Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Faktor Kegemilangan Pelabuhan Melaka

Parameswara merupakan tokoh yang bertanggungjawab mengasaskan Melaka. Berkat kecekapan dan kegigihan
baginda, Melaka telah berubah daripada hanya sebuah perkampungan nelayan kecil menjadi sebuah pusat
perdagangan entrepot pada abad ke 15M. Kemuncak kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan entrepot
ialah semasa pemerintahan kerajaan Islam di bawah Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah.

            Antara faktor kemunculan pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa ialah kedudukannya


yang strategik. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, Melaka terletak di tengah-tengah jalan
perdagangan antara India dan China. Selain itu, pelabuhan ini juga terlindung daripada tiupan angin monsun,
kawasan perairannya dalam dan jauh daripada paya bakau. Keadaan ini menjanjikan aktiviti perdagangan
dapat dijalankan dengan selamat.

             Kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi kemunculan Melaka sebagai


pelabuhan antarabangsa. Tokoh seperti Parameswara,Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan
Bendahara Tun Perak telah membawa nama pelabuhan Melaka dikenali seantero dunia.

              Peranannya sebagai pusat penyebaran Islamjuga membantu merancakkan aktiviti perdagangan


Melaka. Empayar Melaka merupakan sebuah empayar Islam. Kisah pengislaman Parameswara menarik minat
para pedagang Islam memindahkan kegiatan perdagangan mereka dari Sumatera Utara ke Melaka.
Kedatangan mereka yang begitu ramai menjadikan Melaka sebuah pusat perdagangan yang penting.

              Hubungan diplomatik yang Melaka jalinkan dengan China ternyata tidak sia-sia. Melaka
telahmendapat pengiktirafan dan perlindungan  Chinadaripada ancaman musuh khasnya Siam yang sentiasa
mencari peluang untuk menakluki Melaka. Suasana aman damai menarik minat pedagang-pedagang luar untuk
singgah berdagang.

               Faktor seterusnya disumbangkan olehsyahbandar, golongan kiwi, nakhoda dan orang


Laut.Syahbandar menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan pemerintah Melaka berkaitan hukum dan
sistem percukaian. Nakhoda dan kiwi bertanggungjawab dalam urusan jual beli, perkapalan dan pelayaran.
Sistem pengurusan yang cekap ini menarik minat pedagang luar untuk berdagang di Melaka.       Orang
Laut pula mahir tentang selok belok ilmu kelautan sepanjang perairan Selat Melaka. Orang Laut  telah dilantik
sebagai tentera dan bertanggungjawab mengawal laluan Selat Melaka daripada ancaman lanun

               Melaka juga menyediakan pelbagaikemudahan di pelabuhan untuk kegunaan para pedagang.


Kemudahan seperti tempat penginapan, tempat berurusniaga, gudang, sistem timbang dan sukat serta
kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kemasukan pedagang asing. Gudang bawah tanah misalnya
dibina bagi membolehkan para pedagang menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan
daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudang juga dikelilingi pagar kayu serta pintu berkunci yang dikawal
oleh penjaga gudang.

                Melaka juga mengamalkan sistem cukai berkeutamaan. Contohnya, cukai rasmi sebanyak 6%


dikenakan ke atas pedagang India, Sri Lanka dan Burma, cukai rasmi 3% bagi pedagang Barat yang menetap di
Kepulauan Melayu serta bayaran tidak rasmi ke atas pedagang China dan negara jiran seperti Jawa, Maluku dan
Sumatera. Kadar cukai berpatutan yang dikenakan tidak mendatangkan masalah kepada para pedagang asing.

               Dasar peluasan kuasa yang diamalkan kerajaan Melaka juga membantu kemunculannya sebagai
pelabuhan entrepot. Kerajaan Melaka berjaya menguasai sejumlah kawasan yang luas sekaligus menguasai
sumber ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Segala hasil tempatan ini dibawa ke pelabuhan untuk
diniagakan. Misalnya, kejayaan Melaka menguasai pinggir laut Sumatera menyebabkan Melaka memperoleh
emas dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan.

               Akhir sekali, pelaksanaan Undang-Undang Laut Melaka telah membolehkan para


pedagangmendapat jaminan keselamatan tidak kira untuk barang dagangan, kapal mahupun diri mereka sendiri
daripada unsur jenayah dan gangguan lanun.

                Kemunculan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot didorong oleh pelbagai faktor. Faktor-faktor
ini saling berkait antara satu sama lain.

http://diskusisejarahstpm.blogspot.com/2013/05/faktor-kegemilangan-pelabuhan-melaka.html
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/08/600985/melaka-pusat-islamisasi-pendidikan-alam-melayu

You might also like