Penggunaan Kit Muzik Untuk Meningkatkan Sosioemosi Positif Murid Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 54

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU BAGI

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENTAKSIRAN BILIK


DARJAH BAGI DOMAIN BAHASA DAN KOMUNIKASI

AHMAD HAZIQIE YUSRY BIN YUSNI


KANDUNGAN
Muka Surat

BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kerangka Konseptual 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.7.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 9
1.7.2 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 10
1.7.3 Sekolah 10
1.7.4 Guru Pendidikan Khas 10
1.7.5 Murid Pendidikan Khas 11
1.8 Limitasi Kajian 11
1.9 Definisi Operational 12

1.9.1 Pendidikan Khas 16


1.9.2 Kit Muzik 17
1.9.3 Sosioemosi Positif 18
1.10 Kesimpulan 20

BAB 2 KAJIAN LITERATUR


2.1 Pengenalan 18
2.2 Teori Berkaitan 19
2.2.1 Teori Perkembangan Kognitif 19
2.2.2 Teori Psikososial 21
2.3 Pengenalan Pendidikan Khas 22

2.4 Pendekatan Main Dalam Belajar 24


2.5 Kaedah Pembelajaran Dalam Pengajaran 27
2.6 Terapi Main 29
2.7 Bahan Bantu Belajar 31
2.8 Kesimpulan 36
BAB 3 METODOLOGI
3.1Pengenalan 37
3.2Reka Bentuk Kajian 38
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 39
3.4 Tempat Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.6 Kajian rintis 42
3.7 Prosedur pengumpulan data 43
3.8 Teknik analisis data 44
3.9 Kesimpulan 44
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dewasa ini, murid lebih gemar bermain dari belajar. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, guru

perlu menerapkan unsur main dalam pembelajaran supaya murid berminat untuk belajar. Warren

(2009) menyatakan belajar melalui bermain mampu mendatangkan keseronokan serta kepuasan

dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan dan penglibatan murid akan menjadi aktif. Hal ini

jelas munujukkan bahawa unsur main penting bagi membantu murid fokus dalam pembelajaran

disamping dapat menarik minat murid untuk belajar serta dapat fokus terhadap proses

pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Secara tradisinya kita mengetahui bahawa tugas seorang guru ialah mengajar dan

mendidik manusia, iaitu muridnya untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang

dirancangkan berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Sebaliknya tugas guru kini

lebih pelbagai. Selain daripada tugas mengajar, guru juga dibebani dengan tugas-tugas
2

perkeranian, fasilitator, motivator, perancang, penasihat kokurikulum, pemimpin kelab,

persatuan, unit beruniform, jurulatih sukan, guru data dan banyak lagi. Mengikut Che Yaacob

(1996), para guru kini telah dibebankan dengan tugas-tugas sampingan yang banyak sehingga

mengurangkan tumpuan mereka kepada tugas yang utama, iaitu mengajar. Ini menyebabkan

kualiti pengajaran dan pembelajaran akan turut terjejas. Jika hal ini berlarutan tanpa mendapat

perhatian pihak pengurusan sekolah, sudah pasti murid-murid akan menerima musibahnya.

Murid-murid akan menjadi mangsa kerana mereka sentiasa mengharapkan sesuatu yang terbaik

dalam setiap pengajaran dan pembelajaran, sedangkan guru-guru tidak mempunyai cukup masa

untuk membuat persediaan sebelum pengajaran.

Oleh itu, guru dilihat tiada masa untuk menghasilkan bahan bantu belajar yang sesuai dan

boleh digunakan setiap masa. Jadi, Kit Muzik dilihat sebagai bahan bantu belajar yang sesuai

digunakan kerana ia mengadungi unsur main dan unsur muzik yang dilihat mampu menarik

minat murid untuk belajar. Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap

individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain.

Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan

disokong (dengan bahan bantu belajar) bagi merangsang perkembangan potensi individu ke

tahap yang maksimum.

1.2 Latar Belakang Kajian

Pendidikan Khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang

dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa,

hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa'
3

(Chua,1982). Oleh itu, mereka perlu belajar menggunakan kaedah pembelajaran yang berbeza

dengan murid lain. Penggunaan Kit Muzik dalam pembelajaran melibatkan kaedah berpusatkan

murid dimana murid melakukan aktiviti pembelajaran secara sendiri dan bukannya

mengharapkan kepada guru.

Kit Muzik ini digunakan semasa set induksi bagi memberi kesediaan kepada murid serta

menarik minat murid untuk memulakan sesi pembelajaran. Kemahiran merancang set induksi

merupakan kemahiran guru dalam memulakan dan memperkenalkan sesuatu topik yang hendak

diajar (Paintal, 1980). Oleh itu, set induksi seharusnya menarik supaya terus bersemangat dan

mewujudkan perasaan ingin tahu dalam diri murid. Penggunaan Kit Muzik adalah sama konsep

dengan kotak beracun, tetapi Kit Muzik ini terus dilengkapi dengan lagu supaya dapat

memudahkan guru yang tidak mempunyai kelengkapan audio untuk memainkan muzik. Apabila

muzik terhenti, murid akan mengambil kad misteri yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran

pada hari tersebut dari Kit tersebut.

Daud Mohd Noor (1982) menyatakan penggunaan rangsangan muzik boleh

diimplementasikan ke dalam pembelajaran secara berkesan jika ianya dirancang lebih awal dan

dilaksanakan secara teratur dan bersistem. Di antara contoh Pendekatan Pengajaran Bersistem

ialah persediaan guru sebelum memulakan pengajaran. Persediaan ini adalah melibatkan konsep

kendiri guru itu sendiri iaitu keyakinan guru tersebut untuk menyampaikan maklumat secara

teratur dan terperinci. Persediaan kelas dan bahan bantu yang digunakan guru untuk proses

pengajaran dan pembelajaran dapat berfungsi sebagai penghubung antara maklumat yang ingin

disampaikan oleh guru kepada pelajarnya. Persediaan pelajar sendiri iaitu suasana yang dapat
4

mencipta mereka untuk melalui proses pembelajaran dan pengajaran tanpa ada perasaan

'menolak'. Penggunaan bahan dan aktiviti adalah yang maksimum dan berkesan dalam

menyampaikan objektif pembelajaran dan pengajaran.

