Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERSARAAN
PN. HJH. NORAINI BINTI ISMAIL
me
1. SALUTASI

Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala-
Asyarafil Anbiya’e Wal Mursalin Saidina Muhammadin Wa’ala
Alihi Wasahbihi Ajma’in.
Assalamualaikum wbt salam sejahtera.
Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia Menggamit Dunia.
Salam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pendidikan
Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
#jpnmelakajenamakerajaanno.1
#MUAFAKATMEMBAWABERKAT

YANG DIRAI
PN. HJH. NORAINI BINTI ISMAIL

YANG BERUSAHA
USTAZ ROSLAN BIN ABD LATIB
PENGETUA SMKA SULTAN MUHAMMAD

YANG DIPERTUA PIBG SMKA SULTAN MUHAMMAD


YANG BERHORMAT DATUK AMZAH BIN OSMAN

GPK PENTADBIRAN, TN HJ IBRAHIM BIN MD NOOR


GPK HEM, EN HAZMAN BIN HAMZAH
GPK KO-KU, PN ZAITON BINTI ISMAIL
GPK TING 6, PN HJH NOR IMANI BINTI MD NOR

BARISAN GURU - GURU KANAN MATAPELAJARAN


SAHABAT-SAHABAT GURU, ANAK-ANAK PELAJAR YANG
DIKASIHI SEKALIAN SERTA PARA HADIRIN YANG
MENONTON MAJLIS INI SECARA LIVE DI YOUTUBE
Kak ina
2. PENGENALAN MAJLIS

Sawah menghijau di tengah bendang


Tumbuh di pinggir pohon bidara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan


izin- Nya dapat kita berkumpul di medium ini DALAM NORMA
BAHARU bagi menjayakan Majlis SANJUNGAN BUDI
LAMBAIAN KASIH sempena persaraan PN. HJH. NORAINI BT
ISMAIL

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang


telah dicurahkan oleh Yang Diraikan PN. HJH. NORAINI BT
ISMAIL
sepanjang 33 tahun perkhidmatan beliau di dalam dunia
pendidikan.

me
3. BACAAN DOA

MENADAH TANGAN TANDA KERENDAHAN


LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUH TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN

Bagi memberkati majlis kita ini, marilah kita mengaminkan


bacaan doa yang akan di pimpin oleh Al Fadhil Ustaz Abdul
Salam bin Mohamed Ibrahim.

DOA

AAMIIN AAMIIN YA RABBAL ALAMIN


Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Abdul Salam
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. SEMOGA MAJLIS
KITA YANG PENUH BERMAKNA PADA HARI INI BERJALAN
DENGAN LANCAR SEPERTI YANG DIRANCANG.
Kak ina
4. UCAPAN WAKIL MURID

Hadirin sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Majlis diteruskan lagi dengan UCAPAN DARIPADA AHMAD


ZARIF MUKHLIS BIN MOHD FADZIL ( 4 STEM 1 ). Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN

Terima kasih diucapkan kepada AHMAD ZARIF MUKHLIS BIN


MOHD FADZIL atas ucapan YANG PENUH BERMAKNA BUAT
YANG DIRAIKAN, USTAZAH NORAINI YANG PASTINYA
SANGAT DISAYANGI OLEH SEMUA PELAJAR DARI DULU
LAGI.

me
5. UCAPAN ALUMNI

Hadirin sekalian,

SEPERTI YANG KITA SEMUA MAKLUM, PUAN HAJAH


NORAINI BINTI ISMAIL TELAH MENCURAHKAN KERINGAT
BAKTI DI BUMI ASSULTAN SELAMA 33 TAHUN. TERLALU
RAMAI BILANGAN ANAK-ANAK MURID BELIAU DI SEKOLAH
INI. MAKA, KAMI MENJEMPUT SAUDARA ZAID BIN
ROSLAN
Wakil ALUMNI SMKA SULTAN MUHAMMAD untuk
menyampaikan ucapan BUAT USTAZAH KESAYANGAN
SEMUA. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN

Terima kasih diucapkan kepada SAUDARA ZAID BIN


ROSLAN atas ucapan sebentar tadi.

Kak ina
6. UCAPAN WAKIL GURU

Sidang hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan


menjemput PUAN ROZILA BINTI RAHMAT untuk
menyampaikan ucapan bagi mewakili barisan guru dan
kakitangan SMKA SULTAN MUHAMMAD dengan segala
hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Terbang melayang si anak kedidi, terima kasih daun keladi


diucapkan kepada PUAN ROZILA BINTI RAHMAT atas ucapan
YANG PENUH BERMAKNA DARI SEORANG SAHABAT BUAT
KAKAK KAMI YANG DISAYANGI.

me
7. UCAPAN YDP PIBG

Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan tirai persada ucapan, Majlis mempersilakan


YANG BERHORMAT DATUK HAMZAH BIN OTHMAN – YDP
PIBG SMKA SULTAN MUHAMMAD untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dijemput Yang Berhormat
Datuk

UCAPAN

POHON SELASIH DI DALAM KOLAM


ANAK HARUAN BERENANG-RENANG
TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN
UCAPAN TUAN MENJADI KENANGAN

Terima kasih diucapkan kepada YANG BERHORMAT Datuk


atas ucapan sebentar tadi.

