PK07-3 Minit Mesyuarat 4

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JORAK, KAMPUNG JORAK, BUKIT PASIR, MUAR, JOHOR.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL. 4 / ( 2019 )

Tarikh : 1 OKTOBER 2019

Masa : 1.30 TENGAH HARI

Tempat : BILIK MESYUARAT SK JORAK

Pengerusi : PUAN ROGITA BT. MOHAMMAD YACOB (GURU BESAR )

Kehadiran(Bilangan) : ORANG

Turut Hadir (Jika ada) : TIADA

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Memulakan majlis dengan umulkitab dan mengucapkan terima kasih
kepada guru-guru yang dapat hadir ke mesyuarat.
1.2 Menyampaikan hasil dapatan program yang dihadiri iaitu Program
Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru pada 30 September
2019 kepada guru-guru.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Encik Anuar b. Hamzah
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Fatimah bt. Daud

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Pengurusan Sekolah

4.1.1 Memaklumkan tentang penggunaan ‘Thumb Print’ untuk kehadiran staf


bermula 1 Oktoober 2019.

4.1.2 Waktu urusan guru di luar sekolah tidak melebihi 4 jam jika lebih
digalakkan mengambil cuti.

4.1.3 Permohonan CRK perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

4.1.4 Aktiviti hari Sabtu hanya boleh dijalankan minggu 2 dan minggu 4
sahaja.

4.1.5 E-rph perlu dibuat sebelum pdpc bermula. Penghantaran rekod e-rph
perlu dihantar setiap Khamis.

4.1.6 Penyemakan e-rph :


Minggu 1 dan 5 – Guru Besar
Minggu 2 - GPK 1
Minggu 3 GPK HEM
Minggu 4 GPK Kokurikulum

4.1.7 Atur cara perhimpunan mingguan dimulakan dengan Bangsa Johor,


Negaraku, Lagu sekolah, Ikrar, Doa ( murid duduk), Laporan Guru Minggu
Lepas, Ucapan Guru Bertugas dan Ucapan Guru Besar. Kedudukan Pengawas
berada sebaris di hadapan dan belakang.
Tindakan : HEM dan Guru Pengawas

4.1.9 Budaya al-quran diselang-seli dengan bacaan yasin dan taklim.

4.1.10 Setiap guru diwajibkan ada semasa perhimpunan rasmi di sekolah .

4.1.11 Kemas kini bilik-bilik khas sebelum cuti sekolah.

4.1.12 Habiskan duit panitia dan isi di dalam nota minta dengan kadar segera.

4.1.13 Guru yang mendapat kelas ganti perlu masuk ke kelas dan jika ada
masalah boleh maklumkan kepada GPK 1.

4.1.14 Kertas soalan akhir tahun untuk teras akan dibeli daripada MGB dan
soalan elektif akan dibuat sendiri oleh guru yang mengajar kecuali PJPK.
Pendidikan Muzik tiada peperiksaan.
Tindakan : Semua guru

4.2 Kurikulum

4.2.1 Setiap kali mesyuarat, minit mesyuarat dimasukkan ke dalam telegram


dan tidak perlu dibuat salinan bagi menjimatkan kos.

4.2.2 Peperiksaan Akhir Tahun bermula 21 hingga 24 Oktober 2019. Jadual


peperiksaan akan disiapkan dalam kadar segera. Guru boleh isi markah di
dalam SAPS apabila telah dibuka.
Tindakan : Setiausaha Peperiksaan

4.2.3 Ketua Panitia perlu buat mesyuarat panitia untuk membincangkan


penggunaan buku kerja 2020. Isi borang pesanan dan diserahkan kepada En.
Anuar untuk dimasukkkan ke dalam senarai pembayaran buku 2020.

4.2.4 Laporan LADAP KSSR 2020 belum ada arahan hantar ke PPD. LDP
KSSR 2020 yang belum dijalankan ialah RBT, PJPK dan Pendidikan Kesenian.

4.2.5 Pencerapan buku tulis masih beroperasi lagi bagi guru yang belum
menghantarnya kepada pentadbir.

4.2.6 Pencerapan guru kali ke-2 akan diadakan pada bulan Oktober ini.
Tindakan : Semua guru

4.2.7 Hari Anugerah Cemerlang diadakan pada 17 Oktober 2019. Jubah


Tahun 6 akan disewa daripada SK Bakri Batu 5 dan RM10 sehelai. Jawatan
kuasa dan atur cara seperti lampiran.
Tindakan : Setiusaha Kurikulum

4.2.8 Taklimat PBD akan diadakan oleh pihak PPD yang akan dihadiri oleh
Guru Besar dan GPK 1 pada hari Isnin 7 Oktober 2019. Maklumat yang
diperolehi akan disampaikan kepada semua guru dalam kadar segera.

