Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

<AMCA 5303>

BAHAGIAN A: SOALAN 1
Pentaksiran, secara langsung atau tidak, terlibat dalam proses kaunseling dan ia
merupakan sebahagian daripada kaunseling yang tidak boleh terpisah. Banyak kajian
penyelidikan telah mengesahkan bahawa kaunselor dalam pelbagai latar belakang
menganggap pentaksiran sebagai aspek signifikan dalam profesion masing-masing.
Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam profesion kaunseling. Dalam
bidang kaunseling, pentaksiran dikembangkan dan digunakan untuk mengukur bagaimana
seseorang bertingkah laku dalam sesuatu keadaan. Kaunselor menggunakan hasil pentaksiran
untuk: (i) meningkatkan kesedaran klien tentang diri mereka, (ii) membantu klien
mengenalpasti isu kehidupan yang mengganggu mereka, dan (iii) membantu klien
menghadapi aspek diri sendiri. Secara ringkas, hasil pentaksiran juga boleh memberi klien
gambaran penilaian kendiri yang lebih tepat dan seterusnya membolehkan klien membuat
keputusan.
Di samping itu, kaunselor juga bermanfaat daripada hasil pentaksiran kerana
kaunselor dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan klien, seterusnya merancang
intervensi yang sesuai dengan klien. Oleh itu, terdapat tokoh yang menyatakan bahawa
kegagalan penggunaan pentaksiran yang sesuai akan membataskan keberkesanan kaunselor
dalam perkhidamatan kaunseling dengan klien.
Dalam konteks ini, penyampaian hasil pentaksiran kepada klien merupakan antara
proses pentaksiran dalam kaunseling yang paling penting, ia juga merupakan sebahagian
daripada tugas kaunselor. Kemahiran berkomunikasi hasil pentaksiran dengan klien sangat
penting, kerana kegagalan dalam perkara ini akan menyebabkan salah tanggapan hasil oleh
klien dan seterusnya mungkin akan menyebabkan klien membuat keputusan atau pilihan yang
tidak sesuai dengan diri atau memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, terdapat beberapa garis
panduan yang boleh dirujuk oleh kaunselor dalam membuat penyampaian hasil pentaksiran.
Pertama, kaunselor perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai instrumen
dan manualnya sebelum berkomunikasi hasil pentaksiran dengan klien. Hal ini supaya
kaunselor boleh jelas dengan kandungan dan tujuan penggunaan instrumen yang ditadbirkan
kepada klien, di mana kaunselor boleh mengenalpasti penggunaan instrumen ini adalah sesuai
dengan matlatmat klien.
Selain itu, kaunselor juga pelu mengembangkan pelbagai kaedah atau pendekatan
dalam menerangkan hasil pentaksiran. Misalnya, dalam menjelaskan tiga kod mata Inventori
Holland, RIASEC, kaunselor boleh menggunakan gambar rajah yang sesuai dengan keenam-

