Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PENDAHULUAN

British mula memperluaskan pengaruhnya dengan menempatkan pentadbirannya di


negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang melalui Sistem Residen bermula pada
tahun 1874. Keadaan yang tidak tenteram disebabkan konflik dan kekacauan yang berlatarkan
kegiatan perlanunan di Selat Melaka, sistem percukaian keterlaluan yang dikenakan oleh
pemerintah tempatan serta undang-undang tradisional yang tidak bersifat adil telah berlaku di
Negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Hal ini mengakibatkan British
menganggap bahawa konflik yang berlaku berpunca dari perebutan takhta serta persaingan di
antara kongsi gelap Cina. British merasakan bahawa keadaan ini ini akan menjejaskan
keselematan perdagangannya di Negeri-negeri Selat dan oleh sebab yang demikian pihak British
merancang strategi untuk melaksanakan dasar campur tangan bagi membolehkan pengaruhnya
ditempatkan ke dalam pentadbiran negeri. British ingin mengawal cara pentadbiran negeri agar
kepentingan ekonomi mereka terjaga.

Pada tahun 20 Januari 1874, Perjanjian Pangkor telah diatur dan ditandatangani diantara
Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah
yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong
baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota,
Laksamana dan Dato’ Sagor. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang
berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor dan
Sistem Residen mula dilaksanakan di negeri Perak.1 Sistem Residen menjadi permulaan kepada
pembentukan pentadbiran moden di Negeri-Negeri Melayu. Pelaksanaan Sistem Residen
membolehkan pengaruh British ditempatkan ke dalam pentadbiran negeri dan ianya telah
mengubah struktur kedudukan, kuasa Sultan dan para pembesar. Sistem ini juga turut mengubah
monopoli ekonomi di negeri jajahannya serta berlakunya penghijrahan penduduk yang agak
besar. Perkembangan Sistem Residen yang berlaku secara perlahan-lahan dalam tempoh tersebut
telah beransur-ansur mengubah cara pentadbiran Negeri-Negeri Melayu daripada berteraskan
sistem tradisional kepada sistem moden berasaskan perundangan sivil. Terdapat pelbagai
kejayaan dan kelemahan system residen yang digunakan sepanjang tahun 1875 sehingga 1890.

1
Raja, S. S., Chong, W., & Rus, A. K. (2015). The old and new Malaya of colonial days and its continuity into modern
day Malaysia. Mediterranean Journal of Social Sciences. https://doi.org/10.5901/mjss.2015.v6n2s1p161
BIDANG EKONOMI

Kejayaan sistem residen ini turut dapat dilihat melalui bidang ekonomi dimana pihak
British berjaya memajukan perusahaan biji timah dan pertanian. Pada tahun 1877 Sir Hugh low
telahpun memperkenalkan pelbagai pertanian dagangan dan diantaranya ialah getah. Pada tahun
1888 H.N Ridley, memperkenalkan kaedah torehan getah iaitu sistem Tulang Ikan Hering.
Penorehan getah menggunakan kaedah secara ibidem atau seperti bentuk tulang ikan hering, ini
membantu para penoreh untuk tidak merosakkan pokok mereka sekaligus memperoleh hasil
torehan yang lumayan.2 Seterusnya menurut catatan sejarawan, pada tahun 1876, Pengarah
Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry Wickham ke Brazil untuk
mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih benih getah dihantar ke England dan
disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke
tanah jajahan British terutama Sri Lanka dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih
dibawa masuk ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan diperkarangan
rumah Sir Hugh Low dimana beliau merupakan Residen negeri Perak dan menetap di Kuala
3
Kangsar. Pengarah Taman Botanical Singapura pada ketika itu iaitu H.N Ridley memainkan
peranan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah
memainkan peranan dengan menjalankan penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah
Melayu menanam getah. Rakyat atau penduduk diawal pengenalan tanaman getah tidak begitu
berminat dengan hasil getah namun, atas usaha yang dilakukan oleh residen pada ketika itu,
ianya mula mendapat sambutan menjelang abad ke-20 dan tanaman getah mula diminati oleh
orang ramai.

