Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pendidikan SepanjangHayat ; Artikel

Berdasarkan temu bual bersama En. Koh Kwang meng, tulis satu artikel tentangnya . Artikel anda
mestilah mempunyai tajuk dan nama penulis . Panjang artikel adalah 150-200 patah perkataan . Anda
juga boleh sertakan gambar ke dalam artikel ini .

Usia Tidak Menjadi Penghalang

Oleh : Nurul Afifah Yusoff

“Ilmu merupakan sesuatu yang bermanfaat dan bukannya apa-apa yang hanya dihafal semata-
mata”. Demikianlah kata Imam As-Syafie . Jelaslah di sini bahawa ilmu itu seharusnya dipelajari dan
dipraktikkan. Pembelajaran seharusnya berjalan sepanjang hayat dan diaplikasikan dalam kehidupan
seharian . “Usia bukanlah penghalang untuk kita terus menuntut ilmu “. Berikut ialah prinsip yang
menjadi pegangan seorang bekas guru, Encik Koh Kwang Meng yang menjadikan konsep pembelajaran
sepanjang hayat sebagai ikutan .

Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1940 di Pekan ,bandar diraja Pahang . Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Ahmad (Kini dikenali sebagai Sekolah kebangsaan Ahmad) dan Sekolah
Tinggi Ahmad (kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan ,SMK Ahmad) di tempat
kelahirannya . Encik Koh Berjaya memperoleh diploma dalam bidang Sains Perpustakaan pada tahun
1976 di Maktab Perguruan Cheras.

Encik Koh memulakan kariernya sebagai seorang guru di SMK Tanah Putih, Kuantan dan
seterusnya di SMK Air Putih, juga di Kuantan. Beliau kemudiannya turut memegang posisi sebagai guru
penolong kanan di SMK Panching Selatan. Karier beliau terus berkembang bermula tahun 1981 hingga
1995 apabila dilantik sebagai pengurus pusat sumber sekolah-sekolah negeri Pahang. Beliau juga
berkhidmat sebagai guru kontrak di SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan selama empat tahun yang
diakhiri pada tahun1999.

Beliau merasa perlu untuk melakukan sesuatu aktiviti setelah tamat pekhidmatan. Oleh itu,
Encik Koh kemudiannya menyambung kursus untuk mendapatkan ijazah dalam bidang Bahasa Inggeris
dan Pengajaran dalam Bahasa Inggeris di Universiti Terbuka Malaysia . Menurut beliau, seorang guru
tidak pernah berhenti belajar.
Sepanjang pembelajaran di peringkat ijazah , Encik Koh mendapati terdapat pelbagai kaedah
pembelajaran yang boleh diaplikasikan seperti komunikasi bersama pensyarah melalui internet serta
kuliah tutorial secara bersemuka . Pada masa kursus tersebut berlangsung, turut dijalankan juga
peperiksaan dan tugasan-tugasan lain. Dalam wawancara tersebut, beliau juga turut menasihati kami
,para pelajar agar tahu dan utamakan hal yang lebih penting dahulu. Katanya juga, pelajar tidak
sewajarnya membebankan diri dengan perancangan yang sukar untuk diikuti . Buatlah pelan belajar
yang ringkas agar mudah diaplikasikan serta tidak menyebabkan stress secara berlebihan.

Encik Koh juga memberitahu bahawa beliau akan terus belajar serta menikmati kehidupan di
masa akan datang . Pada hematnya, terdapat banyak perkara lagi yang dapat beliau pelajari.
Konklusinya, kita sewajarnya meneladani Encik Koh kerana proses pembelajaran tidak akan berhenti
selagi usia tidak berhenti.

You might also like