Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini menjelaskan profil responden kajian yang terdiri daripada 12

orang murid Tahun Enam dari Sekolah Kebangsaan Bengoh, Padawan.

Seterusnya, bab ini turut membincangkan analisis dapatan kajian yang

diperolehi daripada responden melalui latar belakang respondan, ujian

penulisan 1, ujian penulisan 2 dan , penilaian dokumen. Semasa pengutipan

data penyelidik telah meneliti proses pembelajaran murid dan pengajaran guru

di dalam kelas melalui pemerhatian. Analisis awal yang dijalankan ialah

mengkaji latar belakang respondan untuk meninjau dari sudut sosio ekonomi

respondan. Seterusnya ujian 1 dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan

murid dalam menulis karangan. Ujian ke 2 pula dijalankan setelah pengajaran

menggunakan i-think dilaksanakan untuk mengetahui perbezaan penguasaan

murid dalam penulisan. Pemerhatian, temubual dan penilaian dokumen

responden dilaksanakan selepas murid murid menguasai i-think dalam menjana

idea untuk membina penulisan yang cemerlang. Peratusan dan frekuensi

digunakan untuk mengenalpasti tahap pencapaian ujian penulisan.


4.2 Profil Responden

Kajian ini melibatkan 12 orang murid tahun enam iaitu 4 orang lelaki dan

8 orang perempuan di Sekolah Kebangsaan Bengoh, Padawan. Responden ini

berada di dalam kelas yang mempunyai pelbagai kebolehan dengan

pencapaian yang pandai kepada yang lemah. Dalam peperiksaan penggal

pertengahan tahun , khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, 2 orang

murid mendapat gred B (17%), 5 orang mendapat gred C (42%), 3 orang murid

ini hanyai mendapat gred paling rendah iaitu D (25%) dan 2 orang mendapat

gred E (17%) dalam ujian penulisan. Pada tahun ini, murid-murid ini akan

menduduki UPSR. Taburan keseluruhan respondern mengikut etnik ialah 11

orang (92%) murid Bidayuh dan 1 orang (8%) murid Iban. Mereka terdiri

daripada 4 orang murid lelaki (33%) dan 8 orang murid perempuan (67%).

Taburan responden ini menunjukkan murid Bidayuh lebih ramai daripada

murid Iban. Manakala murid perempuan pula lebih ramai daipada murid lelaki.

Taburan mengikut etnik dan jantina adalah ditunjukkan dalam jadual 2 di bawah.

Taburan Profil Respondan

Latar Belakang Kategori Bilangan Peratus

Jantina Lelaki 4 33%


Perempuan 8 67%
Bidayuh 11 92%
Bangsa Iban 1 8%

Butiran Bapa Kakitangan Awam 2 17%


Petani 8 66%
Bekerja Sendiri 2 17%

Kakitangan Awam 2 17%


Butiran Ibu Petani 1 8%
Tidak Bekerja/ Surirumah 9 75%

Pendapatan Bapa dan Bawah RM 1000 9 75%


Ibu RM 1001 – RM 3000 1 8%
RM 3001 ke atas 2 17%

N = 12 100
Petunjuk

N – jumlah murid

Jadual 1 : Profil responden mengikut etnik dan jantina

4.2 Analisis Ujian Penulisan 1


Ujian penulisan 1 dan ujian 2 telah dijalankan dan 10 orang murid telah

menjawab soalan 1 dan 2 orang murid menjawab soalan 2.

Dalam ujian 1, hanya lapan orang murid sahaja yang lulus (67%)

manakala empat orang murid gagal (33%) dalam ujian penulisan ini. Seorang

orang murid mendapat gred A (8%), dua orang murid mendapat gred B (17%),

lima orang murid mendapat gred C (42%), tiga orang murid mendapat gred D

(25%) dan seorang murid mendapat gred E (8%). Dalam ujian ini, murid belum

didedahkan lagi dengan i-think.

Peratus kelulusan dalam ujian 1

33%
Lulus
Gagal

67%

Rajah 1 : Peratus murid yang lulus dalam penulisan ujian 1 sebelum

menggunakan kaedah i-think.


Peratus gred murid dalam ujian 1
8% 8%

17% Gred A
Gred B
25% Gred C
Gred D
Gred E

42%

Rajah 2: Peratus gred murid dalam ujian penulisan 1 sebelum

menggunakan kaedah i-think.

4.3 Analisis Ujian Penulisan 2 dengan menggunakan kaedah i-think.

Dalam ujian 2, murid telah didedahkan dengan menggunakan i-think.