Penanaman getah mendapat perhatian pihak British kerana ianya dilaksanakan atas
permintaan industri dimana penghasilan seperti kasut, tayar, kenderaan berat dan sebagainya.
Industri automobil juga mengalami perkembangan yang pesat dan ianya menjadi kunci kepada
kejayaan ekonomi pada tahun tersebut. Hal ini dapat dilihat dimana perkembangan industri
automobil di Eropah mendesak peningkatan dalam pengeluaran setengah juta tayar kenderaan.
Disebabkan peningkatan permintaan yang begitu tinggi, ianya mendorong pihak British mencari
kawasan bagi penanaman getah di Asia. Oleh kerana negeri Perak tidak mempunyai kawasan

2
Raja, S. S. (2007). Charles Alma baker: Penglibatan dalam perluasan ekonomi tanah melayu Dan konflik dengan
pentadbiran British. SEJARAH, 15(15), 21-43. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol15no15.2
3
Raja, S. S. (2017). The economy of colonial Malaya: Administrators versus capitalists. Routledge.
perlombongan seperti di Taiping dan Kuala Lumpur, maka British melihat kawasan jajahan ini
mempunyai faktor muka bumi yang sesuai bagi penanaman getah, selari dengan permintaan yang
tinggi dalam Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah. Permulaan Revolusi Industri yang
bermula di Eropah ini akhirnya berkembang ke merata dunia yang turut menjadi pemangkin
kepada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dalam aspek pertanian, perindustrian serta
pengangkutan. Antara usaha penting yang telah dibuat oleh Ridley termasuklah meyakinkan para
peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran serta mengagihkan benih getah
secara percuma.4

Namun begitu, sebelum pihak British memperkenalkan penanaman getah ini, penanaman


kopi, gambir dan lada hitam juga diperkenalkan di beberapa buah negeri sebagai contoh Perak
dan Selangor. Disebabkan tanah dan muka bumi tanah melayu yang subur pada masa itu, Pihak
British membuat keputusan untuk menaikkan sektor pertanian bagi menjamin ekonomi mereka.
Peningkatan tanaman kopi iaitu jenis Liberian Cofee di Tanah Melayu telah menarik masuk
ramai pengusaha Eropah. Tanaman kopi ini pada awalnya diperkenalkan oleh warga Eropah dan
ditanam dengan jayanya di Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor. Pada mulanya Tanah
Melayu ialah apabila pokok Ceylon diserang penyakit dan keadaan ini menyebabkan peladang
Eropah kehilangan pekerjaan mereka dan seterusnya beralih arah kepada penanaman kopi yang
memberikan keuntungan di tanah Melayu.5 Hal ini berlaku disebabkan industri penanaman kopi
ini memerlukan tenaga kerja yang besar dan ramai iaitu sekurang-kurangnya empat puluh
sehingga enam puluh orang bagi seratus ekar. Harga kopi ini boleh melambung naik sehingga
mencapai 40 dolar sepikul. Antara kawasan yang terlibat dalam aktiviti penanaman kopi ialah
Perak, Selangor dan Sungai Ujong. Seterusnya, pada akhir kurun ke-19, Tanah Melayu telah
menjadi pengeluar bijih timah yg terbesar di dunia iaitu dengan pengeluaran kira-kira 30,000 tan
setahunh

Selain itu antara usaha yang dilakukan oleh pihak British untuk memajukan sektor
ekonomi ialah dengan menarik kemasukan pelabur dari Negeri-Negeri Selat untuk melaburkan

