringkat masa, baik untuk
mereka yang hidup sebelum zaman kita atau mereka yang akan hidup selepas kita.
Kemukjizatan ini pasti akan berterusan sehingga berakhirnya dunia ini serta kandungannya.

Ironinya, Kedatangan Al –Quran adalah untuk memberi peringatan kepada mereka


yang masih hidup kerana ditujukan kepada mereka. Kitab-kitab yang diturunkan dari langit
sebelum Al-Quran, ditujukan kepada sesuatu umat atau bangsa tertentu sahaja dan untuk
mengubati penyakit-penyakit yang terdapat dalam masyarakat tersebut sahaja. Persoalannya,
megapakah Al-Quran diturunkan untuk umat manusia seluruhnya dan untuk mengatasi
masalah-masalah yang dihadapi oleh seluruh dunia?.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 8


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Sudah terang lagi bersuluh, tidak dapat disangkal lagi, kesinambungan ajaran Islam
yang diturunkan kepada Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun yang lalu sentiasa mendasari
fakta ilmuan semasa dunia hari ini termasuk kemajuan Sains Teknologi.

Walakin, ramai saintis terpegun dengan ketepatan kajian dalam Al-Quran dalam
mencatatkan fakta Sains walaupun ia adalah kalam yang dilihat terasing daripada
teknologi sains pada ketika itu. Bagi memperincikan topik perbincangan ini, berikut adalah
beberapa fakta yang diperakui bertepatan dengan dapatan hasil kajian ilmu Sains yang
terkandung dalam Al-Quran.

1. Asal Kejadian Manusia

Penemuan mengenai asal kejadian manusia adalah hasil kajian yang dibuat oleh ilmuan
Barat pada 1940. Ahli biologi dunia menemui bahawa penciptaan manusia adalah terjadi
dengan gabungan sperma dan ovum yang membentuk zigot. Bukti penemuan Sains ini jelas
dinyatakan dalam Al-Quran.

Maksudnya: Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari
tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh
(rahim). Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang
melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang
belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami
menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik.
Al-Mukminun [23]: 12–14)

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 9


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Proses ini diterangkan dengan jelas oleh Al-Quran dalam surah Al-Mukminun 12-14:
Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran
(a) Peringkat Satu
Nutfah : peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya
bermula setelah berlakunya percampuran air mani berdasarkan perincian maksud firman
Allah dalam surah al-Insan : ayat 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang
bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami
jadikan dia mendengar dan melihat "

Daripada nutfah ini, Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan, tingkah


laku yang berbeza serta menjadikan jantina lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan
terbentunya saraf, tulang dan bahagian-bahagiannya, manakala dari nutfah perempuan akan
terbentuknya darah dan daging.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 10


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

(b) Peringkat Kedua


Alaqah : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh.
Pada hari yang ketujuh telur Ovum yang sudah disenyawakan tertanam di dinding rahim
(qarar makin). Proses ini mengubah nutfah menjadi alaqah.

Maksudnya : “Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi
beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna
kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah
kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”.
Al-Mukminun : 14

Sebahagian ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Alaqah
sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu, alaqah
mempunyai beberapa maksud iaitu sesuatu yang bergantung atau melekat, pacat atau lintah,
suatu buku atau ketulan darah Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama
hingga minggu ketiga dalam rahim.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 11


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

(c ) Peringkat Ketiga
Mudghah : Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah
al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Pembentukan mudghah dikatakan
berlaku pada minggu keempat

Maksudnya : “Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang
kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan
kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian
dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang
disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang
demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami
pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami
rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan
kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur
dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa
dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak
mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi);
Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya,
bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur
membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai”.
Al-Hajj ayat 5

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 12


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Pada peringkat ini, sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan
anggota-anggota yang lain. Malahan, sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Vilus yang
tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula
mula berdengup, darah mula mengalir dengan lebih banyak bagi membekalkan oksigen dan
pemakanan yang secukupnya. Setelah tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi
sendiri.

(d) Peringkat Keempat


Izam Dan Lahm : Pada peringkat ini, iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah
peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Peringkat ini,
tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :


"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami
membalutkan Izam dengan daging"
Al-Mukminun : 14
Pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut
dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk, sistem pernafasan dan
saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru. Organ pembiakan, kalenjar,
hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk. Kaki dan tangan juga mula
tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan
semuanya telah sempurna dan lengkap.

