Esei Lutfiah Balqis

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Sumbangan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Rakyat

Latar Belakang Tokoh

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947, di

Muar, kini beliau berumur 74 tahun. Bapa Tan Sri

Muhyiddin iaitu Muhammad Yassin Muhammad, ialah

seorang ulama yang amat dikenali di Bandar Maharani,

Muar, sementara ibunya ialah Khadijah Kassim. Beliau

berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim

dan merupakan salah seorang daripada 47 orang anak

seorang ulama terkenal di Muar, iaitu Tuan Haji

Muhammad Yassin bin Haji Muhammad dan isteri kedua

daripada empat orang isteri, iaitu Puan Hajjah Khadijah

binti Haji Kassim.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan

Maharani, Muar dan Sekolah Kebangsaan Ismail, Muar,

Tan Sri Muhyiddin seterusnya ke Sekolah Tinggi Muar.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan

Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail (sekolah aliran

Inggeris) serta Government English School di Muar

(sekolah menengah). Beliau kemudian melanjutkan

pengajian ke Universiti Malaya pada tahun 1968 dan

berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)

Ekonomi dan Pengajian Melayu (pada tahun 1970)

1
Semasa di alam pembelajaran di peringkat rendah hingga

ke universiti, beliau tidak terkelompok dalam kumpulan

pintar atau genius. Beliau adalah seorang siswa biasa

tetapi amat tekun dan kuat berusaha.

Beliau sangat berminat membaca dan sering meluangkan

waktu dan menghabiskan waktu dengan membaca. Beliau

seolah-olah ketagih membaca atau seperti ulat buku

meskipun bukan mengenai bidang kursus yang diikutinya.

Beliau mempunyai pengetahuan luas tetapi beliau tidak

memperlihatkannya dalam tutur kata atau ketika berhujah.

Beliau adalah seorang yang pendiam tetapi amat suka

mendengar dan memberi tumpuan dalam sesuatu

perbincangan. Beliau sentiasa berjaya menyelesaikan

sesuatu persoalan dan masalah para sahabat dengan

tindakan yang cepat dan kelihatan begitu mudah.

Tan Sri Muhyiddin telah menyambung pengajian di

pertingkat tinggi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur

hingga berjaya memperoleh Sarjana Muda dalam bidang

Ekonomi dan Pengajian Melayu pada tahun 1971. Beliau

berkahwin dengan Puan Sri Hajjah Noorainee Abdul

Rahman pada 22 September 1972 dan dikurniakan 4

cahaya mata. Diperingkat awal kerjayanya di sektor

awam, bermula sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan

Negeri Johor (Bahagian Latihan dan Biasiswa) pada 1970

2
dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Daerah

Muar pada 1974.

Sejarah Latar Belakang Hidup

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha

Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim (Bahagian Latihan

dan Biasiswa) tahun 1970 dan kemudiannya Penolong

Pegawai Daerah Muar pada tahun 1974.

Beliau pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila

memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada PRU ke-5

(1978) atas tiket Barisan Nasional-UMNO.

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor selepas

Pilihan Raya Umum ke-7 pada tahun 1986 apabila

memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit

Serampang dan mengekalkan jawatan Menteri Besar

apabila memenangi kerusi yang sama pada PRU ke-8

(tahun 1990). Kedua-duanya atas tiket Barisan Nasional-

UMNO.

Ketika menyandang jawatan Menteri Besar Johor dari

1986 hingga 1995, negeri Johor Darul Ta’zim boleh

dikatakan mencatat perkembangan pesat dan muncul

antara negeri termaju di Malaysia.

Beliau juga pernah menyandang portfolio Menteri Belia

dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas

3
Tani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,

Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, dan

Menteri Dalam Negeri di bawah beberapa Perdana

Menteri.

Selain itu, Pengalaman sebagai penjawat awam

digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung

dalam dunia korporat. Beliau telah bertugas di beberapa

buah anak syarikat pelaburan milik kerajaan negeri Johor

Darul Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi

Negeri Johor Darul Ta'zim (PKENJ); kini Perbadanan

Johor (JCorp). Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan

Sri Muhyiddin telah memegang beberapa jawatan penting

di SGS Ates Sdn Bhd sebagai Pengurus Perjawatan;

Pengarah Urusan, Sri Saujana Berhad dan Sergam

Berhad serta Pengarah Syarikat, Equity Mal (Johor) Sdn

Bhd.

