Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)


AMBILAN OKTOBER 2020
SEMESTER 1 TAHUN 2021
TUGASAN 2 ULASAN ARTIKEL
EDUP2102-SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

NAMA : KHAIRUNNISA’ MADIHAH BINTI ABDUL RAHIM


ANGKA GILIRAN : 2020042410122
NO. KAD PENGENALAN : 950830-13-6054
KUMPULAN : PENDIDIKAN ISLAM (SK) 2
KOD DAN NAMA KURSUS : EDUP2102-SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH : ENCIK DING ANAK GIRI
TARIKH HANTAR : 21 FEBRUARI 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah.
Khairunnisa’ Madihah Binti Abdul Rahim
1.0 Pendahuluan

Kepelbagaian budaya menjadi cabaran yang besar kepada murid dan pendidik (Rohaty Mohd.
Majzub, Salasiah Hashim & Elis Johannes H.S, 2011). Budaya etnik lain adalah sangat
penting untuk difahami dan kefahaman ini boleh membantu untuk mengekalkan kestabilan
dalam masyarakat. Dalam konteks ini, satu cara terbaik untuk mencapai kefahaman dan
saling hormat-menghormati adalah melalui pendidikan. Perubahan sistem pendidikan yang
berfokuskan kepada kepelbagaian sosiobudaya di sekolah adalah dengan harapan memberi
faedah kepada guru dan murid. Masyarakat majmuk di Malaysia dibentuk daripada banyak
kumpulan etnik, setiap kumpulan etnik mempunyai budaya dan warisan yang unik seperti
bahasa, sistem kepercayaan, tradisi dan agama. Tajuk artikel yang diambil ialah
“Kepelbagaian Sosio-budaya Sekolah-sekolah Di Malaysia” yang dinukil oleh Ahmad Zuhairi
Asli dan Nuradilah Sharifudin. Artikel ini berfokuskan kepada kepelbagaian sosiobudaya dan
implikasi sosiobudaya kepada guru, pelajar, sekolah dan kurikulum.