( e ) Peringkat Kelima
Nasy'Ah Khalqan Akhar : Pada peringkat ini, iaitu minggu kelapan, perubahan pada tahap
ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua
tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada
bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi
dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud dan janin
mendapat makanan melalui uri

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 13


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

(f) Peringkat Ke Enam


Nafkhur-Ruh : Iaitu peringkat peniupan roh berlaku selepas empat puluh hari dan selepas
terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Ketika di alam rahim,
perkembangan bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun
mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian berdasarkan firman
Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu
membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.

2. Peredaran matahari dan bumi


Ayat - ayat al-Quran yang menceritakan tentang matahari dan bumi seperti berikut:-
1 Surah AlAnbiyaa'. Ayat 033.

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam, siang, serta matahari dan bulan; tiap-
tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing di angkasa lepas).

2 Surah Yaasin. Ayat 040.

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan
malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-
apung di tempat edarannya masing-masing.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 14


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

3 Surah Az - Zumar. Ayat 005.

Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula
menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari
malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut
perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah
ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.

Pada abad ke-20 seorang ahli fizik dari Rusia Alexander Friedmann dan ahli
kosmologi George Lemaitre mendapati penemuan yang mengejutkan bahawa alam semesta
tidak statik sebaliknya terus berkembang dari semasa ke semasa. Para saintis telah mengkaji
dan membuat kesimpulan bahawa planet-planet mengelilingi matahari manakala bulan
mengelilingi bumi malahan semua planet-planet dan bintang mempunyai garis peredarannya
sendiri.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 15


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

3. Kekuatan dan rahsia besi


Para ahli astronomi moden mengakui bahawa logam besi yang ditemui di bumi ini adalah
bukan berasal dari bumi sebaliknya ia adalah dari bintang-bintang raksasa di luar angkasa.

Maksudnya : “Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan


membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-
sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia
dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya
mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi
dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam
kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang
(menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah
serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya);
sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.
Al Hadid ayat 25:

Memang menakjubkan, dalam pelajaran teologi, nama salah satu elemen kimia dalam
jadual periodik, iaitu besi (Fe = Ferum) boleh menjadi salah satu judul surah dalam kitab suci
Al-Quran. Surah Al-Hadid yang bermaksud besi dijadikan salah satu nama surah dalam Al-
Qur’an sedangkan emas, misalnya, adalah logam mulia yang lebih berharga.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 16


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Gambar rajah 1 : Jadual kebarangkalian unsur logam

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 17


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur’an dalam surah al-Hadid, yang
bermaksud besi. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan


membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-
sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia
dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya
mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi
dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam
kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang
(menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah
serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya);
sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.
Surah al-Hadid;25.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 18


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

4. Rahsia Cap jari


Dunia hari ini mengakui bahawa sekalipun manusia telah wujud sekian lama dan
jumlahnya berbilion namun fakta mengenai cap jari manusia sangat ajaib. Cap jari
mempunyai pengertian yang istimewa, Hal ini adalah kerana bentuk dan fizikal set cap jari
itu sentiasa ada pada setiap individu. Malah, setiap individu yang hidup ataupun yang sudah
meninggal dunia juga mempunyai set cap jari yang unik bagi diri mereka sendiri.
Apabila turunnya ayat daripada Allah S.W.T, menyatakan dalam Quran amat mudah bagi-
Nya untuk membangkitkan manusia selepas mati. Cap jari manusia secara khusus ditekankan
dalam surah Qiyamah iaitu [1 - 4]:

Maksudnya: “Aku bersumpah dengan hari kiamat (1) Dan aku bersumpah demi jiwa yang
selalu menyesali (dirinya sendiri) (2) Apakah manusia mengira, bahwa kami tidak akan
mengumpulkan kembali tulang belulangnya (3) Bahkan kami mampu menyusun kembali jari
jemarinya dengan sempurna (4)”
( Surah Qiyamah:1-4)

