Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

Hak cipta © Kolej Komuniti Gerik

Cetakan Pertama 2018

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula atau

ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, samada dengan cara

elektronik, gambar dan sebagainya tanpa kebenaran daripada penerbit.

eISBN 978-967-11366-3-8

KANDUNGAN MUKASURAT
2
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

1.0 PENGENALAN...........................................................................................................................................5

1.1 PENDAHULUAN...............................................................................................................................5

1.2 TEMPOH PELAKSANAAN.................................................................................................................5

2.0 PANDUAN PENULISAN KERTAS CADANGAN...........................................................................................6

2.1 Pengenalan......................................................................................................................................7

2.1.1 Pendahuluan..........................................................................................................................7

2.1.2 Pernyataan Masalah..............................................................................................................7

2.1.3 Objektif Kajian.......................................................................................................................7

2.1.4 Skop Kajian............................................................................................................................7

2.1.5 Rumusan Bab.........................................................................................................................7

2.2 Kajian Literatur................................................................................................................................7

2.2.1 Pengenalan Bab.....................................................................................................................7

2.2.3 Rumusan Bab.......................................................................................................................11

2.3 Metodologi dan Reka Bentuk........................................................................................................12

2.3.1 Metodologi..........................................................................................................................12

2.4 Lampiran.......................................................................................................................................13

2.5 Rujukan.........................................................................................................................................14

3.0 PROJEK...................................................................................................................................................14

3.1 BUKU LOG PELAJAR.......................................................................................................................14

3.1.1 Pengenalan..........................................................................................................................15

3.1.2 Panduan Penggunaan Buku Log...........................................................................................15

3.1.3 Format Buku Log..................................................................................................................15

3.1.4 Lampiran..............................................................................................................................16

3.2 Implementasi dan Pengujian Projek..............................................................................................16

3.3 Manual Pengguna.........................................................................................................................16

4.0 PANDUAN FORMAT PENULISAN LAPORAN..........................................................................................17

4.1 Pengakuan.....................................................................................................................................17

3
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

4.2 Penghargaan.................................................................................................................................17

4.3 Abstrak..........................................................................................................................................17

4.4 Format Kandungan Permulaan......................................................................................................17

5.0 PEMBENTANGAN...................................................................................................................................19

6.0 LAMPIRAN ……………………………………………………………………………………………………………………………16

7.0 RUJUKAN …………………………………………………………………………………………………………………………… 29

4
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

1.0 PENGENALAN

Bab ini memperincikan mengenai modul projek yang dilaksanakan di kolej komuniti Malaysia

berdasarkan kurikulum program Sijil Teknologi Maklumat. Pelaksanaan garis panduan ini

tertakluk kepada keperluan dan kesesuaian bagi modul serta program yang berkaitan.

1.1 PENDAHULUAN

Modul projek STM 3044 merupakan modul wajib yang perlu dilaksanakan di semester 3

program Sijil Teknologi Maklumat. Modul ini memberi peluang kepada pelajar bagi

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari di dalam modul yang

lain serta mempamerkan keupayaan dalam merealisasikan idea, inovasi dan penyelesaian

masalah kearah revolusi teknologi 4.0.

Pelaksanaan projek meliputi semua proses teoritikal, praktikal, penulisan ilmiah,

pemantauan dan penilaian. Sepanjang pelaksanaan projek, pelajar akan dipantau dan

dibantu oleh pensyarah modul STM 3044 bagi memastikan pelajar dapat menyempurnakan

projek akhir dalam masa yang ditetapkan. Pelajar juga akan dibantu oleh pensyarah

penyelia dalam aspek pengembangan idea dan meneroka kemahiran baru.

1.2 TEMPOH PELAKSANAAN

Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 1 semester sahaja bersamaan dengan 4 bulan

pada semester 3. Pelajar perlu melengkapkan modul STM 3044 dengan 4 jam kredit ini

dengan menghasilkan projek yang boleh dilaksanakan secara individu ataupun

berkumpulan tidak lebih 4 orang bergantung kesesuaian pelajar. Pelajar perlu

melengkapkan proses kertas cadangan, progres kerja mingguan di dalam buku log,

implementasi dan pengujian projek, laporan dan proses pembentangan bagi modul ini.