Dengan kemahiran ini, murid dapat mengenal pasti isi utama dalam karangan

tersebut. Hasil menggunakan i-think dalam menjawab karangan, sebelas orang

murid telah lulus (92%) dan hanya seorang yang gagal (8%). Tiga orang murid

mendapat gred A (25%), enam orang murid mendapat gred B (50%), dua orang

murid mendapat gred C (17%) dan seorang murid mendapat gred D (8%).
Peratus kelulusan dalam ujian 2
8%

Lulus
Gagal

92%

Rajah 3: Peratus ujian penulisan 2 dengan menggunakan kaedah i-think.

Peratus gred murid dalam ujian 2


8%

25%
17% Gred A
Gred B
Gred C
Gred D

50%
Rajah 4: Peratus gred murid dalam ujian penulisan 2 dengan

menggunakan kaedah i-think.

4.4 Analisis Perbezaan antara ujian 1 dan ujian 2


120%

100%

80%

60%

Markah Ujian 1
40%
Markah Ujian 2

20%

0%
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2
den den den den dan den den den den en 1 en 1 en 1
on pon pon pon pon pon pon pon pon ond ond ond
esp s s s s s s s s p sp sp
R Re Re Re Re Re Re Re Re Res Re Re

Rajah 5: Markah Ujian 1 dan Ujian 2 untuk setiap responden

Rajah di atas menerangkan tentang perbezaan markah murid dalam ujian

1 dan juga ujian 2. Secara kesimpulannya, program i-think ini sangat membantu

dalam meningkatkan markah penulisan dikalangan murid. Ini kerana murid lebih

terdedah dengan penggunaan peta buih, peta buih, peta pokok dan peta

palbagai alir dalam mengembangkan isi karangan berdasarkan tajuk yang

diberikan. Isi karangan juga tersusun dengan baik.

Jadual 2 : Kelemahan Responden Menulis Karangan Mengikut

Pembolehubah untuk Ujian 1


Pembolehubah Kekerapan Peratus

Kelemahan memilih tajuk 5

Isi Cukup 2

Kurang 10

Pembahagian peranggan Ada 8

Tiada 4

Tidak merangka Ada 1

karangan

Tiada 11

Kesalahan Tatabahasa Perkataan 5

berulang

Salah 2

menggunakan

perkataan

Kata Ganti nama 3

Penjodoh bilangan 1

Struktur ayat 8

Tanda baca 5

Imbuhan 5

Kesuntukan masa 6

Kesalahan lain

Tidak mengikut jumlah Cukup 10


perkataan yang Kurang 2

ditetapkan

Tidak dapat Betul 8

mengenalpasti format Salah 4

yang diperlukan

Menggunakan bahasa 1

dialek daerah (bahasa

ibunda)

Kekerapan adalah berdasarkan 12 orang murid.

Jadual 3: Kelemahan Responden Menulis Karangan Mengikut

Pembolehubah untuk Ujian 2

Pembolehubah Kekerapan Peratus

Kelemahan memilih tajuk 1

Isi Cukup 9

Kurang 3

Pembahagian peranggan Ada 10

Tiada 2

Tidak merangka Ada 11

karangan

Tiada 1
Kesalahan Tatabahasa Perkataan 1

berulang

Salah 1

menggunakan

perkataan

Kata Ganti nama 1

Penjodoh bilangan 1

Struktur ayat 3

Tanda baca 2

Imbuhan 2

Kesuntukan masa 2

Kesalahan lain

Tidak mengikut jumlah Cukup 11

perkataan yang Kurang 1

ditetapkan

Tidak dapat Betul 11

mengenalpasti format Salah 1

yang diperlukan

Menggunakan bahasa 0

dialek daerah (bahasa

ibunda)

Kekerapan adalah berdasarkan 12 orang murid.


Jadual 4: Maklum balas murid terhadap pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Menulis Karangan

Bil Pernyataan SS S KS TS STS

1 Semua jenis karangan perlu diajar dan 2 10 0 0 0

diterangkan secara mendalam. 17% 83%

2 Karangan jenis berformat dan tidak 12 0 0 0 0

berformat perlu diterangkan dengan 100%

terperinci.

3 Latihan menulis karangan perlu 5 4 3 0 0

diperbanyakkan. 42% 33% 25%

4 Pembahagian masa yang betul dalam 12 0 0 0 0

menghasilkan karangan amat penting. 100%

5 Membuat rangka karangan sebelum 4 6 2 0 0

menulis amat penting. 33% 50% 17%

6 Isi karangan hendaklah mengikut kehendak 12 0 0 0 0

sesuatu soalan. 100%

7 Menyemak semula karangan yang ditulis 8 2 2 0 0

dan membuat pembetulan jika terdapat 66% 17% 17%

kesalahan.

8 Memilih dan memahami tajuk atau 12 0 0 0 0


kehendak sesuatu soalan sebelum 100%

menulis karangan adalah perkara paling

penting .