1
<AMCA 5303>
enam bidang tersebut untuk membuat perjelasan. Dalam konteks ini, kaunselor harus
menerangkan hasil pentaksiran dalam bentuk istilah deskriptif dan bukannya skor yang
bernombor. Misalnya dalam menjelaskan personaliti individu, kita tidak memberitahu klien
bahawa beliau ialah seorang yang 80% introvert dan 20% ekstrovert. Sebaliknya, kita akan
menyampaikan hasil dengan menyatakan bahawa klien ialah seorang yang berkecenderungan
introvert di mana beliau merupakan seorang yang lebih pendiam atau suka bersendirian.
Sejajar dengan itu, kaunselor seharusnya menyampaikan hasil pentaksiran dengan
cara keberangkalian dan bukan dengan kepastian. Maksudnya, kaunselor perlu mahir dalam
menggunakan istilah “cenderung” atau “lebih menunjukkan” dalam membuat penjelasan.
Kaunselor jangan sesekali menyatakan hasil pentaksiran seperti “Anda merupakan seorang
yang introvert”, di mana ayat seperti ini bagaikan suatu penyataan yang telah dikenal pasti
dan mudah menyebabkan salah tanggapan kepada klien.
Lanjutan daripada itu, pentafsiran hasil pentaksiran juga harus dibincangkan
bersamaan dengan maklumat klien yang lain. Misalnya, dalam penyampaian hasil ujian
personaliti, kaunselor boleh menjelaskan tret personaliti klien dengan mengaitkan ciri-ciri
klien dalam kehidupan atau sejarah demografik klien supaya klien sendiri boleh
mempertimbangkan kebenaran penyataan atau hasil pentaksiran.
Seterusnya, kaunselor perlu cuba pada tahap yang terbaik untuk membentangkan hasil
pentaksiran secara umum dan tidak terlalu ilmiah. Hal ini bermaksud, kaunselor perlu
menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh klien untuk menjelaskan hasil pentaksiran
dan elak daripada menggunakan istilah profesion seperti depress. Sebaliknya, kaunselor
boleh gunakan ayat seperti “berada dalam keadaan yang sedih” untuk menjelaskan situasi
klien. Tambahan pula, batasan instrumen atau kaedah pentaksiran juga harus dibincangkan
dalam bahasa yang difahami oleh klien, bukan dengan istilah teknikal.
Dalam penyampaian hasil pentaksiran, kaunselor juga harus mendorong klien untuk
mengemukakan soalan semasa proses komunikasi. Hal ini bermakna, kaunselor perlu
menggalakkan komunikasi secara dua hala dalam membincangkan hasil pentaksiran.
Misalnya, kaunselor boleh minta pandangan klien terhadap hasil pentaksiran. Pada masa yang
sama, kaunselor juga perlu mengizinkan segala pertanyaan klien terhadap kekeliruan yang
ada mengenai hasil pentaksiran tersebut.
Akhir sekali, sebelum menamatkan komunikasi tentang hasil pentaksiran, kaunselor
perlu membuat ringkasan terhadap dapatan pentaksiran kepada klien supaya klien boleh
mendapat gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh tentang hasil pentaksirannya.

2
<AMCA 5303>

3
<AMCA 5303>
BAHAGIAN A: SOALAN 2
Salah satu alat ukur yang digunakan dalam kaunseling keluarga dan pasangan adalah
Genogram. Genogram adalah alat yang membantu menghuraikan dan meringkaskan
maklumat keluarga seseorang, bagaikan pokok keluarga, tetapi ia merangkumi aspek yang
lebih khusus dari hubungan keluarga dan mempunyai rupa yang lebih teknikal. Kaunselor
dapat mengenal pasti corak keluarga yang berulang melalui genogram dan memeriksa
struktur dan hubungan yang berfungsi melalui genogram. Secara umumnya, terdapat tiga
langkah yang terlibat dalam membentuk genogram, seperti rajah di bawah:

2. Mencatat 3. Menerangkan atau


1. Melakarkan
maklumat asas memperincikan
struktur keluarga
keluarga hubungan keluarga

Lakaran struktur keluarga adalah langkah pertama dan merupakan langkah yang
paling penting dalam membentuk genogram. Pada langkah ini, kaunselor akan mendapat
maklumat mengenai struktur keluarga dan melakarkan genogram mengikut tiga generai
terakhir. Secara umumnya, bentuk bulat selalu digunakan untuk melambang wanita,
sementara itu bentuk empatsegi digunakan untuk melambang lelaki dalam keluarga. Garisan
yang menghubungkan dua simbol menunjukkan pasangan suami isteri, manakala dua garis
miring menunjukkan perceraian. Simbol pangkah, “X” ditandakan pada simbol untuk
melambangkan peninggalan dunia seseorang dalam keluarga tersebut. Secara ringkasnya,
terdapat sekumpulan simbol yang ditetapkan untuk melambangkan hubungan dalam keluarga.

