Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 74

Fakulti Bahasa dan Komunikasi

ANALISIS KANDUNGAN ARTIKEL AKHBAR ATAS


TALIAN MENGENAI PENYAKIT HFMD DAN KANSER

NURSILAH BINTI KAPITEN


(53396)

Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Linguistik)


Universiti Malaysia Sarawak
2018
ANALISIS KANDUNGAN ARTIKEL AKHBAR ATAS
TALIAN MENGENAI PENYAKIT HFMD DAN KANSER

oleh

NURSILAH BINTI KAPITEN


(53396)

Projek tahun akhir ini dihantar sebagai memenuhi salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Linguistik)
Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Universiti Malaysia Sarawak

2018
PENGAKUAN KEASLIAN HASIL KERJA

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Sila tandakan ()

Projek Tahun Akhir 

Sarjana
PhD

PENGAKUAN KEASLIAN HASIL KERJA


Perakuan ini telah dibuat pada……………….hari………………..2018.

Pengakuan Pelajar:
Saya NURSILAH BINTI KAPITEN (53396) DAN FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
dengan ini mengisytiharkan bahawa kerja bertajuk ANALISIS KANDUNGAN ARTIKEL AKHBAR
ATAS TALIAN MENGENAI PENYAKIT HFMD DAN KANSER adalah kerja saya yang asli.
Saya tidak meniru dari mana-mana hasil kerja pelajar yang lain atau dari mana-mana
sumber lain kecuali dengan menyatakan sumber rujukan sewajarnya atau pengakuan telah
dinya takan dengan jelas dalam teks, dan tidak mempunyai mana-mana bahagian ditulis
untuk saya oleh orang lain.

Tarikh serahan: NURSILAH BINTI KAPITEN (53396)

Pengesahan Penyelia:

Saya SU-HIE TING dengan ini memperakui bahawa hasil kerja bertajuk ANALISIS
KANDUNGAN ARTIKEL AKHBAR ATAS TALIAN MENGENAI PENYAKIT HFMD DAN
KANSER. Telah disediakan oleh pelajar yang bernama di atas, dan telah diserahkan kepada "
FAKULTI " sebagai * memenuhi sebahagian/penuh bagi penganugerahan IJAZAH SARJANA
MUDA SASTERA (LINGUISTIK) DENGAN KEPUJIAN, dan kerja yang dinyatakan di atas,
sepanjang pengetahuan saya, adalah hasil kerja pelajar tersebut.

Diterima untuk pemeriksaan oleh: Tarikh:

______________________ __________________

(SU-HIE TING)
Saya mengaku bahawa Projek/Tesis diklasifikasikan sebagai (Sila tandakan ( √ )) :
SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi di mana penyelidikan telah dijalankan)

AKSES TERBUKA

Pengesahan Projek / Tesis


Oleh itu, saya mengaku dan mengesahkan dengan sewajarnya dengan kebenaran
dan kerelaan bahawa Projek/Tesis ini hendaklah diletakkan secara rasmi di Pusat
Khidmat Maklumat Akademik dengan kepentingan undang-undang dan hak-hak
seperti berikut:

 Pusat Khidmat Maklumat Akademik mempunyai hak yang sah untuk


membuat salinan Projek/Tesis bagi pertukaran akademik antara Institut
Pengajian Tinggi.
 No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party
onthis
 Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
 Tiada pertikaian atau apa-apa tuntutan yang dibuat sama ada oleh pelajar
itu sendiri atau pihak ketiga terhadap Projek/Tesis ini apabila telah menjadi
hak milik UNIMAS.
 This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not
be distributed, published or disclosed to any party by the student except with
UNIMAS permission.
 Mana-mana bahan, data dan maklumat yang berkaitan dengan Projek/Tesis
ini, tidak dibenarkan diedar, diterbit atau didedahkan kepada mana -mana
pihak oleh pelajar melainkan dengan kebenaran UNIMAS.

Tandatangan Pelajar Tandatangan Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Alamat semasa pelajar:

MDLD 7325 LOT 3 BLOK F MING GARDEN, JALAN DAM, 91100 LAHAD DATU, SABAH

Nota:*Jika Projek/Tesis ini SULIT atau TERHAD,sila lampirkan bersama-sama


surat daripada organisasi beserta sebab dan tempoh kerahsiaan dan sekatan.

[Instrumen ini disediakan oleh Pusat Khidmat Maklumat Akademik]


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kandungan akhbar atas talian mengenai dua jenis penyakit

yang berbeza iaitu penyakit berjangkit dan penyakit yang tidak berjangkit. Dua jenis artikel

penyakit yang dianalisis iaitu HFMD dan kanser dengan menggunakan kaedah analisis tekstual

untuk mengenal pasti: (1) perkataan yang digunakan untuk melaporkan risiko dalam artikel akhbar

berkaitan dengan penyakit HFMD dan kanser: (2) perkataan yang digunakan untuk melaporkan

berkenaan dengan keterukan HFMD dan penyakit kanser; (3) perkataan yang digunakan yang

merujuk kepada tindakan yang diambil terhadap HFMD dan penyakit kanser; (4) untuk

membandingkan risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar berkaitan penyakit HFMD

dan kanser. Artikel mengenai penyakit HFMD dan kanser dikumpul bermula 1 Jun sehinggan 30

September 2018. Sebanyak 69 artikel yang berjaya dikumpul, 51 daripadanya merupakan artikel

penyakit HMFD dan selebihnya iaitu sebanyak 18 artikel merupakan artikel penyakit kanser.

Kedua-dua artikel penyakit diambil daripada akhbar atas talian New Starits Times menggunakan

kaedah analisis data berdasarkan kerangka kerja Health Belief Model oleh Hochbaum (1958).

Hasil kajian mendapati, maklumat risiko mempengaruhi orang ramai melalui jumlah kes, wabak

penyakit, positif HFMD dan punca penularan untuk penyakit HFMD manakala maklumat risiko

untuk kanser diperoleh melalui statistik dan punca. Maklumat keterukan dalam artikel HFMD pula

menekankan kematian yang dilaporkan, gejala dan mangsa yang masih mendapatkan rawatan

sedangkan maklumat keterukan dalam artikel kanser diperoleh melalui individu yang terselamat

dan gejala. Maklumat tindakan dalam artikel akhbar HFMD dikategorikan mengikut tindakan yang

perlu diambil oleh iu bapa, pusat jagaan, sekolah, taska, tadika, agensi lain, orang awam dan

jabatan kesihatan manakala dalam artikel kanser pula, maklumat tindakan dipecahkan kepada

perubahan gaya hidup sihat dan melalui perubatan. Kajian ini juga mendapati, maklumat tindakan

muncul sebagai unsur utama bagi artikel penyakit HFMD dan kanser dalam akhbar The New Straits

Times. Jumlah maklumat tentang tindakan yang terdapat dalam artikel akhbar penyakit HFMD dan
kanser lebih banyak berbanding dengan jumlah maklumat lain. Maklumat tentang tindakan dalam

artikel HFMD ialah sebanyak 196 manakala maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar

penyakit kanser ialah sebanyak 20. Jumlah keseluruhan maklumat tentang tindakan daripaa kedua-

dua artikel ialah 216 iaitu 64.48 % berbanding jumlah maklumat tentang risiko dan keterukan.

Kata kunci: analisis kandungan, HFMD, kanser, HBM, risiko, keterukan, tindakan.
ABSTRACT

The aim of the study was to conduct contents analysis of online newspaper articles on two

different types of disease which is infectious and non-infectious diseases. The two different types

of diseases is HFMD and cancer, analysed using textual analysis methods. The specific objectives

of the study were to identify: (1) words used to report risk in HFMD and cancer-related articles:

(2) words used to report on the severity of HFMD and cancer; (3) words used which refer to

action taken against HFMD and cancer; (4) to compare risk, severity and action in HFMD and

cancer-related newspaper articles. News articles on HFMD and cancer were collected from 1

June until 30 September, 2018. The total of news articles were collected is 69 articles, 51 articles

on HMFD and 18 articles on cancer. Both news articles are taken from the New Starits Times

online newspaper and the data has been analysed based on the Health Belief Model by Hochbaum

(1958). The findings shows that susceptibility information in the news articles were the number

of cases, disease outbreaks, HFMD positives and causes of HFMD disease while susceptibility

information for cancer were mostly statistics and causes. Severity information in HFMD news

articles emphasize reported deaths, symptoms and children who still under observation or getting

treatment while severity in cancer news articles touched on survival and symptoms of cancer.

Action information in HFMD news articles pertain to the actions that must be taken by parents,

daycare centres, schools, nurseries, kindergartens, other agencies, the public and health

departments to detect and minimise spread of HFMD while in cancer news articles, action

information is broken down into healthy lifestyle changes and medical intervention. The study

also found that action information emerged as a major on HFMD and cancer articles in The New

Straits Times. The total of actions information on HFMD and the cancer is the highest

information in The New Straits Times news articles compare to other information. Total of an

actions information on HFMD news article is 196 while actions information on cancer news

article is 20. The total of actions information on both articles is 216 which is 64.48% compare

to the total of information about susceptibility and severity.


PENGHARGAAN

Alhamdullilah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana di atas

limpah kurnia oleh-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan dalam

menyiapkan tugasan kajian ini.

Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan

hidayah-Nya serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya kerana

dengan izinNya saya dapat menyiapkan Projek Tahun Akhir.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr Su-

Hie Ting selaku penyelia PTA yang banyak memberi saya bimbingan, tunjuk ajar, cadangan

serta dorongan yang diberikan dalam menyiapkan projek tahun akhir ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua- dua

ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan dan kata-kata semangat dalam

menyiapkan tugasan kajian ini. Di samping itu, tidak lupa juga kepada keluarga yang membantu

dan menyokong dari segi kewangan, kemudahan dan moral sepanjang saya menyiapkan projek

tahun akhir ini.

Akhir sekali, ucapan penghargaan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak

membantu saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Setinggi ucapan terima kasih saya ucapkan dan semoga Allah membalas setiap kebaikan anda

semua.
JADUAL KANDUNGAN

PENGISTIHARAN KEASLIAN KERJA …........................................................................i


ABSTRAK……………………………………………………………………………....... iii
ABSTRAK…………………………………………………………………………………iv
PENGHARGAAN………………………………………………………………………….v
SENARAI JADUAL……………………………………………………………………….viii
SENARAI RAJAH…………………………………………………………………………ix
SENARAI SINGKATAN………………………………………………………………x
PENENALAN …………………………………………………………………………………..1
1.1 Pengenalan …...............................................................................................................1
1.2 Tujuan dan Objektif Kajian........................................................................................4
1.3 Definisi Operasi .........................................................................................................5
1.3.1 Analisis Kandungan .....................................................................................……..5
1.3.2 Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)……………... ...............................5
1.3.3 Kanser ..........................................................................................................……..5
1.3.4 Health Belief Model (HBM)……………... ........................................................6
1.3.5 Risiko……………………………………………………...................................6
1.3.6 Keterukan .............................................................................................................6
1.3.7 Tindakan…………………………………….......................................................6
1.4 Kepentingan kajian ......................................................................................................7

SOROTAN KAJIAN ............................................................................................................8


2.1 Analisis Kandungan (akhbar).....................................................................................8
2.2 Kesedaran Kesihatan Awam (media)……………………………………………....11
2.3 Health Belief Model (HBM).....................................................................................14
2.4 Kerangka Kerja……………………..……………………………………………....17
2.5 Ringkasan…………………........................................................................................18
METHODOLOGI KAJIAN .................................................................................................20
3.1 Reka Bentuk Kajian...................................................................................................20
3.2 Pemilihan Sampel.. ....................................................................................................20
3.3 Instrumen………………...........................................................................................21
3.4 Prosedur Pengumpulan Data......................................................................................21
3.5 Prosedur Analisis Data................................................................................................22
3.6 Batasan Kajian.....................................................................................................…..25
DAPATAN DAN PERBINCANGAN..............................................................................26
4.1 Jenis maklumat yang terdapat dalam artikel akhbar tentang HFMD dan kanser.....26
4.1.1 Maklumat tentang risiko....................................................................................26
4.1.2 Maklumat tentang keterukan…………………………………………….........32
4.1.2 Maklumat tentang tindakan………………………………………………........38
4.2 Perbandingan maklumat risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar
berkaitan penyakit HFMD dan kanser …………………………………………….44
4.3 Perbincangan ............................................................................................................47
KESIMPULAN..................................................................................................................50
5.1 Rumusan Dapatan………………………………………………………………….50
5.2 Implikasi Kajian…………………………………………………………………....54
5.3 Cadangan penambah baikan………………………………………………………..55
5.4 Aplikasi Kajian ........................................................................................................56

RUJUKAN .........................................................................................................................57
LAMPIRAN........................................................................................................................61
SENARAI JADUAL

Jadual 1: Contoh jadual untuk semua jenis maklumat setiap artikel........................................23


Jadual 2: Contoh jadual jumlah maklumat.............................................................................. 24
Jadual 3: Contoh jadual perbandingan risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar
berkaitan penyakit HFMD dan kanser..................................................................................... 24
Jadual 4: Contoh jadual perbezaan di antara artikel tentang penyakit HFMD dan kanser….25
Jadual 5: Jumlah maklumat tentang risiko dalam artikel akhbar HFMD dan kanser………...27
Jadual 6: Jumlah maklumat tentang keterukan dalam artikel akhbar HFMD dan kanser....…33
Jadual 7: Jumlah maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar HFMD dan kanser……38
Jadual 8: Maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar HFMD…………………………39
Jadual 9: Maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar kanser………………………….42
Jadual 10: Perbandingan maklumat risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar
berkaitan penyakit HFMD dan kanser……………………………………………………….44
Jadual 11: Perbezaan jumlah maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar HFMD dan
kanser……………………………………………………………………………………….46
SENARAI RAJAH

Rajah 1: Kerangka kerja berdasarkan (Health Belief Model Hochbaum, 1958)……………18

Rajah 2: Peta konsep maklumat berkaitan risiko penyakit HFMD dalam artikel akhbar

New Straits Times……………………………………………………………………………28

Rajah 3: Peta konsep maklumat berkaitan risiko penyakit kanser dalam artikel akhbar

New Straits Times……………………………………………………………………...……30

Rajah 4: Peta konsep maklumat berkaitan keterukan HFMD dalam artikel akhbar

New Straits Times………...…………………………………………………………………34

Rajah 5: Peta konsep maklumat berkaitan keterukan penyakit kanser dalam artikel akhbar

New Straits Times……………………………………………………………….…………36


SENARAI SINGKATAN

Maklumat Singkatan

1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut HFMD


2. Health Belief Model HBM
3. Risiko Sus
4. Keterukan Sev
5. Tindakan Act
6. Sindrom pernafasan Timur Tengah-Coronavirus MERSCoV
7. Penyakit Virus Ebola EVD
BAB 1

PENGENALAN

Bab ini akan mengulas mengenai latar belakang kajian termasuk pengenalan, tujuan, objektif,

definisi operasi dan juga kepentingan kajian ini.