5
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

1.3 PEMILIHAN PROJEK

Pelajar perlu membuat perbincangan dengan pensyarah modul dan pandangan dari

penyelia sebelum menetapkan jenis projek yang akan dibangunkan. Terdapat dua (2) jenis

projek yang boleh dibangunkan iaitu projek nyata (produk) dan projek kajian.

Projek Nyata

Projek ini merujuk kepada penghasilan barang, program dan perisian yang dibangunkan

mengikut kaedah yang bersesuaian dengan bidang pengajian. Pembangunan projek jenis

ini perlu menggunapakai dan mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari di dalam

kelas dan menggabungkan teknologi baru seiring ke arah teknologi IR 4.0.

Projek Kajian

Projek jenis ini merujuk kepada kemahiran dan menmbuat kajian tentang permasalan,

pengurusan teknikal dan penggunaan teknologi-teknologi baharu. Hasil kajian perlulah

disertakan dengan dokumen pembuktian yang dibangunkan seperti soal selidik, senarai

semak dan sebagainya yang boleh menyokong kajian yang dihasilkan.

2.0 PANDUAN PENULISAN KERTAS CADANGAN

Senarai Kandungan

6
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

Senarai kandungan bagi penulisan kertas cadangan dengan menggunakan format yang

bersesuaian bertujuan untuk membantu pembaca menemui bahagian tertentu dalam setiap

bab.

Cadangan senarai kandungan bagi kertas cadangan adalah seperti berikut :

BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan

1.2 Pernyataan Masalah


1.3 Objektif Kajian
1.4 Skop Kajian
1.5 Rumusan Bab

BAB 2 KAJIAN LITERATUR


2.1 Pengenalan Bab

2.2 Konsep/ Teori


2.3 Kajian Terdahulu
2.4 Rumusan Bab

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Bab


3.2 Kajian Terdahulu

3.3 Rumusan Bab

LAMPIRAN
A. Carta Gantt
B. Anggaran Perbelanjaan (Jika Ada)

RUJUKAN

7
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

2.1 Pengenalan

Satu rumusan cadangan kajian yang akan dijalankan dengan merangkumi pendahuluan,

pernyataan masalah, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian.

Kandungan bab ini adalah seperti berikut :

2.1.1 Pendahuluan

Merujuk kepada maklumat terkini yang berkaitan isu semasa kajian. Tujuannya untuk

memberi satu gambaran menyeluruh tentang kajian yang akan dijalankan. Isu ini lazimnya

dihurai secara ringkas dalam beberapa perenggan dan disokong dengan dapatan kajian

terdahulu misalnya buku, artikel jurnal, laporan, suratkhabar atau dasar kerajaan.

Contoh 1 :

Petikan dari Ahmad Fkrudin, Mohd Isa & Wan Norina (2014)

Contoh 2 :

8
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

Petikan dari Aliff & Mohd Isa (2013)

2.1.2 Pernyataan Masalah

Merujuk kepada isu dan masalah yang memerlukan penyelesaian berdasarkan

pengenalan kajian. Menghuraikan masalah yang ingin diatasi serta sumbangan

kajian untuk menyelesaikan masalah secara menyeluruh atau sebahagiannya.

Adaptasi dari Eiwan, M. Hazwan & Karnoh (2014)

Petikan dari M. Ridzuan& M. Azri (2010)

2.1.3 Objektif Kajian

Menyatakan dengan jelas bagaimana tujuan kajian dicapai. Dicadangkan antara 2-3

objektif yang boleh diukur, dicapai dan realistik.

Terjemahan dan adaptasi dari Bolton, Meredith, Walsh & McDowell (2014)

9
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

Petikan dari Nur Hani et.al (2016)

2.1.4 Skop Kajian

Menjelaskan had-had perlaksanaan kajian yang dijalankan. Bertujuan memastikan

projek tidak terkeluar dari skop atau had ditetapkan.