9 Tiap-tiap perenggan tidak semestinya 10 2 0 0 0

sama panjangnya 83% 17%

10 Semua isi penting perlu disenaraikan 8 4 0 0 0

dengan ringkas, disusun mengikut urutan 67% 33%

dan keutamaan agar pengulangan isi

utama tidak berlaku.

11 Membaca bahan bacaan tambahan 4 5 3 0 0

berfaedah seperti akhbar, majalah dan 33% 42% 25%

buku cerita yang bersesuaian dapat

menambahkan kosa kata.

12 Setiap isi hendaklah dinyatakan dan 12 0 0 0 0

diikuti penjelasan atau keterangan lanjut 100%

serta contohnya.

13 Membaca dan menyemak semula 10 2 0 0 0

penulisan yang telah ditanda oleh guru 83% 17%

amat perlu.

14 Menggunakan bahasa Melayu ketika 7 4 1 0 0

berbual dengan rakan-rakan atau guru- 59% 33% 8%

guru perlu diamalkan.


15 Aktiviti dijalankan perlu bersesuaian 12 0 0 0 0

dengan kebolehan individu. 100%

16 Penggunaan alatan visual ketika 12 0 0 0 0

mengajar karangan dapat meningkatkan 100%

motivasi.

17 Penutup hendaklah ringkas yang 8 4 0 0 0

menunjukkan rumusan atau kesimpulan 67% 33%

karangan.

18 Meneliti pengajaran guru berdasarkan 12 0 0 0 0

pengolahan karangan yang tepat dan 100%

kemas.

19 Sentiasa merujuk kepada kamus untuk 7 5 0 0 0

mengetahui erti perkataan atau kosa kata 59% 41%

baharu bagi penulisan.

Bilangan 19 11 5 0 0

Jumlah skor 169 48 11 0 0

Jumlah Skor (19 X 12) = 228

1. Skor Sebenar untuk Sangat Setuju : 169 (74%)

2. Skor Sebenar untuk Setuju : 48 (21%)

3. Skor Sebenar untuk Kurang Setuju : 11 (5%)

4. Skor Sebenar untuk Tidak Setuju : 0 (0%)


5. Skor Sebenar untuk Sangat Tidak Setuju : 0 (0%)

Jadual 5 menunjukkan min dan sisihan piawai untuk markah dalam ujian 1 dan

ujian 2.

Skor SS Skor S Skor KS


Min 8.89 2.52 0.58
Sisihan piawai 3.11 9.48 11.42

Jadual 3: Min dan sisihan piawai untuk ujian 1, ujian 2 dan ujian 3

Daripada Jadual 5, min untuk skor sangat setuju ialah 8.89 dengan

sisihan piawai 3.11. Min untuk skor setuju pula ialah 2.52 dengan sisihan piawai

9.48. Manakala untuk skor kurang setuju, min ialah 0.58 dengan sisihan piawai

11.42. Secara keseluruhannya ialah murid lebih banyak sangat setuju (74%)

berdasarkan data persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang

telah di analisis di ikuti dengan setuju (21%) dan kurang setuju sebanyak (11%).
Peratus kekerapan skor murid
80%
70%
60%
50%
40%
30% Peratus kekerapan skor murid
20%
10%
0%
ju ju ju ju ju
etu etu etu etu etu
tS S gS S S
ga an ak ak
n r iT d iT d
Sa Ku at
ang
S

Rajah 6: Peratus skor persepsi murid terhadap pengajaran dan

pembelajaran.

4.6 Dapatan Kajian

Daripada keseluruhan ujian penulisan itu, didapati lebih daripada separuh

orang murid dapat menguasai penulisan dengan baik. Selepas penggunaan i-

think dalam pengajaran dan pembelajaran, murid menampakkan peningkatan

dalam markah ujian. Ini menunjukkan yang penggunaan i-think ini telah berjaya

dalam membantu murid dalam pelbagai tahap untuk meningkat dalam ujian

penulisan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa faktor-faktor yang menjadi


punca murid lemah dalam penulisan ialah dalam mendpatkan isi karangan yang

sesuai dan kekurangan dalam pengembangan idea. Kurang mendapat galakkan

dan perhatian daripada ibubapa, penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa

pertuturan di rumah dan di sekolah semasa berkomunikasi dengan ibu bapa dan

rakan-rakan juga menjadi punca kerana ramai terdiri daripada keluarga yang

berpendapatan rendah. Kebanyakan ibu bapa murid juga tidak berpendidikan

tinggi.

Dengan usaha gigih guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran dan

pembelajaran telah berjaya membantu murid dalam meningkatkan usaha

mereka untuk mencapat keputusan yang cemerlang dalam ujian penulisan.

You might also like