Minit Mesyuarat Panatia BI Kali 1 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SERAI

MINIT MESYUARAT PANATIA BAHASA INGGERIS KALI 1 2020

Tarikh : 23 Januari 2020


Hari : Khamis
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1
Kehadiran :
1. Puan Salimar binti Mohammad (Guru Besar)
2. Puan Nik Rohaya binti Nik Osman
3. Puan Zaitulakmal binti Jamaludin (Ketua Panatia)
4. Puan Noraizi binti Md Zuki (Setiausaha)
5. Puan Horsaniah binti Sulaiman
6. Puan Siti Ruzana binti Abdul Hamid

1. Ucapan Pengerusi Majlis – Puan Zaitulakmal binti Jamaludin


1.1 Bacaan Ummul Kitab oleh semua ahli panitia.
1.2 Pengerusi mengalukan kedatangan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas
kehadiran semua ahli panitia.
1.3 Ucapan tahniah atas kejayaan dan peningkatan prestasi Panitia Bahasa Inggeris
pada tahun 2019.
Tindakan : Makluman

1. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

1.1 POST MORTEM UPSR 2019


1.1.1 Puan Zaitulakmal membentangkan prestasi bagi subjek bahasa Inggeris
dalam peperiksaan UPSR. (rujuk lampiran)
1.1.2 Kelas Tambahan akan diadakan bagi murid tahun 6 bermula Februari
ini.
Tindakan : Guru Tahun 6
1.2 DOKUMEN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
1.2.1 Rancangan Pengajaran Tahunan
1.2.1.1 RPT yang digunakan mestilah yang terkini berpandukan takwim
persekolahan 2020.
1.2.2 Rancangan Pengajaran Harian
1.2.2.1 Guru-guru dikehendaki menulis RPH berdasarkan format terkini
seperti yang dibincangkan ketika kursus penataran subjek.
1.2.3 Dokumen Standard Kurikulum
1.2.3.1 Guru-guru hendaklah menggunakan DSKP bagi proses penilaian
murid secara individu.
1.2.3.2 Semua dokumen tersebut mestilah berada di dalam fail rekod
mengajar di dalam bentuk softcopy atau hardcopy.
Tindakan : Makluman

1.3 AGIHAN KELAS TAHUN 2020


Tahun Nama Guru
1 Ibnu Sina Pn. Horsaniah binti Sulaiman
1 Ibnu Khaldun Pn. Zaitulakmal binti Jamaludin
2 Ibnu Sina Pn. Horsaniah binti Sulaiman
3 Ibnu Sina Puan Salimar binti Mohammad
3 Ibnu Khaldun Puan Zaitulakmal binti Jamaludin
4 Ibnu Sina Puan Noraizi binti Md Zuki
4 Ibnu Khaldun Puan Nik Rohaya binti Nik Osman
5 Ibnu Sina Puan Noraizi binti Md Zuki
5 Ibnu Khaldun Puan Zaitulakmal binti Jamaludin
6 Ibnu Sina Puan Noraizi binti Md Zuki
6 Ibnu Khaldun Puan Zaitulakmal binti Jamaludin

1.4 PENETAPAN BUKU TEKS,BUKU AKTIVITI DAN BUKU LATIHAN


1.4.1 Bagi murid tahun 1 hingga 2, mereka akan menggunakan buku aktiviti
Supermind. Murid tahun 4,5 dan 6 boleh menggunakan buku teks dan
buku aktiviti yang dibeli oleh pihak sekolah.
1.4.2 Penggunaan buku latihan adalah tertakluk kepada guru kelas masing-
masing.
Tindakan:Makluman

1.5 PBD dan PBS


1.5.1 Pentaksiran Bilik Darjah bagi murid tahun 1 hingga 5 mestilah dibuat
berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan. Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) Guru-guru Bahasa Inggeris diminta untuk dimasukkan ke
dalam fail.
Tindakan: Makluman

1.6 PEPERIKSAAN
1.6.1 Kertas peperiksaan bagi murid tahun 4,5 dan 6 disediakan oleh Majlis
Guru Besar. Peperiksaan akan dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada
bulan Mac dan Oktober.
1.6.2 Guru-guru hendaklah menyerahkan salinan markah peperiksaan yang
telah dicetak melalui SAPS untuk simpanan panitia.

1.7 AKTIVITI KO- AKADEMIK


1.7.1 Pihak sekolah akan menghantar peserta bagi menyertai pertandingan
ko akademik. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Tindakan: Semua guru


2. Hal-hal lain
2.1 Mengemaskini fail panitia.
2.2 Jadual waktu telah diterima oleh semua guru.
2.3 Penggunaan BBM perlu direkodkan di dalam buku stok/buku penggunaan.
2.4 RPT dan RPH perlu disiapkan dan dihantar pada akhir Januari.
2.5 Setiap soalan yang digubal perlu dihantar kepada ketua panitia untuk
disemak
dan disahkan.
2.6 Semakan buku tulis juga perlu dihantar kepada ketua panitia untuk disemak
sebelum dihantar kepada pentadbir.
2.7 English Board dan English Corner akan dikemaskini oleh ahli panitia.
Tindakan:Makluman

3. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang dengan ucapan terima kasih
daripada pengerusi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................. ………………………………………
(NORAIZI BINTI MD ZUKI) (ZAITULAKMAL BINTI JAMALUDIN)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SK Pulau Serai SK Pulau Serai

You might also like