Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Kempen Beli Barangan Malaysia

EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA

PENGENALAN

Kempen Beli Barangan Malaysia merupakan susulan daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia
yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Penjenamaan semula kempen ini bertujuan untuk
menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia dan membantu pengusaha tempatan
dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Ia juga bagi mewujud dan
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di
Malaysia setaraf dengan piawaian antarabangsa.

Pelaksanaan kempen ini melibatkan dua pendekatan utama iaitu melalui kempen kesedaran di media
massa dan media sosial, serta pelaksanaan Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia.

OBJEKTIF

Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia terhadap barangan dan perkhidmatan
buatan Malaysia;

Merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan


(domestic consumption);

Membantu pengusaha tempatan meluaskan jaringan pemasaran dengan meningkatkan permintaan


tempatan; dan

Mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti produk dan perkhidmatan buatan
Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

DEFINISI “BARANGAN MALAYSIA”

Definisi Barangan Malaysian untuk tujuan kempen ini adalah “produk mestilah dikilangkan di Malaysia
dan mengandungi sekurang-kurangnya 51% bahan / kandungan tempatan dan produk-produk yang
dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti proses pengilangan (manufacturing activity)”.
Pengenalan dan Objektif

PENGENALAN

Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu bermula 18 Mac 2020
di seluruh negara dan keadaan ini masih berlanjutan sehingga kini. Perintah kawalan ini dibuat di bawah
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Setakat ini Malaysia
telah mengalami tiga fasa kawalan pergerakan iaitu PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan
(PKPP).

Sehubungan dengan itu, bagi membantu pemain industri peruncitan merancakkan aktiviti sektor
peruncitan dan mengembalikan keyakinan pembeli yang terkesan dengan pelaksanaan PKP ini,
Kementerian telah merangka Program Jualan Malaysia (PJM) tahun 2021 yang memfokuskan jualan
berkonsepkan “Jualan Malaysia Sale”.

OBJEKTIF PROGRAM JUALAN MALAYSIA

Objektif PJM :

Merangsang dan menghidupkan semula aktiviti sektor peruncitan dalam negeri yang terjejas sepanjang
tempoh PKP;

Mengembalikan keyakinan pembeli dan pengguna untuk keluar berbelanja dan meningkatkan
perbelanjaan isi rumah yang terkesan akibat pelaksanaan PKP; dan

Mempromosi penggunaan aplikasi atas talian MySales Tracker yang dibangunkan oleh KPDNHEP kepada
pihak industri dan pengguna bagi memudahkan capaian maklumat berkaitan aktiviti jualan murah yang
sedang dan akan dilaksanakan di seluruh negara.
Segmen PJM 2021

BIL SEGMEN BULAN

1.

Segmen Perayaan – Hari Raya Cina

Tidak dapat dilaksanakan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

2.

Segmen Perayaan – Hari Raya Aidilfitri

April – Mei 2021

3.

Segmen Perayaan – Hari Gawai dan Keamatan

Mei – Jun 2021

4.

Segmen Perayaan – Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Ogos – September 2021

5.

Segmen Perayaan – Hari Deepavali


Oktober 2021

6.

Segmen Perayaan – Hari Krismas

Disember 2021

Permohonan Menyertai PJM 2021

Syarikat yang berminat untuk menyertai PJM 2020 ini bolehlah mendaftar di pautan berikut:
https://njm.kpdnhep.gov.my

Aktiviti dan Galeri

Bil.

Perkara

Perasmi

Lokasi

Tarikh
Hubungi kami

Sekretariat Bersama KBBM dan PJM 2021

e-mel : spip[at]kpdnhep.gov.my

No.tel : 03 - 8882 5907 (Cik Phang Yoke Hong)

03 - 8882 6211 (Puan Siti Nurbaya binti Yahya)

03- 8882 6322 (Encik Muhammad Nabil bin Azman)

03- 8882 5903 (Cik Nur Fazlin Aziera binti Rozlan)

Permohonan Menyertai KJM 2020

Syarikat yang berminat untuk menyertai KJM 2020 ini bolehlah mendaftar di pautan berikut:
https://njm.kpdnhep.gov.my

Aktiviti dan Galeri

Bil. Perkara Perasmi Lokasi Tarikh

1. Majlis Pelancaran Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia 2020 di Negeri
Sarawak YBM KPDNHEP Vivacity Megamall, Kuching Sarawak 4 Julai 2020

2. Majlis Pelancaran Program Jualan Mega dan KBBM 2020 YAB Perdana Menteri Dewan
Filharmonik Petronas, KLCC, Kuala Lumpur 23 Julai 2020

3. Majlis Pelancaran PJM YBM KPDNHEP KL Sentral, Kuala Lumpur 27 Julai 2020

4. Majlis Pelancaran KBBM Peringkat Negeri Perlis DYMM Raja Muda Perlis Giant Kangar,
Perlis 27 Julai 2020

5. Majlis Pelancaran PJM & KBBM Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur YBM KPDNHEP
SOGO, Kuala Lumpur 29 Julai 2020
6. Majlis Pelancaran PJM & KBBM Peringkat Negeri Selangor YBM KPDNHEP Tesco Mutiara
Damansara, Selangor 15 Ogos 2020

7. Walkabout Khas PJM & KBBM YBM KPDNHEP Sunway Pyramid, Selangor 18 Ogos 2020

8. Majlis Pelancaran KBBM @ Lulu YBM KPDNHEP Pasaraya Lulu, Kuala Lumpur 22
Ogos 2020

9. Walkabout YBM KPDNHEP Sempena Kempen Oh MYDIN dan KBBM YBM KPDNHEP Mydin
USJ, Selangor 22 Ogos 2020

10. Majlis Pelancaran KBBM @ The Store YBTM KPDNHEP The Store Sg. Buloh, Selangor
27 Ogos 2020

11. Majlis Pelancaran PJM & KBBM Peringkat Negeri Melaka YAB Ketua Menteri Melaka
Mahkota Parade, Melaka 29 Ogos 2020

Hubungi kami

Sekretariat Bersama KBBM dan KJM 2020

E-mel : spip[at]kpdnhep.gov.my

No. Tel : 03 - 8882 5907 (Cik Phang Yoke Hong)

03 - 8882 5881 (Encik Mohd Syazwan bin Osman

03- 8882 5903 (Encik Muaz bin Zulkifli)

You might also like