4
ABDULLAH, A. R., ESA, M. S., & MOHD RUDZAINOOR, M. H. (2017). Aspek Perburuhan Dan Permodalan dalam
Ekonomi Melayu: Persoalan Dominasi Ekonomi Komuniti Imigran zaman Permulaan Kapitalisme ~ The aspects of
labour and capital in the Malay economy: The question of economic domination of the immigrant community in
early capitalism. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB). https://doi.org/10.51200/manu.v0i0.1065
5
Mat Enh, A., & Yusoff, N. F. (2019). Pengenalan undang-undang inggeris Di Negeri Sembilan pada 1895 hingga
1950. SEJARAH, 28(1), 14-33. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol28no1.2
modal dan tenaga buruh di Selangor menerusi penggunaan sistem pajakan hasil ke atas beberapa
bentuk perniagaan seperti pajak gadai, minuman keras dan judi. Sistem pajakan hasil candu di
Selangor bermula pada pertengahan tahun 1886. Sistem ini merupakan sebuah sistem berbentuk
pemberian hak pajakan kepada peniaga yang menawarkan harga tertinggi untuk mendapatkan
lesen bagi menjalankan sesebuah perniagaan. Peniaga juga boleh menyewa kepada kerajaan bagi
mendapatkan lesen pada setiap bulan. Selain dari pemilik lesen, pihak pengurus lombong atau
ladang diberikan hak memasak candu untuk kegunaan mereka sendiri. Sultan Selangor turut
diberikan hak yang serupa namun candi tersebut haruslah dibekalkan oleh pemegang lesen
dengan harga 1.00 setahil.6 Mereka yang gagal menjelaskan bayaran sewa dalam tempoh sepuluh
hari yang pertama akan dikenakan bayaran faedah sebanyak sepuluh peratus setahun bermula
dari tarikh mereka berhutang.

Pihak British atau Residen yang telah ditempatkan pada setiap negeri berhak untuk
menamatkan lesen dan menawarkannya kepada orang lain sekiranya bayaran tidak dapat
dilunaskan. Sistem ini telah memberi sumbangan dalam pendapatan dari segi iaitu bayaran sewa
pajakan hasil setiap bulan dan dalam bentuk cukai yang dikenakan keatas candu yang diimport.
Ini bermakna kerajaan dapat memperolehi pendapatan yang besar dengan pemberian lesen dan
menjual candu. Selain dari pemberian sewa lesen, pihak British juga turut memperkenalkan dasar
ekonomi kapitalis dan system kewangan moden. Antara usaha mereka ialah dengan tertubuhnya
Chartered Bank pada tahun 1875 di Taiping dan Kuala Lumpur. Pinjaman wang menggalakkan
pelaburan di sektor ekonomi komersil. Contohnya, pemodal British semakin banyak membuka
lombong di Lembah Kinta. Perkembangan pesat sektor perlombongan bijih timah berkait rapat
dengan kemajuan dalam sistem pengangkutan. Ini menyebabkan Undang-undang buruh yang
longgar telah menggalakkan kemasukan buruh asing bekerja di sektor perlombongan dan
pertanian dagangan.

BIDANG SOSIAL

Seterusnya dari sudut sosial kejayaan yang ditunjukkan adalah dengan berlakunya
perubahan dari sudut infrastruktur. Pelbagai pembinaan yang melibatkan jaringan perhubungan
diantaa orang awam diwujudkan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dengan pembinaan jalan raya

6
Mohammad Azmi, N. S. (2019). Peranan British dalam pembangunan ekonomi Dan sosial Di jajahan dinding,
1874-1942. SEJARAH, 28(2), 1-20. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol28no2.1
iaitu ianya merupakan sebuah jalan perhubungan darat yang selesa dan menjimatkan masa.
Tujuan pembinaan jalan raya ini adalah bagi memudahkan pengangkutan hasil ekonomi dari
kawasan jajahan ke pelabuhan bagi tujuan eksport. Hasil-hasil ekonomi ini perlu diangkut
dengan kadar segera dan menjimatkan masa perjalanan. Keadaan jalan raya yang lebih kemas,
teratur dan selesa memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat British. Selain itu,
pertambahan penduduk yang semakin padat di jajahan ini juga mendorong untuk adanya keadaan
jalan raya yang lebih besar dan lebar sebagai nadi perhubungan utama mereka.

Seterusnya, peletakkan residen British ini menyebabkan berlakunya perkembangan


perhubungan sistem keretapi di kawasan jajahan. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat
kepada stesen keretapi Taiping yang merupakan stesen keretapi pertama di Tanah Melayu.
Jajaran keretapi mula dibangunkan pada 1 Jun 1885 dengan jarak sepanjang 13 kilometer yang
menghubungkan antara Taiping dengan Port Weld. Landasan ini mula dibina pada tahun 1882
dengan seluruh kos pembinaan bernilai 7000 dolar yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan
Negeri Perak. Landasan keretapi pertama ini dibina dengan tujuan bagi menghubungkan
kawaasan perlombongan di sekitar kawasan Larut dan Port Weld. 7 Ianya juga membantu para
pekerja lombong untuk bergerak ke kawasan pekerjaan mereka. Seterusnya perkembangan laluan
perhubungan ini diteruskan lagi dengan pembinaan jajaran keretapi di Selangor yang
menghubungkan Kuala Lumpur dan Bukit Kuda pada tahun 1886. Frank Swettenheam
berpendapat bahawa laluan perhubungan ini perlu dibina disebabkan peningkatan hasil dan bagi
mengurangkan kos pengangkutan bijih timah. Pendapatan kedua-dua Kerajaan Negeri Perak dan
Kerajaan Negeri Selangor juga bertambah hasil daripada pembinaan jalan kereta api ini.

