Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PENGISIAN HAND-ON WORKSHOP SEMPENA MINGGU ANGKASA SEDUNIA

DIY TELESCOPE

Pengenalan Teleskop merupakan satu alat yang digunakan untuk melihat objek yang jauh seperti
planet dan bintang di angkasa lepas.

Ahli astronomi pertama yang menggunakan teleskop adalah Galileo Galilei pada tahun
1609.

Teleskop terdiri daripada 2 kanta penumpu (convex lens) iaitu kanta objektif dan kanta
mata. Kanta yang berada berdekatan mata ialah kanta mata dan biasanya mempunyai
jarak fokus yang lebih pendek dan kanta objektif mempunyai jarak fokus yang lebih
panjang.
Bahan-bahan 2 unit kanta cembung berlainan saiz
2 unit penggulung tisu
Kertas hitam
Gunting / Pisau
Gam
Prosedur 1. Ukur diameter lens pertama. Diameter lens hendaklah sama dengan diameter
penggulung tisu pertama.
2. Lekatkan lens pertama pada hujung penggulung tisu
3. Langkah yang sama, ukur diameter lens kedua dengan penggulung tisu kedua. Jika
tidak sama, potong bahagian tengah penggulung tisu secara memanjang dan
lekatkan lens kedua pada hujung penggulung tisu. Lekatkan bahagian yang dipotong
tadi.
4. Balut kedua-dua penggulung tisu dengan kertas hitam.
5. Masukkan penggulung tisu kedua ke dalam penggulung tisu pertama.
6. Pastikan penggulung tisu kedua boleh ditarik masuk dan keluar.
7. Laras sehingga imej yang jelas terhasil.
Penggulung Tisu

Kanta Objektif Kanta Mata

Konsep Sains

Cahaya dari objek yang jauh akan difokuskan oleh kanta objektif untuk meghasilkan
imej di hadapan kanta mata. Kanta mata akan bertindak sebagai pembesar dan akan
membesarkan imej.

Sifat imej akhir yang terhasil adalah maya, songsang dan saiznya lebih besar.

Pembesaran yang tinggi dapat diperoleh dengan menambahkan kuasa kanta mata dan
merendahkan kuasa kanta objektif.

Imej akan kelihatan lebih terang sekiranya diameter kanta objektif dibesarkan kerana
lebih banyak cahaya akan dibenarkan masuk ke dalam teleskop.

You might also like