Adaptasi dari M. Zharif, M. Raziman & M. Aliff (2016)

Adaptasi dari Er (2013)

2.1.5 Rumusan Bab

Rumusan Bab merumuskan subtajuk utama yang dikemukakan dalam Bab 1 tanpa

memperkenalkan bahan baharu serta menunjukkan kesinambungan ke bab

berikutnya.

2.2 Kajian Literatur

10
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

Artikel kajian yang dirujuk untuk memahami dan mengkaji permasalahan kajian. Rujukan

yang digunakan mestilah berkaitan dengan kajian. Dicadangkan sekurang-kurangnya 2

kajian / projek / penyelidikan terdahulu perlu dirujuk.

2.2.1 Pengenalan Bab

Tajuk umum, isu dan bidang tumpuanyang dikenalpasti. Trend keseluruhan tajuk,

cadangan dalam teori, bukti dan kesimpulan baharu yang menarik minat dinyatakan

2.2.2 Kajian Terdahulu

Bahan literatur berdasarkan kategori / tema yang sama yang dirumuskan dan

diterangkan berdasarkan idea-idea utama kajian. Penyelidikan, artikel atau bahan

rujukan berkaitan perlu diringkaskan bagi membantu pembaca memahami

perbandingan serta analisis yang dikemukakan.

2.2.3 Rumusan Bab

Sumbangan utama kajian yang berkaitan termasuk bahan rujukan perlu dirumuskan.

Kesimpulan berkaitan tajuk dalam literatur yang dikaji.

Dalam menulis kajian literatur, sumber rujukan hendaklah ditunjukkan dengan menyatakan

nama pengarang dan tahun penerbitan mengikut teknik rujukan/ sitasi (citation) yang

disarankan bagi kajian.

11
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

Petikan dari Aliff & Mohd Isa (2013)

2.3 Metodologi dan Reka Bentuk

2.3.1 Metodologi

Melaporkan pendekatan atau model pembangunan sistem / projek dan rangka kerja

secara menyeluruh yang diambil dalam pembangunan sistem / projek. Kandungan

meliputi kaedah, teknik atau pendekatan yang digunakan semasa reka bentuk dan

12
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

implementasi sistem / projek. Bab ini juga menerangkan keperluan perkakasan dan

perisian. Menerangkan model yang digunakan dan apa yang sebenarnya dilakukan

dalam fasa-fasa model tersebut.

Contohnya model SDLC, penerangan setiap fasa hendaklah dikaitkan terus dengan

sistem yang dibangunkan. Contoh penggunaan metodologi lain yang bersesuaian

dengan projek yang dibangunkan adalah seperti Model ADDIE (Analysis, Design,

Develop, Implement and Evaluation), Model ASSURE atau mana-mana model yang

bersesuaian.

2.4 Lampiran

Reka Bentuk

Menerangkan jangkaan atau hasil kerja yang dilaksanakan meliputi reka bentuk senibina

aplikasi sistem cadangan, reka bentuk antara muka, reka bentuk pangkalan data, teknik

dan algoritma yang berkaitan. Bab ini turut mengandungi carta alir, papan cerita, carta

struktur, atau sebagainya bergantung kepada model pembangunan sistem / projek yang

telah dipilih.

Jangkaan

Jangkaan hasil projek adalah sesuai dengan pernyataan masalah yang dinyatakan. Perlu

menerangkan hubung kait dan perancangan penyelesaian terhadap projek yang

dibangunkan.

