Minit Mesyuarat Firma Guaman Tetuan Kzaman Wa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

FIRMA GUAMAN TETUAN KAMARUZZAMAN

MINIT MESYUARAT KALI KETIGA

Tarikh/Har : 15 Mac 2020/ Rabu


i
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1

Kehadiran:
Hadir:
1. Dato’ Kamaruzzaman bin Hashim (Pengerusi)
2. Tuan Haji Anuar Kasyaf bin Md Yusof
3. Encik Muhammad Baihaqi bin Mohd Zulkepli
4. Puan Aznie Siti Normastura bt Norazman
5. Encik Ahmad Khairuddin bin Khalid
6. Encik Faiz bin Ibrahim
7. Cik Razqeeyanur Sarini bt Salzali
8. Cik Naeilah bt Nizam

Tidak Hadir:
1. Puan Nurul Nadirah bt Mohd Drus - Kursus
2. Puan Wan Nurul Izzati bt Wan Mohd Zahari - Kursus
1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah.


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir.

2.1 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.2 Minit Mesyuarat kali kedua dibentangkan dan disahkan dengan pindaan yang
berikut:

2.2.1 Perkara 3.3, ejaan nama ‘Dato’ Kamarul Zaman bin Hasyim’ dipinda
kepada ‘Dato’ Kamaruzzaman bin Hasyim’.

2.2.2 Perkara 4.1, nama kes ‘Munah lawan Ali’ dipinda kepada ‘Munirah lawan
Ali’.

Pencadang : Tuan Haji Kasyaf bin Md Yusof


Penyokong : Cik Razqeeyanur Sarini Salzali

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Kekurangan Kes

3.1.1 Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa berdasarkan laporan terkini, firma


hanya berjaya memperoleh tiga kes jenayah dan dua kes kesalahan trafik di
kawasan pantai timur.

3.1.2 Cik Naeilah memaklumkan bahawa antara faktor kekurangan kes


disebabkan oleh ketelusan pihak ketua kampung dalam menyelesaikan
masalah dalam kalangan penduduk. Selain itu, orang ramai lebih cenderung
untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah kerana lebih menjimatkan masa
dan kos.
Tindakan: Ketua Cawangan
Pantai Timur

3.1.3 Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa firma hanya menerima satu kes besar
di kawasan utara dan kes tersebut akan dikendalikan oleh Encik Ahmad
Khairuddin.
3.1.4 Encik Faiz selaku ketua cawangan utara memaklumkan bahawa masalah
tersebut berpunca daripada peguam firma yang kurang berpengalaman
dalam mengendalikan kes-kes besar.
Tindakan: Ketua Cawangan Utara

3.2 Latihan dalam Kamar

3.2.1 Encik Baihaqi memaklumkan bahawa masalah kekurangan pelajar untuk


menjalani latihan dalam kamar di firma ini berlaku kerana firma mengalami
masalah kewangan untuk menggaji pelatih-pelatih baru.

3.2.2 Pengerusi memutuskan bahawa pengambilan pelatih akan dikurangkan dan


jumlah elaun ditetapkan sebanyak RM900.00 sebulan.
Tindakan: Semua Ketua
Cawangan

4.0 PERKARA BAHARU

4.1 Penstrukturan Gaji dan Elaun

4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa penstrukturan gaji dan elaun perlu


dilakukan dalam masa terdekat.

4.1.2 Pengerusi memutuskan gaji dan elaun kakitangan firma seperti yang
berikut:
a) Elaun rumah sewa dikurangkan sebanyak 30%.
b) Elaun perjalanan dikurangkan sebanyak 25%.
c) Bonus akan diberikan kepada Ketua Jabatan yang membantu kenaikan
prestasi firma melalui pemerolehan kes.
Tindakan: Tuan Haji Anuar Kasyaf

4.2 Kes Fakhrulrizal lawan Majlis Perbandaran Klang (MPK)

4.2.1 Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa kes ini merupakan satu kes trafik.
Seorang klien bernama Fakhrulrizal telah meminta nasihat mengenai haknya
untuk memfailkan saman terhadap MPK meskipun beliau telah mengaku
bersalah dalam kes tersebut.

4.2.2 Pihak firma bersetuju untuk menerima kes ini meskipun klien sudah
mengaku bersalah. Hal ini kerana integriti firma harus dipelihara dengan
cara membantu klien yang datang untuk meminta nasihat dan bantuan agar
mereka mendapat keadilan yang sewajarnya.
4.2.3 Mesyuarat bersetuju untuk menerima kes ini yang akan dikendalikan oleh
Cik Razqeeyanur.
Tindakan: Cik Razqeeyanur
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Tuan Haji Kasyaf memaklumkan bahawa beliau akan mengerjakan ibadah umrah dan
meminta agar ahli mesyuarat mendoakan keselamatan beliau.
Tindakan: Makluman
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.50 petang dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan
Surah al-Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Ashikin K.Zaman
Nurul Ashikin Ismail Dato’ Kamaruzzaman bin Hashim
Setiausaha Pengerusi

You might also like