Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

SMK BUGAYA, SEMPORNA TAHUN 2021

SALUTASI ( UCAPAN PENGETUA )

Bismillahirrahmanirahim.
Salam JPN Sabah, Sabah Maju Jaya, Sabah Hebat, Katakan tidak kepada
No.16, Katakan Ya kepada 10 Terbaik, Salam PPD Semporna Memacu
Kecemerlangan, Love, Mutual Respect, and Happiness

Assalammualaikum and a very good morning to

Datuk Dr. Mistrine Binti Radin,


Sabah State Education Director

Mr. Ibnu Bin Hj Jaani,


Semporna District Education Officer

Datuk Hj Donald bin Hj Hanapi,


The President of SMK Bugaya Parents Teachers Association (PTA)

Mr. Moktar Bin Asan,


Police Liaison Officer of SMK Bugaya

Mr. Hj. Zaini bin Mat,


Senior Administrative Assistant of SMK Bugaya

Mrs. Hajah Rusnah binti Hj Apdal,


Senior Assistant of Students' affairs SMK Bugaya

Mr. Mohammad Yusouf Bin Mohammad,


Senior Assistant of Afternoon Session SMK Bugaya

Miss Rosni Binti Abdul Jal,


Senior Assistant of Special Education SMK Bugaya
Mrs. Masni Binti Hj Ullong,
Senior Assistant of Form 6 SMK Bugaya

Mr Hj Abdul Hussin Bin Abdul Sairi,


Acting Senior Assistant Co-Curriculum

Mr Abdul Hakim bin Ummahil,


Executive Director of Outstanding Students Awards Ceremony and
Head of Technical and Vocational Department

Mr. Mohd Akmal Atiq bin Zulkafli,


Director of Outstanding Students Awards Ceremony

Head of Departments, Teachers, PTA Committee of SMK Bugaya,


Parents and Students that will be accepting their awards today.

1. Terlebih dahulu saya ingin merafakkan kesyukuran kehadrat Ilahi


kerana dengan limpah izin-Nya kita masih diberi peluang sekali lagi
bersua secara maya bersama tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
sekalian untuk meraikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dalam
norma baharu. Bagi pihak sekolah, saya ingin merakamkan penghargaan
dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk
Dr. Mistirine Binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah kerana
sudi hadir bagi merasmikan majlis kita pada pagi ini. Terima kasih saya
ucapkan kepada Ahli jawatankuasa induk ketua Bidang Teknik
Vokasional dan semua ahli jawatankuasa atas komitmen yang diberi
untuk memastikan Majlis Anugerah Pelajar dapat dilaksanakan dengan
jayanya.
Ladies and gentlemen,

2. This year is the second year we have experienced the Covid-19


pandemic. Yet this situation is not a constraint for us not to celebrate or
recognize the excellence of students in the curriculum. We as Education
citizens will continue to ensure that students are appreciated. The covid-
19 pandemic has made us, as educational citizens to be more creative in
the process of teaching and learning, management as well as
administration. There are several applications that we have used to
channel information such as WhatsApp, telegram, Google Meet,
YouTube, Microsoft Teams, Tik-Tok, webinars and so on. We need to
rise to this challenge and empower all students to continue to develop
their potential in the curriculum. The proof is that this morning, those
students who are excel in education, personality and spirituality are still
being celebrated. Our focus is on the principle of being a student in
accordance with the new norms is still one of our priorities.

3. Bagi memastikan pelajar-pelajar tidak keciciran pelajaran , pihak


sekolah juga telah berusaha menyediakan modul offline yang diambil
secara pandu lalu. Bukan itu sahaja, pihak sekolah dengan kerjasama
Pejabat Pendidikan Daerah telah menghantar modul dan soalan
pentaksiran ke beberapa buah pulau seperti Pulau Larapan, Pulau
Sumandi, Pulau Selakan dan lain-lain kerana kami memahami terdapat
segelintir pelajar-pelajar sekolah ini tinggal di kawasan yang tidak
mempunyai capaian internet, berkongsi telefon dan ada yang tidak
mempunyai kredit. Justeru itu kami mengharapkan agar pelajar bersama
ibu bapa jangan pernah merasa bosan dengan situasi pembelajaran yang
tidak pernah berlaku dalam dunia pendidikan sebaliknya jadikan ia
sebagai satu cabaran yang perlu tempuhi dengan bijak. Kami pihak
sekolah sentiasa berusaha memikirkan pelbagai cara agar misi dan visi
sekolah meraih target kecemerlangan dapat direallisasikan.
Tuan-tuan dan puan-puan;

4. Pihak sekolah sentiasa mematuhi dasar yang telah ditetapkan oleh


Kementerian Pendidikan iaitu melaksanakan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBD), Professional Learning Community (PLC) dalam
kalangan pentadbir dan guru . High Immersive Programme (HIP) iaitu
satu program untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris , dan
Project Based Learning (PBL) juga telah dapat dilaksanakan mengikut
garis panduan-garis panduan yang telah ditetapkan dan sesuai dengan
situasi sekarang.