Perancangan Projek

Menghasilkan perancangan projek yang lengkap dengan menggunakan carta perbatuan

(Carta Gantt).
13
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

2.5 Rujukan

Senarai rujukan

Semua rujukan yang digunakan dalam pelaksanaan projek dan penulisan laporan

hendaklah disenaraikan dibahagian ini. Contoh penulisan rujukan adalah seperti berikut :

i) Format rujukan dari Buku

Nama Pengarang, Tajuk Buku, Penerbit : Tempat dikeluarkan, (Tahun) : mukasurat

Contoh:

Haig, M The B2B e-commerce handbook: how to transform your business-tobusiness

global marketing strategy, Kogan Page: London: (2001) : page 12 - 14.

ii) Format rujukan dari Jurnal

Nama Pengarang, Tajuk Artikel, Tajuk Jurnal (Tahun), Jilid : mukasurat

Contoh:

Jones, B.C. Suggestions for better referencing. Journal of BusinessCommunication

(1998), 289(3): 42-45

iii) Format Web http://www.nexus.edu.au/TechStud/gat/morrisson.htm [1999, Dec. 29]

3.0 PROJEK

3.1 BUKU LOG PELAJAR

Bahagian ini menjelaskan lebih lanjut mengenai panduan penyediaan buku log projek

sepanjang pelaksanaan projek dan dilampirkan contoh penyediaan buku log serta

dokumendokumen yang berkaitan yang boleh dirujuk oleh pelajar, penyelia dan penyelaras

14
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

projek. Panduan pelaksanaan yang digariskan ini tertakluk kepada keperluan serta

kesesuaian bagi program dan modul kolej komuniti yang berkaitan.

3.1.1 Pengenalan

Buku Log projek ini disediakan khas untuk pelajar mencatat laporan setiap aktiviti

kerja atau tugasan yang dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan projek. Buku ini

juga merupakan salah satu kaedah bagi pensyarah modul mengenalpasti dan menilai

sikap, inisiatif dan kemajuan projek pelajar. Setiap pelajar perlu melengkapkan buku

log secara individu. Laporan yang ditulis perlu jelas dan terperinci bagi tujuan

penilaian oleh penyelia atau pensyarah modul. Contoh format lengkap buku log

seperti di LAMPIRAN.

3.1.2 Panduan Penggunaan Buku Log

Berikut merupakan arahan dalam penggunaan buku log:

i. Buku log perlu diisi setiap minggu oleh pelajar ii. Buku log perlu diserahkan kepada

pensyarah penyelia untuk dinilai dan disahkan sekurang-kurangnya dua minggu

sekali.

iii. Buku log perlu dibawa bersama setiap kali mengadakan perjumpaan dan

perbincangan bersama pensyarah penyelia untuk tujuan cop pengesahan.

iv. Buku log perlu diserahkan kepada pensyarah modul bersama laporan projek

semasa sesi penilaian akhir projek.

3.1.3 Format Buku Log

Berikut disenaraikan keperluan di dalam buku log projek pelajar:

i. Pelajar perlu mencatat aktiviti dan tugasan setiap minggu.

ii. Pelajar perlu memperincikan segala perancangan di ruangan Laporan Kemajuan

Projek agar selari dengan perancangan yang telah dinyatakan di dalam carta

15
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

Gantt. iii. Pelajar perlu menyatakan pencapaian sebenar atau status projek terkini

pada ruangan yang disediakan.

iv. Bahagian Cadangan Tugasan perlu diisi oleh pelajar dengan menyatakan

cadangan yang berkaitan sebagai langkah penambahbaikan kepada projek.

v. Pensyarah penyelia perlu memberi komen atau maklum balas pada setiap aktiviti

atau tugasan yang telah dijalankan oleh pelajar.

3.1.4 Lampiran

Berikut merupakan senarai lampiran yang perlu dimasukkan ke dalam buku log :-

i. Muka Hadapan Buku Log Projek (LAMPIRAN C).

ii. Isi Kandungan Buku Log Projek (LAMPIRAN C).

iii. Laporan Aktiviti Mingguan (LAMPIRAN C) iv.