Sebaik sahaja struktrur keluarga lengkap atau kerangka genogram dibentuk, maklumat
keluarga akan direkodkan. Maklumat yang perlu dikumpul dan direkod termasuklah:

1. Maklumat demografi merangkumi tarikh penting seperti tarikh lahir dan mati, tahap
pendidikan, tarikh perkahwinan dan perceraian, dan lain-lain)
2. Maklumat mengenai tahap fungsi (data umum mengenai fungsi anggota: adakah
mereka berfungsi, sejauh mana, dan mengapa?).
3. Peristiwa penting keluarga

Asas teori genogram mempercayai bahawa corak fungsi keluarga akan berulang.
Masalah semasa akan dikaji dengan mengaitkan dengan fungsi keluarga masa lalu. Oleh itu,

4
<AMCA 5303>
pada peringkat ketiga, kaunselor menerangkan secara perinci hubungan keluarga. Dalam
konteks ini, kaunselor tidak perlu fokus atau bimbang tentang hubungan biologi atau undang-
undang, tetapi lebih fokus pada hubungan psikologi dalam genogram. Hal ini kerana
genogram harus merangkumi saudara kandung dan individu yang tidak hubungan biologi
tetapi memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang individu.

Berikut merupakan contoh genogram keluarga saya yang menunjukkan hubungan


kekeluargaan dan umur masing-masing:

Daripada genogram di atas boleh melihat bahawa hubungan saya dengan abang kakak
tidaklah mesra sangat kerana terdapat jurang umur. Namun, disebabkan ayah saya meninggal
awal dan masa saya tinggal berseorangan dengan ibu lebih panjang daripada abang kakak
lain, oleh itu ibu lebih rapat dan sayang pada saya. Pada masa yang sama, daripada genogram
tersebut juga menunjukkan bahawa corak hubungan perkahwinan abang sulung dan kakak
saya tidaklah begitu bahagia dan ia mungkin merupakan faktor yang menyebabkan saya, adik
bongsu masih bujang dan tidak berjaya dalam perhubungan cinta. Tambahan pula, hubungan
antara abang ipar dan kakak saya yang berpisha, ternyatanya telah mempengaruhi hubungan
anak-anak mereka.

5
<AMCA 5303>
BAHAGIAN B: SOALAN 2
Soalan 2a
Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) merupakan alat ukur personaliti dan kerjaya
yang terkenal untuk membantu mereka yang mengambil ujian ini untuk mengetahui
kecenderungan kerjaya berasaskan personaliti dan pemilihan atau perkembangan kerjaya.
Secara umumnya, MBTI merupakan ujian standard yang mempunyai dua matlamat. Pertama,
MBTI bertujuan untuk meneroka dan mengenalpasti kecenderungan utama fungsi psikologi
seseorang. Kedua, MBTI juga digunakan untuk mengenalpasti serta menerangkan mengenai
16 jenis personaliti yang dihasilkan dari interkasi.
MBTI yang dihasilkan oleh Katherine Briggs dan anaknya Isabel Myers bertujuan
mengukur kecenderungan individu melihat dunia mereka dan bagaimana mereka membuat
keputusan. Kecenderungan yang dimaksudkan adalah berasaskan teori tipologi yang dibina
oleh Carl Jung. Menurut Jung, empat asas fungsi psikologi seseorang adalah sensation,
intuition, feeling dan thinking (akan dijelaskan secara lebih mendalam pada bahagian B).
Salah satu fungsi psikologi ini akan bersifat dominan dalam diri seseorang pada kebanyakkan
masa. Dengan kata lain, MBTI digunakan untuk mengenal pasti kecenderungan personaliti
individu.
Selain itu, MBTI juga digunakan untuk membantu individu membuat pemilihan
kerjaya yang sesuai dengan mereka. Dalam konteks ini, MBTI digunakan secara luas dalam
bidang kaunseling kerana ia merupakan alat ujian yang dibina berasaskan kerangka teori
sendiri. Hal ini memudahkan kaunselor untuk memahami dan mengaplikasikan alat ujian ini
dalam membantu klien membuat pemilihan kerjaya. Aspek minat serta kecenderungan
individu akan diambil kira dalam proses pemadanan personaliti individu dengan pilihan
kerjaya. MBTI tidak bersandar pada mana-mana faktor luaran, sebaliknya melihat ke dalam
diri klien sendiri. Ini membolehkan klien lebih memahami tentang dirinya di samping
membuat pemilihan kerjaya yang dirasakan tepat dengan personaliti diri.
Ringkasnya, walaupun teori Myers-Briggs bukan teori perkembangan kerjaya
sebaliknya teori personaliti, tetapi ia diaplikasikan dalam kaunseling kerjaya kerana
dipercayai bahawa personaliti seseorang sedikit sebanyak berkait rapat dengan kerjaya yang
dipilih.

