Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Perlembagaan Malaysia (GMGA 2013)

Kuiz 1 (5%)

Nama Pelajar:

No matrik:

Arahan: Jawab semua soalan.

Soalan 1

Bagi mengekang penyebaran virus pandemic Covid-19, Kerajaan Malaysia mewajibkan semua
orang untuk memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak bermula pada 1 Ogos 2020.

Jelaskan sama ada langkah ini bersesuaian dengan salah satu ciri-ciri kuasa negara iaitu sifat
memaksa?

[5 markah]

Bagi mengekang penularan wabak Covid-19, kerajaan telah mewajibkan kepada semua
orang untuk menggunakan pelitup muka di tempat awam yang sesak bermula pada 1 Ogos
2020. Sekiranya orang ramai gagal untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan, tindakan
kompuan sebanyak RM1000 boleh dikenakan dan sekiranya gagal untuk membuat pembayaran
Tindakan mahkamah boleh diambil. Tindakan kompuan dan mahkamah ini merupakan
Tindakan terakhir yang akan diambil dan ianya perlu digunakan dengan penuh budi bicara.
Akta yang digunakan ialah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta
342) dan ianya terpakai untuk semua negeri di dalam Malaysia kecuali negeri Sarawak
mempunyai undang-undang yang sudah diwartakan dan diluluskan selaras dengan Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Langkah ini bersesuaian dengan salah satu ciri-ciri kuasa negara iaitu sifat memaksa
ketika negara diancam wabak Covid-19. Dengan sifat memaksa ini negara Malaysia
berkeupayaan untuk memaksa setiap orang yang berada di dalam wilayahnya agar patuh pada
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Selain daripada itu ianya mampu untuk
menangani keadaan kacau bilau atau anarki ayng boleh ganggu gugat kehidupan bernegara.
Undang-undang dan perlembagaan dijadikan garis panduan kepada peraturan hidup di dalam
sesebuah negara disertakan implikasi sekiranya peraturan dilanggar bagi memastikan
kesejahteraan rakyat terjamin.
Soalan 2

Dicey A.V, seorang peguam perlembagaan British pernah menyebut, “tiada sesiapa boleh
dikenakan hukuman kecuali didapati bersalah kerana melanggar undang-undang sedia ada dan
dia hendaklah dibicarakan secara sewajarnya mengikut undang-undang di dalam sebuah
mahkamah biasa”.

Berdasarkan penyataan ini, nyatakan lima (5) kepentingan menjunjung prinsip kedaulatan
undang-undang.

[5 markah]

Rukun negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia. Ianya mula dibentuk pada tahun
31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei
1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara Malaysia Ketika itu. Antara
lima rukun negara yang menjadi panduan bagi rakyat Malaysia ialah:-

1. Kepercayaan Kepada Tuhan


2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

Bagi situasi Dicey A.V , seorang peguam perlembagaan British pernah menyebut, “tiada
sesiapa boleh dikenakan hukuman kecuali didapati bersalah kerana melanggar undang-undang
sedia ada dan dia hendaklah dibicarakan secara sewajarnya mengikut undang-undang di dalam
sebuah mahkamah biasa”. Lima (5) kepentingan menjunjung prinsip kedaulatan undang-
undang. Penting bagi menjunjung prinsip dan lunas-lunas ‘rule of law’atau kedaulatan undang-
undang. Diantara lima kepentingan menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang tersebut
ialah Memastikan setiap individu memperolehi hak masing-masing. Ini adalah bertujuan agar
setiap individu di Malaysia mendapat hak samarata dalam perihal masing-masing.

Yang kedua ialah Mempunyai peranan secara formal untuk mengawal perlakuan negatif
semakin mengubah sturktur sosial. Ini adalah mengikut peredaran masa dimana Malaysia
mengikut permodenan dan kemajuan untuk dikecapi rakyatnya.
Yang ketiga ialah Perlu untuk mengawal manusia atau rakyat Malaysia. Hal ini pula perlu
dititikberatkan agar rakyat yang hidup di negara Malaysia merasa selamat dan selesa dengan
peraturan-peraturan yang telah disediakan.

Yang keempat ialah Sebagai salah satu jalan dalam menyelesaikan setiap masalah rakyat
Malaysia. Ini merupakan susur galur yang perlu ada bagi pentadbiran sesebuah negara. Ini
adalah kerana setiap kehidupan mempunyai masalah dan ianya memerlukan sesuatu jalan
penyelesaian agar setiap individu merasa selamat dan bebas dari masalah.

Dan yang ke lima ialah bagi mencapai negara maju Malaysia memerlukan satu pertauran
ataupun undang-undang bagi mengawal setiap perlakuan agar pentadbiran negara selari dengan
kemajuan negara-negara maju yang lain didunia. Ini juga mampu membantu system
pentadbiran agar rakyat patuh dan mematuhi arahan yang telah disampaikan.

You might also like