Kak ina
8. UCAPAN PENGETUA

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha


USTAZ ROSLAN BIN ABD LATIB – PENGETUA SMKA
SULTAN MUHAMMAD untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN

MERAH MENYALA SI BUAH CERI,


SUNGGUH CANTIK BERSERI-SERI,
TERIMA KASIH UCAPAN DIBERI,
KERANA SUDI DATANG KE MARI,
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas
ucapannya sebentar tadi.

me
9. BACAAN BIODATA,TAYANGAN MULTIMEDIA

Hadirin dan Hadirat semuanya,

Di bawah seliaan Jawatankuasa Multimedia, dipersembahkan


kepada SEMUA hadirin, tayangan multimedia untuk tatapan
insan yang sedang diraikan ini. Marilah kita bersama-sama
menghayati persembahan tersebut.

TAYANGAN MULTIMEDIA

Begitulah tadi, TELAH KITA saksikan persembahan multimedia


yang diraikan PN. HJH. NORAINI BINTI ISMAIL. Mudah –
mudahan, ia dapat menjadi inspirasi bagi kita semua.

Kak ina
11. PERSEMBAHAN PELAJAR / ALUMNI

Tiap pertemuan pasti akan ada perpisahan,


Itu adat, itu lumrah kehidupan.
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Majlis akan diteruskan dengan TAYANGAN persembahan


KHAS teristimewa buat PN. HJH. NORAINI yang dikasihi.
MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.

PERSEMBAHAN

Terima kasih diucapkan kepada SEMUA YANG TELAH SAMA-


SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS KITA PADA HARI INI
DENGAN PERSEMBAHAN MENARIK SEBENTAR TADI.

me
12. UCAPAN YANG DIRAI

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan di dalam dulang
Hari ini Puan bersara
Jasa baik PUAN tetap dikenang

Hadirin sekalian,
Menjunjung adat, “ yang datang disambut, yang pergi diiring “,
majlis ini diteruskan lagi dengan penuh rasa hormat dan kasih,
menjemput yang dirai PN.HJH. NORAINI BINTI ISMAIL untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan.

UCAPAN

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada PN. HJH.


NORAINI BINTI ISMAIL atas ucapan sebentar tadi. Semoga
segala amanat yang disampaikan sentiasa tersemat di jiwa dan
berlegar dalam ingatan buat warga SMKA SULTAN
MUHAMMAD.

KAK INA
13. PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderamata


sebagai tanda kenangan buat insan yang diraikan. DALAM
NORMA BAHARU INI, SESSI PENYAMPAIAN HADIAH AKAN
DIADAKAN SECARA PENGHANTARAN TERUS KE RUMAH
YANG DIRAIKAN. OLEH ITU, MARILAH KITA SAKSIKAN
TAYANGAN MULTIMEDIA YANG TELAH DISEDIAKAN.

TAYANGAN

BEGITULAH TADI TANDA INGATAN SETULUS IKHLAS BUAT


USTAZAH NORAINI DARIPADA PENTADBIR, SAHABAT
HANDAI SERTA ANAK-ANAK DIDIK BELIAU.

ME + KAK
14. PENUTUP INA

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu – layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan RINDU-RINDUAN

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi puan jadi kenangan
Hadirin hadirat penonton yang dirahmati Allah sekalian,
Berakhir sudah MAJLIS kita pada hari ini. BAGI PIHAK Majlis,
KAMI INGIN mengucapkan setinggi perhargaan kepada semua
Ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus menyiapkan segala
yang termampu, dalam keadaan yang penuh halangan dan
kekangan.

Buat YANG DIRAIKAN, PUAN HAJAH NORAINI BINTI ISMAIL


Kalau kerat Batang Gaharu, Pulang Ke Rumah Menaiki
Jangan Sampai Meluka Pedati,
Tangan, Bawa Sama Buah Kelapa,
Kalau Bertemu Kawan yang Jangan USTAZAH bersedih
Baru, hati,
Kawan Yang Lama Dilupa Di lain masa kita berjumpa.
Jangan.

Kami (BAGI PIHAK SMKA SULTAN MUHAMMAD)


mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada PUAN HAJAH
NORAINI BINTI ISMAIL. KAMI MENDOAKAN Semoga
USTAZAH sentiasa berada dalam kesihatan yang
berpanjangan, dimakbulkan Allah akan doa-doa yang baik serta
bergembira dengan ketenangan hidup yang mendatang
BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Kepada hadirin hadirat penonton sekalian, TERIMA KASIH


KERANA TELAH SAMA-SAMA MENJAYAKAN MAJLIS
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH YANG PENUH
BERMAKNA PADA HARI INI. SEMOGA DALAM ERA MENUJU
ENDEMIK INI, KITA TERUS SAMA-SAMA MENJAGA DIRI,
MENJAGA KELUARGA. MARILAH KITA SAMA-SAMA
BERGANDING BAHU MEMBANTERAS WABAK COVID INI
DAN SENTIASA PATUH PADA SOP YANG TELAH
DITETAPKAN KERAJAAN.

Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like