6
<AMCA 5303>
Soalan 2b
MBTI adalah instrumen tipologi yang mendapat skor daripada empat dimensi lalu
mengkategorikan individu kepada 16 jenis psikologi. Empat dimensi tersebut serta penjelasan
setiap dimensi adalah seperti berikut:
Dimensi Penerangan
Dunia pilihan Dimensi ini melihat fokus interaksi individu adalah pada dunia dalaman,
Introversion (I) Introversion (I) atau dunia luaran, Extraversion (E).
- Extraversion Pengertian Extraversion dan Intraversion yang dimaksudkan oleh
(E) Briggs dan Myers adalah berbeza seperti yang kita sedia maklum secara
umum. Secara umum, seorang yang bersifat extraversion sering
dikaitkan dengan seseorang yang mudah bersosial, manakala seseorang
yang bersifat intraversion dianggap sebagai pemalu atau pendiam.
Namun, MBTI merujuk extraversion sebagai cara seseorang berhubung
dengan orang lain atau membuat penilaian dan persepsi berdasarkan
dunia luaran manakala intraversion merujuk kepada membuat
penghakiman dan persepsi berdasarkan minat diri.
Maklumat Indikator ini melihat kecenderungan individu mengumpul maklumat
Sensing (S) - daripada persekitarannya. Individu Sensing (S) kebiasaanya bersifat
Intuition (N) rasional. Mereka melihat maklumat sebagai konkrit dan boleh diukur
melalui lima pancaindera. Oleh itu, individu Sensing (S) cenderung
untuk merujuk kepada maklumat asas sahaja.
Sebaliknya, individu Intuition (N) cenderung untuk membuat
interpretasi dan memberi pengertian kepada maklumat yang diterima.
Individu Intuition (N) bersifat abstrak, suka kepada imaginasi dan
kreatif.
Misalnya, individu Sensing (S) akan merasakan suasana sesuatu tempat
berdasarkan warna objek yang ada pada sekitarnya, manakala individu
Intuition (N) akan menilai tempat tersebut sebagai ceria atau tertekan
(memberi pengertian terhadap pemerhatian).
Penilaian atau Indikator ini melihat kecenderungan individu semasa membuat
membuat keputusan. Individu yang membuat keputusan berdasarkan logik dan
keputusan konsisten dipanggil Thinking (T) manakala individu Feeling (F) lebih
Thinking (T) - cenderung untuk mempertimbangkan orang dan emosi ketika membuat
Feeling (F) keputusan.

7
<AMCA 5303>
Selepas memerhati sesuatu peristiwa, individu selalunya akan bertindak
sama ada melalui pemikiran atau perasaan. Individu (T) akan membuat
analisis dan berfikir secara objektif manakala individu (F) pula akan
merujuk kepada reaksi yang subjektif. Individu (F) cenderung untuk
menilai sesuatu peristiwa secara mendalam kerana memikirkan tentang
implikasi atau impak terhadap penghakiman tersebut.
Struktur Indikator ini melihat kecenderungan individu berurusan dengan dunia
Judging (J) - luar. Individu Judging (J) lebih suka keputusan struktur dan tegas. Ini
Perceiving (P) bermaksud mereka lebih cepat dalam membuat keputusan. Sebaliknya,
individu Perceiving (P) lebih terbuka, fleksibel, dan mudah
menyesuaikan diri. Mereka lebih cenderung untuk menangguhkan
penilaian dan menggunakan lebih banyak masa dalam memerhati dan
memahami Kedua-dua kecenderungan ini berinteraksi dengan skala
yang lain.