1.3 Penyataan Masalah

Guru merupakan aset penting dalam pendidikan. Pengajaran yang berkualiti adalah hasil

daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada suatu

disiplin ilmu tersebut. Kenyataan ini turut disokong oleh Ryan, D.G. dalam Crow & Crow

(1983), iaitu guru yang efektif ialah guru–guru yang mempunyai sifat–sifat seperti mempunyai

pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajarnya, mempunyai imaginasi yang

tinggi untuk membolehkannya membuat pelbagai contoh yang dapat membantu pelajar

memahami sesuatu konsep dengan mudah dan dapat menggunakan alatan dan bahan pengajaran

dengan baik dalam pengajarannya.

Oleh itu, guru seharusnya hebat dalam memilih kaedah dan merancang aktiviti yang

sesuai dalam pengajaran supaya suasana yang kondusif dapat diwujudkan di dalam kelas.

Namun, kerana kesuntukan masa, kebanyakan guru hanya mengambil langkah mudah dengan

menggunakan teknik tradisional sahaja iaitu “chalk and talk”. Hal ini bertepatan dengan kajian

Hussain (1993) menunjukkan pengajaran guru di Malaysia lebih kepada pendekatan formal

kerana guru hanya memikirkan untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding memenuhi

keperluan murid.
5

Menurut Hallahan dan Kauffman (2006), Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu

bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan

disahkan oleh pakar profesional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan

mental yang rendah dan pengurusan tingkah laku yang rendah. Masalah yang dialami oleh

kanak-kanak ini boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kebolehan kognitif, tingkah laku

sosial, penguasaan bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca dan kemahiran Matematik

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Oleh itu, murid Pendidikan Khas memerlukan teknik

pengajaran yang khusus dan sesuai kerana di dalam sesebuah kelas, murid terdiri daripada

pelbagai masalah. Jadi, guru seharusnya bijak memilih strategi pengajaran supaya aktiviti yang

dirancang sesuai dengan keupayaan semua murid.

Lantaran itu, pembelajaran mereka perlu direka khas termasuklah penggunaan bahan

khas, peralatan khas dan teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan

keupayaan murid berkeperluan khas. Hal ini kerana, murid-murid berkeperluan khas perlu

menguasai pembelajaraan di sekolah supaya mereka tidak kekok untuk berinteraksi dengan

masyarakat luar.

1.4 Obejektif Kajian

Berdasarkan kepada latar belakang kajian dan penyataan masalah yang telah dinyatakan, objektif

kajian adalah untuk mengetahui perkara-perkara berikut :


6

i- Mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan Kit Muzik kepada guru dalam membantu

meningkatkan mutu pengajaran.

ii. Mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan Kit Muzik kepada murid dalam

membantu meningkatkan sosioemosi positif murid kelas pendidikan khas pembelajaran.

iii. Mengenalpasti kebolehgunaan kit muzik kepada murid kelas pendidikan khas

pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan dalam kajian ini adalah seperti berikut :

i. Sejauhmanakah Kit Muzik dapat membantu guru dalam meningkatkan mutu

pengajaran?

ii. Sejauhmanakah Kit Muzik dapat membantu murid dalam meningkatkan

sosioemosi positif semasa belajar?

iii. Adakah Kit Muzik dapat digunakan untuk murid Pendidikan Khas bermasalah

pembelajaran?

1.6 Kerangka Konseptual

Dalam sejarah pendidikan negara telah berlaku beberapa kali refomasi. Tegasnya ialah untuk

memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan
7

semasa dan cabaran masa depan. Refomasi merupakan dinasmisme dalam pendidikan ( Wan

Zahid, 1993). Untuk melakukan refomasi kita harus sanggup menghadapi pelbagai cabaran

seperti berusaha bagi menjamin kualiti perkhidmatan dalam profession keguruan serta

kuantitinya, melengkapkan kemudahan-kemudahan fizikal, membentuk disiplin pelajar, dan

memperbaharui kaedah-kaedah pengajaran supaya berkesan dan menarik dari masa ke semasa.

Bahan bantu Murid suka Murid pelbagai


belajar bermain masalah

Kit Muzik

MINAT,
KESERONOKAN,
PRESTASI & BERSEDIA

Rajah 1.1 : Model Kerangka Konsep Kemahiran ”Employability” [Diubahsuai dari Profil Rangka

Kerja The Conference Board of Canada (1996: ms.40)]

Penyelidik telah merangka satu kerangka kajian dengan asas rujukan utamanya

berdasarkan Model The Conference Board of Canada (1996) dan juga sokongan dari “Human

Capital Theory” (Backer 1964, Schults 1963). Dalam kajian ini penyelidik ingin mengenal pasti
8

dan meninjau sejauh mana penggunaan Kit Muzik dapat meningkatkan minat pelajar, membina

keseronokan belajar, meningkatkan prestasi dan menambah baik hasil kerja kerja guru dalam

menghasilkan pengajaran yang menarik.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan Kit Muzik dalam

pembelajaran murid kelas pendidikan khas pembelajaran. Selagi kanak-kanak itu masih berada di

bawah sistem pendidikan, mereka perlu dibantu untuk mengembangkan segala potensi yang ada

dalam diri. Ini bermakna setiap kanak-kanak mempunyai hak dan peluang yang sama untuk

dibantu. Ang Huat Bin (1999) menegaskan dasar kerajaan iaitu "Pendidikan Untuk Semua" yang

menekankan peri mustahaknya kanak-kanak diberikan peluang yang sama untuk hidup dalam

persekitaran yang normal serta menikmati sistem pendidikan yang sama seperti yang diperolehi

oleh pelajar normal yang lain. Bahan bantu belajar ini direka untuk memberi peluang yang sama

rata kepada setiap pelajar bagi mendapat kemahiran dan pengetahuan serta menghayati nilai yang

diperlukan.