1.1 Pengenalan

Analisis kandungan merupakan kaedah empirikal untuk menganalisis perkara yang

bermakna. "Suatu perkara, data yang mengandungi manifestasi fizikal mengandungi maksud

lain kepada populasi manusia tertentu" (Krippendorff, 2012). Menurut Beck dan Manuel

(2008: 309) pula, analisis kandungan adalah kaedah penyelidikan untuk "menentukan,

mengukur, dan menganalisis kedua-dua bahan dan makna teks". Akhbar sering menjadi

tumpuan para pengkaji untuk mengkaji analisis kandungan kerana akhbar memberi kesan

terhadap kesedaran awam. Saluran atas talian menjadi kaedah yang semakin popular untuk

penyebaran berita. Selain itu, berdasarkan sejarah kewartawanan, akhbar-akhbar telah didapati

mempunyai pengaruh besar terhadap dalam kandungannya (McCombs, Holbert, Kiousis, &

Wanta, 2011; Pew Research Centre, 2010). Dalam setiap akhbar terdapat pelbagai jenis berita

misalnya sukan, perniagaan, politik dan sebagaiya. Sehubungan dengan itu, akhbar juga

memaparkan isu-isu berkaitan dengan kesihatan untuk memaklumkan kepada orang ramai

mengenai bahaya sesuatu penyakit sama ada penyakit berjangkit mahupun penyakit yang tidak

berjangkit. Perkembangan teknologi hari ini boleh digunakan untuk membantu menyampaikan

maklumat mengenai penyakit ini untuk mendorong orang ramai mengambil tindakan bagi

mengurangkan kes-kes penyakit.

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) merupakan penyakit berjangkit berpunca

daripada virus dari kumpulan yang disebut sebagai ‘Enterovirus’ daripada keluarga

‘Pincornoviridae’ (Podin et al., 2006). Penyakit ini biasanya menyerang bayi dan kanak-kanak.
Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun adalah kumpulan yang sering mendapat jangkitan

HFMD. Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah jangkitan virus biasa yang gejala

klinikal utamanya termasuklah demam, ulser mulut dan ruam pada tangan dan kaki (Onozuka

& Hashizume, 2011). Penyakit ini boleh berjangkit atau menular melalui lendir, air liur dan

najis orang yang dijangkiti. Penyakit menyerang kanak-kanak di bawah umur 3 tahun dan

menyebabkan risiko kematian yang tinggi. Selain itu, peyakitini juga tidak mempuyai

perbezaan jangkitan mengikut jantina. Penyakit ini boleh berjangkit atau menular melalui

lendir, air liur dan najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini menyebabkan risiko kematian yang

tinggi bagi kanak-kanak di bawah umur 3 tahun dan untuk kematian. Tiada perbezaan jangkitan

mengikut jantina. Kajian di Taiwan mendapati faktor lain yang dikaitkan dengan jangkitan

EV71 ialah kontak dengan pesakit HFMD, amalan kebersihan yang tidak baik, menghadiri

pusat jagaan atau pusat bimbingan kanak-kanak serta bilangan kanak-kanak yang tinggi dalam

sesuatu keluarga dan tinggal di kawasan luar bandar (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006).

Wabak penyakit HFMD tidak diketahui di Malaysia sehingga pada tahun 1998, penyakit

ini bermula di Sarawak pada tahun 1997. Wabak HFMD telah melibatkan jumlah kes sebanyak

2628 kes dan 31 kematian dengan 29 dari kematian tersebut disahkan disebabkan oleh

Enterovirus 71. Di Sarawak, peningkatan kes HFMD yang melibatkan jangkitan EV71 berlaku

setiap 3 tahun manakala di negeri lain, peningkatan bilangan kes adalah sedikit dan biasanya

hanya melibatkan sebuah premis sahaja pada satu-satu masa. Bilangan kes HFMD telah mula

meningkat semenjak akhir bulan Januari 2006. Bilangan kes terus meningkatkan walaupun

aktiviti pencegahan dan kawalan termasuk promosi kesihatan di pusat-pusat jagaan dan

bimbingan kanak-kanak telah dipertingkatkan pada peringkat awal penularan HFMD. Pada

tahun 2006, 95% daripada kanak-kanak dilaporkan menghidap HFMD merupakan kanak-

kanak di bawah umur 10 tahun yang mengalami wabak HFMD. Daripada jumlah tersebut juga,

hampir 80% dari mereka berumur di bawah umur 7 tahun. Sejak 1 Janurai 2006 sehingga 8
Ogos 2006, seramai 12 kes kematian diseabkan oleh HFMD dan melibatkan kanak-kanak

berumur dalam lingkungan 8 bulan ke 62 bulan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006)

Penyakit kanser merupakan penyakit yang tidak berjangkit yang membawa kepada

kematian kedua tertinggi di dunia yang menyumbang kepada 8.8 juta kematian pada tahun

2015. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hanya 8.9

peratus kematian sahaja direkodkan pada 20 tahun lalu berbanding 13.6 peratus yang

direkodkan pada 2016 disebabkan oleh kanser (Asmaini, 2018). Berdasarkan statistik

Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2016 pula, kanser merupakan punca kematian ketiga

tertinggi di hospital kerajaan di negara ini. Setiap tahun, kanser paru-paru, perut, hati, usus dan

payudara adalah antara kanser yang paling banyak menyebabkan kematian. Kematian akibat

kanser dijangka akan terus meningkat sehingga 13.1 juta kematian pada 2030. Kanser terjadi

akibat pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Kanser menjadi bahaya apabila sel tersebut

mengganggu fungsi normal pada badan dan ia ditampilkan melalui gejala-gejala tertentu. Sel

barah lebih merbahaya kerana ia boleh merebak dari tempat ia mula terjadi ke organ atau

bahagian badan yang lain secara sistemik (melalui saluran darah atau limfa) dan boleh

melumpuhkan fungsi organ yang lain sehingga menyebabkan kematian. Kebiasaannya, gejala-

gejala ini hanya kelihatan apabila kanser telah berada di peringkat yang teruk (Kementerian

Kesihatan, 2016).

Berkenaan dengan isi-isu penyakit berkenaan, akhbar menjadi salah satu medium untuk

memberi maklumat kepada orang ramai. Perkembangan teknologi hari ini boleh digunakan

untuk membantu menyampaikan maklumat mengenai penyakit ini. Persoalannya timbul

mengenai bagaimana dan adakah media mampu memberi amaran kepada orang ramai tentang

risiko penyakit sehingga mencetuskan langkah-langkah untuk mencegah penyakit berkenaan.

Punca ini dapat dielakkan jika individu mempunyai pengetahuan yang mencukupi terutamanya

berhubung pencegahan penyakit dan faktor risikonya. Kebanyakan daripada individu sedar
tentang keburukan amalan gaya hidup mereka, tetapi mereka tidak mengambil langkah yang

proaktif untuk memperbaiki amalan tersebut. Dengan itu langkah pertama penjagaan kesihatan

dan menghindiri penyakit adalah melalui input maklumat yang akan mencetuskan pengetahuan

bagi membawa perubahan dalam sikap serta gaya hidup individu (Bandura, 2001). Semenza,

Ploubidis, dan George (2011) telah meninjau pengaruh persepsi risiko dan persepsi keterukan

melalui penggunaan Health Belief Model (Hochbaum, 1958) sebagai kerangka teori untuk

menilai langkah pengurangan kesan rumah hijau. Health Belief Model (Hochbaum, 1958)

merupakan salah satu model yang digunakan secara meluas untuk dijadikan asas bagi

meramalkan tindakan kesihatan pencegahan; termasuk persepsi penyakit individu, persepsi

tindakan pencegahan individu, dan perubahan faktor-faktor sosial, demografi, dan struktur

pencirian program.

1.2 Tujuan dan Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjalankan analisis kandungan (content analysis) artikel

akhbar atas talian mengenai penyakit HFMD dan kanser.

Objektif kajian ini ialah:

i. Untuk mengenal pasti perkataan yang digunakan untuk melaporkan risiko dalam artikel

akhbar berkaitan dengan penyakit HFMD dan kanser.

ii. Untuk mengenal pasti perkataan yang digunakan untuk melaporkan berkenaan dengan

keterukan HFMD dan penyakit kanser.

iii. Untuk mengenal pasti perkataan yang digunakan yang merujuk kepada tindakan yang

diambil terhadap HFMD dan penyakit kanser.


iv. Untuk membandingkan risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar berkaitan

penyakit HFMD dan kanser.

1.3 Definisi Operasi

1.3.1 Analisis Kandungan

Menurut Hayes dan Krippendorff (2007) analisis kandungan merujuk kepada tafsiran

sistematik perkara tekstual, visual, atau yang boleh didengar, seperti editorial akhbar, berita

televisyen, iklan, ucapan awam dan lain-lain unit analisis lisan atau non-verbal.

1.3.2 Penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD)

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD) berpunca daripada virus dari kumpulan yang

disebut sebagai ‘Enterovirus’ daripada keluarga ‘Pincornoviridae’ (Podin et al., 2006).

terutamanya di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun adalah

kumpulan yang sering mendapat jangkitan HFMD. Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

adalah jangkitan virus biasa yang gejala klinikal utamanya termasuklah demam, ulser mulut

dan ruam pada tangan dan kaki (Onozuka & Hashizume, 2011). Penyakit ini boleh berjangkit

atau menular melalui lendir, air liur dan najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini menyebabkan

risiko kematian yang tinggi bagi kanak-kanak di bawah umur 3 tahun dan untuk kematian.

1.3.3 Kanser

Hajmadi (2010) menyatakan bahawa kanser boleh ditakrifkan sebagai penyakit di mana

kumpulan sel-sel yang tidak normal tumbuh dengan tidak teratur dengan mengabaikan

peraturan biasa pembahagian sel, sel-sel normal selalunya tertakluk kepada isyarat yang

menentukan sama ada sel itu harus membahagikan, bergabung ke dalam sel mati yang lain.

Sel-sel kanser membangunkan tahap autonomi dari isyarat-isyarat ini, mengakibatkan


pertumbuhan dan percambahan yang tidak terkawal. Daripada percambahan ini membolehkan

terus dan menyebarkan serta boleh membawa maut. Sebenarnya, hampir 90% kematian yang

berkaitan dengan kanser adalah disebabkan oleh penyebaran tomour yang disebut metastasis.

1.3.4 Health Belief Model (HBM)

Health Belief Model (HBM) yang dibangunkan pada tahun 1950, digunakan untuk

meramal apakah orang ramai dapat mencegah dan menyadari penyakit, dan dapat mengubah

tingkah laku bermasalah dan mendorong kesedaran kesihatan. Model ini menganggap bahawa

keputusan orang untuk mengambil bahagian dalam perubahan tingkah laku yang berkaitan

dengan kesihatan ditentukan melalui pemboleh ubah (Huang et al., 2016). Model ini

merangkumi konsep-konsep persepsi risiko dan keterukan yang mempengaruhi tindakan yang

perlu diambil terhadap sesuatu penyakit.

1.4.5 Risiko

(Huang et al., 2016) risiko merujuk kepada yang merujuk kepada penilaian subjektif

tentang keadaan tertentu atau kemungkinan memperoleh penyakit.

1.4.6 Keterukan

Risiko merujuk kepada yang merujuk kepada merujuk kepada penilaian kesan kesihatan

sesebuah penyakit (Huang et al., 2016).

1.4.7 Tindakan

(Huang et al., 2016) tindakan menunjukkan rangsangan terhadap langkah-langkah

pencegahan, boleh menjadi luaran (komunikasi massa dan nasihat daripada pekerja penjagaan
kesihatan dan lain-lain) dan dalaman (seperti ketidakselesaan fizikal dan kemunculan gejala

penyakit).

1.4 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini akan memberikan pemahaman tentang bagaimana akhbar

menyampaikan dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat mengenai penyakit yang

serius dan berbahaya sama ada penyakit tersebut merupakan penyakit berjangkit mahupun

penyakit yang tidak berjangkit. Akhbar atas talian bertindak sebagai salah satu media yang

boleh digunakan untuk membantu menyampaikan mesej dengan berkesan terutamanya

mengenai mesej risiko penyakit. Pemilihan atau penggunaan perkataan yang susuai boleh

menyampaikan laporan berkaiatan dengan risiko orang ramai mendapat penyakit dan tahap

keterukan penyakit berkenaan seterusnya menyumbang kepada tindakan pencegahan.

Selain itu, kajian ini akan memberikan cara yang berkesan untuk menulis dan

menyampaikan mesej pada media untuk mendidik orang ramai, mewujudkan rasa takut

terhadap ancaman penyakit dan mendorong kepada tindakan pencegahan. Dalam bahagian ini,

penulis akhbar seharusnya dapat Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kesedaran orang

ramai tentang risiko penyakit. Penggunaan perkataan yang betul seperti kata-kata yang

berunsyr kepada emosi, logik dan kredibiliti sumber harus diikatkan dengan maklumat

berkaitan risiko penyakit untuk menyampaikan mesej dengan lebih baik kerana terbukti

berkesan untuk mendorong ketakutan, mendidik masyarakat, dan untuk mendorong kepada

tingkah laku pencegahan.


BAB 2

SOROTAN KAJIAN

Pada bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai sorotan kajian lepas yang dapat

dikaitkan dengan penelitian ini. Topik-topik kajian yang dibincangkan merangkumi analisis

kandungan dalam akhbar, kesedarak kesihatan awam dalam media, Health Belief Model

(HBM). Selain itu, pengkaji turut membincagkan kerangka kerja dan membuat rumusan.

2.1 Analisis Kandungan (akhbar)

Tasdemir dan Kus (2011) dalam kajian yang bertajuk the content analysis of the news

in the national papers concerning the renewed primary curriculum mengkaji tentang sejauh

mana berita dalam dalam akhbar kebangsaan memainkan peranan untuk memaklumkan kepada

orang ramai tentang kandungan utama kurikulum sekolah yang baru. Kajian ini menyelidik

cara akhbar kebangsaan berfungsi dengan membuat perbandingan dengan kajian-kajian lepas.

Berita mengenai kurikulum yang diperbaharui muncul di media kebangsaan dalam tempoh

antara tahun 2004 dan 2007 diperoleh melalui analisis dokumen dan dibandingkan dengan

kajian saintifik dari segi konsistensi. Kajian ini menggunakan 484 artikel dan lajur berita dari

14 akhbar yang dikelompokkan kepada 3 kategori melalui analisis dokumen. Dapatan kajian

ini mendapati bahawa kadar tertinggi maklumat mengenai kurikulum sekolah adalah pada

tahun 2004 dan kadar tersebut semakin menurun pada tahun-tahun berikutnya. Maklumat

tentang kurikulum novel adalah pernyataan ringkas yang dibuat oleh pegawai-pegawai dan

menjadi tajuk-tajuk utama pada tahun-tahun awal; namun pada tahun-tahun berikutnya

maklumat seperti falsafah kurikulum, yang berpusatkan pelajar serta butiran pengukuran dan

penilaian pula yang menjadi tumpuan akhbar.


Patterson et al. (2016) telah membuat kajian yang bertajuk Content analysis of UK

newspaper and online news representations of women’s and men’s ‘binge’ drinking: a

challenge for communicating evidence-based messages about single-episodic drinking?. Di

United Kingdom, morbiditi dan kematian berkaitan alkohol dengan lelaki jauh lebih tinggi

berbanding wanita, walau bagaimanapun peningkatan penggunaan alkohol wanita juga

semakin meningkat. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti bagaimana

akhbar UK dan berita dalam talian membuat laporan dengan baik tentang kesan buruk akohol

berdasarkan bukti terhadap "pesta minum" wanita dan lelaki. Reka bentuk kajian ini ialah

analisis kandungan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif iaitu sebanyakk 308 artikel

yang diterbitkan dalam 7 surat khabar kebangsaan UK dan laman web BBC News antara 1

Januari 2012 dan 31 Disember 2013 dianalisis. Keputusan kajian menunjukkan artikel

berkaitan wanita dengan "pesta minum" lebih kerap dilaporkan berbanding lelaki dan budaya

minum wanita lebih banyak mendatangkan masalah. Lelaki lebih sering dicirikan sebagai

ganas atau tidak senonoh, sementara wanita dicirikan sebagai tidak terkawal, meletakkan diri

mereka dalam bahaya, merosakkan penampilan fizikal mereka dan membebankan lelaki.

