Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

TAJUK: MENJALANKAN AMALI UJIAN-UJIAN MAKMAL UNTUK PELBAGAI SAMPEL

AIR

Tujuan

Mengenalpasti kualiti dan kebersihan sampel air yang diambil

Pengenalan

Air merupakan sumber penting bagi manusia serta elemen yang terdapat di
bumi. Setiap sumber air membawa kepentingan kepada alam dari pelbagai aspek
seperti aktiviti pertanian, aktiviti domestik malah industri. Terdapat pelbagai jenis air
yang berada di seluruh bumi seperti air hujan, air laut, air bawah tanah dan lain-lain
lagi. Air hujan yang turun akan mengalir ke kawasan tadahan hujan, takungan air serta
bawah tanah. Terdapat sumber air yang mempunyai bendasing seperti mikroorganisma
maka proses rawatan adalah signifikan bagi menentukan kualiti air bersih. Menurut
National Marine Sanctuaries (t.t), kualiti air diukur daripada pelbagai faktor seperti
kepekatan oksigen terlarut, paras bakteria serta jumlah garam. Dalam sesetengah
sampel air juga, kepekatan alga, kuantiti racun perosak serta bahan bendasing turut
diukur bagi menentukan kualiti air. Oleh itu, eksperimen ini dijalankan bagi menentukan
kualiti air bagi setiap sampel air yang diambil iaitu air paip, air mineral, air minuman
serta air kolam.

Alat radas dan bahan

Sampel air P (air paip), sampel air Q (air minuman), sampel air R (air mineral), sampel
air S (air kolam), kertas litmus biru dan merah, tabung uji, rak tabung uji, fenol, bikar,
forsep, rod kaca, bahan A (asid sulfurik, kalium dikromat, argentum sulfat), penitis,
kertas turas, corong turas, pelekat label
Pemboleh ubah:

a) Dimanipulasi : Jenis sampel air


b) Bergerak balas : Perubahan warna pada kertas litmus, kehadiran pepejal
terampai pada kertas turas, perubahan warna pada
sampel sampel air yang telah dicampurkan

Prosedur

A) Ujian pH dan klorin


1. Sampel air P dimasukkan ke dalam bikar.
2. Kertas litmus biru dan merah dimasukkan ke dalam bikar tersebut.
3. Fenol dititiskan ke dalam sampel air tersebut.
4. Pemerhatian dicatatkan dalam jadual.
5. Langkah 1 hingga 4 diulangi dengan sampel air yang lain.

B) Ujian Pepejal Terampai


1. 100 ml sampel air P, Q, R dan S dimasukkan ke dalam bikar 100 ml secara
berasingan.
2. Kertas turas ditimbang terlebih dahulu menggunakan penimbang elektronik untuk
mendapatkan jisim awal kertas turas.
3. Kemudian, kertas turas diletakkan di corong turas dan sampel air P, Q, R dan S
dituras pada corong turas menggunakan kertas turas.
4. Kertas turas tersebut dikeringkan pada suhu bilik sehingga kering.
5. Kertas turas bagi setiap sampel air ditimbang semula.
6. Perbezaan antara jisim sebelum dan jisim selepas eksperimen bagi kertas turas
dikira bagi mendapatkan jisim pepejal terampai yang terdapat dalam sampel air
P, Q, R dan S.
C) Ujian Keperluan Kimia Oksigen (COD)
1. Empat jenis sampel air yang berlainan telah disediakan di dalam bikar yang
berasingan.
2. Sampel air P dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji.
3. Bahan A yang terdiri daripada asid sulfurik, kalium dikromat dan argentum sulfat
dititiskan menggunakan penitis ke dalam tabung uji yang mempunyai sampel air.
4. Campuran bahan tersebut dibiarkan selama 2 jam.
5. Langkah 2 hingga langkah 4 diulangi dengan menggunakan sampel air yang
berlainan.
Keputusan

A. Ujian pH dan klorin

Sebelum dititiskan fenol Selepas dititiskan fenol


Kertas Kertas litmus Kertas Kertas
Sampel Inferens Inferens
litmus merah litmus litmus
air
biru biru merah
P Biru Biru Alkali Biru Merah Neutral
Q Biru Merah Neutral Biru Merah Neutral
R Biru Merah Neutral Biru Biru Alkali
S Biru Biru Alkali Biru Biru Alkali

Kehadiran klorin
Hadir Tidak hadir
Sampel air
P √
Q √
R √
S √

B. Ujian pepejal terampai


Jisim, m (g)
Kertas turas Kertas turas Jisim
sebelum selepas pepejal
Sampel Pemerhatian
eksperimen eksperimen terampai
air
(bersama pepejal
terampai)
P Tiada pepejal terampai 1.9 1.9 0

