Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Soalan kuiz slot 6

1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi
PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan
dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD
bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif, iaitu: *
A. Pentaksiran Untuk Pembelajaran, Pentaksiran Tentang Pembelajaran
B. Pentaksiran Tentang Pembelajaran, Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
C. Pentaksiran Untuk Pembelajaran, Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
2. Dalam merancang objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid,
mengenal pasti kaedah pentaksiran yang sesuai dan....2. Dalam merancang PdP
dan kaedah pentaksiran, guru perlu menentukan objektif pembelajaran yang perlu
dicapai oleh murid, mengenal pasti kaedah pentaksiran yang sesuai dan.. *
A. Meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam DSKP
B. Menentukan gred pencapaian murid yang hendak ditaksir
C. Memastikan murid menguasai tahap penguasaan minimum
3. Yang manakah antara berikut BUKAN kaedah pentaksiran? *
A. Pemerhatian
B. Anekdot
C. Bertulis
4. Bagaimanakah mengenal pasti kaedah pentaksiran yang sesuai dalam
melaksanakan PBD? *
A. Kaedah pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan penulisan tidak boleh dilaksanakan
secara berasingan atau digabungkan
B. Instrumen pentaksiran yang digunakan tidak berdasarkan aktiviti PdP yang dirancang
dan kaedah pentaksiran yang dipilih
C. Kaedah pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan penulisan dijalankan secara
berterusan untuk mendapatkan maklumat pentaksiran yang lebih jelas dan tepat
berkaitan dengan keupayaan, perkembangan dan kemajuan murid
5. Instrumen dalam pentaksiran secara bertulis digunakan untuk mengesan
perkembangan intelek dan kemahiran murid dari aspek: *
A. Mengesan kelancaran dalam sebutan
B. Menyusun Idea
C. Penggunaan bahasa yang tepat

You might also like