Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

SEMINAR KECEMERLANGAN

PENGAJIAN PERNIAGAAN
Penceramah:
EN. MOHAMAD HASMUNI BIN MOHAMAD NOOR
(Mister H)
KETUA PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN
PUSAT TINGKATAN ENAM SMK RAJA MUDA MUSA KUALA KANGSAR
2020
BAHAGIAN A [50 markah]
• 10 soalan (1-10) – Esei pendek/struktur

• Markah antara 4 hingga 6

• Meliputi semua topik yang diajar dalam


setiap semester
BAHAGIAN B [50 markah]
• Pembahagian masa ialah 1 minit untuk
1 markah. Ini bererti jika soalan diberi 6
markah anda mempunyai 6 minit
• 3 soalan (11, 12 &13)
minit sahaja untuk menjawab
• Soalan 11 – Kajian Kes (30 markah)

• Soalan 12 & 13 – Esei panjang ;pilih 1


sahaja (20 markah)
KERTAS PENGAJIAN PERNIAGAAN 946/1

FORMAT MASA
BAHAGIAN TOPIK ARAHAN SOALAN / KATA TUGASAN
SOALAN 1 jam 45 minit

Soalan 1 & 2 Perniagaan & Persekitaran


Nyatakan, Senaraikan, Bezakan, Terangkan, hUraikan,
Bahagian A Soalan 3 & 4 Pengeluaran Jelaskan, Takrifkan, Hitungkan, Lakarkan
(markah 50 %)
Soalan 5 & 6 Pemasaran 52 minit
Esei pendek
(pengetahuan, kefahaman, aplikasi)
Soalan 7 & 8 Kewangan
Soalan 9 & 10 Sumber manusia

Jelaskan, Huraikan, Nilaikan, Tentukan, Bincangkan


Soalan 11
(aplikasi, penilaian, analisis, sintesis)
Kajian Kes
Perniagaan & Persekitaran
Bahagian B Pengeluaran
(markah 50 %) Soalan 12 Pemasaran 52 minit
ATAU Kewangan Terang, Hurai, Jelaskan, Bincangkan
Soalan 13 Sumber manusia
(pengetahuan, pemahaman, aplikasi,analisis)
Esei Panjang
KATA TUGASAN KATA KUNCI
Nyatakan / Berikan / Senaraikan Fakta sahaja ciri/komponen/objektif/prinsip/
kelebihan/ kekurangan/
Fakta khusus – mesti ditulis tepat kepentingan
seperti dalam sukatan pelajaran

Fakta umum - mesti ditulis dalam


ayat yang lengkap

Fakta kes – berdasarkan isi dalam


kajian kes
Huraikan / Perihalkan Fakta + Huraian

Terangkan / Jelaskan Fakta + Huraian + Contoh


Takrifkan Maksud / Definisi

Bezakan / Bandingkan Aspek / Dimensi (wajib) • Aspek


perbandingan/perbezaan
mesti sepadan
• Penggunaan jadual
digalakkan
KEHENDAK SOALAN KATA KUNCI
Lakarkan Lukis dalam bentuk rajah Model / carta alir proses

Hitungkan Formula +
Jalan pengiraan +
Unit akhir seperti yang
dikehendaki
Proses / Langkah Ikut turutan
Bincangkan Kekuatan dan Kelemahan
Galurkan
Dengan berbantukan lukis gambarajah dahulu
gambarajah, sebelum menjawab soalan
Calon diminta
Nyatakan/Berikan/Senaraikan memberikan fakta sahaja

Contoh soalan: 2. Nyatakan empat persekitaran tugas yang memberi kesan kepada sesebuah
perniagaan. [4]
Jawapan cadangan:

2. Empat persekitaran tugas yang memberi kesan


kepada sesebuah perniagaan ialah:
i. Pelanggan
ii. Pembekal
iii. Pembiaya
iv. Pemodal/pelabur
Calon diminta
Berikan/Nyatakan/Senaraikan memberikan fakta sahaja

Contoh soalan: 1. Nyatakan tiga kekurangan perniagaan pemilikan tunggal. [6]

Jawapan cadangan:

1. Tiga kekurangan perniagaan pemilikan tunggal ialah:


i. Kesukaran mendapatkan modal dari bank untuk membiaya
kos pembuatan dan kos untuk membesarkan operasi
perniagaan.
ii. Kerugian perniagaan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik
iii. Liabiliti tidak terhad iaitu aset persendirian akan digunakan
untuk membayar hutang perniagaan
calon hanya memberikan
Huraikan / Perihalkan fakta dan huraian lengkap
Contoh soalan: 4. Huraikan tiga jenis pengeluaran yang boleh dilakukan oleh sesebuah organisasi
perniagaan. [6]
Jawapan cadangan:
4. Tiga tiga jenis pengeluaran pengeluaran yang boleh dilakukan oleh sesebuah organisasi
perniagaan ialah:

i. Pengeluaran mengikut tempahan (fakta)


- Ia melibatkan penghasilan produk yang unik mengikut tempahan pelanggan dalam
kuantiti yang kecil (huraian)

ii. Pengeluaran secara massa


- Pengeluaran ini menghasilkan kuantiti produk yang standard secara besar-besaran
dan mempunyai permintaan yang stabil mengikut kehendak pasaran.

iii. Pengeluaran secara berkelompok


- Pengeluaran yang dibuat dalam bentuk kelompok tertentu iaitu satu kelompok
produk akan dihasilkan terlebih dahulu dan diikuti dengan kelompok produk yang
lain.
calon perlu memberikan
Terangkan / Jelaskan fakta , huraian lengkap dan contoh

Contoh soalan: 9. Jelaskan dua jenis latihan yang boleh diberikan oleh pihak pengurusan sumber
manusia. [6]

Jawapan cadangan:
9. Dua jenis latihan yang boleh diberikan oleh pihak pengurusan sumber manusia ialah:

i. Latihan sambil bekerja (fakta)


- Ia boleh dijalankan di premis atau organisasi semasa bekerja (huraian 1)
- Ini memberi peluang kepada pelatih untuk mempelajari seleok belok di tempat kerja
melalui usaha sendiri (huraian 2)
- Contoh latihan sambil kerja seperti pusingan kerja, preantisan dan melakukan tugas
khas. (contoh)

ii. Simulasi
- Latihan ini melibatkan pelatih akan mempelajari teknik atau cara bekerja yang
sebenar dengan menggunakan model yang serupa dengan peralatan sebenar.
- Contohnya, pelatih juru terbang yang baru belajar untuk menerbangkan pesawat
udara akan menggunakan simulasi berkomputer yang menyerupai peralatan sebenar
di dalam pesawat.
calon diminta memberikan
Takrifkan maksud

Contoh soalan: 1. Takrifkan keuntungan dan berikan tiga kepentingannya kepada perniagaan. [4]
Jawapan cadangan:

1. Takrif keuntungan ialah:


- Jumlah hasil melebihi jumlah perbelanjaan. (maksud)

Tiga kepentingan keuntungan kepada perniagaan ialah:


i. Ia dijadikan sebagai ganjaran kewangan kepada pemilik perniagaan
hasil daripada keuntungan yang diperoleh. (fakta)
ii. Keuntungan boleh memberi motivasi kepada pemilik perniagaan yang
mana ia menjadi dorongan untuk terus bekerja dengan lebih kuat bagi
memajukan perniagaan. (fakta)
iii. Keuntungan dapat meningkatkan imej syarikat yang mana ia
membolehkan syarikat menjalankan tanggungjawab sosial. (fakta)
calon diminta memberikan
Bezakan / Bandingkan asas perbandingan iaitu dimensi/aspek

Contoh soalan: 1. Terangkan dua perbezaan antara organisasi perniagaan dengan organisasi
bukan perniagaan. [4]
Jawapan cadangan:

1. Perbezaan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan


perniagaan ialah:

