Penentangan Dan Sebab-Sebab Penentangan Terhadap Kuasa Asing Di Negeri Sarawak Pada Abad Ke-19 Hingga Ke-20

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Sarawak pada

abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan :

Penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri sabah pada
abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan : Kehadiran British untuk mentadbir sabah juga mendapat tentangan daripada
masyarakat tempatan. Pada tahun 1881, British memberi surat piagam kepada British North
Borneo Company untuk memerintah sabah. Pada tahun 1882, nama syarikat itu ditukar kepada
British North Borneo Chartered Company (syarikat berpiagam borneo utara british atau dikenali
sebagai SBBU).

1.Faktor Agama

Penentangan Mat salleh didorong daripada semangat perjuangan jihad orang sulu menentang
kuasa sepanyol di Filipina.Seorang pegawai SBUB, iaitu Aledander Coock menganggap Mat
Salleh sebagai Mahadi Baru. Pengaruh islam juga dibuktikan daripada catatan pada alat-alat
kebesaran yang mengatakan hasrat Mat Salleh untuk meninggikan syiar islam. SBBU bimbang
dengan pengaruh Sulu-Islam yang kuat menentang penjajahan Sepanyol di Filipina.

2.Faktor Ekonomi

SBBU menguatkuasakan cukai ke atas barang-barang dagangan dan bayaran lesen perahu.
Penduduk tempatan juga dibebani dengan cukai kepala dan cukai beras. Selain dikenakan cukai,
penduduk di kawasan pedalaman dikerah membina telegraf melalui amalan buruh paksa. SBBU
membuka tamu di beberapa buah tempat. Langkah ini tidak disenangi oleh penduduk di beberapa
kawasan. Suku Kwijau di penampang menyerang dan membunuh seorang pegawai british di
keningau sebagai memprotes tindakan SBBU.

3.Faktor Politik

Pada tahun 1894, pengikut Mat Salleh telah membunuh dua orang pedagang iban di sungai
sugut. Mat Salleh enggan menyerahkan pengikutnya itu kepada SBBU. Mat Salleh melarikan diri
apabila pasukan SBBU menyerang kampungnya di pulau jambangan. Pada tahun 1895, Mat
Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan pergi ke Sandakan untuk berunding dengan
SBBU tentang masalah cukai kepala, lessen perahu, dan tindakan keras pegawai british terhadap
penduduk. Mat Salleh ingin berunding dengan Gabenor Beaufort, iaitu C.V Creagh tetapi
percubaannya gagal. Mat Salleh tidak dilayan walaupun telah menunggu selama sepuluh hari.
Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBBU. SBBU bertindak
membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh. SBBU juga menawarkan hadiah sebanyak
500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh.

Penutup :

Kesan daripada penentangan terhadap kuasa asing di negeri sabah pada abad ke-19 hingga ke-20
telah membawa kepada SBBU yang berjaya mengukuhkan kuasanya di sabah. Tambunan juga
turut diambil alih oleh SBBU.Ketua Anak Negeri diambil untuk berkhidmat dengan SBBU.
SBBU lebih berhati-hati dalam tindakan membabitkan masyarakat tempatan James Brooke
menguasai Sarawak secara berperingkat selepas berjaya mengatasi kebangkitan rakyat tempatan
terhadap kezaliman Pangeran Indera Mahkota. Keluarga Brooke melaksanakan perubahan dan
peraturan baharu dalam sistem politik, ekonomi dan sosial. Perubahan tersebut mencetuskan
penentangan rakyat tempatan terhadap pemerintahan Brooke.

1. Penentangan Linggir (1849)

Linggir ialah seorang pemimpin Iban di Saribas. Beliau menyerang kapal Nemesis dekat Batang
Lupar. Serangan ini dibuat kerana James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran
mereka di Sungai Saribas. Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.