8
<AMCA 5303>
BAHAGIAN B: SOALAN 3
Soalan 3a
NEO Personality Inventory (NEO-PI-R) Revised adalah alat ukur klinikal yang telah
digunakan dan dikaji secara meluas oleh profesional kesihatan mental. NEO-PI-R boleh
diterangkan melalui lima faktor atau juga lebih dikenali sebagai Big Five Factors. Inventori
ini menerangkan tret personaliti individu daripada lima dimensi yang dikenali sebagai
OCEAN atau CANOE. Lima dimensi tret personaliti itu termasuklah keterbukaan (Openess
to experience), kehematan (Conscientiousness), ekstraversi (Extraversion), kebersetujuan
(Agreeableness) dan neurotisisme (Neuroticism). Inventori ini menggunakan skala Likert 5
mata (1-sangat tidak setuju hingga 5-sangat setuju) bagi responden untuk
menghubungkaitkan diri sendiri dengan penyataan item. Lima skala ini akan dibincangkan
secara mendalam dalam jadual di bawah:
Skala Penerangan
Keterbukaan Skala ini menerangkan ciri-ciri seperti imaginasi dan wawasan
(Openess to seseorang. Individu yang tinggi dalam skala ini cenderung untuk
experience) mempunyai pelbagai minat. Mereka ingin tahu tentang dunia dan
orang lain dan ingin belajar perkara baru dan menikmati pengalaman
baru. Oleh itu, individu yang tinggi keterbukaan cenderung lebih
berani dan kreatif. Sebaliknya, individu yang rendah keterbukaan
biasanya lebih tradisional dan mungkin bergelut dengan pemikiran
abstrak.
Kehematan Ciri-ciri skala ini merangkumi tahap perhatian yang tinggi, kawalan
(Conscientiousness) dorongan yang baik, dan tingkah laku yang bertujuan. Individu yang
tinggi kehematan merupakan golongan yang berstruktur, teratur, dan
teliti. Mereka akan merancang lebih awal, memikirkan bagaimana
tingkah laku mereka mempengaruhi orang lain, dan berjaga-jaga
dengan tarikh akhir.
Individu yang skor kehematan tinggi biasanya akan dikaitkan
dengan tingkah laku yang tekun, sangat menjaga kebersihan dan
kekemasan serta kuat bekerja. Sebaliknya, individu yang rendah
kehematan akan menunjukkan sikap yang tidak bersungguh-sungguh
dalam mengejar matlamat sendiri.
Ekstraversi Skala ekstraversi (atau ekstroversi) digambarkan dengan ciri-ciri
(Extraversion) kegembiraan, keramahan, aktif bercakap, ketegasan, dan ekspresi