Cadangan Perancangan Projek (LAMPIRAN A)

v. Carta Gantt Projek (LAMPIRAN B)

3.2 Implementasi dan Pengujian Projek

Bahagian ini akan dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan bagi modul STM 3044. Penilaian

meliputi reka bentuk penghasilan projek, kemahiran komputer yang diaplikasikan pada

projek, pengujian projek di mana projek boleh beroperasi sepenuhnya, kreativiti dalam

penggunaan perisian yang digunapakai bagi menyiapkan projek dan estetika iaitu projek

yang mesra pengguna, mempunyai susun atur dan hasil kerja yang menarik.

3.3 Manual Pengguna

Bahagian ini akan dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan bagi modul STM 3044. Pelajar

perlu menghasilkan manual pengguna yang lengkap dan mengandungi setiap antaramuka

16
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

projek yang dihasilkan. Setiap antaramuka perlulah disusun dengan teratur, dilabelkan dan

diberikan penerangan yang jelas.

4.0 PANDUAN FORMAT PENULISAN LAPORAN

4.1 Pengakuan

Halaman ini menyatakan perakuan keaslian dan hak pemilikan hasil projek.

4.2 Penghargaan

Halaman ini hendaklah ditulis dalam satu muka surat sahaja. Penghargaan dirakamkan

kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberikan bantuan dalam

penyediaan projek.

4.3 Abstrak

Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan diikuti oleh

terjemahannya dalam Bahasa Inggeris di muka surat yang berikutnya. Abstrak mesti

ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak melebihi 200 perkataan dalam satu muka

surat sahaja. Bahagian ini perlu menyatakan dengan ringkas bidang kajian projek, masalah

yang hendak diselesaikan, cara penyelesaian, proses penyelidikan dan keputusan yang

diperolehi. Abstrak hendaklah ditulis satu langkau sahaja dalam satu perenggan (single

spacing).

4.4 Format Kandungan Permulaan

Berikut adalah format untuk menyediakan kertas cadangan dan laporan projek. Kesesuaian

penulisan projek perlu dirujuk kepada penyelia projek yang berkenaan.

4.4.1 Margins (Jidar)

17
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

Margins Margin kiri – 38 mm

Margin kanan, atas dan bawah – 25 mm

4.4.2 Penomboran Halaman


Bahagian Permulaan Setiap halaman dalam “bahagian permulaan” seperti
penghargaan, senarai kandungan, senarai jadual dan
sebagainya perlu dinomborkan dengan angka kecil
Roman (i, ii, iii, iv dan lain-lain) kecuali pada halaman
tajuk nombor Roman (i) perlu dihilangkan.

Bab dan Bahagian Dalam Bab Bab dan bahagian dalam bab perlu dinomborkan.

Struktur penomboran bahagian dalam bab boleh

disusun mengikut urutan tahap subtajuk dan tidak

melebihi tiga aras.

4.4.3 Penulisan
Jenis tulisan Font huruf Arial

(Bold untuk Tajuk)

Saiz Tulisan Muka Hadapan – 14 - 18

Tajuk - 14

Teks - 12

Format Teks Justified

Spacing 1.5 spacing

Muka surat Muka surat baru bagi setiap permulaan BAB

No muka surat : Bahagian bawah, kanan

Format Italic Semua istilah selain dari bahasa penulisan laporan

4.5 Jadual dan Rajah

18
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

Jadual Jadual yang dimuatkan ke dalam teks dinomborkan

dengan angka.

Setiap jadual diberi tajuk yang diletakkan di atas jadual


tersebut. Nombor jadual hendaklah dikaitkan dengan
bab.

Rajah Bahan ilustrasi seperti peta, carta, lukisan, graf,

gambarajah dan gambar disebut “Rajah”.

Setiap rajah hendaklah jelas dan diberi nombor. Tajuk

rajah diletak di bawah ilustrasi. Nombor rajah perlu

dikaitkan dengan bab (Contoh Rajah 2.4 bagi rajah ke –

4 dalam Bab 2).

5.0 PEMBENTANGAN

Pelajar perlu membentangkan hasil projek kepada pensyarah penyelia. Markah pembentangan

akan dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan seperti lampiran.