Gambar foto : Cap Jari manusia adalah unik tiada satupun yang serupa

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 19


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Cap jari adalah satu bukti penting dalam mengenal identiti pengenalan diri seseorang,
pasangan yang dilahirkan kembar sekalipun mempunyai cap jari tersendiri walaupun mereka
mempunyai DNA yang serupa. Selain itu, cap jari adalah satu bentuk yang kekal hingga ke
akhir hayat kecuali terdapat luka parut yang kekal. Malah, tedapat beberapa penjelasan pakar
tafsir tentang cap jari ini. Menurut Al-Qurtubi, bermula daripada perkataan َ‫ لّبُا‬iaitu jari, apa
yang dikatakan oleh kalangan orang Arab. Malah kalimah ‫ ُْاَة‬menunjukkan keseluruhan jari.

Jelas dan terbukti bahawa kekuasaan Allah dalam mencipta anggota fizikal manusia
terutama cap jari adalah sebuah fakta yang menarik dan ajaib. Kehebatan yang
diciptakan oleh Allah mempunyai hikmah sebaliknya. Tuntasnya, cap jari menjadi
pengenalan identiti individu untuk pengecaman diri. Juga untuk mencari jalan
penyelesaian dalam sesuatu masalah dan jenayah.

BAHAGIAN C
Bayangkan jika dunia Islam tidak memiliki tokoh-tokoh ulama’ Ulum al-Qur’an.
Bagaimanakah situasi ilmu Ulum al-Qur’an tersebut? Bincangkan secara kritis serta jelaskan
DUA cadangan menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam ilmu ini.

1. Keadaan Dunia Islam sekiranya tidak memiliki tokoh-tokoh ulama ialah :-


(a) Umat Islam cenderung menggunakan logik akal fikiran dan hawa nafsu semata-mata.
(b) Tindakan mereka bertentangan dengan syariat dan didorong oleh hawa nafsu sendiri.
(c) Kerap melakukan jenayah dan kerosakan di muka bumi kerana di dorong sifat tamak dan
bertindak mengikut hawa nafsu.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 20


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

2. Antara cadangan menghargai sumbangan tokoh ulama Ulum al-Quran dalam dunia
Islam ialah : -
A. Membina Muziam Kesenian Islam

Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan muzium yang pertama dan terbesar di
rantau Asia Tenggara yang mempamerkan artifak kesenian Islam. Bangunan ini terletak di
Kuala Lumpur, Malaysia dan dibuka pada 12 Disember 1998. Bangunan Muzium Kesenian
Islam ini direka oleh rakyat Malaysia menonjolkan keindahan senibina Islam. Ciri-
cirinya yang unik adalah binaan lima kubah. Empat kubahnya boleh dilihat dari luar,
sementara kubah kelima hanya boleh dilihat dari dalam bangunan.

Muzium Kesenian Islam memuatkan sehingga 7000 artifak termasuk contoh kerja
logam dan seramik Islam. Muzium ini juga memiliki perpustakaan mengenai buku-buku
kesenian Islam serta buku-buku karya agung Ulama Islam tersohor. Muzium Kesenian
Islam mempunyai 12 galeri utama yang diklasifikasikan mengikut jenis artifak iaitu muzium
Galeri Quran dan Manuskrip, Galeri Seni bina Islam, Galeri India, Balai Cina, Melayu
lama Galeri Dunia serta Bilik Syria Uthmaniyah dibina semula sejak abad ke-19. Terdapat
juga paparan barang kemas, tekstil, senjata dan perisai, seramik dan kaca Islam purba .

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 21


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

B. Membina Pusat Pengajian Islam bertaraf Antarabangsa

Sekolah Islam Nur al-Azhar atau singkatannya SINAR adalah sebuah pusat
pengajian Islam yang memberikan alternatif kepada pendidikan Islam sedia ada. Sekolah
ditubuhkan atas kesedaran melahirkan sekumpulan ulama yang benar-benar
menguasai bidang pengajian Islam dan dalam masa yang sama memahami ilmu-ilmu
lain sebagai pelengkap keilmuan mereka. Masyarakat Islam Malaysia semakin berkecamuk
disebabkan oleh pelbagai kontroversi yang mencarik perpaduan umat. Ilham melahirkan
kumpulan ulama diharap menjadi solusi kepada kemelut ummat dan bertindak sebagai
sinar yang menerangi masyarakat Muslim negara ini.