9
<AMCA 5303>
emosi yang tinggi.
Individu yang ekstraversi tinggi suka keluar (outgoing) dan
cenderung untuk mendapat tenaga dalam situasi sosial. Mereka akan
berasa tenaga dan bersemangat apabila berada di sekitar orang lain.
Tetapi, individu yang ekstraversi rendah, atau digelar sebagai
introvert, cenderung lebih berhmat dan kurang bertenaga dalam
suasana sosial. Aktiviti sosial akan menyebabkan introvert mudah
berasa letih, sementara mereka lebih cenderung untuk menggunakan
masa berseorangan dan suasana senyap untuk “mengisi tenaga”.
Kebersetujuan Skala ini merangkumi sifat seperti kepercayaan, altruisme, kebaikan,
(Agreeableness) kasih sayang, dan tingkah laku prososial lain. Individu cenderung
bersimpati, dengan keinginan untuk menolong orang lain, dan
kepercayaan bahawa orang lain akan membalas dan menolong.
Dengan kata lain, individu yang tinggi kebersetujuan cenderung
untuk memberi komitment dalam kerja pasukan, sebaliknya mereka
yang rendah kebersetujuan pula cenderung untuk bersifat lebih
kompetitif, ataupun manipulatif dalam kerja pasukan.
Hal ini kerana skor rendah dalam skala ini akan menunjukkan
kecenderungan untuk bersikap antagonis, egosentrik dan skeptikal
terhadap niat orang lain.
Sekiranya, skor seseorang terjatuh di antara kedua-dua hujung skala
kebersetujuan akan membawa masalah kepada individu tersebut. Hal
ini kerana kebersetujuaan yang sangat tinggi akan mendatangkan
masalah kebergantungan, manakala kebersetujuan yang sangat
rendah pula sering dikaitkan dengan tingkah laku narsisistik,
antisosial dan paranoid.
Neurotisisme Skala ini mengukur penyesuaian atau kestabilan emosi. Neuroticism
(Neuroticism) adalah sifat yang dicirikan oleh kesedihan, perasaan murung, dan
ketidakstabilan emosi.
Individu yang tinggi dalam skala ini cenderung mengalami
perubahan emosi, kegelisahan, mudah marah serta sedih. Skala
menganggap bahawa sekiranya seseorang cenderung mengalami
salah satu emosi negatif tersebut, mereka juga cenderung untuk
mengalami emosi negatif yang lain. Individu dengan skor tinggi

10
<AMCA 5303>
dalam Neurotisisme mungkin menghadapi kesukaran untuk
mengatasi tekanan, atau mungkin terdedah kepada pemikiran yang
tidak rasional.
Mereka yang rendah dalam skala ini pula cenderung lebih stabil dan
tahan dalam emosi.

Secara ringkasnya, keterbukaan yang tinggi bermaksud orang yang suka belajar
perkara baru dan menikmati pengalaman baru. Keterbukaan merangkumi sifat seperti
berwawasan, berimaginasi dan mempunyai pelbagai minat. Kehematan pula merujuk kepada
orang yang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi, boleh dipercayai dan cepat. Ciri-cirinya
termasuk teratur dan teliti. Selain itu, ekstraversi merujuk mereka yang bertenaga, suka
bergaul dan tegas. Individu yang kebersetujuan tinggi selalunya bersifat baik, penyayang, dan
bersimpati. Akhir sekali, neurotisisme berkaitan dengan kestabilan emosi seseorang dan tahap
emosi negatif. Orang yang mendapat skor tinggi pada neurotisme sering mengalami
ketidakstabilan emosi dan emosi negatif. Ciri-ciri termasuk murung dan tegang.

Soalan 3b
Setiap faktor atau domain dalam Big Five Factors mempunyai enam facet (aspek).
Enam aspek dalam Ekstraversi (Extraversion) adalah (1) mesra, (2) sosial, (3) tegas,
(4) aktif, (5) mencari hiburan, dan (6) emosi positif. Dalam konteks ini, individu yang tinggi
dalam ekstraversi, iaitu ekstrovert biasanya yakin, positif, dan bergaul. Mereka juga dapat
hedonistik, aktif mencari kegembiraan dan kebahagiaan. Pencapaian dan insentif selalunya
lebih penting daripada mematuhi kod tingkah laku tertentu atau mengikuti peraturan bagi
individu ektrovert. Sepanjang hidup, ekstroversi berkorelasi positif dengan pendapatan,
kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan cabaran, dan hubungan sosial yang
memuaskan. Secara keseluruhan, ekstroversi adalah peramal kesejahteraan umum yang baik,
sikap positif terhadap kehidupan, dan keyakinan terhadap prestasi tugas.
(1) Amanah, (2) jujur, (3) altruisme, (4) setia, (5) sopan, dan (6) lemah lembut
merupakan enam aspek bagi dimensi kebersetujuan (Agreeableness). Individu bersifat
kebersetujuan memberi penekanan pada kasih sayang, murah hati dan kepercayaan. Mereka
kurang mementingkan kuasa, pencapaian atau aktiviti yang berkaitan dengan kenamaan.
Hakikatnya, individu bersifat kebersetujuan dimotivasi dengan rasa keperluan untuk
memenuhi tanggungjawab sosial, di mana selalunya datang dari keprihatinan terhadap
kesejahteraan dan kebajikan orang lain. Mereka yang mempunyai kebersetujuan yang tinggi