Disamping itu, diharapkan kajian ini dapat membantu guru dalam merancang pengajaran

yang menarik dan kreatif dalam masa yang singkat kerana guru boleh menggunakannya berulang

kali dengan hanya menukarkan kad yang ada dalam Kit tersebut. Kad tersebut perlulah

diletakkan mengikut kesesuaian subjek dan topik yang diajar. Selain menjimatkan masa, kos

penghasilannya juga murah dan mudah. Oleh itu, setiap guru seharusnya mencuba kaedah ini dan

menggunakan kajian ini sebagai rujukan dan panduan dalam merancang strategi pengajaran. Kit
9

Muzik ini juga mudah dibawa ke mana-mana serta strukturnya kukuh iaitu sesuai digunakan

untuk murid Pendidikan Khas. Selain itu, Kit Muzik ini dilengkapi dengan lampu. Lampu akan

padam apabila muzik berhenti. Jesteru itu, ia mungkin boleh menarik minat murid untuk bermain

sambal belajar menggunakan kit tersebut.

1.7.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Melalui hasil dapatan kajian ini, pelbagai inisiatif dapat dirangka oleh pihak KPM, khususnya

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru khususnya

guru pendidikan khas. Hal ini bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran guru berkenaan

penggunaan teknik bermain sambal belajar yang relevan dengan pendidikan pada masa kini.

Hasil dapatan kajian ini juga boleh digunakan oleh BPG untuk merangka program-program

latihan yang bersesuaian dengan keperluan guru pendidikan khas khususnya. Selain itu, hasil

dapatan kajian ini dapat digunakan oleh pihak KPM untuk membuat perancangan bagi

menyediakan kemudahan dari segi alatan yang sesuai mengikut keperluan sekolah-sekolah di

Malaysia. Diharapkan inisiatif dan komitmen ini akan dapat meningkatkan taraf pendidikan khas

di Malaysia.

1.7.2 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Pada peringkat JPN, diharapkan hasil dapatan kajian ini dapat membantu Unit Pendidikan Khas

khususnya untuk merancang dan menganjurkan kursus-kursus latihan yang berkaitan dengan

kemahiran mengajar menggunakan pendekatan bermain sambal belajar terhadap murid


10

berkeperluan khas. Ianya bagi memenuhi keperluan guru pendidikan khas untuk menghadapi

transformasi pendidikan pada masa kini.

1.7.3 Sekolah

Pada peringkat sekolah pula, diharapkan hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan untuk

menggalakkan dan menyokong guru pendidikan khas memantapkan sesi pelaksanaan pengajaran

dan pembelajaran. Di samping itu, ia sebagai satu usaha untuk meningkatkan keseronokan murid

ketika belajar.

1.7.4 Guru Pendidikan Khas

Diharapkan hasil dapatan kajian ini dapat memberi kesedaran kepada guru pendidikan khas

tentang kebaikan dan kelebihan penggunaan pendekatan bermain sambal belajar terhadap murid

berkeperluan khas dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Secara

tidak langsung, guru pendidikan khas dapat mengubah persepsi dan amalan mereka terhadap

penggunaan teknik mengajar. Mereka juga seharusnya bersikap lebih terbuka terhadap jenis-jenis

permainan yang ada dan seiring dengan transformasi pendidikan masa kini di samping

merealisasikan pendidikan yang berkualiti kepada murid pendidikan khas

1.7.5 Murid Pendidikan Khas

Hasil dapatan daripada kajian ini juga diharapkan dapat memberi impak positif kepada murid

pendidikan khas yang mempunyai masalah sosioemosi. Apabila guru menggunakan pendekatan

teknik bermain sambal belajara, sekaligus dapat mendidik murid ini untuk bersosialisasi bersama

rakan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan kondusif.


11

1.8 Limitasi Kajian

Kajian ini hanya melibatkan murid Pendidikan Khas di negeri Pahang sahaja. Oleh itu, hasil

kajian tidak boleh digeneralisasi untuk semua murid Pendidikan Khas di Malaysia. Untuk

melakukan kajian untuk semua murid seluruh Malaysia juga menimbulkan pelbagai kekangan

kepada pengkaji. Antaranya ialah kekangan masa. Pengkaji hanya pelajar separuh masa dan

pengkaji juga bekerja sebagai guru. Jadi, masa untuk bekerja haruslah diutamakan dahulu

sebelum menjalankan kajian. Oleh itu, pengkaji seharusnya bijak dalam mengurus masa kerana

ia perlu dibahagikan dengan betul. Tugas sebagai guru bukan hanya sekadar mengajar sahaja

dewasa ini, guru juga perlu menjalankan tugas lain seperti menanda buku, menghias kelas,

menjaga kebajikan murid dan lain-lain lagi. Mengikut Che Yaakob (1996) para guru kini telah

dibebankan dengan tugas-tugas sampingan yang banyak sehingga mengurangkan tumpuan

mereka kepada tugas yang utama, iaitu mengajar. Ini menyebabkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran akan turut terjejas. Oleh itu, amat sukar bagi seorang guru untuk menjalankan

kajian dalam pada masa yang sama menjadi seorang guru.

