Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Perubahan Ekonomi

1. Memajukan perusahaan biji timah dan pertanian

Selain perubahan politik, pelaksanaan Sistem Residen juga membawa perubahan dan
kemajuan dalam aspek ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Pembangunan ekonomi
berkembang pesat kerana Residen bertanggungjawab memajukan sumber ekonomi seperti
perusahaan bijih timah dan pertanian. Antara pertanian dagangan yang diperkenalkan ialah
getah oleh Sir Hugh Low 1877. Pada tahun 1888 H.N.Ridley, memperkenalkan kaedah
torehan getah iaitu sistem Tulang Ikan Hering. Penanaman kopi juga diperkenalkan di Perak
dan Selangor.

2. Menggalakkan pelaburan

Memperkenalkan dasar ekonomi kapitalis dan sistem kewangan moden seperti penubuhan
Chartered Bank 1875 di Taiping dan Kuala Lumpur. Pinjaman wang menggalakkan
pelaburan di sektor ekonomi komersil. Contohnya, pemodal British semakin banyak
membuka lombong di Lembah Kinta.

3. Perkembangan pesat sektor perlombongan bijih timah.

Dengan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Perak memperkenalkan undang-


undang lombong yang berasingan yang dipanggil kod perlombongan 1895. Pada 1899
keempat empat negeri Melayu mula memiliki satu kod perlombongan yang seragam yang
mula diperkenalkan secara berasingan di kesemua negeri-negeri Melayu Bersekutu sejak
1899.

Perubahan Sosial

1. Perkembangan pengangkutan

Perkembangan pengangkutan melibatkan jalan raya dan jalan keretapi yang telah dibina
menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan lading getah dengan bandar dan
pelabuhan. Atas inisiatif Swettenham, keretapi Persekutuan telah bermula pada 1898.
Landasan keretapi yang pertama dibina di Perak menghubungkan Taiping ke Port Weld pada
tahun 1885 dan Kuala Lumpur ke Bukit Kuda pada tahun 1886. Di samping itu perkhidmatan
telefon dan telegraf turut diperkenalkan di Perak pada tahun 1876

2. Perkhidmatan kesihatan
Perkhidmatan kesihatan mula diperkenalkan pada tahun l878 dengan pembinaan hospital di
Taiping dan Kuala Lumpur. Menjelang 1896, Perak mempunyai 15 buah hospital dan
Selangor mempunyai 14 buah hospital.

6. Sistem perhambaan dan buruh paksa dihapuskan oleh Sir Hugh Low di Perak pada tahun
1884

You might also like