Selain dari mengangkut bijih timah, keretapi ini turut membawa kayu bakau bagi
dijadikan kayu api. Disebabkan pembinaan keretapi ini memberikan banyak kesan baik kepada
masyarakat, ianya turut memberikan pulangan yang lumayan kepada pihak British dimana
mereka memperolehi jumlah yang lumayan berdasarkan penjualan tiket untuk tren penumpang,
barang-barang dan bungkusan. Hasil pendapatan keretapi bagi tahun 1886 adalah $55,157 di
mana penumpang menyumbang $17,649 dan barang-barang serta bungkusan menghasilkan

7
Iqbal, U., Hussin, N., & Seman, A. A. (2015). Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Dan
Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu era pra-kolonial. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, 3(2), 95-
119. https://doi.org/10.17576/iman-2015-0302-09
pendapatan sebanyak $16,885. Hasil dari kayu bakau pula adalah $8,251. Jumlah perbelanjaan
keseluruhan untuk kerja-kerja senggaraan dan pembaikan pula adalah sekitar $36,794.8

Seterusnya, pihak british turut memperkenalkan sistem telegraf dimana ianya merupakan
sebuah sistem komunikasi jarak jauh yang dihantar menggunakan ‘Moses code’, sebelum
diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan yang dikenali sebagai telegram dan dihantar kepada
penerima. Aspek pentadbiran dan ekonomi mendorong keperluan kepada British untuk
membangunkan rangkaian telegraf di kawasan jajahan mereka.

Pembinaan system telegraf ini berpunca daripada penentangan orang melayu terhadap
J.W.W Birch di Pasir Salak sehingga tercetusnya pertempuran dan situasi tegang ini telah
mencetuskan kesedaran kepada pihak British untuk meningkatkan system komunikasi di
kawasan jajahan mereka. Bagi melakukan serangan semula dan menyampaikan maklumat, pihak
British telahpun menggunakan perhubungan system telegraf. Perhubungan ini berjaya
mendapatkan bantuan ketenteraan British melibatkan pasukan Rejimen ke-10 yang berpusat di
Labuan dan Hong Kong serta bantuan ketenteraan dari India untuk digerakkan ke Perak. Perkara
tersebut telah membuka mata pihak British akan kepentingan sistem telegraf untuk
menyegerakan usaha pemasangan sistem telegraf di Perak. Pada tahun 1889, pengendalian
perkhidmatan telegram telah mencatatkan jumlah sebanyak 78,269, iaitu meningkat sebanyak
2,412.4 Berdasarkan pecahan pengendalian perkhidmatan telegraf mengikut kawasan, Taiping
muncul mencatatkan pengendalian telegram tertinggi iaitu sebanyak 23,61, manakala kuala
kangsar di tempat kedua iaitu sebanyak 13,420. Batu Gajah pula mencatatkan pengendalian
telegram ketiga tertinggi iaitu sebanyak 12,669.9 Bilangan tersebut mencatatkan wujudnya
permintaan yang tinggi di kedua-dua buah kawasan ini.