Seterusnya, pengkaji juga sukar untuk menjalankan kajian secara serentak di pelbagai

lokasi kerana prototaip Kit Muzik ini hanya ada satu sahaja. Hal ini menimbulkan kekangan

kepada pengkaji kerana pengkaji kesuntukan masa dalam menjalankan kajian ini. Sekiranya

prototaip Kit Muzik terdapat lebih dari satu, pengkaji boleh menyerahkan kepada sampel untuk

menjalankan kajian secara serentak. Disamping itu, populasi kajian juga boleh ditambah

keseluruh negara dan kajian akan lebih meluas. Seterusnya akan menghasilkan kajian yang lebih

bermakna dan boleh digeneralisasi untuk seluruh murid Pendidikan Khas di Malaysia.
12

Selain itu, pengkaji juga menghadapi masalah untuk mencari sampel yang sesuai kerana

murid pendidikan khas mempunyai masalah kehadiran yang teruk. Oleh itu pengkaji hanya

memilih sekolah yang berdekatan supaya sampel yang dipilih tidak berubah. Disebabkan oleh

kekangan masa belajar sambil bekerja, pengkaji seharusnya mengurus masa dengan baik supaya

proses mengumpul data dapat dijalankan dengan jayanya.

1.9 Definisi Operational

Definisi operasional dirujuk kepada maksud atau istilah yang telah dinyatakan oleh sesuatu

organisasi atau individu yang menjalankan kajian berdasarkan sesuatu sumber rujukan

(Mohamad Najib, 1999). Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang perlu dijelaskan bagi

menerangkan dengan lebih tepat akan kehendak dan keperluan tentang perkara-perkara yang

akan dibincangkan oleh pengkaji dalam kajiannya. Frasa kata yang dijadikan tajuk di dalam

kajian ini perlu dijelaskan. Berikut ialah definisi operasional yang berkaitan.

1.9.1 Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan

murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang

bersesuaian dengan murid–murid berkeperluan khas. Ini termasuk menggunakan sumber

peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid–murid berkeperluan khas.

Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu

bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak–kanak berkeperluan


13

khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus

yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan

penggunaan bahan–bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) menyatakan

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan

kanak–kanak kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di

hospital atau institusi lain. Mansor (2005) : Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan

satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai

seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan

menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli

masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Manakala, Heward (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas dijelaskan daripada

beberapa sudut, iaitu: Ia adalah guru yang dilatih khusus untuk mengajar kanak–kanak yang

memerlukan Pendidikan Khas. Guru–guru ini telah menerima latihan khusus tentang psikologi,

kaedah mengajar, kaedah penilaian dan lain–lain ilmu yang berkaitan dengan kanak–kanak

berkeperluan khas. Bersama dengan guru Pendidikan Khas, pakar–pakar lain juga terlibat dalam

Pendidikan Khas yang terdiri daripada kaunselor, jurupulih carakerja, ahli terapi pertuturan dan

lain–lain. Pakar-pakar ini bekerja dengan guru Pendidikan Khas serta keluarga pelajar terbabit

dengan tujuan membantu.

Secara umum, kurikulum Pendidikan Khas tidak jauh berbeza daripada kurikulum yang

diikuti oleh pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalah penglihatan atau bermasalah

pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Bagaimanapun, bagi pelajar yang
14

mengalami masalah pembelajaran tertentu memerlukan kurikulum yang telah diubahsuai.

Contohnya, sesetengah pelajar kurang upaya perlu diajar memakai baju, makan, membersihkan

diri sendiri, membaca dan menulis dalam braille, menggunakan bahasa isyarat, bercampur gaul

dengan orang lain dan sebagainya. Oleh itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk mengambil kira

pengajaran pengetahuan dan kemahiran tertentu. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan

Khas mungkin ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar biasa atau ditempatkan dalam

kelas berasingan atau sekolah berasingan.

Secara kesimpulannya, Pendidikan Khas ialah kanak–kanak yang memiliki ciri–ciri

tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak–kanak biasa. Kanak–

kanak ini memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada

daripada segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika dibandingkan

dengan kanak–kanak biasa. Justeru itu, kanak–kanak ini dikatakan bermasalah. Mereka

memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai berpandukan jenis kecacatan atau kekurangan

atau juga kelemahan yang mereka miliki. Dengan kata lain, Pendidikan Khas adalah satu

perkhidmatan pendidikan yang dibentuk khas untuk memenuhi keperluan kanak–kanak ini.

1.9.2 Kit Muzik

Konsep penggunaan Kit Muzik ini adalah sebuah inovasi dari permainan kotak beracun. Kit

Muzik ini dilengkapi dengan lagu yang selalu didengar oleh murid iaitu lagu ‘ikan kekek’.

Pengkaji memilih lagu ini kerana ia biasa didengar oleh kanak-kanak. Selain itu, kebanyakan

murid meminati lagu ini kerana liriknya mudah untuk dihafal dan perkataan yang digunakan juga
15

mudah disebut. Lagu ini amat sesuai untuk murid Pendidikan Khas yang mempunyai pelbagai

masalah. Tujuan utama Kit ini dilengkapi dengan muzik kerana kebanyakan guru tiada pembesar

bunyi mudah alih (portable speaker). Jadi, sekiranya menggunakan telefon, bunyinya tidak cukup

kuat dan sesetengah guru tidak mempunyai lagu yang sesuai untuk digunakan dalam permainan

Kit beracun. Guru hanya perlu memasukkan isi pelajaran sahaja ke dalam Kit Muzik ini sama

ada menggunakan ‘flash card’ ataupun hanya menulis pada kertas kecil sahaja.

Menurut Dr. Syed Ali Tawfik Al- Attas (2008), menyatakan bahawa ’Muzik bukan

sahaja suatu sains tetapi juga seni; seni yang menghibur, menyuburkan hati, menenangkan jiwa

dan yang terpenting, dalam bahasa sufi ia menjadi wasilah bagi menyatakan keasyikan belajar

dan kerinduan terhadap apa yang diingat. Oleh itu, penerapan unsur muzik amat penting dalam

pembelajaran bagi menarik minat murid untuk belajar. Kanak-kanak dengan muzik memang

tidak boleh dipisahkan. Sebagai contoh, kebanyakan murid boleh menyanyi lagu abc tetapi tidak

dapat menunjukkan bentuk huruf yang disoal guru. Hal ini menunjukkan murid lebih cepat

mendapatkan ilmu dalam bentuk lagu berbanding belajar secara tradisional.

