Bab 7 Islam Hadhari Dan Hubungan Etnik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BAB 7 ISLAM HADHARI DAN HUBUNGAN ETNIK

■ Pengertian Islam dari segi bahasa diambil daripada kata kerja “salima” yang mengandungi tiga
makna iaitu:

Pertama : Tulen dan suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin.

Kedua : Damai, aman dan sejahtera.

Ketiga : Taat dan menyerah.

■ Pengertian Islam dari segi istilah ialah mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan ikhlas serta jujur
hati serta beriman dengan ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW daripada Allah
SWT.

■ “Hadhari” berasal daripada “hadharah” yang bermaksud kemajuan dan peradaban.

■ Takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah: Suatu pendekatan pembangunan manusia,
masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif
Tamadun Islam.

Pendekatan Islam Hadhari

1. mengembalikan umat Islam agar menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai pembina tamadun
dan peradaban masyarakat Malaysia
2. mempertingkatkan kualiti kehidupan melalui jalan menguasai ilmu, pembangunan insan dan
juga pembangunan fizikal
3. Konsep hidup sebagai pengabdi diri kepada tuhan dan juga kerja sebagai satu ibadah serta
manusia sebagai khalifah dan bertanggungjawab dalam kehidupan amat ditekankan

Tujuan Islam Hadhari

menjaga, memartabatkan dan memperkasakan syariat Islam serta mengembangkannya

Dasar Islam Hadhari

1. Menjaga, memartabat dan memperkasakan agama


2. Menjaga, memartabat dan memperkasakan akal
3. Menjaga, memartabat dan memperkasakan nyawa
4. Menjaga, memartabat dan memperkasakan keturunan
5. Menjaga, memartabat dan memperkasakan harta
Prinsip-Prinsip Islam Hadhari

1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah.

2. Kerajaan yang Adil dan Beramanah.

3. Rakyat yang Berjiwa Merdeka

4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan

5. Pembangunan Ekonomi yang Seimbang dan Komprehensif.

6. Kehidupan Berkualiti.

7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.

8. Keutuhan Budaya dan Moral.

9. Pemeliharaan Alam Semulajadi.

10. Kekuatan Pertahanan.

PRINSIP ISLAM TERHADAP HUBUNGAN ETNIK

1. Kebebasan beragama sebagai peraturan dan undang-undang yang wajib dihormati dan dipatuhi
2. Allah menciptakan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan untuk saling kenal mengenali
3. Perhubungan di antar etnik akan memberikan proses pertukaran ilmu pengetahuan untuk
kemajuan hidup.

Prinsip Sosial Islam Terhadap Hubungan Etnik

1. Islam menggariskan 3 dasar utama iaitu aqidah, syariah dan akhlak


2. Dasar ini untuk membina hak dan tanggungjawab untuk perhubungan dalam masyarakat

Prinsip-prinsip yang diletakkan oleh Islam dalam hubungan sosial ialah :

1. Berkenal-kenalan (al-Ta’ruf)- Hasil kenal mengenal antara lelaki dan perempuan maka
dicambah-cambahkan kita kepada berbagai puak, etnik, bangsa, warna kulit, perbezaan paras
rupa dan sebagainya

2. Saling Memahami (al-Tafahum)- Sifat saling memahami antara satu sama lain perlu wujud
samada dalam melakukan persetujuan atau permuafakatan

3. Bekerjasama (ta’awwun)- Prinsip ini dianjurkan oleh Islam bagi memastikan wujudnya
kemantapan kehidupan bermasyarakat sama ada di peringkat keluarga, jiran tetangga atau
masyarakat yang ada dalam komuniti tersebut
Prinsip Ekonomi Islam Terhadap Hubungan Etnik

1. Persaudaraan (Ukhuwah)-Ukhuwah atau persaudaraan ditakrifkan sebagai perhubungan dan


pertalian yang berkait rapat seolah-olah seperti bersaudara
2. Berkasih Sayang (Mahabbah)-Masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum boleh disatukan
dengan mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya saling menyayangi antara satu sama
lain
3. Islam menggalakkan interaksi dalam aktiviti ekonomi
4. Islam tidak melarang individu atau Jemaah islam untuk menjalakan aktiviti ekonomi dengan
bukan islam
5. Orang bukan islam bebas menjalankan perniagaan di mana sahaja walaupun di tempat bukan
islam
6. Islam menggunakan prinsip kesamaan untuk semua menjalankan perniagaan

Prinsip Politik Islam Terhadap Hubungan Etnik

■ Ketua negara dan para pemimpin tertinggi mestilah daripada kalangan orang Islam.

■ Pemimpin bagi kawasan yang seratus peratus penghuninya terdiri daripada orang Islam adalah
orang Islam.

■ Bagi kawasan yang bercampur antara penghuni atau ahli masyarakatnya yang terdiri daripada
orang Islam dan bukan Islam, maka pemimpinnya mestilah dari kalangan orang Islam

■ Kawasan majority orang islam dan bercampur dengan bukan islam, pemimpin islam perlu
melantik wakil dari bukan islam untuk tujuan menjaga kebajikan bukan islam

■ Majoriti orang bukan islam, pemimpinya mestilah bukan islam

■ Untuk jawatan dalam sebuah Negara islam, pemimpin islam haruslah melantik orang bukan
islam dalam kalangan jawatan dalam sesebuah Negara untuk mejaga kebijakan dan kelayakan
orang bukan islam.

You might also like