Q Tiada pepejal terampai 1.9 1.9 0

R Tiada pepejal terampai 1.9 1.9 0

S Terdapat pepejal hitam 1.9 4.3 2.4


dan coklat gelap

C. Ujian Keperluan Oksigen Kimia (COD)

Sampel air Pemerhatian


P Larutan berwarna kuning cair terbentuk
Q Larutan berwarna kuning cair terbentuk
R Larutan berwarna kuning cair terbentuk
S Larutan berwarna kuning cair terbentuk

Perbincangan

pH
Berdasarkan ujian bagi setiap sampel air, kualiti air dapat dikenal pasti
bagi setiap lokasi sampel air diambil. Bagi ujian pH, pengujian pH dilakukan bagi
mengukur sifat asid dan alkali bagi sampel air yang dipilih. Menurut USGS (t.t),
nilai pH menunjukkan sejauh mana air tersebut berasid atau beralkali serta
kehadiran ion hidrogen (H+) dalam larutan air. Air yang mempunyai banyak ion
hidrogen adalah berasid manakala air yang mempunyai lebih ion hidroksil adalah
beralkali. Oleh kerana nilai pH dipengaruhi oleh bahan kimia dalam air, pH
merupakan penunjuk penting sama ada air tersebut berubah secara kimia.
Melalui ujian yang dilakukan, pH air paip menunjukkan air paip bersifat alkali
lemah. Hal ini kerana air paip telah menjalani beberapa proses rawatan untuk
dijadikan sebagai air terawat. Menurut Safe Drinking Water Foundation (2017),
air paip mengalami proses pengklorinan dengan klorin ditambah ke dalam air
semasa dirawat agar dapat membasmi kuman. Klorin akan menyahaktifkan
mikroorganisma dengan merosakkan membran selnya. Setelah membran sel
menjadi lemah, klorin akan memasuki sel mikroorganisma tersebut dan
menganggu respirasi sel serta DNA. Oleh itu, ini menjelaskan keputusan kertas
litmus merah yang bertukar menjadi biru selepas diuji dengan air paip bagi
menunjukkan air paip yang bersifat alkali. Tambahan pula, selepas fenol
dititiskan ke dalam air paip tersebut, fenol akan menyingkirkan klorin. Maka, nilai
pH air paip akan kembali menjadi neutral.

Selain itu, nilai pH bagi air minuman adalah neutral berdasarkan


keputusan yang diperoleh. Menurut The Daily Star (2015), nilai pH bagi air
minuman ialah 7 iaitu bersifat neutral. Pada masa yang sama, air mineral
menunjukkan nilai pH adalah neutral kerana kertas litmus merah serta biru tidak
menunjukkan sebarang perubahan selepas dititiskan air mineral. Ini dapat
dibuktikan oleh Kulthanan, Nuchkull dan Varothai (2013) yang menyatakan
bahawa nilai pH air mineral ialah 7.5 iaitu masih dalam lingkungan pH bersifat
neutral.

Di samping itu, apabila kertas litmus merah dititiskan dengan air kolam,
kertas tersebut berubah menjadi warna biru. Ini menunjukkan nilai pH bagi air
kolam adalah alkali. Menurut Pahlen AB (2018), nilai pH optimum bagi air kolam
ialah 7.4 dan tambahan pula air kolam mempunyai klorin. Air kolam bersifat alkali
kerana terdedah dengan persekitaran serta hujan yang boleh meningkatkan
tahap keasidan air kolam tersebut. Ini menjelaskan bahawa setelah fenol
dititiskan ke dalam air kolam, kertas litmus merah bertukar menjadi biru bagi
menunjukkan air kolam tersebut bersifat alkali.

Kehadiran klorin

Berdasarkan ujian klorin yang dilakukan pula, secara teori, ujian klorin
yang positif akan menunjukkan keputusan tersebut:

Rajah 1 menunjukkan warna air bagi menunjukkan kehadiran klorin

Walaubagaimanapun, warna yang diperoleh berdasarkan ujian klorin


mendapati terdapat warna biru dan hijau. Ini tidak bertepatan dengan jadual
klorin. Hanya air kolam sahaja menunjukkan ujian positif terhadap ujian klorin
iaitu warna kuning jingga. Meskipun begitu, kandungan klorin dalam setiap
sampel air dikaitkan dengan nilai pH melalui graf kepekatan klorin melawan nilai
pH:
Rajah 2 menunjukkan graf kepekatan klorin melawan nilai pH

