Professional Documents
Culture Documents
Biografi Pak Natsir
Biografi Pak Natsir
Pak Natsir atau nama sebenarnya ialah Mohammad Natsir yang lahir pada hari Jumaat, 17hb
Julai 1908 bersamaan dengan 17 Jamadil Akhir 1326 Hijrah di Alahan Panjang, Laembah
Gumanti, Solok, Sumatera Barat.
Bapa kepada Pak Natsir iaitu Idris Sutan Saripado yang berasal dari Indonesia berkerja sebagai
pegawai pemerintah di Alahan Panjang. Ibunya pula ialah Khadijah yang beketurunan Chaniago.
Ibu dan Bapa kepada Pak Natsir adalah beragama islam. Beliau juga mempunyai 3 adik beradik
iaitu Yukiman, Rubiah dan Yohanusun. Selain itu dia merupakan pemangku adat untuk kaumnya
yang berasal dari Maninjau, Tanjung Raya, Agam dengan gelaran Datuk Sinaro Panjang.
Pada 20hb Oktober 1934, beliau telah melaksanakan perkahwinan bersama seorang wanita yang
bernama Puti Nur Nahar. Isteri beliau adalah seorang guru tadika di Bandung. Mereka
mempunyai 6 orang anak iaitu Siti Mukhlisah (1936), Abu Hanifah (1937), Asma Faridah
(1939), Hasnah Faizah (1941), Aisyatul Asriyah (1942), dan Ahmad Fauzi (1944).
KESIMPULANNYA
Muhammad Natsir atau Pak Natsir memang seorang yang cemerlang bagi keugamaan dan
keintelektualnya dari kecil hingga besar kerana mengikut M.Dzulfikriddin iaitu seorang penulis
buku sejarah Indonesia mengatakan dua perkara tentang kecemerlangan pemikiran, kehidupan
dan aktiviti politik Muhammad Natsir. Yang pertama ialah guru-guru beliau iaitu Ahmad Hassan
dan Agus Salim yang telah mempengaruhi pemikiran beliau tentang keugamaan dan juga
kebaikkan ketika dalam politik. Bagi Keugamaan ialah Ustaz Ahmad Hassan dan bagi politik
ialah Agus Salim.
Kejayaan beliau boleh dilihat melalui penulisan, cemerlang dalam bidang keagamaan,
dakwahnya, pendidikannya dan politik. Seorang ahli politik dan pensyarah dan merupakan
mantan rekto Universiti Negeri Jakarta ataupun Indonesia Muslim Scholar mengatakan bahawa
Muhammad Natsir ialah seorang ulama intelektual iaitu beliau melahirkan ilmu pengetahuan
yang monumental kerana ianya menyelesaikan masalah social, politik, ekonomi, Pendidikan,
dakwah dan pelbagai aspek. Di antara buku-buku Muhammad Natsir ialah:
1. Ilmu yang berkenaan dengan Islam:
1. Islam Sebagai Ideologi [Jakarta: Pustaka Aida, 1951]
2. Islam dan Akal Merdeka [Jakarta: Bulan Bintang, 1969]
3. Islam dan Kristen di Indonesia [Jakarta: bulan Bintang, 1969]
4. Asas Keyakinan Agama Kami [Jakarta: DDII, 1984]
5. Mempersatukan Umat Islam [Jakarta: Samudra, 1983]
6. Di Bawah Naungan Risalah [Jakarta: Sinar Hudaya, 1971]
7. Pandai-pandai Bersyukur Nikmat [Jakarta: Bulan Bintang, 1980]
8. Bahaya Takut [Jakarta: Media Dakwah, 1991]
9. Dunia Islam dari Masa ke Masa [Jakarta: Panji Masyarakat, 1982]
10. Iman Sebagai Sumber Kekuatan Lahir dan Batin [Jakarta: Fajar Shadiq, 1975]
11. Marilah Shalat [Jakarta: Media Dakwah, 1999]
2. Ilmu yang berkenaan dengan dakwah:
1. Fiqhud Dakwah [Solo: Ramadhani, 1965]
2. Dakwah dan Pembangunan [Jakarta: Media Dakwah, th.]
3. Mencari Modus Vivindi Antara Umat Beragama di Indonesia [Jakarta: Media
Dakwah, 1983]
4. Kubu Pertahanan Umat Islam dari Abad ke Abad [Jakarta: Panji Masyarakat,
1982]
5. Buku PMP dan Mutiara yang Hilang [Jakarta: Panji Masyarakat, 1982]
6. Kumpulan Kutbah Dua Hari Raya [Jakarta: Media Dakwah, 1978]
7. Pancasila akan Hidup Subur sekali dalam Pengakuan Islam [Bangil: Al-
Muslimun, 1982]
3. Ilmu yang berkenaan dengan politik:
1. Demokrasi di Bawah Hukum [Jakarta: Media Dakwah, 1986]
2. Agama dan Negara dalam Perspektif Islam [Jakarta: Media Dakwah, 2001]
3. Indonesia di Persimpangan Jalan [Jakarta: t.p, 1984]
4. Tempatkan Kembali Pancasila pada Kedudukannya yang Konstitusional [Jakarta:
t.p, 1985]
5. Pendidikan, Pengorbanan, Kepemimpinan, Primordialisme, dan Nostalgia
[Jakarta: Media Dakwah, 1987]
4. Ilmu yang berkenaan dengan pelbagai aspek:
1. Kapita Selekta I [Jakarta: Bulan Bintang, 1954]
2. Kapita Selekta II [Jakarta: Pustaka Pendis, 1957]
Semua buku-buku ini boleh dijumpai di perpustakaan Indonesia. Tetapi pada zaman ini, buku ini
tidak terkenal di kalangan generasi muda kerana sesetengah buku tidak lagi ada dan bagi pihak
beliau tidak lagi menerbitkan buku-buku tersebut. Sebab itu generasi muda tidak kenal akan
kehebatan wira Indonesia ini iaitu Muhammad Natsir.
Pada 6hb Februrari 1993 bersamaan 14 Sya’ban 1413 Hijrah, Muhammad Natsir telah
menghembuskan nafas terakhir beliau di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo Jakarta dan
dikuburkan di TPU Karet, Tanah Abang. Ketika itu beliau berumur 85 tahun. Berita tentang
kehilangannya seorang pendakwah yang hebat ini menjadi berita utama dalam pelbagai media
cetak dan elektronik. Walaupun di anggap sebagai pemberontak ketika kerajaan pemerintahan
baru dan lama, beliau masih mempunyai banyak sahabat dan banyak pengikut. Mereka
merasakan kesedihan atas kehilangannya. Mantan Perdana Menteri Jepan iaitu Nakajima apabila
mendengar berita tentang kehilangan Muhammad Natsir dia mengatakan bahawa “Berita tentang
Pak Muhammad Natsir telah meninggal dunia lebih dahsyat dari serangan bom atom Hiroshima”
Oleh itu, beliau adalah seorang yang berusha sedaya upaya untuk ugama islam dan rakyat
Indonesia walaupun banyak yang menentangnya.