Dimensi Organisasi perniagaan Organisasi bukan perniagaan


Matlamat - Ia bermatlamat untuk - Ia bermatlamat untuk
memaksimumkan menjaga kepentingan dan
keuntungan sebagai kebajikan sosial ahli=ahli yang
pulangan kepada pemilik menganggotai organisasi
perniagaan tersebut
Pendaftaran - Ia didaftarkan di bawah - Ia didaftarkan di bawah
organisasi Pendaftar Syarikat Pendaftar Pertubuhan
Bincangkan calon diminta memberikan
kekuatan dan kelemahan (fakta+huraian
Contoh soalan: 13. “Pengurusan Kualiti Menyeluruh boleh diguna pakai oleh sesetengah organisasi
sahaja tetapi tidak semua organisasi”. Bincangkan pernyataan ini. [20]
Jawapan cadangan:
13. Pengurusan Kualiti Menyeluruh boleh diguna pakai oleh sesetengah organisasi sahaja tetapi
tidak semua organisasi kerana :

Pengurusan kualiti menyeluruh dapat meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan kepada
pengguna. Ini kerana ia berorientasikan pelanggan iaitu berfokuskan kepada pelanggan agar dapat
memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Selain itu, pengurusan kualitu menyeluruh dapat
meningkatkan reputasi organisasi. Ini kerana produk yang berkualiti dapat memberikan keyakinan
kepada pelanggan kerana ia telah memenuhi citarasa mereka. Ketiga, pengurusan kualiti
menyeluruh dapat menjimatkan kos operasi perniagaan. Ini kerana perniagaan menekankan
kepada penambahbaikan secara berterusan demi menjaga kualiti keluarannya.

Namun, tidak semua organisasi perniagaan mampu mengguna pakai amalan pengurusan
kualiti menyeluruh kerana pelaksanaannya memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Ini kerana
organisasi terpaksa menanggung kos seperti kos latihan, kos penambahbakan dan kawalan yang
memberi bebanan kewangan kepada perniagaan. Kedua, pelaksanaannya memerlukan pekerja
yang berkemahiran. Pekerja perlu sanggup memberi komitmen untuk melaksanakannya mengikut
ketetapan berdasarkan kemahiran sumber manusia yang ada. Malah, pelaksanaan pengurusan
kualiti menyeluruh sebenarnya mengambil masa yang lama. Ini kerana ia melibatkan beberapa
proses dan prinsip yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja.
calon diminta menghuraikan atau menceritakan

Galurkan proses / perkembangan dan implikasi/kesannya


(fakta+huraian)
Contoh soalan: 12. Galurkan hubungan antara perkembangan ekonomi negara dengan pelanggan. [20]
Jawapan cadangan:
12. Hubungan antara perkembangan ekonomi negara dengan pelanggan adalah seperti berikut:

Persekitaran ekonomi merujuk kepada keadaan ekonomi, sistem ekonomi yang diamalkan,
kuasa beli pengguna, perubahan harga barang, dinami pasaran, keadaan risiko dan ketidakpastian
dalam ekonomi dan pasaran.

Pertama, perubahan atau perkembangan ekonomi akan mempengaruhi kuasa beli dan corak
penggunaan pengguna. Ini kerana jika ekonomi meleset, pendapatan pengguna akan jatuh dan
kuasa beli pengguna akan menurun. Hal ini menyebabkan perbelanjaan pengguna jatuh dan
aktiviti perniagaan akan merosot. Sebaliknya, jika ekonomi negara adalah stabil dan maju,
pendapatan pengguna akan meningkat dan sterusnya menjamin peningkatan jualan dan
keuntungan perniagaan.

Kedua, perkembangan ekonomi juga dipengaruhi oleh sistem ekonomi yang diamalkan oleh
sesebuah negara. Contohnya sistem ekonomi kapitalis menggalakkan persaingan antara
perniagaan. Ia juga menggalakkan pelaburan dan mewujudkan peluang pasaran yang luas untuk
pelbagai produk keluarannya. Manakala, dalam sistem ekonomi perancangan pusat, ia
membataskan keupayaan syarikat untuk berdaya saing.
Soalan Pengiraan calon diminta memberikan formula, jalan
pengiraan dan unit akhir seperti yang
Hitungkan dikehendaki
Contoh soalan:
Kos tetap untuk jualan pakaian = RM 360000
Kos berubah seunit pakaian = RM 17
Jumlah jualan dijangka = 120000 unit
Pengeluar ingin menokok 20% margin keuntungan ke atas jualan
6. Hitungkan harga tokokan berdasarkan maklumat berikut. [6]
Jawapan cadangan:
6. Harga tokokan kos ialah:

Kos seunit = kos berubah + (kos tetap/jualan)


= RM17 + (360000/120000)
= RM 20

Sekiranya pengeluar ingin menokok 20% margin keuntungan ke atas jualan,


maka harga tokokan ialah:

Harga tokokan = kos seunit


1 – untung sasaran atas jualan
= RM 20
1 – 0.20
= RM 25
KAEDAH MENJAWAB SOALAN KAJIAN KES
1. Bacaan pertama – masa kurang dari 4 minit
 Mengetahui idea dalam setiap petikan dengan melihat
kpd perenggan yang pertama.
 Baca soalan
2. Bacaan ke2.
 Tandakan jwapan yang dikehendaki
3. Menjawab soalan
Teknik Menjawab Soalan Kajian Kes
 Fakta
 Huraian
 Kaitan
[markah tidak akan diberikan sekiranya calon
hanya memberikan perkaitan tanpa fakta
dan huraian]
[markah juga tidak akan diberikan jika calon
menyalin petikan]
Jangan risau.
Ada 4 cara penulisan kajian kes !
Gunalah cara yang paling mudah
untuk diri sendiri
Fakta
KAJIAN KES + Huraian
(Cara Penulisan 1) + Kaitan Kes
Contoh soalan: 11. Berdasarkan kes di atas,
(a) Jelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam proses pengeluaran sos Maggi. [20]
(b) Huraikan strategi peletakan pasaran yang digunakan oleh Nestle untuk membentuk imej positif terhadap sos Maggi [10]

Jawapan cadangan:
11 (a) Langkah-langkah yang terlibat dalam proses pengeluaran sos Maggi ialah:

(i) Fakta: Input

Huraian:
- Ia merupakan faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu keluaran dalam
organisasi
- Input terdiri daripada modal insan, modal, bahan mentah, teknologi dan keusahawanan.

Kaitan Kes:
- Berdasarkan kes, sos cili keluaran Maggi menggunakan ramuan cili segar dan bermutu tinggi yang
ditanam oleh peladang tempatan melalui proses penuaian yang sangat teliti
- Menurut kes, Nestle memberi jaminan bahawa mereka menggunakan cili terbaik daripada jenis Cili Kulai
untuk menghasilkan sos
- Merujuk kes tersebut, bagi memastikan kesegaran sos cili, Nestle telah membeli sebahagian besar bekalan
cili segar daripada peladang tempatan di Kelantan menerusi skim perladangan kontrak Kelab Cili Nestle
(NCC)
- Berkaitan kaitan kes, Pada tahun 2012, Nestle telah memperuntukkan sebanyak RM108 juta
perbelanjaan modal untuk menaik taraf kemudahan termasuklah mesin dan peralatan pengeluaran
Fakta
KAJIAN KES + Huraian
(Cara Penulisan 2) + Kaitan Kes
Contoh soalan: 11. Berdasarkan kes di atas,
(a) Jelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam proses pengeluaran sos Maggi. [20]
(b) Huraikan strategi peletakan pasaran yang digunakan oleh Nestle untuk membentuk imej positif terhadap sos Maggi [10]

Jawapan cadangan:
11 (a) Langkah-langkah yang terlibat dalam proses pengeluaran sos Maggi ialah:
FAKTA HURAIAN KAITAN KES
Input - Ia merupakan faktor-faktor pengeluaran yang - Berdasarkan kes, sos cili keluaran Maggi menggunakan ramuan
digunakan untuk menghasilkan sesuatu keluaran cili segar dan bermutu tinggi yang ditanam oleh peladang
dalam organisasi tempatan melalui proses penuaian yang sangat telitI
- Input terdiri daripada modal insan, modal, bahan - Menurut kes, Nestle memberi jaminan bahawa mereka
mentah, teknologi dan keusahawanan. menggunakan cili terbaik daripada jenis Cili Kulai untuk
menghasilkan sos
- Merujuk kes tersebut, bagi memastikan kesegaran sos cili,
Nestle telah membeli sebahagian besar bekalan cili segar
daripada peladang tempatan di Kelantan menerusi skim
perladangan kontrak Kelab Cili Nestle (NCC)
- Berkaitan kaitan kes, Pada tahun 2012, Nestle telah
memperuntukkan sebanyak RM108 juta perbelanjaan modal
untuk menaik taraf kemudahan termasuklah mesin dan
peralatan pengeluaran
Proses
Transformasi