Kajian ini turut menyatakan bahawa untuk menyelaraskan laporan dan memberi pendedahan

tentang bahaya minum arak dengan lebih baik berdasarkan bukti semasa, pegawai kesihatan

awam boleh bekerjasama dengan pihak media untuk mengubah cara media merangka 'pesta

minum' dengan lebih baik daripada spesifik mengikut kumpulan (golongan muda, wanita) dan

konteks (awam minum) kepada risiko kesihatan khususnya tingkah laku minum yang memberi

kesan kepada semua kumpulan tanpa mengira konteks.

Granner et al. (2009) menjalankan kajian terhadap analisis kandungan akhbar sebagai

sebahagian daripada penilaian projek penyelidikan partisipatif berasaskan komuniti untuk

memberi fokus meningkatkan aktiviti fizikal melalui dasar dan perubahan alam sekitar. Bahan

kajian ini ialah akhbar yang diterbitkan bermula Mei 2003 hingga Disember 2005. Kajian ini
memebri fokus kepada 2 daerah iaitu intervention dan comparison yang berkaitan dengan

aktiviti fizikal dan persekitaran hidup aktif (keselamatan, dasar, reka bentuk bandar,

pengangkutan dan sumber rekreasi). Sebanyak 2681 artikel daripada 1764 akhbar dianalisis.

Daerah intervention mempunyai lebih banyak artikel dalam topik yang dipilih khususnya, topik

yang berkaitan dengan keselamatan, dasar dan komuniti inisiatif, serta kemudahan jalan raya

dan rekreasi. Kemunculan artikel itu dinilai menggunakan skor indeks komposit. Artikel dalam

kategori kemudahan jalan raya dan rekreasi di daerah intervention mempunyai skor yang lebih

tinggi daripada purata daerah comparison. Kajian itu menunjukkan bahawa analisis kandungan

media boleh menjadi komponen yang bernilai dalam menilai komuniti.

Dalam kajian lain yang bertajuk a quantitative content analysis of UK newsprint

coverage of proposed legislation to prohibit smoking in private vehicles carrying children,

Granner et al. (2015) mengkaji tentang bagaimana surat khabar kebangsaan UK mewakili

undang-undang yang dikemukakan untuk larangan merokok di dalam kenderaan persendirian

yang membawa kanak-kanak. Kaedah kajian ini menggunakan analisis kuantitatif iaitu analisis

kandungan dari 422 artikel mengenai kanak-kanak dan asap rokok yang diterbitkan di UK dan

akhbar Scotland antara 1 Januari 2003 dan 16 Februari 2014. Pengkaji menggunakan kerangka

pengekodan dengan berdasarkan tema daripada data. Setiap artikel dikodkan sebanyak dua kali.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kekerapan artikel yang relevan mengalami

peningkatan dan penurunan seiring dengan dasar undang-undang. Kanak-kanak sering

dicirikan sebagai mangsa asap rokok, dan asap rokok dikaitkan dengan pelbagai risiko

kesihatan. Artikel yang berkenaan dengan sokongan terhadap undang-undang asap rokok

dalam kenderaan persendirian yang membawa kanak-kanak lebih kerap dibincangkan

berbanding yang tidak menyokong. Representasi perundangan yang positif dengan melarang

merokok dalam kenderaan yang membawa kanak-kanak adalah menggalakkan penyokong

dasar, dan berpotensi menandakan penerimaan undang-undang awam.


Kajian seterusnya ialah kajian yang dijalankan oleh Mahesar (2018) yang bertajuk

newspaper coverage of suicide: a content analysis of daily Kawish newspaper - an elite sindhi

newspaper of Pakistan. Kertas ini bertujuan untuk mengamati liputan mengenai isu bunuh diri

dalam akhbar daily Kawish. Teknik analisis kandungan digunakan dalam kajian ini. Keputusan

menunjukkan bahawa 38 item dari segi kekerapan dilaporkan oleh akhbar pada bulan Jun. Item

melakukan percubaan dan menghalang perbuatan bunuh diri yang dilaporkan masing-masing

adalah 13 dan 25. 21 cerita berita digambarkan wanita melakukan perbuatan bunuh diri dan

sementara 17 lelaki yang digambarkan melakukan perbuatan bunuh diri. Memandangkan 17

item berita tidak mengenal pasti usia mereka yang membunuh diri, 14 berita yang digambarkan

umur kurungan dari 21 hingga 40 tahun orang melakukan perbuatan bunuh diri, dan sementara

7 item berita menghuraikan kurungan umur di bawah 20 tahun orang melakukan bunuh diri.

Bagi penempatan, 21 item berita diletakkan di halaman dalaman tidak termasuk showbiz dan

editorial, 9 adalah diletakkan di halaman pertanian dan perniagaan, dan 8 item ditempatkan di

halaman kedua akhbar. 19 item berita menunjukkan bahawa orang yang melakukan bunuh diri

menggunakan kaedah menggantung dan 14 menunjukkan orang yang dilakukan bunuh diri

dengan menggunakan teknik keracunan dan 5 dengan menggunakan teknik lain. Dari segi

penyebab bunuh diri, 22 perkara berita menerangkan konflik domestik, 8 yang tidak dikenali,

5 gangguan mental dan 3 perkara menunjukkan yang lain isu-isu sebagai sebab di sebalik

perbuatan bunuh diri. Semua item berita dikesan tidak mempunyai imej tindakan bunuh diri.

Akhbar berkenaan mestilah juga meliputi berita pengumuman dan kempen kesedaran berita

yang bersangkutan terhadap fenomena ini juga.

2.2 Kesedaran Kesihatan Awam (media)

Kajian yang dijalankan oleh Krishnan dan Rahim (2014) adalah mengenai perancangan

komunikasi kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji
faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam perancangan komunikasi kesihatan untuk

mengubah amalan gaya hidup sihat. Selaras dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat

hubungan antara beberapa faktor psikososial dan komunikasi yang berperanan untuk membawa

perubahan dalam gaya hidup individu iaitu membabitkan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat.

Satu kerangka model kajian yang dibina berasaskan gabungan Health Belief Model, Teori

Tindakan Bersebab dan Teori Penglibatan Rendah telah digunakan. Untuk mengumpul data,

kaedah tinjauan telah digunakan dengan menemubual seramai 290 orang responden yang

berumur di antara 18 hingga 82 tahun. Kajian telah dijalankan di tujuah buah kawasan bandar

dan luar bandar iaitu sekitar Kuala Lumpur iaitu Sentul, Jinjang dan Bangsar, Selangor iaitu

Batang Berjuntai, Sungai Buloh dan Bangi, Perak iaitu Slim River, Tanjung Malim, dan

Sitiawan dan Putra Jaya. Hasil kajian dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu saringan

kesihatan asas dan pengaruh faktor psikososial serta komunikasi terhadap amalan kesihatan

yang melibatkan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat. Saringan kesihatan asas menunjukkan

majoriti responden mempunyai petunjuk antropometri yang tidak normal terutamanya jisim

indeks tubuh dan kadar lemak badan yang berlebihan. Berhubung amalan gaya hidup pula,

majoriti responden berada dalam kategori yang aktif (79%), manakala 76% responden tidak

mengambil sayuran dan buah-buahan yang secukupnya.

Zawahir et al. (2013) dalam kajian yang bertajuk effectiveness of antismoking media

messages and education among adolescents in Malaysia and Thailand: findings from the

international tobacco control Southeast Asia project mencari cara untuk menghalang remaja

daripada mengambil merokok adalah penting kerana mereka yang mula merokok pada usia

yang lebih awal lebih cenderung menjadi ketagih dan mengalami kesulitan yang lebih besar

untuk berhenti merokok. Artikel ini diperiksa sama ada mesej dan pendidikan antismoking

dapat membantu mengurangkan kerentanan merokok di kalangan remaja di dua negara Asia

Tenggara dan untuk meneroka kemungkinan pengaruh sederhana negara dan jantina. Kaedah:
Data datang dari Wave 1 dari Projek Kawalan Tembakau Antarabangsa Asia Tenggara

(ITCSEA) yang dijalankan di Malaysia (n = 1,008) dan Thailand (n = 1,000) di mana remaja

ditanya tentang menerima nasihat antismoking daripada jururawat atau doktor, yang diajar di

sekolah mengenai bahaya merokok, memerhatikan mesej antismoking, pengetahuan mengenai

kesan kesihatan merokok, kepercayaan tentang risiko kesihatan merokok, keterukan merokok,

dan maklumat demografi. Data dianalisis menggunakan ujian chisquare dan model regresi

logistik. Secara keseluruhannya, banyak lagi remaja Thai melaporkan menerima nasihat

daripada jururawat atau doktor mereka tentang bahaya merokok (p <.001), tetapi tiada

perbezaan negara yang diperhatikan untuk melaporkan pendidikan antismokrasi di sekolah dan

pendedahan kepada mesej antismoking. Analisis multivariate mendedahkan bahawa hanya

penyediaan pendidikan antismoking di sekolah-sekolah secara signifikan dikaitkan dengan

mengurangkan kerentanan terhadap merokok di kalangan wanita. Remaja Malaysia (OR =

0.26). Pengetahuan yang lebih tinggi terhadap kemudaratan merokok dan risiko kesihatan

merokok yang lebih tinggi dikaitkan dengan penurunan kecenderungan merokok di kalangan

wanita Thai (OR = 0.52) dan remaja lelaki Malaysia (OR = 0.63). Kajian ini mengemukakan

bahawa mendidik remaja mengenai bahaya merokok di sekolah nampaknya merupakan cara

paling berkesan untuk mengurangkan kerentanan merokok remaja di kedua-dua negara,

walaupun strategi pencegahan yang berbeza mungkin diperlukan untuk memastikan

keberkesanan remaja lelaki dan wanita.

Ting dan Jerome (2017) dalam kajian yang bertajuk framing of disease risk messages in

airport banners bertujuan untuk mengkaji pemujukan dalam mesej berkaiatan risiko penyakit

melalui kain rentang di lapangan terbang yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia. Kain rentang untuk Zika, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut, Penyakit Virus Ebola,

malaria, dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah telah dianalisis untuk mengetahui: (1) mesej

mengenai keparahan, kerentanan dan isyarat untuk tindakan yang terdapat di spanduk lapangan
terbang, dan ( 2) Rayuan terhadap logo, patah dan etos digunakan untuk meyakinkan orang

ramai untuk mengambil langkah pencegahan kesihatan. Keputusan menunjukkan bahawa

sepanduk sangat bermaklumat mengenai kumpulan risiko, gejala penyakit, dan tindakan yang

disyorkan. Walau bagaimanapun, logos mesej tidak boleh menyatakan penyakit sebagai

ancaman kesihatan awam kerana sekumpulan penumpang penerbangan terhad yang

dikenalpasti sebagai terdedah kepada penyakit dan gejala yang ditunjukkan adalah ringan.

Kajian menunjukkan bahawa kesedaran atau daya tarikan emosi kurang dalam kain rentang

lapangan terbang dan ini harus dipertimbangkan untuk meningkatkan pemujukan atau rayuan

komunikasi risiko penyakit.

2.3 Health Belief Model (HBM)

Mou dan Cohen (2014) dalam kajian yang bertajuk Trust, Risk Barriers and Health

Beliefs in Consumer Acceptance of Online Health Services mengkaji tentang kepercayaan,

halangan risiko dan penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan kesihatan dalam talian.

Kajian ini menggunakan kaedah kuatitatif dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan

eksperimen makmal dan juga borang soal selidik dengan mengaplikasikan Health Belief Model

(HBM) dan Extended Valence Framework untuk menjelaskan penerimaan pengguna terhadap

perkhidmatan kesihatan atas talian. Responden terdiri daripada pelajar universiti di Afrika

Selatan iaitu seramai 761 orang. Walau bagaimanapun, hanya 703 yang diambil kerana data

yang diberikan oleh 58 responden tidak sah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepercayaan

memberi kesan yang kuat terhadap penerimaan seseorang. Halangan risiko yang juga

mempunyai kesan yang signifikan terhadap penerimaan. Selain itu, pemboleh ubah daripada

Health Beliefs, iaitu risiko dan keterukan juga dianggap penting untuk penerimaan pengguna.

Hasil keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa 47.5% varians dengan niat untuk

menggunakan perkhidmatan maklumat kesihatan dalam talian. Keputusan telah membantu


kami mengenal pasti ciri penting HBM dan rangka kerja valensi yang diperluaskan dalam

penerimaan pengguna perkhidmatan maklumat dalam talian kesihatan dan mempunyai

implikasi penting untuk amalan.

Salari dan Filus (2016) dalam kajian yang bertajuk Using the Health Belief Model to

Explain Mothers’ and Fathers’ Intention to Participate in Universal Parenting Programs

mengkaji tentang faktor-faktor yang mendorong kepada keinginan ibu bapa untuk mengambil

bahagian dalam program keibubapaan dan kesannya berdasarkan jantina. Kajian ini melibatkan

15 buah sekolah rendah di Östersund dan Strömsund (dua daerah perbandaran kecil di Sweden

tengah). Kedua-dua ibu bapa iaitu ibu dan bapa semua kanak-kanak yang layak iaitu kanak-

kanak dalam kelas prasekolah dan gred satu hingga tiga telah dihubungi melalui e-mel dan atau

pos dan dijemput untuk mengambil bahagian dan diberi pilihan untuk melengkapkan soal

selidik dalam talian atau di atas kertas. Daripada 2340 ibu bapa yang dihubungi, 795 hanya

bersetuju untuk mengambil bahagian dan kemudiannya menyiapkan kajian itu. Umur golongan

ibu yang terlibat ialah 24 hingga 52 tahun dan golongan ayah ialah 31 hingga 69 tahun. Ibu

bapa diminta untuk menjawab satu set soal selidik untuk menilai kesukaran emosi dan tingkah

laku kanak-kanak dan mengaplikasikan Health Belief Model mengenai tanggapan terhadap

manfaat dan halangan program, tanggapan tentang risiko dan keterukan dan tanggapan

terhadap unsur keyakinan diri. Model hipotesis dinilai menggunakan pemodelan persamaan

struktur. Hasil kajian menunjukkan bahawa, bagi kedua-dua ibu dan bapa, tanggapan terhadap

faedah program menyumbang kepada keinginan yang lebih tinggi untuk menyertai program

keibubapaan. Di samping itu, keinginan untuk menyertai program dalam kalangan ibu ialah

berdasarkan tanggapan terhadap halangan manakala golongan ayah pula ialah berdasarkan

keberkesanan diri. Daripada hasil kajian juga, didapati tiada hubungan yang penting antara

keinginan untuk menyertai program dengan tanggapan terhadap risiko dan keterukan kanak-

kanak. Analisis juga menunjukkan bahawa bagi ibu bapa, masalah emosi dan tingkah anak
memberi kesan tidak langsung ke atas keinginan ibu bapa untuk menyertai program.

Keseluruhannya, model yang dicadangkan menjelaskan tentang 45% varians dalam niat orang

tua untuk turut serta. Kajian ini memberi pendekatan kepada ibu bapa untuk meningkatkan

kadar penyertaan ibu dan bapa dalam program keibubapaan pada masa akan datang.

Huang et al. (2016) dalam kajian yang bertajuk Structural factors affecting health

examination behavioral intention mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi niat

tingkah laku pemeriksaan kesihatan di kalangan orang ramai di Taiwan. Secara

keseluruhannya, 388 soal selidik yang berkesan dianalisis melalui analisis model struktur.

Kajian ini membincangkan mengenai: (1) keberkesanan Health Belief Model yang telah

diperluas untuk meramalkan niat tingkah laku pemeriksaan kesihatan; (2) mengkaji faktor

keyakinan diri terhadap keinginan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, diikuti dengan

pengetahuan kesihatan; (3) faktor keyakinan diri memengaruhi tanggapan faedah dan

tanggapan terhadap halangan; (4) hubungan antara pengetahuan kesihatan dan sokongan sosial

dengan keinginan yang mendorong kepada tindakan pemeriksaan kesihatan. Keputusan

menunjukkan bahawa HBM secara efektif dapat meningkatkan penerimaan dan penggunaan

perkhidmatan pemeriksaan kesihatan di kalangan orang ramai, dengan itu memudahkan

diagnosis dan rawatan awal dan akhirnya mengurangkan kadar penyakit dan kematian.

