Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NOVEL : HEMPASAN OMBAK

TEMA
Kegigihan seorang anak muda dalam memajukan perniagaan warisan keluarga.
SINOPSIS

Novel ini mengisahkan seorang anak muda yang bernama 1)___Farid___ meneruskan warisan
Syarikat Perniagaan 2)Batik Nusantara selepas ayahnya 3)Haji Badrul meninggal dunia. Farid terpaksa
mengambil alih syarikat tersebut walaupun baru berumur 4)19 tahun. Haji Badrul mempunyai isteri yang
bernama 5Hajah Zaoyah. 6)Latifah sebagai anak sulung dan mempunyai 5 orang anak tidak pernah
dididik dalam bidang perniagaan. 7)Lotfi pula lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan dan berpaut
pada kerusi roda untuk bergerak. 8)Farhan  menjadi harapan dan pewaris legasi syarikat ayahnya tetapi
telah meninggal dunia sewaktu belajar di UKM manakala 9)Hanisyah dan 10)Hisham baru berusia 15
tahun dan 12 tahun.
Farid menghadapi kesukaran memulakan perniagaan kerana dia masih mentah dalam bidang
perniagaan. Syarikat peninggalan batik arwah ayahnya juga menghadapi masalah
11)_kewangan____________.  Ramai agen tidak membayar hutang. Selain itu, permintaan batik keluaran
Syarikat Nusantara di pasaran juga tidak memberangsangkan. Syarikat tersebut dibantu oleh
12)_______Tomsiah____________ yang dipanggil Kak Tom. Dia telah berkhidmat sejak syarikat itu
ditadbir oleh ayahnya. Kak Tom menguruskan  tugas pentadbiran dan kewangan.
Selepas makan malam, Farid 13)_bermusyarah______________ bersama Lotfi dan ibunya Hajah
Zaoyah tentang masalah syarikat. Lotfi dan Hajah Zaoyah tidak mahu syarikat itu dijual atau ditutup.
Hajah Zaoyah mahu warisan yang ditinggalkan terus bertahan dan berkembang dalam pasaran batik.
Tiba-tiba  fikiran Farid terlintas untuk 14)_menjual____________ sebahagian aset syarikatnya bagi
dijadikan modal dan membayar hutang. Tambahan pula, Hajah Zaoyah juga sanggup menggadaikan
15)__barangan kemas______________ dan 16)_tanah____________ demi menyelamatkan syarikat itu.
Farid mempertimbangkan cadangan ibunya dan cuba mencari jalan lain. Farid juga memerlukan orang
yang lebih arif kerana setiap pelaburan melibatkan risiko.
Farid telah mengadakan mesyuarat dan ini mesyuarat pertama sejak dia mengambil alih syarikat
itu. Dia telah menyatakan hasrat mengembangkan perniagaan dengan memperbesar bengkel batik dan
meningkatkan pengeluaran. Modal akan diperoleh daripada hasil jualan sebahagian aset syarikat dan
hasil gadaian barang kemas ibunya. Idea Farid disambut baik oleh semua ahli yang hadir pada mesyuarat
itu.
Sebelum projek tersebut dilakasanakan, Farid telah bertemu 17)__En.Mokhsein___ yang
merupakan bekas pekerja ayahnya dan pengarah urusan 18)__pemborang binaan Nadi Zaman_____. En
Mokhsein banyak memberi tunjuk ajar dan memotivasikan Farid agar menjadi usahawan bumiputera
yang berjaya. Farid menjadi lebih bersemangat. Kemudian, dia juga bertemu
19)_Zuraidah________________ atau Eda rakan sekelas sekolahnya yang membuka kedai di bandar
Terengganu. Zuraida seorang yang pandai melayan pelanggan. Dia sudah terlibat dalam bidang
perniagaan sejak di bangku sekolah. Cara layanan dan cita rasa pelanggan terhadap batik dalam
genggaman Zuraida. Hubungan Farid dan Zuraida kian 20)_erat__________. Farid menceritakan segala
masalah yang berlaku kepada Zuraida. Zuraida memberi idea supaya Farid mengubah corak batik
tradisional ke 21)_______________. Hal ini adalah kerana cita rasa pelanggan sering berubah-ubah
mengikut peredaran masa.  Cadangan Zuraida dipersetujui Farid demi membangunkan semula Syarikat
Batik Nusantara.
Farid sekali lagi datang ke pejabat En Mokhsein. En Mokhsein menyemak rancangan perniagaan
dan berjanji 22)_____________ Farid. Pada masa yang sama, En Mokhsein menasihatkan Farid supaya
mengikuti kursus pengurusan perniagaan dan mendapatkan khidmat nasihat dari Mida dan MARA. Ilmu
dapat membantu seseorang bersaing dalam dunia perniagaan yang sangat kompetetif.
Modal sebanyak 23)________________ telah dilaburkan untuk membina bangsal tambahan,
peralatan dan bahan batik moden. Pembatik-pembatik modennya itu akan diberi latihan jangka pendek
oleh MARA dan MIDA. Setelah bangsal batik siap dibina, Farid telah mengadakan majlis perasmian dan