5. Dalam aspek pentadbiran kita masih lagi meneruskan sekolah


mentor KBAT kerana SMK Bugaya telah dianugerahkan sekolah
cemerlang pembudayaan KBAT peringkat kebangsaan. Suka saya
memaklumkan SMK.Bugaya telah terpilih antara sekolah terbaik dalam
pembudayaan PLC dan kajian tindakan. Bukan itu sahaja, SMK Bugaya
telah mendapat Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Terbaik Daerah dan
guru ikon GPM. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan
memperkasakan NILAM sebagai satu sokongan kepada pengurusan
akademik pelajar.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati ,


6. Di sini saya mengucapkan Tahniah dan syabas kepada warga SMK
Bugaya atas kecemerlangan yang telah dicapai dalam peperiksaan awam
SPM baru-baru ini. Tahniah kepada semua guru yang membantu
melonjakkan pencapaian SPM . Pelajar terbaik SPM tahun 2020 ialah
adik Masitah Binti Rosli yang memperolehi keputusan 8A 2B, Ain
Asmaliza Athirah Binti Murshid dengan pencapaian 7A,1B,1C dan adik
Afiq Fauzan Bin Jais 7A,1B,1D. Keputusan Lulus Penuh Mata
Pelajaran juga meningkat iaitu sebanyak 88.15%, dengan Gred Purata
Sekolah 6.37 tahun 2020 berbanding 80.67% pada tahun 2019 dengan
gred purata 6.4. Selain itu, SMK.Bugaya juga telah mencapai dua mata
pelajaran terbaik negeri Sabah iaitu mata pelajaran Sains Komputer dan
Reka Cipta.

7. Seterusnya bagi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia


(STPM) 2020, SMK Bugaya masih mengatasi negeri dan kebangsaan
dengan lulus penuh 100% dengan gred purata sekolah sebanyak 2.81.
SMK.Bugaya masih antara empat sekolah terbaik negeri Sabah kategori
tiga. Alhamdulillah, Tahun ini SMK Bugaya telah mendapat dua
Anugerah Mekar iaitu Anugerah Sekolah Lulus 100% dan Anugerah
Platinum Sekolah Lulus 100% tiga tahun berturut-turut. Satu lagi
tambahan Anugerah kita terima iaitu Anugerah dengan SSQS 5 Bintang.
Pelajar terbaik STPM tahun 2020 iaitu adik Syarmila Binti Sahari
PNGK 3.92 dengan pencapaian 3A 1A- dan Adik Noorashatul Soleha
Raihana Shahfinaz Wani Binti Hendra Sulaiman PNGK 3.92 dengan
pencapaian 3A 1A-.

Hadirin yang dihormati sekalian,

8. Besarlah harapan saya semoga pengurusan kurikulum sama ada


dari segi pentadbiran, guru-guru dan pelajar lebih berfokus dan
berimpak sesuai dengan gelombang ke 3 PPPM 2013-2025 iaitu
menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.

9. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menerima


anugerah pada pagi ini. Kepada pelajar SPM 2020 selamat meneruskan
perjuangan ke Tingkatan 6 atau yang memilih meneruskan pelajaran di
peringkat diploma dan selamat menempuh alam baru di menara gading.
Kumpulah dan galilah ilmu sebanyak-banyaknya kerana ilmu itu
permata yang tinggi nilainya memerlukan kekuatan, kesabaran dan
kecekalan. Pastikan dalam usaha merai kejayaan iringilah dengan
dekatkan diri kepada Allah dan taat kepada ibu bapa agar perjalanan
hidup yang ditempuh mendapat rahmat dan redhaNYA.

10. Saya juga mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah terbaik


PDPR. Teruskan komitmen dan semoga jadi penyuntik semangat untuk
rakan-rakan lain supaya aktif dalam PDPR.

Tuan-tuan dan puan-puan,

11. Saya amat bersyukur kerana mendapat kerjasama yang padu


daripada semua warga sekolah yang sanggup menggalas tugas dengan
penuh komitmen bagi kecemerlangan pelajar umumnya. Harapan saya
agar SMK Bugaya terus menjana kecemerlangan dalam kurikulum dan
kokurikulum.

12. Saya juga berasa sungguh bertuah kerana mempunyai barisan


PIBG yang prihatin dengan pembangunan pendidikan anak-anak di
sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada YDP PIBG Datuk Hj Donald b Hj Hanapi yang
sentiasa memastikan dan cakna terhadap kecemerlangan pelajar, begitu
juga dengan ibu bapa yang sentiasa mendokong serta menyokong penuh
setiap program-program sekolah serta membantu memantau pendidikan
anak-anak di rumah. Kerjasama yang erat inilah yang menghasilkan
kecemerlangan dan kemenjadian para pelajar SMK Bugaya ibarat aur
dengan tebing.
Tuan-tuan dan puan-puan

13. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang
berjaya dalam bidang akademik. Begitu juga kepada para guru yang
berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam
mendidik anak-anak kita. Diharapkan anugerah ini terus membakar
semangat masing-masing untuk terus maju jaya. Rebutlah setiap peluang
dan ruang yang ada di sekolah untuk membina masa hadapan yang
gemilang dari segi rohani dan jasmani. Jadilah anak-anak yang mampu
merubah nasib keluarga di samping membanggakan agama, bangsa dan
negara.
Sebagai penghias bicara akhir, terimalah dua rangkap pantun daripada
saya.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh tepi jambangan,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Sekian, Terima kasih.

ROZITA BINTI ANJUH


Pengetua SMK Bugaya Semporna
Merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2021
SMK Bugaya

You might also like