11
<AMCA 5303>
cenderung mempunyai hubungan yang mesra, positif dan memuaskan, menjalani kehidupan
yang panjang dan membalas komuniti mereka. Secara umumnya, dimensi kebersetujuan yang
tinggi berkaitan dengan penyesuaian hidup yang baik.
Seterusnya, enam aspek dalam kehematan (Conscientiousness) adalah (1) kompetensi,
(2) tertib, (3) bertanggungjawab, (4) gigih dalam pencapaian, (5) disiplin diri dan (6)
musyawarah (deliberation). Individu yang bersifat hemat menghormati tatatertib, tugas,
pencapaian, dan disiplin diri. Mereka turut prihatin untuk meningkatkan kompetensi diri. Hal
ini berkaitan dengan kesesuaian dan tradisi. Kehematan berkorelasi dengan hasil
pembelajaran, prestasi kerja, dan kejayaan kerjaya seseorang individu.
Sejajar itu, aspek-aspek dalam keterbukaan (Openess to experience) adalah (1)
fantasi, (2) estetika, (3) perasaan, (4) tindakan, (5) idea, dan (6) nilai. Keterbukaan berkaitan
dengan sistem nilai dalaman seseorang. Individu yang keterbukaan biasanya bertoleransi dan
menerima tanpa syarat serta melihat keadilan dan kesaksamaan yang sama pada semua
individu. Keterbukaan berkaitan dengan kreativiti, keaslian dan introspeksi, dan didapati
sangat stabil dari masa ke masa.
Akhir sekali, enam aspek dalam neurotisisme (Neuroticism) ialah (1) kegelisahan, (2)
bermusuhan dan marah, (3) kemurungan, (4) kesedaran diri (self-consciousness) , (5) impulsif
dan (6) kelemahan (vulnerability). Neuroticism, atau kekurangan kestabilan emosi dari masa
ke masa, berkorelasi negatif dengan harga diri, keberkesanan diri, dan kawalan dalaman. Ini
juga berkaitan dengan motivasi rendah dan penetapan tujuan yang tidak efektif. Aspek
neurotisisme yang reaktif dan impulsif berhubungan positif dengan hedonisme (kesenangan
tanpa tanggungjawab) dan berhubungan negatif terhadap kebajikan dan kesesuaian. Kajian
lepas menunjukkan bahawa neurotisisme dikaitkan dengan ketidakupayaan untuk berhenti
menggunakan alkohol atau ubat-ubatan dan ketidakupayaan untuk menyesuaikan diri dengan
masalah atau masalah kesihatan mental.

