Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sisa domestik ialah sisa atau saki baki yang dihasilkan daripada aktiviti sosioekonomi manusia yang tidak

digunakan dan kebanyakan berpunca daripada rumah kediaman. Sisa domestik dikategorikan kepada Bahan
organik iaitu bahan yang boleh diuraikan dan dilupuskan. Ia dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan
seperti sisa makanan, sisa kebun dan sisa kertas. Bahan bukian organik pula adalah bahan sukar diuraikan dan
dilupuskan yang dihasilkan dari sumber mineral yang wujud secara semula jadi seperti logam dan petroleum.
Contoh bahan bukan organik adalah seperti tin, plastik , besi buruk dan kaca . Sisa domestik di Malaysia terdiri
daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa pepejal adalah seperti sisa makanan, plastik, kertas, perabut dan
lampin pakai buang. Sisa cecair pula adalah minyak masak dan kumbahan.

You might also like