5.1 Persembahan

Pemarkahan persembahan akan dinilai dari kandungan pembentangan di mana maklumat

dinyatakan dengan terperinci dan menarik.

5.2 Komunikasi Lisan

Pelajar perlu menyakinkan pensyarah penyelia mengenai kejelasan idea bagi projek yang

dihasilkan.

5.3 Pengetahuan
19
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

Pelajar akan dinilai dari segi pengetahuan di mana pensyarah penyelia akan membuat

penilaian kefahaman dan kepandaian pelajar menjawab soalan.

20
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

Lampiran A

Contoh Cadangan Perancangan Projek


Minggu Aktiviti Tindakan
Pelajar, Pensyarah dan
Minggu 1 Perbincangan tajuk projek
Penyelia
Merangka proposal projek
Minggu 2 Pelajar
Pengesahan Penyelia
Minggu 3 Menghantar proposal kepada pensyarah Pelajar dan Pensyarah
Membangunkan projek
Minggu 4 Pelajar dan Penyelia
Pengesahan Penyelia
Minggu 5 Membangunkan projek Pelajar dan Penyelia
Membangunkan projek
Minggu 6 Pelajar dan Penyelia
Pengesahan Penyelia
Minggu 7 Membangunkan projek Pelajar dan Penyelia
Membangunkan projek
Minggu 8 Pelajar dan Penyelia
Pengesahan Penyelia
Minggu 9 Membangunkan projek Pelajar dan Penyelia
Membangunkan projek

Minggu 10 Pengujian projek Pelajar dan Penyelia


Pengesahan Penyelia
Membangunkan projek
Minggu 11 Pelajar dan Penyelia
Pengujian projek
Penghasilan Laporan Akhir dan Manual Pengguna
Minggu 12 Pelajar
Pengesahan Penyelia
Minggu 13 Penghasilan Laporan Akhir dan Manual Pengguna Pelajar
Pelajar, Penyelia dan
Minggu 14 Penghantaran Laporan dan Pembentangan Projek
Pensyarah

Lampiran B

21
Buku Panduan Projek : STM 3044 - PROJEK

Contoh Format Carta Perbatuan (Carta Gantt)

22
Lampiran C

KOLEJ KOMUNITI ____________

BUKU LOG PROJEK

PROGRAM : __________________________________
NAMA PELAJAR : __________________________________

NO PENDAFTARAN : __________________________________
SESI : __________________________________

23
Dokumen ini merupakan cadangan buku log yang boleh digunakan oleh program pengajian di kolej komuniti
bergantung kepada keperluan kurikulum program pengajian yang berkenaaan. Boleh disesuaikan mengikut
kesesuaian yang diperlukan.
<LOGO JABATAN>

<NAMA JABATAN>
<PROGRAM>
<SESI>

BUKU LOG PROJEK

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA

NO. PENDAFTARAN

NO. TELEFON E-MEL

ALAMAT SEMASA

MAKLUMAT PROJEK

TAJUK

24
PENYELIA

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1. Pengenalan 1

2. Panduan Penggunaan Buku Log 1

3. Format Buku Log 1

4. Laporan Aktiviti Mingguan 2-15

5. Rekod Kehadiran Sesi Penyeliaan 16-18

25
PENGENALAN

Buku Log projek ini disediakan khas untuk pelajar mencatat laporan setiap aktiviti kerja atau tugasan yang
dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan projek. Buku ini juga merupakan salah satu kaedah bagi pensyarah
modul mengenalpasti dan menilai sikap, inisiatif dan kemajuan projek pelajar. Setiap pelajar perlu
melengkapkan buku log secara individu. Laporan yang ditulis perlu jelas dan terperinci bagi tujuan penilaian
oleh penyelia atau pensyarah modul.