2.0 Latar belakang dan ulasan artikel menggunakan analisis S.W.O.T

Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang
terbentuk daripada kata buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan
dengan budi dan akal manusia. Budaya perlu dipelajari secara langsung dan tidak langsung.
Antara ciri – ciri penting budaya yang ialah ianya perlu dikongsi dan boleh diwarisi. Menurut
Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat, sosio- merupakan awalan asing berkaitan
dengan faktor sosial atau kemasyarakatan. Manakala, budaya dari definisi Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka edisi keempat bermaksud kemajuan fikiran, akal budi merangkumi cara
berfikir dan berkelakuan dan sebagainya. Oleh yang demikian, dapat dirangkaikan bahawa
definisi sosio-budaya merupakan faktor sosial atau kemasyarakatan yang berkaitan dengan
cara berfikir dan cara hidup sesuatu masyarakat di sesuatu kawasan. Kepelbagaian budaya
di Malaysia adalah disebabkan oleh faktor sejarah penjajahan di mana pendatang dari China
yang tiba di Tanah Melayu yang dimiliki oleh orang Melayu, manakala pendatang dari India
berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Akibat dari
kepelbagaian bangsa dan penjajahan British, maka terbinalah jenis-jenis sekolah yang
pelbagai antaranya ialah sekolah pondok, sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan
sekolah Inggeris (Choong Lean Keow, 2008).
Artikel ini menerangkan implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada guru, murid,
sekolah dan kurikulum. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya yang pertama ialah terhadap
guru. Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya kerana guru
adalah pencorak masa depan. Masalah pertuturan dan dari aspek bahasa boleh menimbulkan
kekeliruan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Guru hendaklah peka
terhadap murid yang mempunyai masalah berbahasa. Guru wajar memberikan perhatian
kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan bertutur. Guru harus
mengintegrasikan mereka iaitu murid Melayu yang mampu bertutur dengan baik dengan
murid Cina dan India yang lemah bertutur di dalam kumpulan pemulihan yang sama. Hal ini
dapat membantu murid Cina dan India bertutur dengan lebih baik seterusnya mereka dapat
mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan berkesan. Pengetahuan awal guru
terhadap budaya murid-muridnya amat penting dalam menyusun aktiviti pembelajaran. Guru
akan lebih mudah mengajar dan membimbing murid adab-adab tersebut dan menjalankan
pelbagai aktiviti kumpulan yang melibatkan pelbagai kaum di dalam satu kumpulan. Melalui
aktiviti perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku dan
secara tidak langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman antara murid dapat
dihapuskan. Guru perlulah menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang melibatkan
penyertaan semua murid. Setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu
mengambil peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi. Implikasi kepelbagaian
sosiobudaya yang kedua pula terhadap murid. Penggunaan bahasa standard dalam
komunikasi iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan oleh murid sejajar dengan tujuan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan agar unsur-unsur dialek perkauman dapat dielakkan. Selain
itu, murid juga perlu berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap
prejudis terhadap bangsa lain. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan
peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan
kelas mereka seperti mewujudkan jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas serta ahli
jawatankuasa keceriaan kelas. Seterusnya, implikasi kepelbagaian sosiobudaya yang ketiga
ialah kepada sekolah. Kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan di Malaysia
menyebabkan wujudnya pelbagai aliran sekolah seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Manakala aliran sekolah menengah
kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama
Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Sekolah
Wawasan telah ditubuhkan dan merupakan percubaan yang dilakukan oleh kerajaan bagi
membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sekolah Wawasan bererti sekolah
rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa
mengira kaum atau agama. Inisiatif ini ternyata dapat membawa kesedaran yang tinggi
kepada masyarakat tentang pentingnya perpaduan di kalangan masyarakat yang perlu
dipupuk sejak kecil lagi. Kelas pemulihan juga berfungsi membantu murid-murid yang lemah
dari aspek akademik selain dapat membantu mengukuhkan lagi pertuturan mereka. Ada juga
sebilangan murid Melayu yang lemah berbahasa tetapi mereka dapat bertutur dalam bahasa
Melayu dengan baik kerana dipengaruhi latar belakang keluarga. Implikasi kepelbagaian
sosiobudaya yang terakhir ialah kepada kurikulum. Penerapan dan penggabungjalinan di
antara pelbagai subjek di dalam sebuah proses pengajaran dan pembelajaran seperti sejarah
dan geografi di dalam subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral dapat membantu pelajar
untuk mengenali dan memahami budaya bagi sesuatu kaum yang berbeza. Di samping itu,
penerapan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut
acuan Malaysia. Hal ini kerana, murid keluar dari sistem persekolahan mempunyai budaya
Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai
kaum.

