Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

FALSAFAH DANLOGIKAL MELAYU

JXEA 1104
PANTUN KEAGAMAAN

NAMA : JEA 080054

NO. MATRIK : JEA080054

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMAD

SEMESTER 1 SESI 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Pengenalan
pantun ialah satu genra asli kesusasteraan melayu menjadi wahana bagi pengucapan di
dalam pelbagai jurusan aktiviti masyarakat melayu , pantun akan menyentuh persoalan
masyarakat ,adat ,agama ,kasih sayang,nasihat dan lain-lain. Ia popular di kalangan orang
tua,muda mudi mahupun kanak-kanakBerikut pendapat tokoh mengenai pantun

Wan Abdul Kadir Wan Yusuf;Beliau menyatakan bahawa pantun berkembang ke dalam
masyarakat melayu yang buta huruf dan menjadi suatu tradisi lisan . penciptaan pantun
dengan rapi sehingga menhasilkan kata-kata yang indah dan menarik. Nilai-nilai
keindahan menjadikan pantun dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dan
dengan tahan diuji sepanjang zaman

Zainal Abidin Borhan;Beliau menyatakan bahawa pantun mempunyai dua bahagian


utama iaitu pembayang dan maksud , kedua-dua bertaut secara intraktif sehingga tertera
sebagai pengucapan yang indah . Dua bahagian ibarat dua struktur luaran dan
dalaman,lahir dan batin kemudian bertaut menjadi pantun.
Ini menepati pendapat para sarjana barat terdahulu iaitu;
TIDAK LENGKAP PENGETAHUAN PENKAJI TAMADUN MELAYU JIKA TIDAK
MENELITI DAN MEMAHAMI PANTUNNYA
(WINSTEDT 1960;202-3 DALLIE1988)

Pantun merupakan ucapan kemelayuan. Dalam pantun terkandung seluruh jiwa,seni 
,kebijaksanaan,budi bahasa dan pandangan dunia melayu.

Braginsky(1998, 363)Beliau menyatakan bahawa pada umunnya mengandungi unsur­
unsur alam sekeliling iaitu makrokosmos dan mikrokosmos . ia menrupakan sumber 
alamiyah yang digunakan oleh sejauh yang terjangkau oleh akal fikiran manusia .begitu 
juga dengan bahagian maksud atau isi yang merupakan roh dan jiwa pantun  . korpus 
datanya berdasarkan pengalaman  inderawi dan batini manusia. maka pada bahagian ini 
mengandungi persoalan rasional dan logikal ,interaksi manusia dengan alamnyadan 
interaksi manusia dengan manusia.

Alias yunus. Beliau menyatakan bahawa pahlawan melayu dahulu sering mengunakan 
pantun ,gurindam untuk membangkitkan semangat kepahlawanan dan keperwiraan para 
pengikutnya . menurutnya lagi ,pantun merupakan warisan yang menjadi indentiti 
kita,yang mengukuh jati diri orang melayu.    

Pantun keagamaan

Melalui pantun yang akan diterjemahkan berkonsep percaya kepada hari kiamat. Pantun
ini akan saya olah dengan bertemakan ilmu teologi.
Pada amnya istilah teologi diambil dari perkataan ‘Theos’ (yunani) yang
bermaksud’TUHAN’dan ‘LOGOS’ membawa maksud ’ILMU’; Oleh itu ilmu teologi ilmu
tentang Tuhan atau ilmu keTuhanan.
Walaubagaimanapun ;secara ringkas ilmu teologi menbicarakan tentang Tuhan dan
pertaliannya dengan manusia,baik berdasarkan wahyu mahupun akal.
Dari sudut islam ,ilmu teologi bertujuan untuk memantapkan kepercayaan-kepercayaan
dan keimanan kepada yang esa. Tujuan lain ialah mengangkat kepercayaan seseorang
daripada kepercayaan yang lemah dan taklid buta kepada puncak keyakinan dan
ketakwaan.