Berdasarkan graf, semakin rendah kepekatan klorin, semakin tinggi nilai


pH. Ini menjelaskan bahawa air paip bersifat alkali kerana mengandungi klorin di
dalam air tersebut. Air paip merupakan air rawatan yang mengandungi klorin
bagi membasmi kuman supaya dapat digunakan dengan selamat. Bagi air
mineral pula, secara teori, air mineral tidak mengandungi klorin kerana menurut
Norrani Eksan (2014), air mineral akan mengalami rawatan pengklorinan dan
pendeklorinan. Rawatan pengklorinan dilakukan bagi membasmi kuman yang
terdapat dalam air manakala pengdeklorinan dijalankan bagi menyingkirkan
kandungan klorin dalam air tersebut. Hal ini bagi memastikan pengguna dapat
meminum dengan selamat. Bukan itu sahaja, menurut Norrani Eksan (2014), air
minuman tidak mengandungi klorin kerana mengalami proses penurasan. Proses
ini adalah bertujuan untuk menyingkirkan kandungan klorin dalam air.
Bagi air kolam pula, keputusan menunjukkan terdapat kehadiran klorin
dalam air kolam. Hal ini kerana menurut The Pool Butler (2018), air kolam
memerlukan klorin bagi memastikan air tersebut bersih dan selamat bagi
pengguna untuk bermandi-manda. Klorin dapat menghalang daripada
pertumbuhan alga berlaku dalam air kolam tersebut. Sekiranya air kolam tidak
dirawat dengan klorin, manusia akan mudah dijangkiti bakteria yang
menyebabkan penyakit kulit, masalah pernafasan dan lain-lain lagi.

Kehadiran pepejal terampai

Berdasarkan keputusan bagi menguji kehadiran pepejal terampai, hanya


air kolam sahaja menunjukkan terdapat pepejal terampai. Hal ini kerana air
kolam terdedah kepada persekitaran seperti air hujan dan dalam air hujan
berkemungkinan terdapat bendasing yang menyebabkan wujudnya pepejal
terampai. Tambahan pula, bendasing seperti tanah juga mencemarkan sampel
air kolam. Air hujan yang turun menyebabkan kuantiti air kolam bertambah tidak
menjalani proses penurasan serta penyulingan dan ini menyumbang kepada
pengumpulan pepejal terampai dalam air kolam tersebut. Kandungan pepejal
terampai yang wujud menunjukkan kualiti air kolam tercemar. Bagi ujian pepejal
terampai terhadap sampel air lain seperti air paip, air mineral dan air minuman,
tiada pepejal terampai hadir dalam kesemua sampel air tersebut. Hal ini kerana
kesemua sampel air tersebut telah menjalani proses rawatan supaya kualiti air
tersebut adalah bersih dan selamat digunakan.
COD

Penentuan Chemical Oxygen Demand, COD, adalah ukuran bilangan


oksigen yang diperlukan untuk mengoksidakan bahan kimia yang wujud dalam
air tersebut. Ujian COD ini dijalankan dengan mencampurkan sampel air dengan
asid sulfurik pekat serta kalium dikromat serta argentum sulfat sebagai
pemangkin. Bahan-bahan ini dicampurkan dengan setiap sampel air bagi
menentukan nilai COD. Secara teori, semakin gelap warna kuning yang
terbentuk pada sampel air, semakin tinggi nilai COD. Ini bermakna kandungan
bahan organik dalam sampel air tersebut adalah tinggi dan peratus oksigen
adalah rendah. Berdasarkan keputusan ujian, kesemua sampel air yang diuji
berubah warna menjadi warna kuning cair. Ini menunjukkan bahawa nilai COD
bagi setiap sampel air adalah rendah. Nilai COD bagi air paip adalah rendah
kerana oksigen yang digunakan bagi mengoksidakan bahan kimia yang terdapat
dalam air paip adalah sedikit. Bagi air mineral pula, menurut Kementerian
Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (2019), nilai COD
bagi air mineral ialah 10 mg/l. Hal ini kerana air mineral mengandungi kalsium,
natrium, klorida, kalium dan magnesium. Oleh itu, jumlah oksigen yang
diperlukan untuk tindak balas kimia dengan mengoksidakan bahan organik
adalah 10 mg/l. Bagi air kolam pula, nilai COD juga adalah sederhana kerana
berdasarkan pemerhatian, kolam tersebut mempunyai pembiakan alga. Ini
menjelaskan kolam tersebut mempunyai kadar oksigen yang rendah maka alga
mula membiak.
Semasa menjalankan eksperimen, beberapa kemahiran saintifik
digunakan. Antaranya ialah kemahiran memerhati iaitu deria penglihatan
digunakan semasa menjalankan pemerhatian terhadap perubahan warna setelah
bahan-bahan A dicampurkan kepada setiap sampel air. Selain itu, pemerhatian
juga dijalankan bagi melihat sama ada terdapat kehadiran pepejal terampai pada
setiap sampel air yang diuji. Selain itu, kemahiran mengukur dan menggunakan
nombor juga diaplikasikan semasa menimbang jisim kertas turas sebelum dan
selepas eksperimen bagi menentukan jisim pepejal terampai. Kemahiran
berkomunikasi juga diterapkan apabila data yang terkumpul dapat
dipersembahkan melalui bentuk jadual. Di samping itu, kemahiran membuat
inferens juga digunakan semasa menjalankan eksperimen iaitu kesimpulan awal
ditentukan bagi eksperimen ini.