Kekuatan artikel ini adalah penulis dapat menghuraikan implikasi kepelbagaian


sosiobudaya dari pelbagai aspek seperti guru, murid, sekolah dan kurikulum. Hal ini kerana,
guru dan murid merupakan komponen yang utama di sekolah. Guru merupakan pencorak
masa depan murid-murid kerana mereka yang akan membimbing serta memupuk unsur-
unsur perpaduan dalam diri murid. Hasil daripada pemupukan unsur-unsur perpaduan
tersebut maka akan wujud nilai hormat-menghormati dalam diri murid dan seterusnya murid
boleh membezakan sesuatu perkara yang boleh dilakukan dengan perkara yang tidak boleh
dilakukan dalam masyarakat. Murid merupakan pelanggan bagi setiap guru dalam setiap bilik
darjah. Murid tidak perlu bimbang atau risau untuk menyuarakan pemikiran mereka kerana di
dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 12 yang berkaitan dengan pendidikan ada
menyatakan, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata
atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir. Oleh yang demikian, murid harus
berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap bangsa
lain. Selain itu, sekolah dan kurikulum juga merupakan komponen penting yang ada dalam
mewujudkan perpaduan antara kaum dalam kalangan murid. Hal ini demikian, Sekolah
Wawasan yang ditubuhkan oleh Kementerian adalah untuk mewujudkan perpaduan di
kalangan murid yang pelbagai bangsa dan latar belakang dengan melahirkan generasi yang
mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara
yang bersatu dan menggalakkan interaksi maksimum antara semua warga sekolah melalui
kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti lain di sekolah. Kurikulum juga merangkumi
nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri iaitu murid dan guru.
Antara yang dinyatakan oleh penulis artikel ini adalah kurikulum tersirat boleh menyatukan
murid pelbagai kaum dengan adanya aktiviti kokurikulum.
Kelemahan artikel pula penulis tidak menawarkan penyelesaian masalah seperti
peranan guru dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah dari aspek fizikal dan
sosioemosi. Antara peranan guru dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah dari
aspek fizikal ialah menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah
supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan
bangsa. Selain itu, guru juga harus melibatkan semua pelajar dalam aktiviti keceriaan dan
kebersihan kelas. Di samping itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran
harian yang membuka ruang dan peluang kepada murid untuk berinteraksi supaya
interaksi dan komunikasi di antara guru dengan murid dan murid dengan murid dapat
dipupuk. Manakala dari aspek sosioemosi pula, guru berperanan untuk menerapkan nilai-
nilai murni rakyat Malaysia kepada para pelajar supaya konsep 1 Malaysia dapat
direalisasikan dengan sepenuhnya seperti hormat-menghormati, saling membantu,
bertoleransi dan sebagainya. Seterusnya, guru harus bijak memilih strategi, kaedah, dan
teknik yang bersesuaian mengikut keadaan kelas dan kerelevanan budaya dalam
sesebuah kelas seperti kaedah koperatif dan kolaboratif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dalam pada itu, penulis artikel wajar menyatakan proses sosialisasi dalam
membentuk perpaduan kaum di sekolah melalui 3 cara iaitu imitasi, arahan dan motivasi.
Mekanisme imitasi ialah proses interaksi sosial seseorang individu atau sekelompok
manusia yang meniru perlakuan orang lain di persekitaran. Dalam konteks ini, guru
sebagai suri teladan atau idola kepada pelajar di sekolah harus menunjukkan proses
belajar dengan imitasi yang memiliki sifat positif (Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu,
Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab Halim, 2018). Seterusnya,
mekanisme arahan perlu ditekankan dalam pendidikan formal bagi mengukuhkan proses
sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Pihak pentadbir sekolah
lazimnya berusaha untuk menyemai ilmu perpaduan dan kepentingannya kepada pelajar
melalui pelbagai program perpaduan manakala guru menyemaikan ilmu perpaduan
melalui pendidikan Sejarah dan Pendidikan Moral di dalam kelas. Akhir sekali, mekanisme
motivasi berlaku secara tidak langsung ketika menjalani program perpaduan dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Sejarah dan Pendidikan Moral. Menerusi
mekanisme ini, murid akan belajar apa sahaja berdasarkan pengalamannya serta
membandingkan pendapat dan tingkah laku sendiri dengan tingkah laku orang lain atas
bimbingan dan nasihat guru. Ketiga-tiga mekanisme dapat berlaku secara langsung atau
tidak langsung menerusi pelbagai program pemupukan perpaduan kaum yang
mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah.
3.0 Kesimpulan

Walaupun Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan hampir 64 tahun, terlalu banyak


kekurangan yang perlu diperbaiki dan diberikan perhatian. Salah satunya ialah
kepelbagaian budaya di negara ini. Langkah-langkah sewajarnya harus di ambil meskipun
berlainan budaya, kita harus menjadikannya sebagai salah satu tanggungjawab sebagai
rakyat untuk mendekati budaya lain dan berkongsi nilai-nilai positif yang ada untuk
kesejahteraan bersama. Guru merupakan ejen terpenting dalam memastikan anak-anak
muda sekarang memahami erti kepelbagaian budaya dari akar umbi lagi. Guru merupakan
role model dan pembentuk jiwa murid-murid manakala sekolah sebagai tempat untuk
memupuk perpaduan dan mesra budaya. Pembabitan guru dalam menerapkan nilai-nilai
murni amatlah penting semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.

(1592 patah perkataan)


Lampiran
Rujukan

Choong Lean Keow. 2008. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya, Selangor.

Rohaty Mohd. Majzub, Salasiah Hashim & Elis Johannes H.S. 2011. Cultural Awareness
Among Preschool Teachers In Selangor, Malaysia. Procedia – Social and Behavioral
Sciences, 15, 1573-1579.

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab
Halim. 2018. Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi Dalam Membentuk Perpaduan
Kaum Di Sekolah. Akademika 88 (2) : 95-108.

You might also like