Tingkah Laku Distruktif

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Tingkah laku Disruptif/Menganggu

DEFINISI
Individu yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan
kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini
juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya.
Jenis-jenis tingkah laku disruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan
melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan
keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki
berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya tingkah laku disruptif akan menjadi punca terjadinya
tingkah laku distruktif jika emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak
puas hati dan sebagainya.

Ciri – ciri pada pelajar yang mempunyai tingkah laku disruptif :

 Tumbuk dan menumbuk antara satu sama lain


 Ketawa yang kuat
 Tidak bermotivasi
 Suka membuli
 Suka bercakap banyak
 Suka bermain-main
 Meninggalkan tempat duduk
 Tidak membawa buku
 Suka berkhayal
 Menangis dan berlawan
 Suka mencari perhatian
 Hiperaktif
 Selalu membuat bising
 Bercakap kasar
Punca-punca yang menyebabkan Tingkah laku Disruptif :

 Merasa bosan dan mengantuk


 Perpindahan ke tempat baru
 Keinginan untuk mendapatkan kawan yang ramai
 Masalah rumahtangga yang mengundang penceraian di kalangan ibu bapa
 Suka mencari perhatian daripada orang ramai
 Persekitaran bilik darjah yang kurang kondusif dan tidak memotivasikan untuk
belajar

Implikasi-implikasi tingkah laku Disruptif :

 Suka mengasingkan diri daripada rakan sebaya


 Mewujudkan halangan bagi pelajar dalam melibatkan diri dengan aktiviti
pelajar
 Boleh menjejaskan tumpuan serta perhatian pelajar-pelajar lain
 Meletakkan diri dan murid murid lain di dalam keadaan bahaya
 Menjejaskan peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
 Membebankan guru-guru dan pentadbir sekolah dalam mengendalikan
pelajar-pelajar disruptif ini

Langkah –langkah untuk mengatasi Tingkah Laku Disruptif :

Tanggungjawab dan peranan Guru :

 Guru haruslah memastikan bahawa persekitaran bilik darjah dan sekolah


adalah kondusif, mesra dan memotivasikan pelajar untuk belajar
 Guru juga harus memastikan peraturan-peraturan yang ditetapkan di dalam
bilik darjah dan sekolah adalah jelas dan diamalkan secara teratur
 Guru mestilah meningkatkan perhubungan kendiri antara murid-murid melalui
kemahiran komunikasi yang tinggi
 Guru haruslah membuat perbincangan dengan pelajar kerapkali
 Guru perlu menggunakan pelbagai teknik mengajar termasuklah penggunaan
alat bantu mengajar yang menarik perhatian pelajar
 Guru haruslah memberikan perhatian terhadap pelajar-pelajar yang
menunjukkan perubahan dan tingkah laku bermasalah
 Guru haruslah menyediakan satu kaedah, struktur dan keupayaan untuk
mengawal emosi pelajar bermasalah

Tingkah laku Distruktif/Merosakkan

DEFINISI
Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan pelajar yang berusia 10 hingga 15 tahun.
Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada
melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh,
melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin
melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan
akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Biasanya tingkah
laku distruktif di kalangan pelajar berusia 15 tahun amat membahayakan yang boleh
mengakibatkan kecederaan pelajar-pelajar lain yang dimusuhi. Sekiranya pelajar melibatkan
klik, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian pukul di luar sekolah mahupun
di dalam sekolah. Tingkahlaku distruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui
masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen.

Ciri – ciri pada pelajar yang mempunyai tingkah laku distruktif :

 Permusuhan yang dapat dilihat dan ketara


 Suka merosakkan harta benda awam (vandalisme)
 Suka memberi arahan secara kasar kepada orang lain
 Menganggu dan mengkritik kerja orang lain
 Melibatkan diri dalam kumpulan gengsterisme
 Perbuatan mengugut guru
 Menconteng dan mencakar kereta/motosikal guru-guru dan orang awam
 Telibat dengan perbuatan memukul
 Menggigit
 Memecahkan barang
 Perbuatan menggertak orang lain
 Suka merampas
Punca-punca yang menyebabkan Tingkah laku Distruktif :

 Konsep Kendiri
 Kawalan Kendiri yang rendah

Langkah - langkah untuk mengatasi Tingkah Laku Distruktif :

Peranan Guru :

 Guru perlu memaparkan persekitaran yang dicintai dan disukai oleh pelajar
sebagai kaedah mengurangkan tingkah laku bermasalah
 Guru tidak boleh terlalu beremosi dengan memarahi pelajar sebaliknya
haruslah bijak mengawal perasaan
 Guru wajar menunjukkan tindakan daripada menunjukkan reaksi kepada
murid yang bemasalah dari segi tingkah laku
 Guru mestilah peka dalam menstabilkan keadaan dan mendiamkan murid
murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah
 Guru tidak boleh membuat perbuatan berunsurkan ugutan semasa murid
murid dalam keadaan marah
 Guru perlu mencari kaedah mengatasi tingkah laku bermasalah bukannya
mengelak
 Guru menumpukan kepada pelajar dalam membantu mereka mengatasi
masalah yang dihadapi
 Guru tidak seharusnya menyalahkan pelajar sebaliknya mencari kaedah
untuk membantu serta memberi nasihat
 Guru mesti dilatih dalam pengurusan tekanan dan motivasi untuk
mengendalikan pelajar-pelajar distruktif.
 Guru haruslah menetapkan susunan peraturan-peraturan yang diperlukan
sebagai satu rancangan berstruktur dan memastikan bahawa semua
peraturan-peraturan tersebut adalah berguna dan mempunyai matlamat-
matlamat yang spesifik
Punca-punca tingkah laku bermasalah serta pandangan daripada beberapa
tokoh:-

Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman (1995) di dalam


artikelnya bertajuk “Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca-punca
Timbul Masalah Tingkah Laku” daripada sumber jurnal Kementerian Pelajaran
Malaysia, menyatakan antaranya adalah seperti berikut :-

 Faktor Diri Murid

Menurut Duke (1980) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab


terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak
berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang
pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of
student’s free will “.

Mengikut Rabven (1977) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran
tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan
hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran
mereka.

 Faktor Keluarga

Mengikut Parsona (1964) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi


manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka
hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.
Kajian-kajian Sandstorm (1968), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee
(1975) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan
salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.

Menurut Hussein Mahmood (1980) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi
oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan
keluarga.
Kajian Harbans Kaur (1982) dan K Kandiah (1982) mengenai “Jevenile Delinquency”
mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah
datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan.

 Faktor Masyarakat

Thrasher (1963) dan Whyte (1943) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi
kebudayaan kecil (sub-culture) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di
dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

 Faktor Sekolah

Marimuthu (1980) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan


keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan
generasi muda.

Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau keadaan
bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak
berdispilin
( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )

Menurut Dunhill (1965) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan
dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan
menimbulkan watak yang kurang baik di kalangan murid.

You might also like