Selain itu, terdapat juga lampu pada Kit tersebut yang mampu merangsang murid untuk

lebih teruja terhadap bahan bantu belajar tersebut. Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh

pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh

manusia, 75% adalah diperolehi melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada

deria sentuh, 3% daripada deria rasa , 3% daripada deria bau. (Mok Soon Sang, Lee Shok Mee:

1991 ). Berdasarkan kajian di atas, bolehlah dikatakan bahawa pancaindera pandang dan dengar

merupakan dua saluran indera yang penting sekali dalam proses pembelajaran, terutama bagi
16

murid-murid di sekolah rendah. Bagi murid-murid dalam lingkungan umur 6 – 12 tahun, mereka

masih banyak bergantung kepada pengalaman-pengalaman konkrit dan banyak menggunakan

deria pandang dan dengar untuk menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh

yang demikian sumber bahan bantu belajar khasnya Kit Muzik, memainkan peranan penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di kelas.

1.9.3 Sosio emosi positif

Komponen perkembangan sosioemosi menekankan kepada aspek penguasaan kanak kanak yang

melibatkan kemahiran sosial dan emosi dalam kehidupan mereka. Perkembangan sosioemosi

sangat penting dan dapat mempengaruhi kejayaan kanak-kanak dalam pembelajaran mereka pada

masa akan datang. Malah perkembangan sosioemosi juga akan membentuk personaliti kanak-

kanak sehingga dewasa. Kemahiran sosial sangat penting untuk menjaga kualiti hidup setiap

individu agar kanak-kanak dapat mengamalkan kemahiran sosial yang positif apabila bersama

dengan kanak-kanak lain (Kaili & Bullock, 2004).

Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Sosial

dikaitkan dengan proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut

cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Rohani Abdullah (2001), proses ini

melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan

sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan

kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-

kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri.
17

Perkataan emosi pula berasal daripada perkataan Greek iaitu emover yang membawa

maksud untuk keluar. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang

individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh

ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan

kepada perasaan emosi. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan

perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi datang dalam berbagai

bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan

secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan

emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain. Dalam konteks kajian ini,

sosioemosi positif dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan

mengadaptasi diri dalam masyarakat dengan menunjukkan tingkah laku yang positif.

1.10 Kesimpulan

Kesimpulannya, main sentiasa mendatangkan keseronokan kepada kanak-kanak. Belajar dan

berkembang dalam persekitaran yang menyeronokkan ini membantu pertumbuhan kanak-kanak

membesar secara fizikal dan mental yang sihat. Manakala, guru sebagai individu yang rapat

dengan kanak-kanak dalam sistem pendidikan formal ini perlu bijak dan berhemah menggarap

pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam proses mendidik kanak-kanak yang sihat

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya. Sekiranya suasana tersebut berterusan, masyarakat

dan negara akan sentiasa harmoni dalam mencapai wawasan pendidikan yang dicita-citakan,

iaitu insan yang seimbang dari segi JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial).
18

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan kajian-kajian terdahulu serta perkara yang

berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan nanti. Oleh itu, pengkaji seharusnya membuat

pembacaan yang khusus berdasarkan tajuk yang dikaji. Seterusnya, pengkaji akan berkongsi

hasil dapatan yang telah ditemui dalam kajian yang terdahulu. Antara tajuk yang akan

dibincangkan ialah tentang Teori Perkembangan Kognitif, Teori Psikososial, Pengenalan

Pendidikan Khas, pendekatan main dan kaedah PdP mengugunakan Kit Muzik tersebut, serta

kesesuaian bahan bantu belajar dalam pembelajaran murid Pendidikan Khas.


19

2.2 Teori

Pelbagai teori yang telah dikemukaan oleh pelopor daripada pelbagai sudut mengenai

keberkesanan menggunakan teknik bermain sambil belajar. Teori ini akan digunapakai dalam

melaksanakan kajian ini.

2.2.1 Teori Perkembangan Kognitif

Jean Piaget merupakan salah satu pelopor teori perkembangan kognitif. Menurut Piaget (1926)

perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat

mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai Peringkat

Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12

tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Setiap peringkat perkembangan kognitif

kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada

konkrit atau abstrak.

Kanak-kanak dalam fasa ini masih kurang perbendaharaan kata. Kekurangan perkataan

menyukarkan komunikasi secara lisan kerana fonologi, semantik dan sintak yang belum

sempurna dan akan menyebabkan komunikasi antara kanak-kanak dengan orang dewasa terbatas.

Justeru itu, apabila berlaku sebarang isu atau masalah dalam diri kanak-kanak, mereka lebih

cenderung untuk menunjukkan aksi pada perbuatan, ekspresi pada muka dan boleh jadi hanya

mendiamkan diri tanpa sepatah kata. Di dalam teori ini, Piaget menekankan pengubahsuaian diri

dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam diri individu.

Dalam konteks kajian ini, berdasarkan Teori Jean Piaget, teori ini menyarankan bahawa

kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti hands-on, penyediaan

persekitaran yang menarik dan meransang pembelajaran adalah penting. Jadi ianya bersesuaian
20

dengan teknik bermain bagi meningkat sosioemosi positif di mana murid belajar melalui

pengalaman dan aktiviti hands-on dalam permainan. Secara tidak langsung, sosioemosi positif

murid akan wujud seperti keseronokan.

Selain Jean Piaget, Lev Vygotsky juga merupakan pelopor teori perkembangan kognitif.

Teori Vygotsky lebih menekankan kepada aspek interaksi antara dalaman dan luaran dalam

pembelajaran. Menurut Vygotsky sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif

kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang

baru. Vygotsky menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh

sosial dan budaya. Teori ini juga ada menyatakan mengenai scaffolding iaitu memberi sejumlah

besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan

memberikan kesempatan kanak-kanak melakukan sendiri. Jadi dalam konteks kajian ini, pada

peringkat awal pengkaji akan membimbing cara responden bermain dalam pembelajaran, namun

bimbingan tersebut akan dikuangkan dari masa ke semasa.