Pada 1 Mac 2020, Tan Sri Muhyiddin telah diperkenan

oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah

Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana

Menteri Malaysia yang kelapan.

Pembabitan awal dalam Politik

Penglibatan Muhyiddin dalam politik bermula apabila

beliau menyertai UMNO sebagai ahli biasa di bahagian

Pagoh pada tahun 1971. Beliau dipilih sebagai Ketua

4
Pemuda UMNO di bahagian Pagoh dan Setiausaha pada

tahun 1976. Kemudian beliau menjadi Pemuda Pemuda

negeri Johor UMNO sehingga 1987.

Muhyiddin menduduki kerusi Exco dalam pemuda UMNO

Malaysia. Pada tahun 1984, Muhyiddin dipilih sebagai

Ketua Bahagian Pagoh di Pagoh menggantikan Tan Sri

Othman Saat. Pangkat beliau naikk dengan cepat dalam

UMNO Johor. Dari menjadi ahli majlis eksekutif negeri

sehingga menjadi Ketua Johor UMNO dan kemudian

menjadi Menteri Besar Johor.

Muhyiddin bertanding dan dipilih sebagai Ahli Parlimen

untuk pilihan raya umum Pagoh 1978 dan mengekalkan

kerusi tersebut sehingga 1982. Muhyiddin dilantik sebagai

Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar Negeri;

kemudiannya beliau dinaikkan pangkat menjadi Timbalan

Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan

kemudiannya Kementerian Perdagangan dan Industri.

Pada pilihan raya umum 1986, Muhyiddin bertanding dan

memenangi kerusi kawasan Bukit Serampang Dewan

Negeri Johor, membuka jalan bagi beliau untuk menjadi

Menteri Besar Johor pada 13 Ogos 1986.

Tempoh beliau sebagai Menteri Besar bertahan sehingga

6 Mei 1995.

Muhyiddin kembali bertanding dalam kerusi parlimen

Pagoh dalam pilihan raya umum Malaysia 1995.

5
Beliau berkhidmat dengan beberapa jawatan kabinet

kerajaan persekutuan sebagai Menteri Belia dan Sukan

(1995-1999), Menteri Hal Ehwal Pengguna (1999-2004),

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (2004-

2008) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan

Industri 2008-2009). Beliau dilantik sebagai Timbalan

Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia oleh

[[Perdana Menteri Malaysia|Perdana Menteri], Najib

Razak pada tahun 2009.

Pada tahun 1984, Muhyiddin bertanding di kerusi Dewan

Tertinggi UMNO tetapi kalah. Muhyiddin kemudian dilantik

sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor dan

seterusnya dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi. Pada

November 1990 beliau menjadi calon untuk naib presiden

UMNO, tetapi kalah lagi. Muhyiddin cuba lagi pada pilihan

raya UMNO November 1993, berjaya kali ini. Tetapi beliau

kalah pada pilihan raya 1996 ketika mempertahankan

jawatan naib presiden. Akhirnya, dalam pilihan raya pada

tahun 2000, beliau sekali lagi memenangi jawatan naib

presiden UMNO, kekal dalam jawatan itu sehingga pilihan

raya parti Oktober 2008, ketika Muhyiddin berjaya

memohon jawatan presiden yang lebih tinggi, yang

ditinggalkan kosong sebagai penyandang, Najib Razak

(yang menjadi presiden parti selepas persaraan Abdullah

Ahmad Badawi), menjadi presiden UMNO.

6
Sumbangan dalam bidang Ekonomi

Dunia kini dilanda virus Covid-19 yang kebanyakannya

melumpuhkan sistem ekonomi masyarakat berikutan

dengan virus yang kian mengganas. Sebagai inisiatif, Tan

Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan

Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion

untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan

wabak Covid-19. Pakej Prihatin ini mempunyai tiga

matlamat utama, iaitu melindungi rakyat, menyokong

perniagaan dan matlamat terakhir ialah untuk

memperkukuhkan ekonomi. Matlamat pertama yang

merupakan melindungi rakyat banyak bertujuan bantuan

kewangan untuk kesihatan dan juga penanggungan kos

pelajaran para pelajar. Seterusnya, matlamat kedua yang

merupakan menyokong perniagaan banyak melibatkan

bantuan untuk golongan yang terlibat dalam jual beli

kerana bidang perniagaan agak merosot dek kerana

kurang pelanggan yang datang membeli kerana perlu

menjalani Perintah Kawalan Pergerakan di rumah masing-

masing. Akhir sekali, matlamat yang terakhir

kebanyakannya membantu dari segi projek yang

melibatkan ekonomi kabinet kerajaan. Jelas beliau,

7
daripada jumlah yang diumumkan itu, hampir RM128

bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat,

RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion

untuk memperkukuh ekonomi negara. Jumlah itu adalah

tambahan sebanyak RM20 bilion lagi telah diumumkan

dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Pakej Prihatin ini akan menyediakan bantuan segera

untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda

semua. Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor

atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan.