4.3 HEM

4.3.1 Semua guru dan murid akan mendapat sarapan percuma pada tahun
2020 dalam Program Sarapan Percuma (PSP). Waktu makan mengikut
kesesuaian sekolah antara jam 7.00 hingga 8.30 pagi. Pelaksanaan mengikut
kaedah RMT. Guru RMT adalah Guru Penyelaras PSP. Guru bertugas perlu
merasa makan terlebih dahulu.

4.3.2 Perancangan Takwim HEM 2019


Seperti lampiran

4.3.3 Pengawas Tahun 5 ke Tahun 6 tiada pelantikan baru. Lantikan baru


hanya diambil daripada Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4. Guru kelas boleh
menghantar nama Ketua dan Penolong Kelas 2020 kepada guru disiplin.
Tindakan : Guru Pengawas

4.4 Kokurikulum ( wakilnya Cik Siti Nurliayana )

4.4.1 Pelaksanaan Kempen ‘Hour of Code’ dijalankan pada 30 September


hingga 15 November 2019. GPK Kokurikulum akan berbincang dengan Guru
Besar untuk menentukan guru-guru dan murid-murid yang terlibat.

4.4.2 Pada 2 Oktober 2019 Program Mini Konvensyen HePili (Kelab Doktor
Muda) di Exonsave Muar. 2 orang murid terlibat dan 1 orang guru.
Tindakan : Pn Noraini

4.4.3 Pentaksiran SEGAK telah dilaksanakan dengan jayanya dan data telah
siap di ‘key-in’ dalam online.

4.4.4. PAJSK dalam proses pengumpulan data. Mohon jasa baik guru kelas
‘key in’ data dalam komputer.

4.4.5 Pada 7 – 8 November 2019 Perkhemaham Pengakap diadakan.


Tempat antara Paya Redan atau Awwa Resort,Jalan Abdul Rahman.

4.4.6 Mohon jasa baik guru-guru untuk mengemaskini fail dan letak di dalam
bilik GPK Kokurikulum untuk disemak.

4.4.7 Semua murid dan guru akan diedarkan borang pemilihan untuk
kokurikulum 2020.

5 Hal-hal Lain

5.1 Hari Keluarga Prasekolah pada 20 Oktober 2019 dan Lawatan ke Kuala
Lumpur pada 31 Oktober 2019.
Tindakan :Pn. Norhelah

5.2 Mesyuarat Kantin akan diadakan dalam masa terdekat untuk pemilihan
tender kantin sekolah.
Tindakan : Cik Hjh. Azrina
5.3 Pengisian Hari Kanak-kanak dan Hari Kantin akan dibincangkan dengan
lebih terperinci lagi. Antara pengisiannya Hari Talent Time Tahun 1 hingga 6,
Jualan makanan yang akan dikelolakan oleh Persatuan/Kelab. Harga barangan
tidak melebihi RM3 dan program ini berjalan separuh hari persekolahan.
Tindakan : Pn. Noraini

5.4 Jamuan Tahun 6 pada 12 November 2019.


Tindakan : En Yusree

5.5 Sijil Khatam dan Sijil Hafazan Tahun 6 akan diberikan kepada murid pada
Hari Anugerah Cemerlang.
Tindakan : En Muhammad Aizat

5.6. Pasca UPSR sedang berjalan. Segala aktiviti perlu disertakan gambar
untuk dokumentasi.
Tindakan : Guru Tahun 6

6 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengingatkan jika ada kecederaan dalam kalangan murid


jangan terus diserahkan kepada guru bertugas. Guru yang terlibat juga perlu
sama-sama membantu. Mengharapkan semua guru mengurangkan stress dan
rasa bebanan sesama rakan sekerja .

6.2 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh


mesyuarat yang berikutnya mengikut takwim.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.17 petang.

Disediakan oleh,
URUS SETIA
Mesyuarat Pengurusan Sekolah

Tarikh : 1 OKTOBER 2019

You might also like