Iman AL-GHAZALI berkata;

Akal tidak dapat menbawa sifat kewajipan bagi manusia , kewajipan ditentukan oleh
wahyu

Dengan ini kewajipan mengetahui tuhan dan kewajipan berbuat baik serta menjauhi
kejahatan hanya diketahui melalui perantaraan wahyu;

CONTOH PATUN
Todak menyerang Singapura
Habis dikerat dicincang lumat
Bila kianat pada manusia
Dunia akhirat tidak selamat

Halia di tanam –tanaman


Di barat sahaja akan tumbuhnya
Dunia ini pinjam-pimjaman
Akhirat juga sungguhnya

Buah rumia bawa ke huma


Untuk dimakan sambil menjerat
Hidup di dunia tidaklah lama
Patut amalkan bekal akhirat

Mencari palas ke sana sini


Palas ada di simpang empat
Siapa malas selama ini
Kemudian akhirat rugi mendapat

Pada belari baik melompat


Barang dicari segera dapat
Sudah berbudi jangan diumpat
Balasan baik syurga dapat
ANALISIS MAKSUD PANTUN

Pantun di atas menjelaskan bahawa kehidupan di dunia hanya pinjaman atau sementara
sahaja sedangkan kehidupan akhirat adalah kekal .

Maksud pantun menjelaskan bahawa golongan yang membuat kianat sesama manusia di
dunia ini akan terseksa di akhirat kelak . maksud ini mungkin lebih luas, iaitu manusia di
dunia ini dikehendaki menjaga hubungan sesama manusia jika ingin selamat di akhirat
kelak.perkara- perkara yang melibatkan urusan sesama manusia harus dititikberatkan
dalam islam.

Seterusnya dinyatakan bahawa manusia perlu membuat baik kerana amalan tersebut
akan dihintung di akhirat kelak, kerana itulah amalan atau bekalan ketika bertemu
dengan Allah swt.

Dalam pantun , ada memyebut supaya manusia sentiasa mencari ilmu . barang siapa yang
malas berusaha mencari ilmu pastinya golongan ini akan termaksud golongan yang rugi .

Selain itu, dalam agama islam ada menyebut sekiranya kita sudah membuat satu kebaikan
janganlah kita ‘mengunkip’ kerana amalan ini amat dikeji, kerana pahala amalan yang
dilakukan selama ini tidak akan diterima

pada pendapat saya secara keseluruhannya , pantun ini lebih menjurus kepada konsep
alam akhirat. Iaitu menyeru manusia melakukan kebaikan ketika berada di dunia. Allah
juga menyeru manusia supaya berusaha bersungguh-sungguh kealam akhirat. Maknanya
manusia diseru melekukan amalan-amalan yang baik dan sentiasa bertakwa.

Oleh itu, ingatlah bahawa’Allah swt telah member peringatan supaya manusia tidak
tertipu dengan godaan syaitan ;
Seperti yang berlaku kepada nabi adam dan siti hawa Terkeluar dari syurga;
Segala amalan manusia akan dihintungkandan jadilah manusia yang beriman . amalan-
amalan buruk dan keji harus diketepikan;

Syed Naguib Al-attas pernah berkata;


kedatangan islam telah menbentuk akidah orang melayu dengan mengesakan allah
,falsafah keagamaan telah memalingkan masyarakat dari seni mitos dan khayal kepada
alam akal dan budi mengikut gaya yang teratur
Kesimpulan

Jelaslah kepada kita .setiap penulis pantun melayu menpunyai falsafah tersendiri dalam
menhasilkan karya yang menarikdan unik. Perkara yang membanggakan adalah ,segala
masalah atau perkara yang berlaku diluahkan kedalam pantun dengan susunan
perkataan yang menarik dan indah walaupun masyarakat pada ketika itu tidak tahu
menulis dan membaca.

Sumber

Mana sikana 1996; falsafah dan seni kreatif melayu.

Konsep alam pantun melayu(teksis APM).

Othman putih 1995; globalisasi dalam sastera melayu.

Zahir ahmad; 2005, pantun melayu sebagai manifestasi sosialbudaya.

You might also like