Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM: 2.

4/321/4/17 ( )
Tel: 06-7986301 Faks: 06-7986302 27 Syawal 1442 H / 8 Jun 2021

Unit Tajaan
Konvensyen Keusahawanan Islam Kali ke-17 (iCEPS17),
Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia.
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai,
NEGERI SEMBILAN.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN/TAJAAN UNTUK PROGRAM KONVENSYEN KEUSAHAWANAN ISLAM


KALI KE-17 (iCEPS17) FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT (FEM) UNIVERSITI SAINS ISLAM
MALAYSIA (USIM)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Tahun 4 Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM akan
melaksanakan program Konvensyen Keusahawanan Islam Kali Ke-17 (iCEPS17) yang akan berlangsung
bermula 20 Mei 2021 hingga 20 Disember 2021 untuk hari pre-iCEPS17 manakala hari induk
iCEPS17 akan dijalankan selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Januari 2022.

3. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan pemahaman yang jelas
kepada pelajar terhadap bidang keusahawanan melalui pelbagai aktiviti berbentuk pengetahuan dan
pengalaman perniagaan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan pelbagai kemahiran
insaniah dalam kalangan pelajar seperti kemahiran berfikir, bijak mengurus organisasi, mahir
berkomunikasi serta membina keyakinan diri melalui pelbagai usaha dan aktiviti berbentuk penyuntikan
ilmu pengetahuan, perencanaan, pengalaman berurusan dan lain-lain.

4. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan
sumbangan dan tajaan sama ada berupa wang tunai atau barangan. Sebarang sumbangan atau
penajaan boleh disalurkan terus ke akaun Bendahari USIM di akaun bernombor 05058010008884, dibuat
atas nama BENDAHARI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA dan dialamatkan kepada:

Penyelaras,
Konvensyen Keusahawanan Islam Kali Ke-17 (iCEPS17)
Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia.
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai,
NEGERI SEMBILAN.
5. Bersama ini disertakan kertas kerja program dan surat jawapan untuk perhatian dan tindakan
pihak tuan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Dr Mohammad Tahir Bin Zainuddin (019-
3185008) atau Cik Sarah Sakinah Binti Zulkifli (013-4990455) atau e-mel kepada
hellodriceps17@gmail.com. Perhatian dan sumbangan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

Saya yang menjalankan amanah,

(PROFESOR DATO’ DR. MOHAMED RIDZA BIN WAHIDDIN)


Naib Canselor
Universiti Sains Islam Malaysia

s.k: ~ Dr. Mohammad Tahir bin Zainuddin


Penyelaras iCEPS17

You might also like