Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KURIKULUM SMK SUKAU, KINABATANGAN

BIL 03 TAHUN 2010

Tarikh : 06.04.2010
Masa : 12.35 Tengahari
Tempat : Bilik gerakan

Kehadiran :
1. En. Saiful Nizam Bin Abu Bakar (P.K PENTADBIRAN)
2. Pn. Hasmaini Bt. Abdullah (P.K HEM)
3. En. Ahmad Sabri Bin Mansor (P.K KOKUM)
4. Pn. Norazura Bt Mohd Nasir (PENYELIA PETANG)
5. En. Syamsyury Bin Muhamed
6. Pn. Noor Hashimah Bt. Awang
7. En. Affandi Bin Awang Ghani
8. En. Patrick Ak Pindek
9. En. Fung Vui Fah
10. En. Jack Junior Simon
11. En. Tung Kwung Soon
12. En. Nik Erwan Nazruddin Bin Nik Kub
13. En. Mohd Aizamuddy Bin Muda
14. Cik Jane Frances Henry
15. En. Mohd Hariz Bin Ab. Kadir
16. En. Yusmarizal Bin Alias
17. En. Mohd Hanis Izdihar Bin Adnan
18. Cik Nur Alizawati Bt Ahmad Masri
19. En. Ardi Bin Abdul Adis
20. En. Azran bin Salleh
21. En. M. Sharum Bin Bandu
22. Pn. Monica Liong Shau Ching
23. Cik Valery Bt. Verus
24. Pn. Saiha Bt. Japar
25. Cik Napisah Bt. Saide
26. Cik Nor Faizah Bt. Yusof
27. En. Ismail Bin Riduan

Tidak Hadir :
- Semua Hadir
Agenda:
1. Ucapan Pengerusi En. Saiful Nizam Bin Abu Bakar
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Headcount PMR dan SPM
5. Laporan Perkembangan PROBIM BM dan Matematik
6. Laporan Perkembangan PBS
7. Soalan Peperiksaan
8. Hal-hal Lain
01. Ucapan Pengerusi En. Saiful Nizam Bin Abu Bakar
En. Saiful mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke mesyuarat kurikulum bil.03 tahun 2010 dan mengucapkan
terima kasih kepada semua guru kerana hadir pada mesyuarat hari ini.

02. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


Pengesahan minit mesyuarat kurikulum bil.02 tahun 2010 telah dicadangkan oleh En. Nik Erwan dan disokong
oleh En Yusmarizal. Minit mesyuarat tersebut telah disahkan pada pukul 12.40 tengahari.

03. Perkara Berbangkit


3.1 Perkara 7.1 (i), Warden asrama memaklumkan bahawa cadangan untuk mengadakan sesi bahas
pada setiap minggu bagi pelajar-pelajar asrama belum dilaksanakan lagi.

3.2 Bagi Perkara 7.1 (ii), En. Patrick menyatakan bahawa cadangan untuk mengadakan aktiviti
menghafal lirik lagu bagi kelas yang lemah dalam Bahasa Inggeris tidak akan dilaksanakan kerana
ia tidak sesuai untuk murid sekolah menengah.

04. Headcount PMR dan SPM


4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa berdasarkan Headcount yang telah dibuat oleh guru-guru, hanya
empat orang sahaja pelajar yang akan lulus semua subjek dalam PMR. Oleh itu, beliau meminta
guru-guru untuk mengubah data dalam Headcount tersebut agar lebih ramai pelajar yang dijangka
akan lulus semua subjek dalam PMR. Beliau juga memaklumkan bahawa kelas tambahan akan
dibuat untuk pelajar PMR dan SPM dalam waktu yang terdekat.

4.2 Pengerusi seterusnya meminta guru-guru yang mengajar kelas SPM supaya menumpukan kepada
subjek yang GPMP nya menurun.
Tindakan : Guru PMR dan SPM

05. Laporan Perkembangan PROBIM BM dan Matematik


5.1 Menurut En. Haniz, PROBIM bagi subjek matematik belum dilaksanakan lagi. Pn. Norhashimah
pula melaporkan bahawa PROBIM bagi subjek BM telah pun bermula.

5.2 Pengerusi mengingatkan Panitia Matematik supaya melaksanakan dengan segera PROBIM bagi
subjek tersebut.
Tindakan : Panitia Matematik

06. Laporan Perkembangan PBS


6.1 Guru-guru yang terlibat melaporkan bahawa PBS telah pun mula dilaksanakan.

6.2 Pengerusi memaklumkan bahaw a pelajar-pelajar yang mengambil subjek sains tulen juga perlu
melaksanakan PBS. Menurut beliau lagi, surat pemberitahuan ibu bapa mengenai pelaksanaan PBS
akan dibuat secara berpusat.

07. Soalan Peperiksaan


7.1 Pengerusi meminta semua guru yang mengajar kelas PMR dan SPM supaya membuat soalan
peperiksaan yang mirip soalan sebenar.
Tindakan : Semua staf

08. Hal-hal Lain


8.1 Pengerusi meminta semua Ketua Panitia supaya menyimpan semua minit mesyuarat yang lengkap
di dalam fail. Fail tersebut hendaklah disimpan di bilik fail.

8.2 Menurut beliau lagi, pada tahun ini, soalan Excel akan dicetak oleh PPD.

8.3 Jadual waktu anjal akan dilaksanakan untuk pelajar PMR dan SPM. Ia akan bermula selepas cuti
pertengahan penggal 1.
Mesyuarat ditangguhkan 30 minit selepas pukul 1.00 petang.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

(Ismail Bin Riduan) (En Saiful Nizam Abu Bakar)


Setiausaha Sekolah Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Sukau, Kinabatangan SMK Sukau, Kinabatangan

Pengesahan minit dicadang oleh : ……………………………………………….


Disokong oleh : ……………………………………………….
Tarikh : ……………………………………………….
Masa : ……………………………………………….

You might also like