Walaupun pendekatan teori Piaget dan Vygotsky terhadap pengajaran dan pembelajaran

berbeza, namun kedua-dua teori ini bersetuju mengenai kebaikan bermain dapat

mengembangkan kreativiti dan sosioemosi positif murid. Kreativiti boleh dirangsang melalui

aktiviti bermain. Jadi di sini, terapi bermain merupakan satu ransangan yang baik kerana mampu

mewujudkan pembelajaran yang kondusif dan seronok serta mengembangkan kreativiti mereka

semasa belajar.

2.2.2 Teori Psikososial

Teori Psikososial dipelopori oleh Erik Erikson yang telah menganalisis perkembangan sosial

kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia
21

mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak

balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu.

Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak

menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori

Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi

perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.

Selain itu, Teori Erik Erikson juga menegaskan bahawa kanak-kanak perlu digalakkan

menjelajahi, beraksi dan melakukan aktiviti untuk mendapatkan kepuasan emosi. Jelasnya, kank-

kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah

semula jadi proses tumbesaran mereka. Pada peringkat awal usia mereka, kanak-kanak gemarkan

aktiviti bermain, melukis dan mewarna. Ini kerana aktiviti ini dapat memberikan kepuasan

kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu diaplikasikan semula dalam bentuk

dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis dan

membentuk menggunakan doh atau lego, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti

pacaindera dan bentuk atau lukisan yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan

merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Dalam konteks kajian ini, teori perkembangan

psikososial Erik Erikson ini menjelaskan bahawa perkembangan individu bergantung kepada

faktor kendiri, emosi dan sosial. Jadi melalui terapi bermain murid dapat meningkatkan

kemahiran sosialnya. Justeru itu, pengetahuan dan penguasaan dalam aspek-aspek pedagogi di

kalangan golongan pendidik pastinya akan dapat membantu mereka dalam menjayakan proses

pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan seterusnya dapat mencapai objektif pengajaran

yang telah digariskan.


22

2.3 Pengenalan Pendidikan Khas

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan

murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang

bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas

untuk membantu pembelajaran murid-murid khas. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006):

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi

keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas

merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar

luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran

khusus. Friend (2006) menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk

khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.

Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut

lain. Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang

berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,

berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta

menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan

produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kanak-kanak berkeperluan khas

(exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak ang mengalami kesukaran belajar. Kanak-

kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma

juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini

memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat

merealisasikan potensi mereka (Heward,2003); Modul pengenalan Pendidikan Khas (2011).


23

Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas ini seperti

anak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat,

kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan

perkembangan. Menurut Kail (2001) dalam Modul Pengenalan Pendidikan Khas (2011) hampir

4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan

khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala

ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk

muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau

mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas

berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria

(melihat dan mendengar),keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku

mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri

sendiri)

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan

murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara

teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas

mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan. Kepentingan Pendidikan Khas

bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan

emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan

menggunakan kurikulum khas.


24

Menurut Robert E. Slavin (1997), pedagogi itu adalah sebagai penghubung di antara apa

yang guru mahu pelajarnya belajar dengan pembelajaran sebenar yang pelajarnya akan peroleh.

Dalam konteks ini, golongan pendidik harus lebih peka dan kreatif untuk mengaplikasikan ilmu

pedagogi dalam pengajaran mereka agar ianya bersesuaian dengan keadaan pembelajaran pelajar

dan akhirnya dapat mencapai objektif pengajaran. Menurut N.S. Rajendran (2001), proses

pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah dan satu amalan

pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam satu bilik darjah tidak semestinya akan juga

berjaya dalam bilik darjah yang lain. Ini kerana, bilik darjah yang satu lagi tetap berbeza

daripada bilik darjah yang sebelumnya dari aspek kesediaan guru, tahap pencapaian murid,

bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta waktu mengajar.

2.4 Pendekatan Main dalam Belajar

Bermain adalah perlu dalam kehidupan kanak-kanak (Landreth, Baggelly & Tyndall, 1999).

Bermain merupakan aksi, tindakan atau kelakuan yang boleh dihargai dan mudah untuk dikenal

pasti (Sluss, 2005). Dalam pendidikan awal kanak-kanak, bermain menjadi faktor penting yang

dapat membantu mengoptimumkan proses pembelajaran dan perkembangan. Menurut Froebel

(dalam Vickerius & Sandberg, 2006), kerja, bermain dan belajar adalah satu unit dalam

pendidikan awal kanak-kanak. Dalam pada itu, Vygotsky menjelaskan bahawa bermain adalah

kenderaan bagi kanak-kanak untuk melakukan interaksi sosial dan sangat penting untuk proses

belajar.
25

Persekitaran bukan sahaja meliputi aspek fizikal tetapi termasuk aspek perhubungan

sosial dan budaya disekelilingnya (Fosnot,1996). Apabila seseorang kanak-kanak berinteraksi

dengan dunia di sekitarnya secara aktif, pengetahuan akan terbina dengan sendiri. Kanak-kanak

bukan hanya menerima maklumat secara pasif melalui proses pengajaran dan pembelajaran

tetapi membina pengetahuan hasil interaksi dengan persekitaran. Secara ringkasnya, unsur

kognitif dan sosial saling berkait dalam interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya. Terdapat

tiga peringkat dan kategori main menurut Piaget (1962) iaitu Main Latihan yang melibatkan daya

motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan

objek berkenaan. Main Simbolik melibatkan kanak-kanak menukar sesuatu objek kepada sesuatu

yang lain.