Demi membimbing sekumpulan ilmuan Islam dan barisan ulama’ yang


berketerampilan dan mampu mencorak masa hadapan negara, SINAR menyusun
silibus pendidikan yang lebih tinggi dan berkualiti. Sukatan yang disediakan untuk
pelajar-pelajar ini bukan teori bilik kuliah yang belum diuji keberkesanannya.
Sebaliknya, ia diasaskan, pertama, berdasarkan saranan Imam Syafii dalam
menghasilkan pelajar yang cemerlang.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 22


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Gambar foto 2 : SINAR diasaskan oleh tiga orang sahabat yang pernah
belajar di sekolah yang sama, Ma’hadul-Azhar. Dari atas Ustaz Rohidzir Rais,
Prof Madya Dr Irwan Mohd Subri dan Ustaz Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 23


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

Gambar foto 3 : Iklan pengambilan pelajar baru bagi tahun semasa

1. Objektif penubuhan SINAR adalah seperti berikut:


(a) Melahirkan generasi pelapis imam-imam mujtahid yang mempunyai multi ilmu yang
pelbagai hingga mampu menghidupkan agama Islam dalam masyarakat.
(b) Mencetuskan generasi yang memahami 30 juz al-Quran dan menyampaikannya kepada
masyarakat.
(c) Menjana modal insan pakar yang mampu menangani kemelut umat.
(c) Menghubungjalinkan pembelajaran turath dan moden.
(d) Menyediakan pelajar memasuki universiti dalam usia muda..

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 24


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

2.Falsafah : Melahirkan barisan ulamak yang menguasai multi ilmu hingga mampu
menangani kemelut ummah.

3. Visi : Menemukan Pelajar Bijak dengan Guru Murshid.

4. Misi : Melestarikan sistem pendidikan wahyu untuk melahirkan generasi pelapis mujtahid
bagi menangani kemelut umat.

5 Silibus Pembelajaran
Silibus sekolah ini direka khas untuk melahirkan pelapis mujtahid dan melayakkan pelajar-
pelajar memasuki universiti pengajian Islam sama ada di dalam atau pun luar negara pada
umur yang muda.

Gambat foto 4 : Lokasi sekolah terletak di alamat Kompleks SINAR, Lot 863, Jalan Hj
Razak, Kg Baru Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 25


NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) CONFIDENTIAL

6. Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar SINAR terdiri daripada mereka yang bergraduan daripada universiti
tempatan atau luar negara atau memiliki ilmu yang diiktiraf dan berwibawa.

Pihak lembaga pengarah sekolah mengharapkan agar usaha murni akan dimakbulkan Allah
S.W.T demi melihat kejayaaan dan kecemerlangan umat Islam akan terus tercapai
seperti zaman kegemilangan tokoh-tokoh ulama silam. SINAR beroperasi di atas sebidang
tanah seluas 2.5 ekar yang diwakafkan oleh pemilk-pemiliknya. Pada masa akan datang,
SINAR berharap untuk membangunkan tapak ini dengan fasiliti yang lebih lengkap.

Sebagai penutup bicara, Islam sememangnya telah banyak memberi sumbangan


terhadap kemajuan sains dan teknologi dalam tamadun Islam. Hal ini memungkinkan
tamadun Islam pada ketika itu disegani oleh tamadun-tamadun yang lain. Senario ini,
menjadikan tokoh-tokoh Islam pada ketika itu terkenal dan disegani sehingga hari ini.
Berdasarkan hasil daripada kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh sarjana-
sarjana Islam. Izharnya, Ilmuwan Islam ketika itu, telah menjadikan Tamadun Islam sebagai
rujukan kepada seluruh dunia dan diumpamakan sebagai gedung ilmu hasil daripada karya-
karya dan tulisan mereka. Oleh itu, jadikanlah tokoh-tokoh Islam ini sebagai contoh
terbaik untuk kita teladani dan berjaya,Ssesungguhnya Allah itu akan Maha pemurah lagi
Maha menyayangi.

STQ422- PENGAJARAN AL-QURAN_ MAY 2021 SEMESTER Page 26

You might also like