2. Penentangan Syarif Masahor (1853)

Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau
merupakan pembesar yang dihormati oleh orang Melanau dan Iban. Sebagai Gabenor Sarikei,
beliau telah campur tangan dalam pertelingkahan antara dua orang pembesar di Mukah iaitu
dengan menyerang bandar tersebut dengan bantuan orang Iban. Ini menyebabkan Charles Brooke
mendenda dan menghalau Syarif Masahor dari Sarikei. Beliau juga dilucutkan jawatan sebagai
Gabenor Sarikei. Syarif Masahor telah bersepakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur
menyerang kubu James Brooke di Kanowit dan Kuching dengan bantuan orang Melayu,
Melanau, Iban dan penduduk Igan di Mukah. Namun, angkatan beliau telah dikalahkan oleh
tentera James Brooke. Beliau dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1861.

3. Penentangan Rentap (1853)

Rentap ialah pemimpin Iban yang menentang pentadbiran James Brooke di Sarawak. Nama
sebenar beliau ialah Libau dan digelar Raja Darat atau Raja Ulu. Beliau berasal dari Hulu
Skrang. Rentap menentang pemerintahan Brooke yang menganggap orang Iban di Sungai Skrang
sebagai lanun. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang
telah mencetuskan kebangkitan Rentap. 1853, Rentap menyerang dan berjaya menawan kubu
Brooke di Sungai Skrang. Serangan tersebut mengorbankan pegawai Brooke iaitu Allan Lee. Pd
1854, James Brooke melakukan serangan balas dan Rentap terpaksa berundur dan berkubu di
Bukit Sadok. 1861, Brooke sekali lagi menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran
sengit berlaku selama sebulan dan Rentap berjaya ditewaskan seterusnya beliau berundur ke
Bukit Lanjak dan Entabai sehingga meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Kebangkitan
Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan Brooke membuktikan mereka bukannya lanun
tetapi pejuang bangsa.

4. Penentangan Banting (1893)

Banting ialah penghulu Iban di Hulu Sungai Batang Lupar di kawasan Hulu Air. Beliau digelar
Ijau Layang. Banting dan beberapa orang ketua Iban yang berniaga di Karpuas enggan
membayar cukai. D.J. S. Bailey dilantik sebagai Residen Bahagian Kedua pada akhir tahun 1890.
Beliau terlalu tegas dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang kerajaan. Ini
menimbulkan kemarahan Banting dan orang Iban. Perasaan anti-pentadbiran Brooke semakin
membara apabila Bailey menghantar ekspedisi menghukum Banting pada tahun 1896. Satu
persatu saudara Banting dan orang Iban dibunuh menyebabkan Banting bertindak balas. 1901,
seorang Iban dari kawasan sempadan Kalimantan yang mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan Banting dibunuh di Semat menyebabkan Banting menyerang rumah panjang di Semat
pada bulan Mac dan Mei 1902. 1908, Banting dapat ditewaskan oleh tentera Brooke.

5. Penentangan Asun (1930-an)

Asun bermula dengan memihak kepada pentadbiran Brooke. Bagi mengenang jasa beliau,
Brooke melantik beliau sebagai Penghulu Entabai pada 1915. Beliau sangat dihormati oleh
masyarakat Iban sehingga dilantik sebagai Tuai Rumah. Vyner Brooke melaksanakan cukai pintu
yang menimbulkan kemarahan orang Iban. 1926, Residen Bahagian Ketiga mengarahkan orang
Iban hanya boleh membina rumah panjang yang boleh memuatkan tidak lebih sepuluh keluarga.
Orang Iban membantah arahan tersebut kerana bertentangan dengan adat mereka. Residen
Bahagian Ketiga berusaha menghantar wakil berjumpa dengan Asun untuk mengadakan
rundingan namun Asun terus menentang dan menghasut orang Iban. Pada Disember 1932, Asun
menyerah diri kepada Pegawai Daerah. Asun dipenjarakan dan selepas itu dibuang daerah ke
Lundu.

You might also like