Output
Fakta
KAJIAN KES + Huraian
(Cara Penulisan 3) + Kaitan Kes
Contoh soalan: 11. Berdasarkan kes di atas,
(a) Jelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam proses pengeluaran sos Maggi. [20]
(b) Huraikan strategi peletakan pasaran yang digunakan oleh Nestle untuk membentuk imej positif terhadap sos Maggi [10]

Jawapan cadangan:
11 (a) Langkah-langkah yang terlibat dalam proses pengeluaran sos Maggi ialah:

(i) Pertama, sumber organisasi. Ia juga dikenali sebagai Input merupakan faktor-faktor pengeluaran yang
digunakan untuk menghasilkan sesuatu keluaran dalam organisasi. Input terdiri daripada modal insan,
modal, bahan mentah, teknologi dan keusahawanan. (fakta + huraian)

Kaitan Kes: (kaitan kes diasingkan di bawah)


- Berdasarkan kes, sos cili keluaran Maggi menggunakan ramuan cili segar dan bermutu tinggi yang
ditanam oleh peladang tempatan melalui proses penuaian yang sangat teliti
- Menurut kes, Nestle memberi jaminan bahawa mereka menggunakan cili terbaik daripada jenis Cili Kulai
untuk menghasilkan sos
- Merujuk kes tersebut, bagi memastikan kesegaran sos cili, Nestle telah membeli sebahagian besar bekalan
cili segar daripada peladang tempatan di Kelantan menerusi skim perladangan kontrak Kelab Cili Nestle
(NCC)
- Berkaitan kaitan kes, Pada tahun 2012, Nestle telah memperuntukkan sebanyak RM108 juta
perbelanjaan modal untuk menaik taraf kemudahan termasuklah mesin dan peralatan pengeluaran
Fakta
KAJIAN KES + Huraian
(Cara Penulisan 4) + Kaitan Kes
Contoh soalan: 11. Berdasarkan kes di atas,
(a) Jelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam proses pengeluaran sos Maggi. [20]
(b) Huraikan strategi peletakan pasaran yang digunakan oleh Nestle untuk membentuk imej positif terhadap sos Maggi [10]

Jawapan cadangan:
11 (a) Langkah-langkah yang terlibat dalam proses pengeluaran sos Maggi ialah:

Proses pengeluaran yang pertama ialah input. Ia merupakan faktor pengeluaran yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu keluaran dalam organisasi. Input terdiri daripada modal insan, modal, bahan mentah,
teknologi dan keusahawanan. Berdasarkan kes, sos cili keluaran Maggi menggunakan ramuan cili segar dan bermutu
tinggi yang ditanam oleh peladang tempatan melalui proses penuaian yang sangat teliti. Menurut kes, Nestle
memberi jaminan bahawa mereka menggunakan cili terbaik daripada jenis Cili Kulai untuk menghasilkan sos.
Merujuk kes tersebut, bagi memastikan kesegaran sos cili, Nestle telah membeli sebahagian besar bekalan cili segar
daripada peladang tempatan di Kelantan menerusi skim perladangan kontrak Kelab Cili Nestle (NCC). Berkaitan
kaitan kes, Pada tahun 2012, Nestle telah memperuntukkan sebanyak RM108 juta perbelanjaan modal untuk
menaik taraf kemudahan termasuklah mesin dan peralatan pengeluaran. (fakta+huraian+kaitan kes dalam 1 perenggan)

Kedua ialah proses transformasi. Ia merupakan proses di mana input akan ditukar menjadi output iaitu
berlakunya nilai tambah terhadap sesuatu produk yang dihasilkan dalam bentuk produk siap atau produk separuh
siap. (sambungan...)

You might also like