Orji, Vassileva, dan Mandryk (2012) dalam kajian yang bertajuk towards an effective

health interventions design: an extension of the Health Belief Model yang memperluas the

Health Belief Model dengan memperkenalkan empat pembolehubah baru: (1) Identiti diri,

kepentingan yang dipertimbangkan, pertimbangan masa depan akibatnya, dan kebimbangan

untuk penampilan yang mungkin penentu tingkah laku yang sihat, (2) meneroka secara

mendalam hubungan dan interaksi antara pemboleh ubah HBM dan saiz kesannya, dan (3)

menguji kesahihan kedua-dua model lanjutan yang dicadangkan dan HBM asal mengenai

tingkah laku makan yang sihat. Akhirnya, membandingkan kapasiti ramalan model HBM asal
dan model lanjutan yang dibuat. Untuk mencapai matlamat kajian ini menjalankan kajian

kuantitatif terhadap 576 tingkah laku makan peserta. Data untuk kajian ini dikumpulkan dalam

tempoh satu tahun bermuladari Ogos 2011 hingga Ogos 2012. Soal selidik itu terdiri daripada

skala yang disahkan menilai penentu HBM - manfaat, penghalang, kerentanan, keterukan,

tindakan untuk bertindak, dan keberkesanan diri - menggunakan skala Likert 7-mata. Pengkaji

juga menilai penentu kesihatan lain seperti pertimbangan akibat masa depan, identiti diri,

keprihatinan terhadap penampilan dan kepentingan yang dianggap penting. Untuk

menganalisis data kami, pengkaji menggunakan analisis faktor dan Model Persamaan Struktur

Separa Least Square (PLS-SEM) untuk meneroka interaksi dan hubungan antara penentu dan

tingkah laku makan yang sihat. Akhirnya sekali, pengkaji membandingkan kapasiti ramalan

model HBM yang asal dan model lanjutan yang dibuat dan menyiasat kesan pengantaraan.

Keputusan menunjukkan bahawa tiga faktor penentu yang baru ditambah adalah peramal yang

lebih baik terhadap tingkah laku yang sihat. HBM yang diperluaskan membawa kira-kira

peningkatan 78% (dari 40% hingga 71%) dalam kapasiti ramalan berbanding dengan model

lama. Ini menunjukkan kesesuaian memperluas HBM untuk digunakan dalam meramalkan

tingkah laku yang sihat dan dalam memaklumkan reka bentuk intervensi kesihatan. Hasil

daripada kajian, kemungkinan hubungan antara penentu dalam model membawa kepada

penemuan yang menarik tentang beberapa hubungan media antara penentu HBM.

2.4 Kerangka kerja

Untuk mengkaji bagaimana penyakit HFMD dan kanser menimbulkan ancaman di artikel

akhbar The New Staits Times, kajian ini menggunakan model mengenai persepsi ancaman,

yang terdapat dalam Health Belief Model Hochbaum (1958) (Orji, Vassileva, dan Mandryk,

2012) dan seperti yang terdapat dalam Ting dan Jerome (2017) "Persepsi ancaman adalah
berasaskan pada dua kepercayaan: risiko yang dirasakan individu terhadap penyakit dan yang

dirasakan keterukan akibat penyakit untuk individu". Tambahan pula, (Orji, Vassileva, dan

Mandryk, 2012) juga mentakrifkan isyarat untuk bertindak sebagai strategi peringatan dan

cadangan untuk mendorong penonton melakukan tingkah laku sasaran. Bermaksud, apabila

seseorang itu menyedari bahawa mereka berisiko tinggi mendapat penyakit, dan bahawa akibat

penyakit pada kesihatan adalah teruk, maka mereka lebih cenderung untuk menggesa tingkah

laku pencegahan untuk meminimumkan risiko penyakit. Untuk mendorong penonton mesej

risiko kesihatan untuk mengambil tindakan, isyarat untuk tindakan dimasukkan. Jenis

maklumat (kata-kata yang digunakan) dalam akhbar mengenai mesej HFMD dan kanser

dianalisis menggunakan kerangka kerja persepsi ancaman ini untuk mengodkan perkataan dan

ayat yang mengandung maklumat risiko, keterukan dan juga tindakan.

Risiko

Ancaman Tindakan

Keterukan

Rajah 1: Kerangka kerja berdasarkan Health Belief Model Hochbaum (1958) (Ting dan

Jerome, 2017)

Risiko, keterukan dan tindakan merupakan tiga ancaman persepsi di bawah keangka

kerja analisis berdasarkan Health Belief Model (Hochbaum, 1958). Tiada kajian terdahulu yang

menggunakan persepsi ancaman ini untuk menganalisis penyakit mesej risiko di akhbar. Kajian

lain menggunakan medium lain seperti dalam poster, televisyen dan sebagainya.
2.6 Ringkasan

Terdapat banyak kajian yang teah dilakukan berkaitan dengan kajian ini. Namun begitu,

terdapat kekurangan penyelidikan mengenai analisis kandungan artikel kesihatan yang

dijalankan di Malaysia. Tambahan pula, kajian tidak terdapat kajain yang membuat

perbandingan antara penyakit. Walau bagaimanapun, lebih banyak perhatian harus diberikan

untuk mengetahui bagaimana dan sejauh mana media memperngaruhi orang ramai mengenai

komunikasi risiko penyakit, sama ada dalam akhbar, poster atau risalah di mana pengkaji tidak

banyak menulis tentang akhbar. Oleh itu, kajian ini membawa satu lagi sudut kepada kajian

terhadap kesedaran kesihatan awam yang merupakan elemen dalam persepsi ancaman untuk

membantu merangka mesej risiko kesihatan dan memberikan maklumat risiko penyakit yang

lebih baik untuk orang awam untuk mengambil tindakan.


BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Bab ini menerangkan metodologi yang digunakan dalam kajian ini. Bab ini merangkumi

deskripsi reka bentuk kajian, pemilihan sampel, instrumen, prosedur pengumpulan data,

prosedur analisis data, batasan kajian dan ringkasan.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Menurut Chua (2006), pendekatan kualitatif

adalah kaedah penyelidikan yang lebih kepada mengkaji sesuatu fenomena atau situasi dalam

konteks sebenar atau semula jadi. Kajian ini mengaplikasikan kaedah analisis teks untuk

mengenal pasti jenis maklumat berdasarkan perkataan yang digunakan mengikut konsep

berkaitan dengan risiko, keterukan dan tindakan berkenaan penyakit. Analisis teks digunakan

untuk menggambarkan dan mentafsirkan ciri-ciri maklumat yang disampaikan. Analisis teks

merujuk kepada kaedah penyelidik menggunakan kaedah untuk menggambarkan dan

mentafsirkan ciri-ciri mesej yang dirakam atau visual. Menurut Gary, Lawrence dan Carl

(1999: 225), analisis teks untuk digunakan menggambarkan kandungan, struktur, dan fungsi

mesej yang terkandung dalam teks. Oleh itu, penyelidik akan menggunakan analisis teks untuk

meneliti mengenai isi kandungan melalui maklumat berkaitan dengan risiko mendapat

penyakit, keterukan dan tindakan yang terdapat dalam artikel yang dikumpulkan dari akhbar

dalam talian iaitu New Staits Times tentang penyakit HFMD dan penyakit kanser.

3.2 Pemilihan Sampel

Bagi kriteria pemilihan sampel, akhbar atas talian yang dipilih merupakan salah satu

akhbar yang diterbitkan di Malaysia iaitu New Straits Times yang boleh didapati sama ada di

Semenanjung Malaysia mahupun Sabah dan Sarawak. Fokus utama sampel ialah berkaitan
dengan artikel mengenai penyakit HFMD dan penyakit kanser. Tujuan memilih dua jenis

penyakit yang berbeza ialah untuk melihat isi kandungan dan maklumat dalam kedua-dua

artikel penyakit berkenaan. Tambahan pula, kedua-dua jenis penyakit berkenaan berbeza.

Meskipun HFMD dan kanser merupakan penyakit yang berbahaya tetapi salah satu

daripadanya merupakan penyakit berjangkit iaitu penyakit HMFD manakala penyakit kanser

merupakan penyakit yang tidak berjangkit. Oleh itu, pengkaji ingin meneliti sejauh mana isi

kandungan dan maklumat yang terdapat dalam artikel berkenaan mampu memberi kesan

kepada pembaca untuk mengambil langkah pencegahan.

3.3 Instrumen

Kajian ini menggunakan akhbar atas talian New Staits Times yang merupakan salah

satu akhbar yang diterbitkan di Malaysia. Kajian ini ialah berdasarkan kerangka kerja yang

digunakan untuk menganalisis jenis maklumat berdasarkan pekataan yang digunakan dalam

artikel ialah Health Belief Model (Hochbaum, 1952, dalam Ting & Jerome, 2017). Pengkaji

hanya memfokuskan kepada tiga jenis maklumat sahaja iaitu maklumat risiko, keterukan dan

tindakan. Dalam kajian ini, pengkaji menganalisis setiap artikel dan mengira setiap maklumat

yang berkaitan secara manual untuk mendapatkan data.

3.4 Prosedur Pengumpulan Data

Data dikumpulkan melalui pengumpulan artikel daripada akhbar atas talian berkaitan

penyakit HFMD dan p kanser. Artikel dikumpul daripada akhbar atas talian New Straits Times

melalui web rasmi akhbar berkenaan iaitu https://www.nst.com.my/. Artikel mengenai

penyakit HFMD dan kanser dikumpul bermula 1 Jun sehingga 30 September 2018. Tempoh

yang panjang sangat penting bagi penyelidik untuk memperoleh jumlah artikel yang

diperlukan. Kata kunci digunakan ketika mengumpul artikel berdasarkan kata kunci yang
muncul dalam tajuk utama bagi kedua-dua jenis penyakit. Antara kata kunci yang digunakan

untuk mengumpul artikel berkaitan pengkaji iaitu Hand, Food and Mouth Disease (HFMD)

dan Cancer bertujuan untuk memudahkan pengumpulan artikel. Semua artikel yang berkaitan

dalam akhbar yang diperoleh kemudian dimuat turun dan dicetak. Artikel yang tidak termasuk

dalam kriteria pemilihan sampel misalalnya artikel yang diterbitkan selain daripada tempoh

yang diinginkan diasingkan untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan untuk mengekalkan

kesahan data.

3.5 Prosedur Analisis Data

Terdapat 51 artikel penyakit HMFD dan 18 artikel penyakit kanser. Kedua-dua artikel

penyakit yang diambil daripada akhbar atas talian New Starits Times menggunakan kaedah

analisis data yang sama berdasarkan kerangka kerja Health Belief Model oleh Hochbaum

(1958). Kajian ini mempunyai beberapa prosedur analisis data berdasarkan objektif kajian.

Untuk mencapai objektif pertama, kedua dan ketiga berkaitan dengan isi kandungan

berdasarkan perkataan yang digunakan untuk melaporkan risiko, keterukan dan tindakan dalam

artikel akhbar berkaitan dengan penyakit HFMD dan kanser, kedua-dua artikel penyakit

berkenaan dianalisis dengan menggunakan Health Belief Model oleh Hochbaum (1958).

Pengkaji menganalisis perkataan yang menunjukkan risiko, keterukan dan langkah-

langkah pencegahan. Ketiga-tiga perkara tersebut masing-masing ditandai dengan risiko

mendapat penyakit sebagai (Sus), keterukan sebagai (Sev) dan tindakan sebagai (Act). Selain

itu, tiga persepsi ancaman tersebut ditanda menggunakan pen yang berlainan warna iaitu merah

jambu untuk kemungkinan mendapat penyakit (Sus), biru untuk keterukan (Sev) dan hitam

untuk tindakan (Act).

Setelah itu, kesemua maklumat dalam artikel yang telah dikenal pasti dimasukkan ke

dalam jadual bagi memudahkan pengkaji melakukan analisis seterusnya. Maklumat tentang
risiko dalam artikel akhbar HFMD dan kanser bertujuan untuk memberi kesedaran kepada

orang awam berdasarkan peningkatan jumlah kes, wabak penyakit, punca penularan dan ayat

atau perkataan yang menunjukkan sesorang positif HFMD manakala risiko kanser pula dikenal

pasti melalui maklumat berkaitan punca dan statistik. Keterukan pula dapat dilihat melalui

maklumat yang diberikan berkaitan kematian, gejala dan mangsa yang masih mendapat

rawatan untuk penyakit HFMD manakala maklumat keterukan kanser dikenal pasti melalui

kematian dan gejala sahaja. Maklumat untuk tindakan pula merujuk kepada langkah-langkah

pencegahan berdasarkan cara untuk merawat atau mengubati penyakit berkenaan. Untuk

penyakit HFMD maklumat tindakan dilihat melalui tindakan yang dicadangkan untuk ibu bapa,

jabatan kesihatan, pihak sekolah, pusat asuhan, tadika, taska, agensi lain dan orang awam.

Untuk kanser pula, maklumat tindakan dikenal pasti melalui perubahan gaya hidup dan

perubatan. Peta konsep dan jadual dibuat untuk melaporkan hasil analisis yang menunjukkan

terdapat pelbagai maklumat berkaitan dengan risiko, keterukan dan tindakan.

Jadual 1: Contoh jadual untuk semua jenis maklumat setiap artikel

Jenis maklumat
Risiko Keterukan Tindakan
Artikel
1
2
3
4
5

Analisis diteruskan dengan mengira jumlah maklumat berdasarkan objektif pertama

iaitu maklumat tentang risiko. Selain itu, pengkaji turut mengira min bagi maklumat berkenaan.

Setiap daripada jumlah tersebut dimasukkan ke dalam jadual.


Jadual 2: Contoh jadual jumlah maklumat

Penyakit Jumlah maklumat Min jumlah maklumat


tentang risiko/ setiap artikel
keterukan/tindakan
HFMD
Kanser
Jumlah

Seterusnya pengkaji menggambarkan maklumat risiko dengan menggunakan peta

konsep dan jadual mengikut penyakit. Untuk setiap maklumat, pengkaji akan membuat dua

peta konsep yang berlainan memandangkan HFMD dan kanser merupakan dua jenis penyakit

yang berbeza. Anlisis berdasarkan jadual 2 turut diaplikasikan untuk objektif kedua dan ketiga

berkaitan dengan maklumat keterukan dan tindakan.

Analisis seterusnya pula bertujuan untuk mencapai objektif yang keemapat iaitu

membandingkan risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar berkaitan penyakit

HFMD dan kanser. Pengkaji membuat perbandingan maklumat bagi kedua-dua penyakit di

dalam jadual. Perbandingan tersebut dibuat berdasarkan perkataan yang digunakan dan jumlah

maklumat.

Jadual 3: Contoh jadual perbandingan risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel

akhbar berkaitan penyakit HFMD dan kanser

Penyakit
HFMD Kanser
Maklumat
Risiko
Keterukan
Tindakan
Jadual 4: Contoh jadual perbezaan di antara artikel tentang penyakit HFMD dan

kanser

Min jumlah Min jumlah Min jumlah


Penyakit maklumat maklumat maklumat
berkaitan risiko
berkaitan berkaitan tindakan
keterukan
HFMD
Kanser

3.6 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terhad kepada satu akhbar sahaja iaitu akhbar atas talian iaitu New

Starits Times. Kajian pada masa akan datang seharusnya mempertimbangkan akhbar-akhbar

lain atau memperluas lagi kajian dengan mengambil kira media selain daripada surat khabar

seperti risalah atau flyer. Selain itu, kajian ini juga terbatas dari segi tempoh pengumpulan data

iaitu bermula dari 1 Jun sehingga 30 September 2018 sahaja. Tambahan pula, kajian ini hanya

melibatkan pengkajian terhadap isi kandungan artikel akhbar sahaja iaitu maklumat mengenai

risiko, keterukan dan tindakan terhadap penyakit HFMD dan kanser tidak mengambil kira

tindak balas pembaca. Reaksi pembaca sama ada mereka takut atau mereka tidak merasa

terganggu oleh penyakit kanser atau HFMD selepas pembacaan juga harus dipertimbangkan

agar penyelidik mendapat pandangan yang lebih jelas dan alasan kukuh tentang keseriusan

penyakit yang disampaikan melalui akhbar.