Selain itu, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan

tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan

dan perkhidmatan untuk memerangi Covid-19, termasuk

mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada

perkhidmatan kesihatan swasta

Beliau mengatakan bahawa langkah yang telah

diperkenalkan dalam pakej itu bertujuan untuk

memastikan aktiviti ekonomi negara berterusan,

terutamanya dengan penyaluran tunai melalui Bantuan

Prihatin Nasional.

Selain itu, Muhyiddin juga telah mengarahkan semua

kementerian mengkaji semula belanjawan masing-masing

untuk mencari penjimatan agar ianya dapat digunakan

8
untuk menampung langkah-langkah jangka sederhana

bagi menangani wabak virus itu.

Kesimpulannya, sumbangan yang diberikan oleh beliau

kepada masyarakat amat banyak kerana merisaukan

rakyat yang dalam kesusahan dek kerana membendung

wabak Covid-19 ini.

Cabaran yang dihadapi

Cabaran utama Tan Sri Muhyiddin Yassin mengembalikan

keyakinan 33 juta rakyat Malaysia untuk menyokong

pentadbirannya bagi meneruskan agenda pembangunan

negara.Ahli Parlimen Pagoh itu sememangnya dikenali

dengan pendekatan “sederhana” dalam setiap tindakan

dan kelebihan itu memberi keyakinan terhadap

kematangan beliau dalam menghadapi situasi politik yang

berlaku akhir-akhir ini. Bukan itu sahaja, proses yang

berlaku sejak seminggu lalu turut menguji kematangan

toleransi dalam kalangan ahli politik dan rakyat dalam

mempertahankan konsep demokrasi ala Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin Yassin amat lebih pentingkan rakyat

daripada dirinya sendiri dan berusaha lakukan segalanya

untuk memastikan rakyat sihat sehinggakan mencapai

satu tahap beliau sanggup menjadi orang pertama disuntik

bagi menunjukkan ia tidak bahaya dan ini membuatkan

rakyat tidak takut untuk disuntik.

9
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui pandemik Covid-19

adalah cabaran paling sukar untuk diuruskan meskipun

sudah berpuluh tahun beliau menjadi pemimpin dalam

kerajaan yang berbeza-beza. Perdana Menteri berkata,

soal mengurus kehidupan dan nyawa dalam berdepan

pandemik tersebut perlu diteliti dengan sebaik-baiknya

sebelum membuat apa-apa keputusan. Meski tempoh

setahun bukan satu jangka masa yang panjang, Tan Sri

Muhyiddin sudah berjaya membuktikan tugas sukar yang

digalas beliau berjaya ditangani melalui pendekatan yang

mengutamakan rakyat. Di kala krisis politik dan

ketidakstabilan ekonomi akibat pandemik COVID-19

melanda, beliau rela mengambil langkah tidak popular

namun tepat dengan mengumumkan pelaksanaan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia satu manifestasi

kekuatan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.Kita lihat

umpamanya bahawa pandemik itu dapat ditangani

walaupun keadaannya begitu mendesak sekali dalam

satu-satu ketika.Dan ini adalah kepimpinan PM sendiri

yang menonjolkan bahawa kepentingan peribadi,

kepentingan politik diketepikan tetapi keutamaan negara

diutamakan.

Sumbangan dalam bidang Sosial

10
Tan Sri Muhyiddin sememangnya merupakan seorang

perdana menteri yang amat bertimbang rasa terhadap

rakyat. Beliau memberikan layanan yang amat baik

kepada masyarakat sehingga rakyat menggelarnya

sebagai 'Abah' yang menunjukkan kasih sayang seorang

bapa terhadap anak yang merupakan rakyatnya. Dalam

menentang wabak covid-19 ini pastinya beliau

menghadapi banyak cabaran untuk menanganinya.

Tambahan pula, beliau sedap menghidap penyakit kanser

semasa pemerintahannya. Namun, beliau tetap teguh dan

tenang dalam menjaga rakyatnya. Berikut merupakan

beberapa perbualan dengan rakyat yang ditemu bual.