mengundang En Mokhsein sebagai perasmi majlis. Majlis ini turut dihadiri 24)___________________
yang merupakan graduan seni reka fabrik UiTM dan dia telah dlilantik oleh En Mokhsein sebagai pengajar
corak batik moden di Syarikat Batik Nusantara. Hartini banyak menyumbangkan idea dan melatih pekerja
Farid dalam menghasilkan batik corak seni moden. Kehadiran Hartini menyebabkan Zuraida berasa
25)_______________ dan dia mempunyai perasaan salah sangka terhadap Farid. Farid sedar akan
tindakan Zuraida dan dia menjelaskan bahawa Hartini sudah bertunang. Perasaan cemburu Zuraida
pudar dan hubungan mereka lebih akrab.
Syarikat Farid semakin berkembang. Farid turut turun padang berjumpa agen baharu. Pengalaman
mengajar Farid supaya mencari agen yang jujur dan melunaskan hutang dengan cepat. Di sebalik
kemajuan perniagaan Farid, ada 26)______________ yang marah dan tidak berpuas hati. Jualan batik
27)______________ kepunyaan  28)____________ iaitu bapa saudara Zuraida merosot. Mukhtar
menyedari bahawa hasil batik syarikat Farid boleh menyebabkan perniagaannya gulung tikar. Mukhtar
bertambah marah apabila anak buahnya membantu menjual batik moden Farid. Mukhtar
28)_____________ untuk membakar kedai Zuraida sekiranya dia tidak mahu memulangkan batik tersebut
kepada Farid. Zuraida akur dengan permintaan bapa saudaranya. Zuraida terpaksa kerana Mukhtar
banyak memberi bantuan setelah ayahnya meninggalkan ibunya. Mukhtar juga mengugut Farid supaya
menghentikan operasi batik modennya menggunakan 29)______________. Farid menceritakan kejadian
itu kepada Kak Tom dan keluarganya. Hajah Zaoyah menyarankan agar Farid melaporkan kepada pihak
polis.  Farid berdegil dan mahu menyelesaikan masalah itu sendiri.
Di samping itu, Mukhtar mengupah ketua samseng yang bernama 30)____________ untuk
membuat kacau di bangsal moden syarikat Farid. Apabila  Mahmood tiba di bangsal moden itu, dia
terlihat Masri dan Azmi sedang bekerja. Mahmood bertambah marah dan menyangka syarikat Farid
mencuri bekas pekerja majikannya. Hartini yang baru pulang cuba meredakan suasana dengan melayan
Mahmood dengan baik tetapi gagal. Kemudian Hartini menghalau Mahmood. Mahmood masih berdiri
dan tidak mahu pulang. Hartini berlari dan meminta pertolongan daripada 31)___________. Tindakan
Mahmood semakin agresif apabila Pak Nik dan dia bertikam lidah. Mahmood mencekik leher Azmi dan
ingin mecelup muka Azmi pada kawah lilin cair. Tangan Masri yang memegang canting lilin panas, dia
nekad mencurah lilin tersebut pada muka Mahmood supaya Azmi dilepaskan. Muka Mahmood melecur
dan dia lari lintang pukang. Pekerja Farid tidak berjaya memberkas Mahmood.
Walaupun cubaan pertama dan kedua tidak berjaya mensabotaj perniagaan Farid tetapi  Mukhtar
tidak pernah patah semangat untuk 32)__________________. Mukhtar telah mengupah beberapa
pemuda untuk 33)_________________ bangsal moden syarikat Farid. Pada waktu malam, Farid
sekeluarga menyedari cahaya api dan bunyi letupan dari bangsal batik miliknya. Dalam beberapa minit,
api marak dengan cepat dan menjilat bangsal itu hingga rentung. Farid berpura-pura tenang apabila
berhadapan dengan Hartini dan pekerjanya walaupun perasaan sedih dipendamkan dalam hati.  Siasatan
pihak bomba mendapati bangsal tersebut disabotaj dan dibakar 34)_______________. Pihak polis juga
telah memanggil Farid untuk diambil keterangan. Polis telah menangkap Mukhtar setelah siasatan selesai
dan bukti mencukupi. Mukhtar telah didakwa dan dihukum penjara selama 35)___________. Selepas 3
hari kejadian itu, En Mokhsein ke pejabat Farid. Beliau memberitahu Farid bahawa beliau berjaya
membantu Syarikat Nusantara mendapatkan pelanggan dari Singapura  dan Kuala Lumpur. Zuraida
meminta maaf atas tindakan pak ciknya itu dan dia menyatakan bahawa akan sambung belajar. Semasa
perjalanan menghadiri perkahwinan Hartini, En Mohsein mengusik Farid dan Zuraida. En Mokhsein
menyatakan bahawa mereka pasangan yang sesuai untuk memajukan Syarikat Batik Nusantara. Farid
hanya tersenyum manakala Zuraida mukanya merah padam  menikmati pemandangan di luar kereta.

You might also like