BAB 4

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pada bab ini, pengkaji akan membincangkan hasil kajian yang telah dilakukan berdasarkan

setiap objektif. Dalam bab ini, pengkaji akan mengenal kandungan artikel akhbar atas talian

mengenai penyakit HFMD dan kanser. Pengkaji akan memberi fokus kepada perkataan yang

digunakan untuk melaporkan risiko, keterukan dan tindakan yang diambil terhadap HFMD dan

penyakit kanser serta membuat membandingkan risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel

akhbar berkaitan penyakit HFMD dan kanser. Hasil kajian ini diperolehi melalui 69 artikel

dalam akhbar atas talian New Straits Times iaitu 51 HFMD dan 18 kanser. Hasil kajian ini

menyebabkan wujudnya beberapa perbincangan.

4.1 Jenis maklumat yang terdapat dalam artikel akhbar tentang HFMD dan kanser

Jenis maklumat yang difokuskan dalam kajian ini terdiri daripada tiga jenis maklumat

sahaja iaitu maklumat berkaitan dengan risiko, keterukan dan tindakan. Penelitian jenis

maklumat tersebut bertujuan untuk melihat sejauh mana akhbar mampu memberi kesan kepada

pembaca agar pembaca berasa takut dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mecegah

sesuatu penyakit.

4.1.1 Maklumat tentang risiko dalam artikel akhbar berkaitan dengan penyakit HFMD

dan kanser

Menurut Huang et al. (2016) risiko merujuk kepada yang merujuk kepada penilaian

subjektif tentang keadaan tertentu atau kemungkinan memperoleh penyakit. Dalam artikel

kedua-dua penyakit iaitu HFMD dan kanser terdapat maklumat tentang risiko. Pengkaji
menemui 82 maklumat risiko dalam artikel HFMD dan hanya 6 maklumat risiko dalam artikel

kanser. Penemuannya ini dapat dilihat pada jadual 5.

Jadual 5: Jumlah maklumat tentang risiko dalam artikel akhbar HFMD dan kanser

Penyakit Jumlah maklumat Min jumlah maklumat

tentang risiko setiap artikel

HFMD (n=51) 82 1.6

Kanser (n=18) 6 0.3

Jumlah (N=69) 88

Jumlah 5 mengandungi maklumat tentang risiko mendapat penyakit yang terdapat dalam

artikel akhbar penyakit HFMD lebih banyak iaitu 82 berbanding dengan jumlah maklumat

tentang risiko dalam artikel akhbar penyakit kanser hanya 6 memandangkan jumlah artikel

HFMD jauh lebih banyak berbanding dengan jumlah artikel kanser. Min digunakan untuk

membuat perandingan jumlah maklumat risiko yang terdapat dalam setiap artikel. Min jumlah

maklumat tentang risiko untuk artikel HFMD ialah 1.6 sementara min jumlah maklumat

tentang risiko untuk kanser pula adalah 0.3. sIni menunjukkan bahawa maklumat risiko

mendapat penyakit ialah satu hingga dua untuk untuk setiap artikel HFMD manakala

kebanyakan artikel kanser tidak mengandungi maklumat risiko. Daripada dapatan tersebut,

didapati artikel HFMD lebih memberi tumpuan risiko dan kemungkinan orang ramai mendapat

penyakit berbanding dengan kanser. Hal ini demikian kerana, HFMD merupakan penyakit

berjangkit manakala kanser merupakan penyakit tidak berjangkit. Selain itu, dalam tempoh

pengumpulan artikel iaitu antara 1 Jun sehingga 30 September 2018 penyakit HFMD sedang

menular manakala penyakit kanser tidak mempunyai tempoh-tempoh tertentu untuk merebak.

Dalam akhbar The New Strait Times maklumat risiko terdapat dalam artikel yang diterbitkan
pada 15 Julai 2018 yang mengemukakan tentang jumlah kes "authorities have detected 18 cases

of HFMD among pre-schoolers at Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau in Kampung Kiau, Kota

Belut".

Memandangkan jenis maklumat berkaitan dengan risiko dalam artikel HFMD dan kanser

jauh berbeza, dapatan mengenai maklumat risiko digambarkan dengan menggunakan dua peta

konsep yang berlainan.

Jumlah kes

Punca Maklumat
Wabak
penularan berkaitan penyakit
HFMD risiko

Positif
HFMD

Rajah 2: Peta konsep maklumat berkaitan risiko mendapat penyakit HFMD dalam

artikel akhbar New Straits Times

Rajah 2 menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan risiko mendapat penyakit

melalui jumlah kes, wabak penyakit, positif HFMD dan punca penularan HFMD. Pertama,

pengumuman berkaitan jumlah kes penyakit termasuk jumlah mangsa yang dikemas kini.

Antara contoh maklumat berkaitan risiko melalui jumlah kes dalam artikel The New Straits

Times ialah pada artikel bertarikh bertarikh 27 Julai 2018 "of the total, 8,501 are children below

the age of 6; 568 are kids aged between 7 and 12; and 231 are youth above 12 years of age"

dan artikel yang diterbitkan pada 7 Ogos 2018 2018 "the highest incidence of 564 cases was
reported here, followed by Beaufort (393), Penampang (258) and Sandakan (221)". Kedua-dua

contoh berkenaan masing-masing mengemukakan kes HFMD mengikut peringkat umur dan

kes mengikut kawasan.

Maklumat risiko yang kedua dalam artikel HFMD ditandai dengan wabak penyakit.

Maklumat tersebut diperoleh dalam artikel yang diterbitkan pada 16 Ogos 2018 berkaitan

klasifikasi wabak HFMD iaitu "He said HFMD cases are classified as an ‘outbreak’ if there are

two or more cases on the premises during the HFMD incubation period". Selain itu, maklumat

risiko daripada wabak juga dapat dilihat melalui artikel yang bertarikh 2 Ogos 2018

menyatakan Malaysia dilanda wabak HFMD "As many know, Malaysia is experiencing the

HFMD outbreak".

Ketiga ialah maklumat risiko berdasarkan laporan berkaitan pengesanan atau positif

HFMD. Dalam artikel The New Straits Times bertarikh 15 Julai 2018 ada mengemukakan

tentang pemeriksaan yang dijalankan mendapati beberapa orang positif HFMD "Futher

screening revealed 11 other people, including six pre-schoolers (also from SK Kiau) and five

members of family were positive for the disease". Contoh lain misalnya artikel yang diterbitkan

pada 23 Julai 2018 yang mengesan HFMD HFMD "We have detected 42 pre-school and 116

primary school students here with the disease so far this month".

Keempat, maklumat risiko penyakit HFMD dikenal pasti dengan penularan HFMD

melalui medium. Punca penularan HFMD bukan sahaja memberi fokus kepada penularan

daripada virus yang membawa kepada penyakit tersebut tetapi juga melibatkan penularan lain

melalui kawasan taman permainan yang kotor, sentuhan, kanak-kanak yang dijangkiti HFMD

bercampur dan bermain dengan kanak-kanak lain atau penularan di tempat-tempat awam dan

pusat membeli belah misalnya sentuhan pada bangku, troli dan permainan daripada kanak-

kanak yang dijangkiti HFMD. Sebagai contoh, dalam akhbar The New Straits Times bertarikh
12 Julai 2018 yang menyatakan penularan HFMD melalui virus "HFMD is a contagious caused

by viruses in particular Coxsackie A16 and Enterovirus 71 (EV71) which spread through

contact with saliva, blister fluid or feaces" dan maklumat risiko yang dilaporkan melalui

penularan melalui medium lain iaitu pada artikel 24 Julai 2018 yang mengemukakan "The other

was issued after the checks by the department found that trolley, toys and benches were

contaminated and could be for the spread of the disease".

Daripada artikel penyakit HFMD, dapat disimpulakan bahawa maklumat risiko dapat

diperoleh daripada laporan berkaitan dengan jumlah kes, wabak penyakit, positif HFMD dan

punca penularan.

Merokok (kanser
Punca
kanser paru-paru)

Gaya hidup kurang


sihat (kanser
Maklumat kolorektal)
berkaitan
Statistik risiko
Tekanan

Rajah 3: Peta konsep maklumat berkaitan risiko mendapat penyakit kanser dalam

artikel akhbar New Straits Times

Seterusnya, Rajah 3 menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan risiko mendapat

penyakit kanser melalui statistik dan punca penyakit. Dalam artikel penyakit kanser, kedua-

dua maklumat tersebut dinyatakan secara spesifik mengikut jenis kanser. Antara jenis kanser
yang ditekankan ialah kanser paru-paru dan kanser kolorektal. Namun begitu, terdapat juga

artikel yang membuat laporan dan memaparkan maklumat risiko secara umum. Sehubungan

dengan itu, jenis maklumat berkaitan dengan risiko yang pertama dalam artikel kanser

ditekankan melalui statistik. Misalnya dalam artikel The New Straits Times bertarikh 27 Jun

2018 menyatakan statistik kanser kolorektal di Malaysia "Colorectal cancer (CRC) is the most

common of cancer types among men and the second most common among women in Malaysia

at the prevalence of 13.2 per cent, as reported in the Malaysian National Cancer Rigister Report

(2007-2011)".

Kedua, maklumat tentang risiko penyakit kanser yang digambarkan melalui punca yang

dilaporkan dalam akhbar. Punca yang dinyatakan dapat dibahagikan mengikut jenis kanser dan

punca yang dinyatakan secara umum. Contoh artikel yang memberikan laporan berkenaan

dengan punca yang lebih spesifik kepada jenis kanser tertentu misalnya dalam laporan The

New Straits Times bertarikh 3 Julai 2018 memberi tumpuan kepada kanser paru-paru "Smoking

is by far the leading risk factor for lung cancer and the main cause for 80 per cent of lung cancer

death" dan artikel pada 27 Jun 2018 yang menyatakan punca kepada kanser kolorektal "He said

some of the main causes in the rise of the disease was due to the unhealthy Malaysian lifestyle".

Meskipun dalam petikan tersebut tidak menyatakan berkenaan dengan kanser kolorektal

namun artikel tersebut melaporkan tentang kanser kolorektal. Hal ini dikuatkan lagi melalui

tajuk artikel berkenaan iaitu Colorectal cancer: most common cancer in men.

Terakhir ialah punca yang dinyatakan secara umum untuk menggambarkan maklumat

risiko dalam artikel HFMD. Contohnya, dalam artikel bertarikh 13 Ogos 2018 yang

menyatakan bahawa tekanan merupakan salah satu punca kanser "Oxidative demage or stress

is generally considered as the underlying cause of chronic disease such as ageing, cancer,

diabetes, cell loss and neuro degenerative disease (NDs)". Maklumat risiko dalam artikel
penyakit kanser sangat terhad dan hanya dapat diperoleh melalui laporan berkaitan statistik dan

punca kanser sahaja.

Sebagai kesimpulan berkaitan dengan maklumat risiko, artikel berita atas talian The New

Straits Times lebih banyak memberi tumpuan mengenai risiko atau kemungkinan orang ramai

mendapat penyakit HMFD berbanding dengan penyakit kanser. Selain itu, maklumat risiko

dalam artikel penyakit HFMD berbeza dengan maklumat risiko dalam artikel kanser kerana

HFMD memberi maklumat risiko secara umum memandangkan HFMD tidak terbahagi kepada

beberapa kategori sebaliknya artikel penyakit kanser hanya memberi maklumat berkaitan risiko

secara umum dan spesifik mengikut jenis kanser yang ditekankan. Maklumat mengenai risiko

mendapat penyakit HFMD boleh diperoleh melalui beberapa fokus seperti jumlah kes, wabak

penyakit, positif HFMD dan punca penularan HFMD manakala maklumat risiko penyakit

kanser pula boleh diperoleh melalui statistik dan punca kanser sahaja. Berdasarkan maklumat

mengenai risiko mendapat penyakit HFMD dan kanser dalam artikel akhbar The New Straits

Times, ianya dapat menakutkan pihak pembaca seterusnya mendorong mereka untuk

mengambil langkah bagi mengurangkan risiko atau kemungkinan untuk mendapat penyakit

HFMD dan kanser.

4.1.2 Maklumat tentang keterukan dalam artikel akhbar berkaitan dengan penyakit

HFMD dan kanser

Menurut Huang et al. (2016) risiko merujuk kepada yang merujuk kepada merujuk

kepada penilaian kesan kesihatan sesebuah penyakit. Dalam artikel kedua-dua penyakit iaitu

HFMD dan kanser terdapat maklumat tentang keterukan. Pengkaji menemui 28 maklumat

keterukan dalam artikel HFMD dan hanya 3 maklumat keterukan dalam artikel kanser.

Penemuannya ini dapat dilihat pada jadual 6.


Jadual 6: Jumlah maklumat tentang keterukan dalam artikel akhbar HFMD dan

kanser

Penyakit Jumlah maklumat tentang Min jumlah maklumat

keterukan setiap artikel

HFMD (n=51) 28 0.5

Kanser (n=18) 3 0.2

Jumlah (N=69) 31

Jadual 6 menunjukkan jumlah maklumat tentang keterukan penyakit yang terdapat dalam

artikel akhbar penyakit HFMD lebih banyak iaitu 28 berbanding dengan jumlah maklumat

tentang keterukan dalam artikel akhbar penyakit kanser iaitu 3. Min juga digunakan untuk

membuat perbandingan jumlah maklumat keterukan yang terdapat dalam setiap artikel. Min

jumlah maklumat tentang risiko untuk artikel HFMD ialah 0.5 sementara min jumlah maklumat

tentang risiko untuk kanser pula adalah 0.2. Hal ini menunjukkan bahawa setengah daripada

artikel HFMD mengandungi maklumat tentang keterukan manakala dalam artikel kanser

kebanyakan artikel tidak mengandungi maklumat berkenaan. Daripada hasil tersebut, didapati

HFMD lebih banyak melaporkan berkenaan dengan tahap keterukan penyakit berbanding

dengan kanser. Hal ini demikian kerana HFMD digambarakan sebagai penyakit yang lebih

teruk berbanding dengan kanser. Dalam akhbar The New Strait Times maklumat keterukan

terdapat dalam artikel yang diterbitkan pada 24 Julai 2018 yang mengemukakan tentang gejala

HFMD "early symptoms include fever, rashes or blister on the palms and feet, and ulser in the

mouth and tongue and sore throat ".


Maklumat berkaitan dengan keterukan dalam artikel HFMD dan kanser jauh berbeza.

Oleh sebab itu maklumat keterukan juga digambarkan mengikut dua peta konsep yang

berlainan.