Langkah berjaga-jaga

1. Bikar perlu dicuci dengan air suling terlebih dahulu dan dikeringkan sebelum
menuangkan air sampel ke dalamnya.
2. Pastikan mata berserenjang dengan skala bacaan alat penimbang elektronik ketika
mengambil bacaan agar dapat mengelakkan ralat paralaks.
3. Pastikan tangan kering sebelum menggunakan kertas litmus kerana kertas litmus
sangat sensitif dengan permukaan yang lembab dan boleh menyebabkan
perubahan warna.
4. Kertas turas perlulah dikeringkan terlebih dahulu semasa ujian pepejal terampai
agar dapat memperoleh jisim sebenar pepejal terampai.
5. Larutan fenol perlu dikacau dengan sekata supaya klorin dapat dineutralkan dengan
sempurna.
Soalan perbincangan

Sekiranya anda diberi dua jenis bikar yang mengandungi larutan tidak berwarna.
Bagaimanakah anda dapat menentukan yang mana satukah mengandungi air?

Kehadiran air bagi salah satu larutan dapat diuji dengan menggunakan kertas kobalt
klorida kontang. Kertas kobalt klorida kontang ini berwarna biru. Bahan di dalam kertas
kobalt klorida adalah bahan yang sangat sensitif terhadap kewujudan air. Apabila ia
terdedah dan terkena molekul air, ia akan berubah menjadi warna merah jambu.
Semakin banyak air semakin cepat perubahan warna merah jambu tersebut. Warna
kertas kobalt klorida tidak berubah jika tiada kewujudan air.

Kesimpulan

Tuntasnya, kualiti air dapat ditentukan dengan menguji nilai pH sampel air, kandungan
klorin, chemical oxygen demand dan kehadiran pepejal terampai. Berdasarkan ujian
yang dijalankan, air mineral serta air minuman merupakan sumber air paling bersih
berbanding air kolam dan air paip. Hal ini kerana nilai pH air minuman dan air mineral
adalah neutral dan tiada kehadiran pepejal terampai. Tambahan pula, tahap klorin yang
rendah juga menjadikan kedua-dua sumber air tersebut selamat untuk digunakan dalam
kehidupan seharian.
Rujukan

Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. (2019). Standard
dan Indeks Kualiti Air Tanah Malaysia. Diperoleh daripada
https://www.doe.gov.my/portalv1/wp-content/uploads/2019/04/Standard-Kualiti-Air-
Tanah.pdf

Kulthanan, K., Nuchkull, P. dan Varothai, S. (2013). The pH of water from various sources: an
overview for recommendation for patients with atopic dermatitis. Asia Pac Allergy.
3(3):155–160. doi:10.5415/apallergy.2013.3.3.155

National Marine Sanctuaries. (t.t.) Water quality describes the condition of the water, including
chemical, physical and biological characteristics, usually with respect to its suitability for
particular purpose such as drinking or swimming. Diperoleh daripada
https://floridakeys.noaa.gov/ocean/waterquality.html

Norrani Eksan. (2014). Perbezaan Air Mineral Semula Jadi dan Air Minuman Berbungkus.
Diperoleh daripada http://www.myhealth.gov.my/perbezaan-air-mineral-semula-jadi-ams
-a-air-minuman-berbungkus-amb/

Safe Drinking Water Foundation. (2017). What is Chlorination?. Diperoleh daripada


https://www.safewater.org/fact-sheets-1/2017/1/23/what-is-chlorination

The Daily Store. (2015). What should be the pH value of drinking water?. Diperoleh daripada
https://www.thedailystar.net/health/what-should-be-the-ph-value-drinking-water-138382

The Pool Butler. (2018). Why do Swimming Pools Need Chlorine?. Diperoleh daripada
https://www.thepoolbutler.net/why-do-swimming-pools-need-chlorine/

USGS. (t.t). pH and Water. Diperoleh daripada https://www.usgs.gov/special-topic/water


-scienceschool/science/ph-and-water?qt-science_center_objects=0#qt
science_center_objects
LAMPIRAN

Rajah menunjukkan hasil eksperimen bagi ujian COD

Rajah menunjukkan hasil eksperimen bagi pepejal terampai


Rajah menunjukkan hasil eksperimen bagi ujian pH setiap sampel air

You might also like