12
<AMCA 5303>
BAHAGIAN B: SOALAN 5
Soalan 5a
Kaunselor perlu kompeten dalam membuat penilaian keputusan ujian ke atas klien
dari pelbagai budaya. Penggunaan alat ukur yang tidak sesuai dengan budaya klien boleh
menyebabkan masalah dan mungkin menimbulkan bias. Dua jenis bias yang akan berlaku
sekiranya kaunselor menggunakan alat ukur yang bias adalah bias kandungan dan bias sistem
penskoran.
Bias kandungan bermaksud bias yang berlaku apabila sesuatu alat ukur yang dibina
oleh satu kumpulan budaya untuk menggambarkan pengalaman mereka sendiri tetapi alat
ukur tersebut digunakan oleh responden yang berasal dari kumpulan budaya yang berbeza,
maka ia akan mendatangkan ketidakadilan atau kelemahan kepada kumpulan responden.
Oleh itu, bias mungkin disebabkan oleh kandungan alat ukur atau kurangnya penjelasan
arahan, yang menyebabkan perbezaan respon antara kumpulan. Misalnya, dalam menguji
personaliti klien, bias kandungan boleh terjadi sekiranya klien Asian diberikan ujian yang
dikembangkan berdasarkan norma penduduk Barat.
Bias skor berlaku apabila sistem penskoran sesuatu pentaksiran tidak memberi
penghargaan kepada tindak balas yang betul tetapi bersifat lebih khusus untuk satu kumpulan
budaya daripada yang lain. Sebagai contoh, seorang kaunselor Amerika yang tidak memberi
penghargaan kepada jawapan yang diberikan oleh seorang budak lelaki Kenya yang memilih
perkataan 'minum' dan bukannya 'makan' untuk dipadankan dengan perkataan 'sup' boleh
menimbulkan hasil yang bias dan kemudiannya tafsiran yang bias.

Soalan 5b
Sebarang pentaksiran mesti ditadbir dan diberikan skor yang tepat untuk alat ukur
tersebut. Sesetengah pentaksiran mempunyai arahan pentadbiran yang sangat terperinci, dan
sebarang masalah, penyelewengan atau penginapan mesti diperhatikan. Proses pentaksiran
harus dilakukan agar responden mendapat penilaian yang setanding dan adil sepanjang proses
pentaksiran.

Sebagai kaunselor, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa


pentadbiran dan penskoran instrumen pentaksiran. Pertama, kaunselor perlu mempunyai
pengetahuan mengenai kumpulan budaya responden. Hal ini penting supaya kaunselor tidak
melakukan apa-apa tindakan yang mungkin melanggar budaya responden semasa proses
pentaksiran.

13
<AMCA 5303>
Kedua, kaunselor juga perlu berusaha untuk mendapatkan pengetahuan mengenai
kajian tentang penggunaan alat ukur khusus dengan kumpulan sesuatu budaya itu. Hal ini
supaya kaunselor bersedia untuk menghadapi apa-apa persoalan yang akan berlaku semasa
proses pentaksiran.

Ketiga, sebelum menjalankan pentaksiran, kaunselor mempunyai tanggungjawab


etika untuk menjelaskan kepada responden mengenai sifat dan tujuan pentaksiran dan
bagaimana hasilnya akan digunakan. Ini adalah untuk menjaga kebajikan responden dan
untuk mengelakkan apa-apa kemudaratan yang akan datang kepada responden.

Keempat, pentaksiran harus dijalankan dalam bahasa dan cara yang akan difahami
oleh responden. Misalnya, alat ukur yang berbahasa Cina tidak sesuai diberikan kepada
responden bangsa India yang tidak belajar bahasa Cina. Ataupun, alat inventori seperti MBTI
yang mempunyai banyak item tidak sesuai ditadbirkan kepada murid sekolah rendah, kerana
fokus kanak-kanak tidak dapat tahan untuk menjawab item yang banyak, mereka akan mudah
bosan.

Kelima, kaunselor perlu mempunyai pemahaman yang baik mengenai tindakan, sikap,
kesan sosio budaya dan kepercayaannya sendiri kerana boleh mempengaruhi prosedur
penilaian. Hal ini merujuk kepada pengaruh latar belakang budaya kaunselor serta pegangan
nilai kaunselor sendiri yang mungkin menyebabkan bias dalam proses pentaksiran.

Akhir sekali, kaunselor perlu menjalin hubungan yang baik dengan responden
sebelum mentadbirkan pentaksiran supaya responden berasa selesa dan jelas dengan prosedur
pentaksiran. Hal ini penting supaya responden boleh melaksanakan pentaksiran dalam
keadaan yang mantap dan memberikan hasil yang paling optimun. Ini juga dapat
meningkatkan kebolehpercayaan hasil pentaksiran tersebut.

14

You might also like