Sebagai pendidik kepada kanak-kanak, guru sangat disarankan supaya memenuhi minat

dan keperluan anak didiknya. Di sekolah, pendekatan belajar melalui bermain membenarkan

kanak-kanak terlibat dengan sesuatu aktiviti pengajaran dengan perasaan yang gembira dan

penuh kepuasan seiring dengan minat dan keinginan semula jadi. Martin (2001) menyatakan

kanak-kanak akan mempamerkan keinginan semula jadi tentang apakah objek itu, bagaimana

objek tersebut berfungsi dan bagaimana ia berkait antara satu sama lain dengan memerhatikan

objek yang berada di persekitaran mereka. Oleh sebab itu, pelopor pendidikan awal kanak-kanak

seperti Froebel, Pestalozzi dan Montessori dalam Eliason dan Jenkins (2003) menyarankan agar

pendidikan di peringkat awal ini berasaskan persekitaran semula jadi dengan menggalakkan

penglibatan aktif dan permainan.


26

Pada asasnya, sifat dan sikap kanak-kanak untuk belajar tentang sesuatu yang belum

diketahui sangat tinggi ketika bermain. Namun, orang dewasa sering melihat aktiviti bermain

dari sudut yang sempit. Dari penglihatan mata kasar, kanak-kanak bermain hanya untuk

menikmati keseronokan sahaja tanpa matlamat yang jelas. Mereka bimbang anak-anak lalai dan

hilang fokus dalam pelajaran seterusnya tidak dapat menguasai bidang akademik dengan

cemerlang. Tetapi Morrison (1998) menjelaskan bahawa aktiviti bermain sebenarnya adalah satu

proses permulaan bagi kanak-kanak untuk belajar. Ahli pendidikan kanak-kanak menjelaskan

bahawa aktiviti bermain dapat menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dari aspek

sosial, kognitif, afektif dan motor (Frost, Bowers & Wortham, 1990).

Peluang bermain yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikatakan

mampu merangsang motivasi dan minda kanak-kanak ke tahap optimum melalui penerokaan,

inkuiri, pembinaan dan penemuan secara semula jadi. Apabila keperluan bermain kanak-kanak

dipenuhi, secara tidak langsung minatnya terhadap pembelajaran akan bertambah, dan

motivasinya juga akan meningkat. Selain itu, tekanan juga dapat dielakkan apabila kanak-kanak

bermotivasi ketika belajar kerana tanpa disedari tugas atau pembelajarannya diserapkan dalam

aktiviti bermain. Penglibatan kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga

semakin meningkat kerana mereka berasa seronok dengan pengajaran yang melibatkan

pengalaman, penggunaan objek-objek konkrit dan juga berpusatkan kanak-kanak. Kajian lepas

mendapati apabila pendekatan pengajaran yang digunakan bersesuaian dengan gaya

pembelajaran pelajar atau kanak-kanak, pengetahuan yang disampaikan dapat disimpan dengan

lebih lama dan kanak-kanak mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran tersebut

(Sloan, 2004).
27

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa kejayaan mempunyai pengaruh yang kuat dengan

motivasi individu (Middleton dan Spanias, 1999). Motivasi yang hadir ketika pendekatan belajar

melalui bermain diaplikasikan dijadikan perangsang untuk membangkitkan keseronokan dan

minat seseorang kanak-kanak terhadap pembelajaran mereka. Atas alasan ini, pemahaman

terhadap konsep bermain kanak-kanak adalah perlu khususnya dalam kalangan guru supaya

keperluan semula jadi kanak-kanak dipenuhi sekaligus meningkatkan motivasi mereka dalam

menuntut ilmu.

2.5 Kaedah Pembelajaran dalam Pengajaran

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Bab 8, Perkara 41 (3), kurikulum yang dilaksanakan

berhubungan dengan Pendidikan Khas hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan

setakat yang semunasabahnya secara praktikal. Pada masa itu tidak ada kurikulum khusus untuk

Pendidikan Khas dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagaimanapun akta

pendidikan membenarkan penggunaan mana-mana yang munasabah, sesuai dan praktikal untuk

digunakan.

Peraturan Pendidikan 1997 (Pendidikan Khas) menjelaskan pelaksanaan kurikulum bagi

murid Pendidikan Khas. Perkara 4 menyatakan dalam melaksanakan kurikulum Pendidikan

Khas, guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi

aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu belajar bagi mencapai tujuan dan

matlamat Pendidikan Khas. Peraturan Pendidikan 1997 ini bermaksud proses pengajaran dan

pembelajaran murid Pendidikan Khas boleh dilaksanakan tanpa perlu mengikuti kurikulum
28

kebangsaan sepenuhnya. Sebaliknya pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan mengikut

kesesuaian kecacatan murid Pendidikan Khas. Kurikulum khusus untuk murid Pendidikan Khas

hanya dilaksanakan pada tahun 2004 melalui SPI 7/2004: Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan

Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Kurikulum ini

berasaskan kepelbagaian keupayaan dan keperluan individu murid Pendidikan Khas dengan

matlamatnya ialah kehidupan bermakna.

Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar

terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di

dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996) telah menyatakan bahawa; kreativiti di dalam bilik

darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil

bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran

kreatif dalam bilik darjah ialah pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang

diajar, murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain dan murid-murid

akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan

menyukai kerja anda.”

Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting sekali bagi guru-

guru Pendidikan Khas untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi

pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terus belajar dengan penuh yakin.

Isu penting yang perlu diberi perhatian ialah dalam pelaksanaan transformasi pendidikan,

pengetua dan guru besar hendaklah mengambil kira situasi murid Pendidikan Khas. Mereka
29

harus diberi peluang mengikuti kurikulum yang bersesuaian dengan keupayaan dan keperluan

secara individu.

2.6 Teknik Main

Menurut Frost, Bowers dan Wortham (1990) bermain dapat menyumbang kepada perkembangan

kanak-kanak dari aspek sosial, kognitif, afektif dan motor. Selain itu, ramai pelopor pendidikan

awal kanak-kanak merumuskan bahawa pembelajaran yang sangat bernilai hadir ketika kanak-

kanak bermain. Bahkan ada yang berpendapat bahawa bermain adalah pekerjaan bagi kanak-

kanak. Penjelasan Froebel (1889) dalam bukunya yang bertajuk ‘The Education of Man’

terhadap kepentingan bermain kepada kehidupan kanak-kanak adalah perkembangan yang

tertinggi di zaman kanak-kanak. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar meluahkan apa yang

terkandung dalam jiwa mereka dengan rela. Peluang bermain yang diberikan sangat penting dan

bermakna kepada kanak-kanak.”