Akhir sekali, pembinaan hospital sewaktu pemerintahan British sepanjang tahun 1875
sehingga 1890 ialah bertujuan untuk memberi rawatan kepada pentadbir kolonial dimana ianya
dapat dilihat dengan pembinaan hospital pertama di Taiping pada tahun 1878 dan diikuti oleh

8
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Lukut, 1846-1864: Bandar Terawal Di Selangor (Lukut, 1846-1864: The earliest
town in Selangor), Jebat: Malaysian Journal of history, politics & strategic studies. (n.d.). UKM e-Journal
System. https://ejournal.ukm.my/jebat/article/view/41451
9
Muhammad Hafiz Isa, Perkembangan Sistem Telegraf Di Perak, 1876-1900 (The development of telegraph system
in Perak, 1876-1900) . Malaysia and international history review. (n.d.). UKM e-Journal
System. https://ejournal.ukm.my/mihr/article/view/41829
Selangor. Pada akhir 1880-an terdapat 10 buah hospital kerajaan di Perak dan 13 buah di
Selangor telahpun dibina. Selain dari hospital kerajaan, terdapat juga hospital milik persendirian
yang dibina sebagai contoh Hospital Yeng Wah yang dibina pada tahun 1880 di Taiping dengan
kerjasama pemilik lombong dan kerajaan Perak. Seterusnya dengan menempatkan residen di
tanah melayu ianya dapat menghapuskan system perhambaan pada tahun 1884. Peristiwa ini
berlaku di atas arahan Sir Hugh Low yang mengarahkan agar semua hamba didaftarkan dirinya.
Raja- raja pada zaman tersebut pada awalnya tidak bersetuju namun akhirnya bersetuju dengan
beberapa penyelesaian antaranya adalah memberikan ganti rugi kepada tuan punya hamba
mengikut kadar syarat-syarat pembebasan hamba dengan bayaran maksimum sebanyak $30.00
untuk hamba lelaki dan hamba berhutang serta $60.00 untuk hamba perempuan. Dalam jangka
masa antara Oktober 1882 hingga 31 Disember 1883 semua hamba-hamba tetap berkhidmat
dengan tuan-tuan ataupun membayar daripada jumlah kadar syarat-syarat pembebasan hamba
yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri mengikut kadar maksimum $15.00 untuk hamba lelaki
dan $30.00 untuk hamba perempuan. Di dalam masa peralihan itu juga semua hamba-hamba
akan didaftarkan dan dipindahkan daripada tuan punya hamba

BIBILIOGRAFI

Abdullah, A. R., Esa, M. S., & Mohd Rudzainoor, M. H. (2017). Aspek Perburuhan Dan

Permodalan dalam Ekonomi Melayu: Persoalan Dominasi Ekonomi Komuniti Imigran

zaman Permulaan Kapitalisme The aspects of labour and capital in the Malay economy:

The question of economic domination of the immigrant community in early

capitalism. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

(PPIB). https://doi.org/10.51200/manu.v0i0.1065

Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Lukut, 1846-1864: Bandar Terawal Di Selangor (Lukut, 1846-

1864: The earliest town in Selangor), Jebat: Malaysian Journal of history, politics &

strategic studies. (n.d.). UKM e-Journal

System. https://ejournal.ukm.my/jebat/article/view/41451
Iqbal, U., Hussin, N., & Seman, A. A. (2015). Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung

Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu era pra-kolonial. Jurnal

Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, 3(2), 95-119. https://doi.org/10.17576/iman-

2015-0302-09

Mat Enh, A., & Yusoff, N. F. (2019). Pengenalan undang-undang inggeris Di Negeri Sembilan

pada 1895 hingga 1950. SEJARAH, 28(1), 14-

33. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol28no1.2

Mohammad Azmi, N. S. (2019). Peranan British dalam pembangunan ekonomi Dan sosial Di

jajahan dinding, 1874-1942. SEJARAH, 28(2), 1-

20. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol28no2.1

Perkembangan Sistem Telegraf Di Perak, 1876-1900 (The development of telegraph system in

Perak, 1876-1900) | Muhammad Hafiz Isa| Malaysia and international history review.

(n.d.). UKM e-Journal System. https://ejournal.ukm.my/mihr/article/view/41829

Raja, S. S. (2007). Charles Alma baker: Penglibatan dalam perluasan ekonomi tanah melayu

Dan konflik dengan pentadbiran British. SEJARAH, 15(15), 21-

43. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol15no15.2

Raja, S. S. (2017). The economy of colonial Malaya: Administrators versus capitalists.

Routledge.

Raja, S. S., Chong, W., & Rus, A. K. (2015). The old and new Malaya of colonial days and its

continuity into modern day Malaysia. Mediterranean Journal of Social

Sciences. https://doi.org/10.5901/mjss.2015.v6n2s1p161

You might also like