Kematian

Maklumat
berkaitan
keterukan
Masih
Gejala
dirawat

Rajah 4: Peta konsep maklumat berkaitan keterukan HFMD dalam artikel akhbar New

Straits Times

Keterukan penyakit HMFD boleh dilihat berdasarkan Rajah 4, didapati maklumat yang

berkaitan dengan keterukan ialah melalui laporan berkenaan dengan kematian, gejala dan

masih mendapatkan rawatan. Pertama, maklumat berkaitan keterukan melalui laporan

kematian terdapat dalam artikel The New Straits Times bertarikh 16 Ogos 2018 yang

menyatakan "One death was reported on July 28 in Sarawak, involving a 27-month-old child

from Mukah". Selain itu, laporan berkaitan kematian yang menggambarkan keterukan HFMD

juga terdapat dalam artikel yang diterbitkan pada 30 Julai 2018 mengemukakan "The medical

specialist has confirmed that the death was due to a lung infection caused by EV71 (Enterovirus

71)".
Kedua, dalam artikel akhbar berkenaan juga menggambarkan maklumat keterukan

melalui gejala atau tanda-tanda HFMD yang dimiliki oleh seseorang seperti dalam artikelnya

bertarikh 11 Julai 2018 menyatakan "The symptoms of infection include fever, rash

(maculopapular and vesicles) in the palms, feet and user in the mouth and tongue, as well as

symptoms and signs of upper respiratory tract infection (URTI)" dan tanda-tanda lain misalnya

terdapat dalam artikel yang diterbitkan pada 28 Julai 2018 yang menyatakan "Then he

contracted and he became weak and lethargic and lost his appetite as well. At night, especially,

he would cry and could not sleep ".

Maklumat keterukan yang ketiga pula terdapat dalam laporan berkaitan mangsa yang

masih mendapatkan rawatan atau dalam dalam pemerhatian. Sebagai contoh The New Starits

Times bertarikh 11 Julai 2018 menyatakan empat orang kanak-kanak masih dalam pemerhatian

"Four children are still under observation in the Penang Hospital and Seberang Jaya Hospital."

Sehubungan dengan itu, maklumat keterukan yang digambarkan melalui mangsa yang masih

mendapat rawatan pula terdapat dalam artikel pada 30 Julai 2018 "He said 13 children infected

with HFMD were still being treated at hospitals including private hospitals and all of them,

aged between 1 and 10 yeaars, were reported to be in stable condition ."


Kanser paru-paru
terselamat

Maklumat Sesak nafas, penurunan


berkaitan berat badan keletihan
keterukan (Kanser paru-paru)

Gejala
Perubahan pada usus, najis
berdarah, sakit perut,
penurunan berat badan,
anemia dan halangan usus
(Kanser kolorektal)

Rajah 5: Peta konsep maklumat berkaitan keterukan penyakit kanser dalam artikel

akhbar New Straits Times

Rajah 5 menunjukkan maklumat yang diperoleh dalam artikel akhbar berkaitan dengan

keterukan penyakit kanser. Maklumat berkaitan dengan keterukan penyakit kanser boleh

diperoleh daripada laporan berkaitan dengan kematian dan gejala sahaja. Dalam artikel

penyakit kanser, kedua-dua maklumat tersebut dinyatakan secara spesifik mengikut jenis

kanser. Mengulas mengenai maklumat berkaitan keterukan kanser paru-paru, yang pertama

melalui laporan pesakit yang terselamat ditemui di The New Straits Times bertarikh 3 Julai

2018 menyatakan "Unfortunately, lung cancer is one of the most aggressive cancers. Out of

1000 patients, only 10 to 15 patients survive for five years upon diagnosis".

Kedua ialah maklumat keterukan yang digambarkan melalui gejala penyakit kanser.

Namun begitu, gejala tersebut berbeza mengikut jenis kanser misalnya artikel berkaitan kanser

paru-paru bertarikh 3 Julai 2018 mengemukakan gejala "In addition, patients may suffer from

other symptoms including shortness of breath, unexplained weight loss and fatigue" manakala
maklumat tentang keterukan dilaporkan dalam akhbar berkaitan dengan kanser kolorektal pula

dalam artikel bertarikh 27 Jun 2018 menyatakan "The most common symptoms of the disease

are altered bowel habits (41.7 per cent) followed by blood in stool (35.5 per cent), abdominal

pain (31.5 per cent), weight loss (31.0 per cent), anaemia (9.8 per cent) and intestinal

obstruction (9.3 per cent)". Petikan berkenaan tidak menyebut tentang kanser kolorektal namun

ianya dapat dikaitkan melalui tajuk artikel colorectal cancer: most common cancer in men.

Meskipun kanser paru-paru terdapat dalam kedua-dua maklumat berkaitan keterukan yang

digambarkan dalam mangsa yang terselamat dan gejala namun, kanser kolorektal dilihat lebih

teruk kerana gejala bagi kanser kolorektal lebih parah berbanding kanser paru-paru.

Sebagai rumusan berkaitan dengan maklumat keterukan penyakit, jumlah maklumat

berkaitan keterukan bagi kedua-dua penyakit hampir sama. Meskipun The New Straits Times

jumlah makumat keterukan dalam artikel HFMD lebih tinggi berbanding kanser namun

perbezaan tersebut tidak begitu banyak. Selain itu, maklumat keterukan dalam artikel penyakit

HFMD berbeza dengan maklumat keterukan dalam artikel kanser kerana HFMD memberi

maklumat keterukan secara umum memandangkan HFMD artikel penyakit kanser memberi

maklumat berkaitan tetapi secara spesifik mengikut jenis kanser yang ditekankan. Berdasarkan

maklumat keterukan tersebut ia menunjukkan tahap keseriusan dan sejauh mana bahaya yang

disebabkan oleh kedua-dua penyakit. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan keterukan

kadua-dua penyakit, HFMD menggambarkan keterukan melalui kematian, gejala dan mangsa

yang masih mendapatkan rawatan manakala kanser boleh diperoleh melalui laporan mangsa

yang terselamat dan juga gejala.


4.1.3 Maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar berkaitan dengan penyakit

HFMD dan kanser

Menurut Huang et al. (2016) tindakan menunjukkan rangsangan terhadap langkah-

langkah pencegahan, boleh menjadi luaran (komunikasi massa dan nasihat daripada pekerja

penjagaan kesihatan dan lain-lain) dan dalaman (seperti ketidakselesaan fizikal dan

kemunculan gejala penyakit). Dalam artikel kedua-dua penyakit iaitu HFMD dan kanser

terdapat maklumat tentang risiko. Pengkaji menemui 196 maklumat tindakan dalam artikel

HFMD dan hanya 20 maklumat tindakan dalam artikel kanser. Penemuan ini dapat dilihat pada

jadual 7.

Jadual 7: Jumlah maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar HFMD dan kanser

Penyakit Jumah maklumat tentang Min jumlah maklumat setiap


tindakan artikel
HFMD (n=51) 196 3.8
Kanser (n=18) 20 1.1

Jumlah (N=69) 216

Jadual 7 menunjukkan jumlah maklumat tentang tindakan yang terdapat dalam artikel

akhbar penyakit HFMD lebih banyak iaitu 196 berbanding dengan jumlah maklumat tentang

tindakan dalam artikel akhbar penyakit kanser hanya 20 memandangkan jumlah artikel HFMD

jauh lebih banyak berbanding dengan jumlah artikel kanser. Min digunakan untuk membuat

perbandingan jumlah maklumat tindakan yang terdapat dalam setiap artikel. Min jumlah

maklumat tentang tindakan untuk artikel HFMD ialah 3.8 sementara min jumlah maklumat

tentang tindakan untuk kanser pula adalah 1.1. Daripada hasil dapatan tersebut, didapati

maklumat berkaitan tindakan yang terdapat dalam artikel HFMD ialah tiga hingga empat kali

setiap artikel manakala artikel kanser pula ialah sekali untuk setiap artikel. Hal ini demikin
kerana penyakit HMFD ialah penyakit yang berjangkit dan mudah merebak sedangkan

penyakit kanser merupakan penyakit yang tidak berjangkit. Hal ini mendorong pelbagai pihak

agar mengambil langkah pencegahan segera untuk mengelakkan penyakit HFMD daripada

terus berjangkit. Hal inilah yang mendorong lebih banyak cadangan untuk merawat HFMD

berbanding kanser. Namun begitu, pihak kerajaan hanya dapat menyediakan perkhidmatan

kesihatan serta memberi nasihat kepada orang ramai tetapi ibu bapa dan pihak sekolah perlu

mengambil tindakan yang sewajarnya.

Memandangkan maklumat tentang tindakan untuk penyakit HFMD dan kanser lebih

banyak berbanding maklumat yang sebelumnya, pengkaji menggunakan jadual menggantikan

peta konsep untuk menggambarakan maklumat tindakan.

Jadual 8: Maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar HFMD

No. Pihak yang terlibat Tindakan


1 Ibu bapa  Mendapatkan rawatan segera
 Tidak membawa ke tempat awam
 Mengamalkan kebersihan
2 Pusat jagaan, sekolah, taska dan tadika  Penutupan
 Menjaga kebersihan
3 Agensi lain  Menyediakan sanitiser
 Memastikan premis bersih
4 Orang awam  Mengutamakan kebersihan
5 Jabatan kesihatan  Nasihat untuk membersihkan
premis perniagaan
 Mengadakan mesyuarat

Jadual 8 menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan tindakan yang diambil dan

dicadangkan dapat diketegorikan mengikut pihak-pihak yang terlibat iaitu ibu bapa, pusat

jagaan, sekolah, taska, tadika, agensi lain, orang awam dan jabatan kesihatan. Pertama,
maklumat tindakan terdapat dalam cadangan yang diberikan kepada ibu bapa. Antara contoh

maklumat berkaitan tindakan melalui cadangan kepada ibu bapa dalam artikel The New Straits

Times ialah pada artikel bertarikh bertarikh 27 Ogos 2018 merangkumi tiga cadangan "He also

urged parents to send their sick children for immediate medical treatment and should not send

them to school or take them to public places aspecially the playgrounds " dan artikel yang

diterbitkan pada 17 September 2018 pula menekankan tentang cadangan kepada ibu bapa

untuk menggalakkan amalan kebersihan "Parents are encouraged to constantly encourage their

children toparctice good hygiene habits by modelling this behaviour themselves at home".

Maklumat tindakan yang kedua dalam artikel HFMD melibatkan pihak pusat jagaan,

sekolah, taska dan tadika. Cadangan yang diberikan kepada pihak berkenaan ialah melalui

penutupan pusat jagaan, sekolah, taska dan tadika serta menjaga kebersihan. Maklumat

terhadap tindakan penutupan diperoleh dalam artikel yang diterbitkan pada 27 Ogos 2018

berkaitan penutupan pusat jagaan, sekolah, taska dan tadika "In total, 51 premises involving 24

nurseries, kindergartens, pre-school (23), three daycare centers and private school were closed

following HFMD". Selain itu, maklumat tindakan yang melibatkan pihak pusat jagaan,

sekolah, taska dan tadika dapat dilihat melalui cadangan penjagaan kebersihan dalam artikel

yang bertarikh 17 September 2018 "Daycare centers, nurseries and kindergartens should take

the proactive measure to keep their premises clean".

Ketiga ialah maklumat tindakan yang melibatkan agensi lain. Dalam artikel The New

Straits Times bertarikh 7 September 2018 mengemukakan cadangan tentang penyediaan

sanitiser "sanitiser at the entrance and ensure the children clean their hands before entring and

when leaving the playground area". Contoh seterusnya ialah berkenaan dengan memastikan

kebersihan premis misalnya artikel yang diterbitkan pada 23 Julai 2018. "We hope that the

operators will clean up their premises and equipment to prevent the spread of the disease".
Keempat, maklumat tindakan terhadap penyakit HFMD dikenal pasti dengan penglibatan

orang awam. Orang awam banyak diberi nasihat oleh jabatan kesihatan agar sentiasa menjaga

kebersihan. Hal ini demikian kerana, HFMD mudah merebak melalui persekitaran yang kotor.

Antara tindakan yang dicadangkan untuk orang awam ialah seperti artikel yang diterbitkan

pada 22 Julai 2018 "Meanwhile, Melaka Health director Datuk Dr Ghazali Othman advised the

public to practice good hygiene". Selain itu, dalam artikel lain bertarikh 7 Ogos menyatakan

"Dr Lee also advised members of the public, children and adut alike, to observe personal

hygiene".

Kelima ialah maklumat tindakan yang memberi tumpuan kepada pihak jabatan

kesihatan. Maklumat diperoleh melalui nasihat yang diberikan oleh jabatan kesihatan untuk

membersihkan premis perniagaan. Sebagai contoh, dalam akhbar The New Straits Times

bertarikh 24 Julai 2018 menunjukkan tindakan jabatan kesihatan memberi nasihat "Health

Department has issued noticed to supermarket and shopping complexes here to carry out

sanitisation exercises at their premises". Maklumat tindakan tersebut turut disokong melalui

mesyuarat yang diadakan oleh jabatan kesihatan Negeri Sembilan yang melibatakan pihak

kerajaan, pusat asuhan, guru dan pengendali pusat asuhan dalam artikel yang diterbitkan pada

27 Ogos 2018 "We have held 11 town hald meeting session with government, private nurseries,

and nursery operators and teachers in the state which involved 847 premises".

Daripada artikel penyakit HFMD, dapat disimpulakan bahawa maklumat tindakan dapat

diperoleh daripada cadangan yang diberikan kepada pihak ibu bapa, pusat jagaan, sekolah,

taska dan tadika, agensi lain dan orang awam serta tindakan yang diambil oleh jabatan

kesihatan. Jika diteliti kesemua pihak selain jabatan kesihatan dinasihatkan agar sentiasa

menjaga kebersihan. Hal ini kerana persekitaran yang kotor menjadi punca penularan HFMD.
Jadual 9: Maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar kanser

Maklumat tindakan
Perubahan gaya  Berbasikal merupakan terapi untuk kanser
hidup  Makan microalgae untuk kanser
 Makan daun moringa untuk membunuh sel kanser
Bidang perubatan Diagnosis Pengesahan Rawatan Rawatan
peringkat susulan
 Pemeriksaan  Pembedahan
CT  Radioterapi
 Kemoterapi

Maklumat tentang tindakan dalam artikel The New Straits Times tentang penyakit kanser

dapat dikategorikan kepada dua seperti yang ditunjukkan dalam jadual 9 iaitu melalui

perubahan gaya hidup dan daripada bidang perubatan. Maklumat tindakan bagi perubahan gaya

hidup terdapat dalam artikel yang diterbitkan pada 9 September 2018 yang menyatakan bahawa

berbasikal merupakan salah satu terapi untuk kanser "always encouraged her to continue

cycling, and it has now become a sort of ‘theraphy’ for her cancer". Dalam artikel bertarikh 14

Ogos 2018 pula menyatakan dua tindakan melalui perubahan gaya hidup iaitu dengan

memakan microalgae dan daun moringa "Other form of microalgae are used to for weight loss,

cancer, fibromyalgia, arthritis, stress, fatigue, depression, heart disease, high cholesterol,

diabetes and impriive memory and digestion" dan "She add that research have been done on

moringa’s effectiveness in killing in killing cancer cells".

Maklumat tentang tindakan dalam artikel The New Straits Times tentang penyakit kanser

yang seterusnya pula lebih tertumpu dalam bidang perubatan. Tindakan tersebut dipecahkan

kepada empat peringkat yang sepatutnya dijalankan oleh setiap pesakit kanser iaitu diagnosis,

pengesahan peringkat kanser, rawatan dan kemudian rawatan susulan. Namun begitu, tidak
semua peringkat ini diterangkan dengan jelas dalam artikel The New Straits Times. Ada

daripadanya hanya dinyatakan sahaja. Kenyataan mengenai empat peringkat ini dapat dilihat

dalam artikel yang bertarikh 27 Jun 2018 "In addition, it is hoped that CPG will help to reduce

that variation in clinical practice in management of patients namely diagnosis, staging,

treatment and follow up". Maklumat tindakan yang digambarkan melalui diagnosis terdapat

dalam artikel yang diterbitkan pada 3 Julai yang menyatakan diagnosis kanser paru-paru pada

peringkat awal sangat susah "Subang Jaya Medical Centre clinic oncologist Dr Martin Mellor

says early diagnosis for lung cancer is difficult as there are no symptoms to indicate the

presence of the disease ". Bagi maklumat pengesahan peringkat kanser pula, tidak terdapat

maklmat khusus, hanya terdapat dalam petikan di atas yang telah dinyatakan oleh pengkaji.