"Jelas sekali terdapat peningkatan dari segi

kepimpinannya dan manfaat dirasai semua lapisan

masyarat daripada golongan bawah kepada golongan

pertengahan. Tidak kira pemandu bas juga terima manfaat

daripada kepimpinannya,” katanya kepada Astro

AWANI.Bagi pemandu van sekolah, Roshiah Daud pun

segala bantuan yang diberikan sangat membantu

terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

yang terpaksa dilaksanakan bagi mengekang penularan

wabak COVID-19.Selain daripada itu, beliau juga

menunjukan contoh yang baik kepada rakyat dalam

bentuk membina sahsiah yang baik. Sebagai contoh,

beliau sering megucapkan syukur terhadap segala

11
perkara yang dikurniakan walaupun keadaan itu amat

berat untuk diterima. Beliau mahu mengajar rakyat

bahawa sifat syukur ini wajar diterapkan dalam diri

masing-masing agar segala perkara yang dikurniakan

diberkati. Berikut merupakan dialog beliau semasa

sambutan Hari Raya Aidilfitri yang hanya dapat disambut

di rumah. " Alhamdulilah, di pagi Hari Raya Aidilfitri hari ini

saya berkesempatan menjadi imam solat sunat Aidilfitri di

rumah bersama ahli keluarga dan pembantu rumah dalam

suasana yang lain daripada biasa.

Masih boleh bersama keluarga terdekat dan masih boleh

berhubung dengan mereka yang jauh menerusi telefon.

"Sebagaimana orang lain, saya juga menggunakan

teknologi seperti Zoom untuk berhubung, menatap wajah

dan berkomunikasi dengan ahli keluarga yang lain.

Melepas juga rindu biarpun tidak dapat bersama

menyambut Aidilfitri yang mulia ini," kata beliau.

Penutup

Kesimpulannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang

memegang jawatan perdana menteri ke-8 telah

memberikan sumbangan yang amat memberangsangkan

kepada para rakyat. Jasa yang diberikan oleh beliau

sangat dihargai oleh masyarakat. Tambahan pula, sikap

12
beliau yang sangat baik memberi kesan positif kepada

masyarakat.

Beliau akui bahawa peranan beliau kali ini amat

memainkan peranan penting kepada setiap orang di

bawah pemerintahannya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menabur bakti dan

menyumbang jasa yang tidak terkira dalam bidang

ekonomi dan sosial di Malaysia. Usaha dan pengorbanan

beliau dapat menjadikan negara Malaysia sebagai negara

yang hebat seperti minda kelas pertama.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya dijadikan contoh

oleh semua lapisan masyarakat agar dapat menjadi

manusia yang memberi manfaat kepada orang lain

sepertimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri ke-8

ini. Sifat yang ditunjukkan oleh beliau sememangnya

membuktikan kebijaksanaannya dan kelayakan beliau

untuk menjadi seorang perdana menteri Malaysia.

Harapan kami agar sumbangan dan jasa beliau ini dapat

dijadikan contoh teladan kepada semua masyarakat

terutamanya pemimpin dan perdana menteri yang akan

datang.

(2011 patah perkataan)

13
Rujukan/Bibliografi

1)https://malay.wiki/content/Muhyiddin_Yassin/Jasa

%20dan%20Sumbangan%20 ‫سومبڠن‬20%‫دان‬20%‫جاس‬.html

2) https://www.sinarharian.com.my/article/155986/SUARA-

SINAR/Lidah-Pengarang/Kenang-jasa-Abah-dan-

kabinetnya

3)https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/584709/b

erdiri-teguh-bersama-muhyiddin

4)https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/550296/c

abaran-paling-besar-muhyiddin

5) https://www.astroawani.com/berita-politik/kedudukan-

muhyiddin-tidak-tergugat-penganalisis-307502

6) https://semakanonline.com/pakej-rangsangan-ekonomi-

prihatin-rakyat/

7) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syukuri-

nikmat-yang-ada-di-sebalik-cabaran-muhyiddin-297932

14
8) https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/25648-

pentadbiran-tan-sri-muhyiddin-yassin-dahulukan-

kepentingan-rakyat

9) https://www.astroawani.com/berita-

malaysia/kepimpinan-muhyiddin-bantu-rakyat-

berhadapan-cabaran-covid19-285061

15

You might also like