PANDUAN PENGGUNAAN BUKU LOG


Arahan dalam penggunaan buku log :-
i. Buku log perlu diisi setiap minggu oleh pelajar
ii. Buku log perlu diserahkan kepada pensyarah penyelia untuk dinilai dan disahkan sekurang-
kurangnya dua minggu sekali.
iii. Buku log perlu dibawa bersama setiap kali mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama
pensyarah penyelia untuk tujuan cop pengesahan.
iv. Buku log perlu diserahkan kepada pensyarah modul bersama Laporan Projek Akhir semasa sesi
penilaian akhir.

FORMAT BUKU LOG


Maklumat yang perlu dimasukkan di dalam buku log aktiviti pelaksanaan projek pelajar :- i.
Pelajar perlu mencatat aktiviti dan tugasan setiap minggu.
ii. Pelajar perlu memperincikan segala perancangan di ruangan Laporan Kemajuan Projek agar selari
dengan perancangan yang telah dinyatakan di dalam carta Gantt.
iii. Pelajar perlu menyatakan pencapaian sebenar atau status projek terkini pada ruangan yang
disediakan.
vi. Bahagian Cadangan Tugasan perlu diisi oleh pelajar dengan menyatakan cadangan yang berkaitan
sebagai langkah penambahbaikan kepada projek.
vii. Pensyarah penyelia perlu memberi komen atau maklum balas pada setiap aktiviti atau tugasan yang
telah dijalankan oleh pelajar.

26
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

Minggu: Tarikh: Masa:

Pelajar perlu membuat catitan laporan setiap minggu dan sertakan lampiran berkaitan sebagai sokongan

Laporan Kemajuan Projek


________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Cadangan tugasan (pertemuan seterusnya)
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
Komen penyelia :
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

Disahkan oleh,

Tandatangan Pensyarah Penyelia

…………………………………………………….
( Nama & Cop Pensyarah Penyelia ) Tarikh
:

27
REKOD KEHADIRAN SESI PENYELIAAN MINGGU
1 – MINGGU 4

Kolej : _____________________________________ Program :


_____________________________________ Kod / Nama Modul :
_____________________________________
Kelas : _____________________________________
Penyelia Projek : _______________________________
Pensyarah Modul : _______________________________

Bil No. Pendaftaran Nama Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

Tandatangan Pensyarah Penyelia

28
REKOD KEHADIRAN SESI PENYELIAAN MINGGU
5 – MINGGU 10

Kolej : _____________________________________ Program :


_____________________________________
Kod / Nama Modul : _____________________________________
Kelas : _____________________________________
Penyelia Projek : _______________________________
Pensyarah Modul : _______________________________

Bil No. Pendaftaran Nama Minggu 5 Minggu 6 Minggu 7 Minggu 8

Tandatangan Pensyarah Penyelia

REKOD KEHADIRAN SESI PENYELIAAN


MINGGU 9 – MINGGU 12

29
Kolej : _____________________________________ Program :
_____________________________________
Kod / Nama Modul : _____________________________________
Kelas : _____________________________________
Penyelia Projek : _______________________________
Pensyarah Modul : _______________________________

Bil No. Pendaftaran Nama Minggu 9 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12

Tandatangan Pensyarah Penyelia

REKOD KEHADIRAN SESI PENYELIAAN


MINGGU 13 – MINGGU 16

Kolej : _____________________________________ Program :


_____________________________________
Kod / Nama Modul : _____________________________________
Kelas : _____________________________________
Penyelia Projek : _______________________________
Pensyarah Modul : _______________________________

Bil No. Pendaftaran Nama Minggu 13 Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16

1
30
2

Tandatangan Pensyarah
enyelia
P
RUBRIK PENILAIAN SUBJEK STM 3044 - PROJEK

31
32
33
AHLI JAWATANKUASA PENULISAN

Pengerusi
Tn Hj Ahmad Rizal bin Hj. Omar

Penyunting dan Penulis


Siti Nooraini binti Md Shukri
Nor Hazri Helmy bin Nor Rashid

34
Kolej Komuniti Gerik Bukit Nasah
33300, Gerik
Perak
Tel : 05-7916199 || Faks : 05-7916399 http://kkgri.edu.my/

35

You might also like