Seterusnya, maklumat tindakan untuk panyakit kanser beralih kepada peringkat rawatan.

Antara rawatan ynag dinyatakan ialah seperti pembedahan, radioterapi dan kemoterapi yang

terdapat dalam artikel yang sama bertarikh 3 Julai 2018 "Surgery and radiotherapy are usually

recommended, leaving patients with only chemotherapy" manakala maklumat berkaitan

dengan peringkat rawatan susulan juga tidak dinyatakan secara mendalam.

Daripada artikel penyakit kanser, dapat disimpulakan bahawa maklumat tindakan dapat

diperoleh daripada perubahan gaya hidup yang lebih menjurus kepada tindakan individu dan

bidang perubatan yang lebih menumpukan kepada peringkat-peringkat yang perlu dilalui oleh

setiappesakit kanser.

Sebagai rumusan berkaitan dengan maklumat tindakan yang diambil kepada penyakit,

jumlah maklumat berkaitan tindakan bagi kedua-dua penyakit jauh berbeza. Kedua-dua

penyakit dalam artikel The New Straits Times memperlihatkan bentuk yang berbeza untuk

menggambarkan tindakan. Jumlah maklumat tindakan dalam artikel HFMD lebih tinggi

berbanding kanser. Hal ini memang wajar kerana HFMD merupakan penyakit yang mudah
merabak. Hal tersebutlah yang mendorong cadangan kepada tindakan bagi mengelakkan

HFMD daripada terus menular manakala penyakit kanser pula lebih fokus memberikan

maklumat tindakan mengikut peringkat dan tindakan tersebut dilihat lebih perlahan.

4.2 Perbandingan maklumat risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar

berkaitan penyakit HFMD dan kanser

Jadual 10: Perbandingan maklumat risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel

akhbar berkaitan penyakit HFMD dan kanser

Penyakit
Maklumat HFMD Kanser
Risiko  Jumlah kes  Statistik
 Wabak penyakit  Punca kanser
 Positif HFMD
 Punca penularan
Keterukan  Kematian  Terselamat
 Gejala  Gejala
 Masih dirawat
Tindakan  Ibu bapa  Perubahan gaya
 Pusat jagaan, sekolah, taska hidup
dan tadika  Bidang perubatan
 Agensi lain
 Orang awam
 Jabatan kesihatan

Berdasarkan jadual 10, dapat dilihat dengan jelas perbandingan antara maklumat risiko,

keterukan dan tindakan dalam artikel The New Straits Times untuk penyakit HFMD dan
kanser. Dapatan menunjukkan terdapat persamaan dan perbezaan bagi setiap maklumat.

Persamaan dapat dikenal pasti dalam maklumat risiko dan keterukan manakala maklumat

tindakan menunjukkan perbezaan yang sangat ketara.

Maklumat risiko digambarkan dalam bentuk yang sama melalui punca penyakit bagi

HFMD dan kanser manakala maklumat lain digambarkan dalam bentuk yang berbeza. HFMD

menekankan jumlah kes, wabak dan positif HFMD sedangkan kanser hanya memberikan

statistik.

Maklumat keterukan juga terdapat persamaan antara kedua-dua penyakit yang

digambarkan melalui gejala. Namun, mengikut pengamatan pengkaji, gejala HFMD dapat

dikesan pada peringkat awal. Berbeza dengan kanser kerana hanya dapat dikesan melalui

diagnosis. HFMD turut menggambarkan keterukan melalui laporan kematian dan mangsa yang

masih mendapatkan rawatan mankala kanser pula menggambarkan keterukan dengan

menggunakan perkataan yang berbaur positif iaitu terselamat.

Maklumat yang terakhir ialah berkaitan dengan maklumat tindakan. Maklumat tindakan

bagi kedua-dua penyakit sangat berbeza. Hal ini demikian kerana HFMD menjurus kepada

langkah pencegahan manakala kanser lebih fokus kepada rawatan.


Jadual 11: Perbezaan jumlah maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar HFMD

dan kanser

Penyakit Min jumlah maklumat Min jumlah maklumat Min jumlah


berkaitan risiko berkaitan keterukan maklumat berkaitan
tindakan
HFMD 1-2 kali setiap artikel 1 kali dalam 2 artikel 3-4 kali setiap artikel

Kanser 1 kali dalam 3 artikel kebanyakan artikel 1 kali setiap artikel


tidak mengandungi
maklumat keterukan

Jadual 11 menunjukkan perbezaan jumlah maklumat tentang tindakan dalam artikel

akhbar HFMD dan kanser. Daripada jumlah min yang telah dinyatakan sebelumnya, pengkaji

menyimpulkan bahawa maklumat risiko mendapat penyakit ialah satu hingga dua untuk untuk

setiap artikel HFMD manakala maklumat risiko penyakit kanser diaggarkan sebanyak sekali

untuk setiap tiga artikel. Ini memnunjukkan perbezaan yang ketera mengenai jumlah maklumat

risiko dalam kedua-dua artikel dalam akhbar The New Straits Times.

Jumlah maklumat keterukan pula, menunjukkan bahawa setengah daripada artikel

HFMD mengandungi maklumat tentang keterukan manakala dalam artikel kanser kebanyakan

artikel tidak mengandungi maklumat berkenaan. Daripada hasil tersebut, didapati HFMD lebih

banyak melaporkan berkenaan dengan tahap keterukan penyakit berbanding dengan kanser.

Hal ini demikian kerana HFMD digambarakan sebagai penyakit yang lebih teruk berbanding

dengan kanser.

Jumlah maklumat tindakan pula, didapati maklumat berkaitan tindakan yang terdapat

dalam artikel HFMD ialah tiga hingga empat kali setiap artikel manakala artikel kanser pula
ialah sekali untuk setiap artikel. Hal ini demikin kerana penyakit HMFD ialah penyakit yang

berjangkit dan mudah merebak sedangkan penyakit kanser merupakan penyakit yang tidak

berjangkit. Hal ini mendorong pelagai pihak agar mengambil langkah pencegahan segera untuk

mengelakkan penyakit HFMD daripada terus berjangkit dan mendorong lebih banyak

cadangan untuk merawat HFMD berbanding kanser.

4.3 Perbincangan

Hasilnya diperolehi daripada tiga persepsi ancaman iaitu risiko, keterukan dan untuk

tindakan sangat berguna. Isi kandungan akhbar boleh digunakan untuk memberi maklumat

kepada orang ramai tentang risiko penyakit. Akhbar atas talian boleh digunakan sebagai

medium untuk memberi amaran kepada orang awam mengenai wabak penyakit sama ada

penyakit berjangkit mahupun penyakit yang tidak berjangkit. Oleh itu, ini akan membantu

mengisi jurang ilmu tentang kekurangan penggunaan maklumat-maklumat tersebut dalam

akhbar dan sejauh mana isi kandungan akhbar mampu mempengaruhi orang ramai untuk

mengambil tindakan pencegahan.

Dalam kajian untuk mengenal pasti mesej mengenai risiko, keterukan dan tindakan

yang terdapat dalam kain rentang di lapangan terbang seperti kajian yang dilakukan oleh Ting

dan Jerome (2017) menunjukkan analisis risiko, beberapa kain rentang iaitu dua HFMD dan

MERSCoV didapati mensasarkan orang ramai kerana tidak memberi spesifik kepada kumpulan

tertentu yang berisiko tinggi mendapat penyakit berkenaan. Bagi keterukan, gejala-gejala

seperti selesema tidak dilihat sebagai satu gejala yang teruk. Oleh hal yang demikian, selesema

dikecualikan sebagai gejala yang teruk dalam mesej keterukan.mesej keterukan dapat dilihat

pada kain rentang 6 yang menyebut pendarahan untuk EVD dan kain rentang 8 yang menyebut

kesukaran bernafas untuk MERS-CoV. Bagi tindakan yang dicadangkan, isyarat untuk
ancaman yang lebih besar ialah perkataan "segera" (misalnya, Pergi ke Unit Kuarantin

Kesihatan dengan segera) yang terdapat dalam kain rentang 2, 3, 6, 8 dan 9 untuk penyakit

zika, malaria, EVD dan dua kain rentang MERS-CoV. Kajian ini menunjukkan bahawa kain

rentang sangat bermaklumat tetapi mungkin tidak berjaya dalam meggalakkan orang ramai

untuk mengambil langkah pencegahan penyakit. Kain rentang mengandungi fakta mengenai

risiko atau kumpulan risiko, keterukan atau gejala penyakit, dan tindakan yang disyorkan.

Dalam ruang yang terhad yang terdapat pada kain rentang, pembaca didedahkan dengan banyak

fakta pencegahan penyakit, atau sekurang-kurangnya meminimumkan penyakit tertentu bagi

mereka yang sudah dijangkiti. Oleh itu, pembaca melihat kain rentang berkaitan risiko penyakit

di lapangan terbang sebagai sesuatu tidak berkaitan dengan mereka. Hal ini menyebabkan

pembaca tidak memberikan perhatian. Selain itu, kain rentang di lapangan terbang mengelak

daripada menyebut gejala peringkat terakhir penyakit. Kain rentang menonjolkan tanda amaran

penyakit berjangkit yang merupakan gejala seperti selesema, kecuali EBV yang menyebabkan

pendarahan. Oleh itu, penyakit itu dilihat tidak teruk dan tidak menimbulkan amaran atau

sebagai ancaman kepada pembaca. Kementerian Kesihatan merasakan mereka tidak perlu

mewujudkan rasa panik terhadap penyakit dengan menyatakan risiko dan keterukan penyakit.

Tetapi dalam artikel akhbar mengenai HFMD dan kanser, ia adalah satu senario yang berbeza

kerana lebih banayk peluang untuk menyatakan mengenai risiko dan keterukan kerana medium

penyampaian yang lebih besar. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa maklumat tindakan

lebih banyak dinyatakan.

Untuk Health Belief Model, disahkan bahawa kerangka kerja ini digunakan untuk

membuat ancaman. Dalam kes ini, ternyata tahap keterukan lebih baik digunakan dalam

mewujudkan ketakutan. Ini adalah kerana, HFMD sangat serius dan orang juga agak mudah

dijangkiti kerana virus HFMD mudah tersebar manakala kanser pula adalah penyakit yang

sukar diubati. Kesimpulannya, persepsi ancaman untuk menonjol bergantung kepada sifat
penyakit itu sendiri. Contohnya, kanser penyakit yang tidak berjangkit tidak meningkatkan rasa

takut atau menimbulkan ancaman kepada orang ramai kerana orang ramai percaya bahawa

selain faktor genetik atau pemakanan, mereka tidak akan mendapat penyakit kanser. Sebagai

kesimpulan, Health Belief Model sangat berguna untuk meninjau isi kandungan artikel risiko

penyakit.
BAB 5

KESIMPULAN

Dalam bab ini, pengkaji akan merumuskan tujuan kajian, rumusan dapatan, implikasi daripada

dapatan kajian, cadangan untuk penambah baikan untuk kajian akan datang dan aplikasi kepada

kajian ini

5.1 Rumusan Dapatan

Kajian ini bertujuan untuk menjalankan analisis kandungan artikel akhbar atas talian

mengenai penyakit HFMD dan kanser. Terdapat empat objektif untuk membantu mencapai

matlamat kajian ini. Pertama ialah untuk mengenal pasti perkataan yang digunakan untuk

melaporkan risiko dalam artikel akhbar berkaitan dengan penyakit HFMD dan kanser. Yang

kedua adalah untuk mengenal pasti perkataan yang digunakan untuk melaporkan berkenaan

dengan keterukan HFMD dan penyakit kanser. Ketiga, untuk mengenal pasti perkataan yang

digunakan yang merujuk kepada tindakan yang diambil terhadap HFMD dan penyakit kanser

dan yang terakhir untuk membandingkan risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar

berkaitan penyakit HFMD dan kanser dalam akhbar The New Starits Times.

Menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif, kajian ini mengaplikasikan kaedah

analisis teks untuk mengenal pasti jenis maklumat berdasarkan perkataan yang digunakan

mengikut konsep berkaitan dengan risiko, keterukan dan tindakan berkenaan penyakit. Analisis

teks digunakan untuk menggambarkan dan mentafsirkan ciri-ciri maklumat yang disampaikan.

Analisis teks merujuk kepada kaedah penyelidik menggunakan kaedah untuk menggambarkan

dan mentafsirkan ciri-ciri mesej yang dirakam atau visual. Menurut Gary, Lawrence, dan Carl

(1999), analisis teks untuk digunakan menggambarkan kandungan, struktur, dan fungsi mesej

yang terkandung dalam teks. Oleh itu, penyelidik akan menggunakan analisis teks untuk
mengenal pasti maklumat risiko (Sus), keterukan (Sev) dan tindakan (Act) yang terdapat dalam

artikel berita yang dikumpulkan dari akhbar atas talian iaitu The New Straits Times mengenai

penyakit HFMD dan kanser. Sebab utama memilih kedua-dua penyakit ini adalah untuk

melihat jika terdapat kecenderungan yang tinggi daripada salah satu penyakit dalam

menyatakan maklumat risiko, keterukan dan tindakan memandangkan kedua-dua penyakit ini

merupakan penyakit yang berbeza. Untuk kedua-dua penyakit, kata kunci Hand, Foot and

Mouth Disease (HFMD) dan cancer telah ditaip dalam kotak carian untuk akhbar atas talian

The New Straits Times untuk mengumpul berita artikel dalam tempoh yang ditetapkan dari 1

Jun 2018 sehingga 30 September 2018. Semua akhbar yang dipilih kemudian dimuat turun dan

dicetak. Pengkaji mengasingkan akhbar yang melebihi tarikh yang telah ditentukan untuk

mengelakkan kesalahan dalam menganalisis data. Untuk mencapai objektif yang pertama,

kedua dan ketiga iaitu untuk mengenal pasti perkataan yang digunakan untuk melaporkan

risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar berkaitan dengan penyakit HFMD dan

kanser, kedua-duanya artikel penyakit dianalisis dengan menggunakan Health Belief Model

oleh Hochbaum (1958). Perkataan atau ayat yang menunjukkan maklumat risiko, keterukan

dan tindakan ditandai dengan menggunakan tiga warna berbeza iaitu merah jambu untuk risiko

(Sus), biru untuk keterukan (Sev) dan hitam untuk apa-apa isyarat untuk tindakan (Act),

jumlah kes dan peratusan telah dikira dan direkodkan. Beralih ke objektif kajian yang keempat

iaitu untuk membandingkan risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar berkaitan

penyakit HFMD dan kanser, pengkaji membuat perbandingan dari segi penggunaan perkataan

dan jumlah penggunaan setiap maklumat. Maklumat tentang risiko mendapat penyakit yang

terdapat dalam artikel akhbar penyakit HFMD lebih banyak iaitu 82 maklumat berbanding

dengan jumlah maklumat tentang risiko dalam artikel akhbar penyakit kanser hanya 6

memandangkan jumlah artikel HFMD jauh lebih banyak berbanding dengan jumlah artikel

kanser. Min jumlah maklumat tentang risiko untuk artikel HFMD ialah 1.6 sementara min
jumlah maklumat tentang risiko untuk kanser pula adalah 0.3. Daripada dapatan tersebut,

didapati artikel HFMD lebih memberi tumpuan risiko dan kemungkinan orang ramai mendapat

penyakit berbanding dengan kanser. Beralih kepada maklumat tentang keterukan pula,

maklumat keterukan penyakit yang terdapat dalam artikel akhbar penyakit HFMD lebih banyak

iaitu 28 maklumat berbanding dengan jumlah maklumat tentang keterukan dalam artikel akhbar

penyakit kanser iaitu 3. Min jumlah maklumat tentang risiko untuk artikel HFMD ialah 0.5

sementara min jumlah maklumat tentang risiko untuk kanser pula adalah 0.2. Daripada hasil

tersebut, didapati HFMD lebih banyak melaporkan berkenaan dengan tahap keterukan penyakit

berbanding dengan kanser. Hal ini demikian kerana HFMD digambarakan sebagai penyakit

yang lebih teruk berbanding dengan kanser. Maklumat terakhir ialah maklumat tindakan,

maklumat tentang tindakan yang terdapat dalam artikel akhbar penyakit HFMD juga lebih

banyak iaitu 196 berbanding dengan jumlah maklumat tentang tindakan dalam artikel akhbar

penyakit kanser hanya 20 memandangkan jumlah artikel HFMD jauh lebih banyak berbanding

dengan jumlah artikel kanser. Min jumlah maklumat tentang tindakan untuk artikel HFMD

ialah 3.8 sementara min jumlah maklumat tentang tindakan untuk kanser pula adalah 1.1. Hal

ini demikin kerana penyakit HMFD ialah penyakit yang berjangkit dan mudah merebak

sedangkan penyakit kanser merupakan penyakit yang tidak berjangkit. Ini menunjukkan

bahawa, unsur-unsur maklumat risiko dan keterukan yang membawa kepada ancaman yang

dirasakan oleh pembaca, seterusnya mempengaruhi isyarat untuk bertindak terdapat dalam The

New Straits Times untuk dianalisis. Beralih kepada objektif keempat iaitu perbandingan risiko,

keterukan dan tindakan dalam artikel akhbar berkaitan penyakit HFMD dan kanser, dapat

dilihat dengan jelas perbandingan atara maklumat risiko, keterukan dan tindakan dalam artikel

The New Straits Times untuk penyakit HFMD dan kanser. Dapatan menunjukkan terdapat

persamaan dan perbezaan bagi setiap maklumat. Persamaan dapat dikenal pasti dalam

maklumat risiko dan keterukan manakala maklumat tindakan menunjukkan perbezaan yang
sangat ketara. Maklumat risiko digambarkan dalam bentuk yang sama melalui punca penyakit

bagi HFMD dan kanser manakala maklumat lain digambarkan dalam bentuk yang berbeza.

HFMD menekankan jumlah kes, wabak dan positif HFMD sedangkan kanser hanya

memberikan statistik. Maklumat keterukan juga terdapat persamaan antara kedua-dua penyakit

yang digambarkan melalui gejala. Namun, mengikut pengamatan pengkaji, gejala HFMD

dapat dikesan pada peringkat awal. Berbeza dengan kanser kerana hanya dapat dikesan melalui

diagnosis. HFMD turut menggambarkan keterukan melalui laporan kematian dan mangsa yang

masih mendapatkan rawatan manakala kanser pula menggambarkan keterukan dengan

menggunakan perkataan yang berbaur positif iaitu terselamat. Maklumat yang terakhir ialah

berkaitan dengan maklumat tindakan. Maklumat tindakan bagi kedua-dua penyakit sangat

berbeza. Hal ini demikian kerana HFMD menjurus kepada langkah pencegahan manakala

kanser lebih fokus kepada rawatan. Jumlah maklumat keterukan pula, menunjukkan bahawa

setengah daripada artikel HFMD mengandungi maklumat tentang keterukan manakala dalam

artikel kanser kebanyakan artikel tidak mengandungi maklumat berkenaan. Daripada hasil

tersebut, didapati HFMD lebih banyak melaporkan berkenaan dengan tahap keterukan penyakit

berbanding dengan kanser. Hal ini demikian kerana HFMD digambarakan sebagai penyakit

yang lebih teruk berbanding dengan kanser. Jumlah maklumat tindakan pula, didapati

maklumat berkaitan tindakan yang terdapat dalam artikel HFMD ialah tiga hingga empat kali

setiap artikel manakala artikel kanser pula ialah sekali untuk setiap artikel. Hal ini demikin

kerana penyakit HMFD ialah penyakit yang berjangkit dan mudah merebak sedangkan

penyakit kanser merupakan penyakit yang tidak berjangkit. Hal ini mendorong pelbagai pihak

agar mengambil langkah pencegahan segera untuk mengelakkan penyakit HFMD daripada

terus berjangkit. Hal inilah yang mendorong lebih banyak cadangan untuk merawat HFMD

berbanding kanser. Sebagai kesimpulan, didapati HFMD dan kanser lebih banyak membuat

laporkan melalui maklumat tindakan. Dengan jumlah maklumat bagi kedua-dua penyakit,
maklumat tindakan merupakan maklumat yang paling banyak digunakan dalam artikel akhbar

The New Straits Times iaitu sebanyak 216, diikuti oleh maklumat risiko sebanyak 88 dan

kemudian maklumat keterukan iaitu sebanyak 31. Ini menunjukkan bahawa artikel akhbar The

New Straits Times kurang memberi ancaman kepada pembaca kerana ancaman dappat

dirasakan melalui maklumat risiko dan keterukan.

5.2 Impikasi kajian

Akhbar sangat penting sebagai medium yang digunakan untuk mendidik orang ramai

untuk menyampaikan sesuatu. Selain mudah didapatkan, ruang pada akhbar juga membolehkan

maklumat yang disampaikan dapat dimuatkan dan diberikan sepenuhnya kepada pemabaca.

Namun sejauh mana akhbar mampu melakukan hal tersebut. Dalam kajian Patterson et al.

(2016) melihat bagaimana akhbar UK dan berita dalam talian membuat laporan dengan baik

tentang kesan buruk alkohol berdasarkan bukti terhadap "pesta minum" wanita dan lelaki.

Keputusan kajian menunjukkan artikel berkaitan wanita dengan "pesta minum" lebih kerap

dilaporkan berbanding lelaki dan budaya minum wanita lebih banyak mendatangkan masalah.

Lelaki lebih sering dicirikan sebagai ganas atau tidak senonoh, sementara wanita dicirikan

sebagai tidak terkawal, meletakkan diri mereka dalam bahaya, merosakkan penampilan fizikal

dan membebankan lelaki. Kajian ini turut menyatakan bahawa untuk menyelaraskan laporan

dan memberi pendedahan tentang bahaya minum arak dengan lebih baik berdasarkan bukti

semasa, pegawai kesihatan awam boleh bekerjasama dengan pihak media untuk mengubah cara

media merangka "pesta minum" dengan lebih baik daripada spesifik mengikut kumpulan

(golongan muda, wanita) dan konteks (awam minum) kepada risiko kesihatan khususnya

tingkah laku minum yang memberi kesan kepada semua kumpulan tanpa mengira konteks.
Kajian berkaitan Health Belief Model dalam kajian Salari dan Filus (2016) mengkaji

tentang faktor-faktor yang mendorong kepada keinginan ibu bapa untuk mengambil bahagian

dalam program keibubapaan dan kesannya berdasarkan jantina. Hasil kajian menunjukkan

bahawa, bagi kedua-dua ibu dan bapa, tanggapan terhadap faedah program menyumbang

kepada keinginan yang lebih tinggi untuk menyertai program keibubapaan. Di samping itu,

keinginan untuk menyertai program dalam kalangan ibu ialah berdasarkan tanggapan terhadap

halangan manakala golongan ayah pula ialah berdasarkan keberkesanan diri. Daripada hasil

kajian juga, didapati tiada hubungan yang penting antara keinginan untuk menyertai program

dengan tanggapan terhadap risiko dan keterukan kanak-kanak. Analisis juga menunjukkan

bahawa bagi ibu bapa, masalah emosi dan tingkah anak memberi kesan tidak langsung ke atas

keinginan ibu bapa untuk menyertai program. Keseluruhannya, model yang dicadangkan

menjelaskan tentang 45% terdapat dalam niat orang tua untuk turut serta. Kajian ini memberi

pendekatan kepada ibu bapa untuk meningkatkan kadar penyertaan ibu dan bapa dalam

program keibubapaan pada masa akan datang.

5.3 Cadangan penambah baikan

Kajian pada masa akan datang seharusnya menekankan tindak balas pembaca mengenai

risiko penyakit HFMD dan kanser yang disampaikan di akhbar sama ada mereka takut atau

tidak berasa terganggu oleh penyakit HFMD dan kanser. Ini boleh dilakukan dengan

menambah sesi temu bual dengan pembaca selepas mereka membaca artikel berita. Dengan

berbuat demikian, ianya dapat menambahkan penjelasan pembaca terhadap tindakan dan reaksi

pembaca semasa sesi. Penyelidik juga boleh mengambil perhatian mengenai ekspresi wajah

pembaca apabila mereka membaca artikel kerana ini akan menegaskan lebih banyak tentang

rasa takut daripada pembaca ke arah keseriusan penyakit yang disampaikan.


Selain itu, kajian ini akan memberikan cara yang berkesan untuk menulis mesej media

untuk mendidik orang ramai, mewujudkan ketakutan terhadap ancaman penyakit dan

mendapatkan tingkah laku pencegahan. Di dalam akhbar, penulis seharusnya membantu

Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kesadaran orang ramai tentang risiko penyakit.

Penggunaan perkataan yang betul seperti kata-kata yang berkaitan dengan rayuan kepada

emosi, logic dan kredibiliti sumbernya harus diikat bersama dengan maklumat risiko penyakit

di memerintahkan untuk menyampaikan mesej risiko penyakit dengan lebih baik kerana

terbukti berkesan dalam mendorong rasa takut, mendidik orang ramai, dan mendorong tindakan

pencegahan.

5.4 Aplikasi kajian

Penemuan kajian ini akan memberikan pemahaman tentang bagaimana media

menyebarkan maklumat tentang bagaimana penyakit yang serius dan berbahaya boleh memberi

kesan kepada orang ramai. Akhbar dalam talian sebagai salah satu medium yang boleh

digunakan untuk membantu menyampaikan mesej dan memberi kesedaran kepada orang amai

tentang kesihatan. Gabungan antara maklumat risiko dan keterukan memberi kesan untuk

mewujudkan kebimbangan dan rasa takut dalam kalangan orang ramai mengenai ancaman

penyakit yang kemudian mempengaruhi pembaca ataupun orang ramai untuk mengambil

langkah-langkah pencegahan.

Selain itu, kajian ini akan memberikan cara yang berkesan untuk menulis mesej melalui

media untuk mendidik orang ramai, mewujudkan ketakutan terhadap ancaman penyakit yang

mendorong kepada tindakan pencegahan. Penulis-penulis akhbar harus membantu

Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kesadaran orang ramai risiko penyakit.

menggunaan perkataan yang betul serta memberi penekanan kepada maklumat yang diberikan
seperti maklumat risiko, keterukan dan tindakan agar isi kandungan artikel tentang risiko

penyakit dapat disampaikan dengan lebih baik.


RUJUKAN

Asmani, M. P. (2018, Julai 26). Semakin ramai meninggal sebab kanser. Diperoleh daripada

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/361997/semakin-ramai-meninggal-

sebab-kanser

Bandura, A. (2001). Social cognitive theory of mass communications. In J. Bryant, &

D.Zillman (Eds.). Media effects: Advances in theory and research (2nd ed., 121-153).

Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum.Beck, S. & Manuel, K. (2008). Practical research

methods for librarians and information professionals. New York, NY: Neal-Schuman.

Chua Y.P. (2006). Kaedah Penyelidikan: Buku 1. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education

Granner, M. L., Sharpe, P. A., Burroughs, E. L., Fields, R., & Hallenbeck, J. (2009). Newspaper

content analysis in evaluation of a community-based participatory project to increase

physical activity. Oxford: Oxford University Press.

Granner, M. L., Sharpe, P. A., Burroughs, E. L., Fields, R., & Hallenbeck, J. (2015). A

quantitative content analysis of UK newsprint coverage of proposed legislation to prohibit

smoking in private vehicles carrying children. Glasgow, United Kingdom: BMC public

Health.

Hajmadi, M. (2010). Introduction to cancer biology. Diperoleh daripada

http://csbl.bmb.uga.edu/mirrors/JLU/DragonStar2017/download/introduction-to-cancer-

biology.pdf

Hayes, A. F., & Krippendorff, K. (2007). Answering the call for a standard reliability measure

for coding data. Communication Methods and Measures, 1(1), 77–89.

Huang, H. T., Kuo, Y. M., Wang, S. R., Wang, C. F., & Tsai, C. H. (2016). Structural factors

affecting health examination behavioral intention. Taiwan: MDPI


Kementerian Kesihatan Malaysia. (2006). Pelan tindakan bersepadu bagi mencegah dan

mengawal kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Kuala Lumpur: Jabatan

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2016). MyHEALTH. Kuala Lumpur, Malaysia:

Penyakit Berjangkit. Diperoleh daripada http://www.myhealth.gov.my/penyakit-

berjangkit-3/

Krippendorff, K. (2012). Content analysis: An introduction to its methodology. Oaks, CA:

Sage.

Krishnan, M., & Rahim, S. A. (2014). Dengan kesan hirarki isu kesihatan terhadap perubahan

amalan gaya hidup sihat. Journal of Communication, 30 (1), 147-176.

Mahesar, R., A. (2018). Newspaper coverage of suicide: a content analysis of daily Kawish

newspaper - an elite Sindhi newspaper of Pakistan. Pakistan: J Mass Communicat

Journalism.

McCombs, M., Holbert, L. R., Kiousis, S. & Wanta, W. (2011). The news and public opinion.

Malden: Polity Press.

Mou, J., & Cohen, J. (2014). Trust, risk barriers and health beliefs in consumer acceptance of

online health services.

Onozuka, D., & Hashizume, M. (2011). The influence of temperature and humidity on the

incidence of hand, foot, and mouth disease in Japan. Science of the Total

Environment, 410, 119-125.

Orji, R., Vassileva, J., & Mandryk, R. (2012). Towards an effective health interventions design:

an extension of the Health Belief Model. Canada: University of Saskatchewan


Patterson, C., Emslie, C., Mason, O., Fergie, G., & Hilton, S. (2016). Content analysis of UK

newspaper and online news representations of women's and men's ‘binge’drinking: a

challenge for communicating evidence-based messages about single-episodic

drinking?. BMJ open, 6(12), e013124.

Pew Research Center (2010). How news happens: A study of the news ecosystem of one

American city. Pew Research Center.

http://www.journalism.org/analysis_report/how_news_happens

Podin, Y., Gias, E .L., Ong, F., Leong, Y., Yee, S., & Yusof, M. A. (2006). Sentinel

Surveillance for Human Enterovirus 71 in Sarawak, Malaysia: Lessons from the first 7

years. Malaysia: BMC Public Health.

Salari, R., & Filus, A. (2016). Using the Health Belief Model to explain mothers’ and fathers’

intention to participate in universal parenting programs. Diperoleh daripada

https://link.springer.com/content/pdf/10.1007%2Fs11121-016-0696-6.pdf

Tasdemir, A., & Kus, Z. (2011). The Content Analysis of the News in the National Papers

Concerning the Renewed Primary Curriculum. Educational Sciences: Theory and

Practice, 11(1), 170-177.

Ting, S. H., & Jerome, C. (2017). FRAMING OF DISEASE RISK MESSAGES IN AIRPORT

BANNERS. International Journal, 2(6), 63-75.

Zawahir, S., Omar, M., Awang, R., Yong, H. H., Borland, R., Sirirassamee, B., ... & Hammond,

D. (2012). Effectiveness of antismoking media messages and education among adolescents

in Malaysia and Thailand: findings from the international tobacco control southeast Asia

project. Nicotine & Tobacco Research, 15(2), 482-491.


LAMPIRAN

Lampiran 1: Contoh artikel akhabar The Straits Times yang menggambarkan maklumat risiko,

keterukan dan tindakan

You might also like