Kepentingan penggunaan konsep bermain pada peringkat kanak-kanak telah disokong

dan diakui oleh penyelidik-penyelidik dari pelbagai disiplin termasuklah psikologi, pendidikan,

falsafah, sosiologi dan juga kesihatan. Malah Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah

mengisytiharkan pada 20 November 1959 bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk bermain

yang harus diarahkan untuk tujuan yang sama khususnya dalam bidang pendidikan (Duncan &

Lockwood, 2008). Hal ini kerana, mereka percaya dalam kehidupan kanak-kanak, bermain

merupakan faktor penting dalam membantu proses pembelajaran dan perkembangan

(Bredekamp, 1987). Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk membuat pilihan sendiri, mereka

lebih cenderung untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa dan bermakna.


30

Seperti yang dijelaskan oleh Morrison (1995), bermain adalah kehidupan bagi kanak-

kanak dan merupakan tahap tertinggi dalam membantu proses perkembangan mereka. Froebel

menyarankan semua kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri bermain.

Dengan bermain kanak-kanak dapat melahirkan dan mendedahkan keunikan yang dimilikinya.

Oleh yang demikian, aktiviti bermain perlu diaplikasikan oleh guru Pendidikan Khas dengan

cara terbaik dalam memperkenalkan perkara-perkara asas mengikut standard kandungan yang

telah ditetapkan dalam setiap tunjang pembelajaran. Dalam Rohani, Nani dan Mohd. Sharani

(2007), pendekatan bermain yang berasaskan Teori Piaget menitik beratkan beberapa perkara,

iaitu; persekitaran kanak-kanak perlu dilengkapi dengan bahan dan aktiviti yang membenarkan

mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka. Contohnya, aktiviti melukis, membina,

berlakon, bermain olok-olok atau bermain dengan pasir dan air. Pengalaman belajar kanak-kanak

adalah berasaskan aktiviti penerokaan dan penemuan. Misalnya, selepas berpengalaman bermain

dengan air, kanak-kanak akan berkebolehan membuat jangkaan sama ada sesuatu benda akan

terapung atau tenggelam apabila diletakkan di atas permukaan air. Guru berperanan dengan

menggalakkan penerokaan persekitaran dan membimbing dalam proses pembinaan pengetahuan.

Kurikulum dan pengalaman pembelajaran kanak-kanak disusun berasaskan minat yang boleh

mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak.

Sehubungan itu, Jerome Bruner menyarankan bahawa ciri-ciri utama bermain bukan

sahaja terletak pada isi kandungan tetapi bentuk permainan. Pendekatan bermain ini wujud

dalam kontinum yang berterusan dari pelbagai jenis permainan yang ditentukan oleh kanak-

kanak seterusnya orang dewasa atau guru Pendidikan Khas. Aktiviti bermain bermula dari main

secara bebas (free-flow play) yang mana aktiviti bermain adalah atas pilihan sendiri dan
31

sepenuhnya diurus oleh diri kanak-kanak. Kemudian aktiviti bermain menuju ke arah permainan

yang lebih berstruktur dan tersusun (structured play), seterusnya permainan berpandu (guided

play) dan diakhiri dengan pembelajaran yang menyeronokkan (playful teaching). Aktiviti

pembelajaran yang menyeronokkan ini perlu kepada inisiatif guru yang bijak merangka agenda

supaya aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak, tidak bosan dan

sentiasa aktif.

2.7 Bahan Bantu Belajar (BBB)

Menurut Asiah Abu Samah (1990), perkembangan sains dan teknologi yang pesat telah

menyebabkan kaedah menyebar data dan ilmu pengetahuan melalui bilik darjah menjadi tidak

lengkap. Menurut Mok Soon Sang (1991), Bahan Bantu Belajar (BBB) merupakan intipati dalam

membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar

memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti

Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan BBB dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh

nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan

semasa menjalankan aktiviti tersebut. Pelajar yang pintar dapat belajar dengan sendiri

menggunakan alat-alat media dan guru hanya perlu membantu pelajar yang lemah.

A. J. Philips dari University of Taxes pada tahun 1960 telah melakukan kajian berhubung

dengan perkaitan antara ingatan dengan cara sesuatu data itu disampaikan. Hasil kajiannya ialah:
32

Aktiviti- Ingatan
Apa yang dibaca - 10%
Apa yang didengar- 20%
Apa yang dilihat- 30%
Apa yang didengar dan dilihat- 50%
Apa yang disebut- 70%
Apa yang disebut dan dilakukan- 90%
Rajah 2.1: Dapatan Kajian A.J Philips (1960)

Hasil kajian ini telah menunjukkan kepentingan guru untuk mengaplikasikan teknologi

pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan BBB untuk memastikan

pelajar dapat mengikuti apa yang diajar. Menurut Moldstat, J. A. (1974), penggunaan media

yang sesuai perlu diintegrasikan ke dalam program pengajaran untuk memberi kesan positif

kepada pengajaran tersebut.

Menurut kajian yang dibuat oleh Abd. Aziz Kulop Saad & Azlida Ahmad (2000),

penggunaan BBB seperti bahan pengajaran multimedia dapat menggalakkan pelajar terlibat

secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih berkesan. Menurut kajian yang dibuat oleh Shafie bin Mohd. Daud

(1990), beban kerja yang berlebihan mempengaruhi guru dalam menggunakan BBB.

Fatimah Ali (1980), dalam laporan kajiannya menyatakan sebilangan besar guru masih

menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kapur dan bercakap dalam proses

pengajaran mereka. Menurut Zuraidah Abd. Razak (1988), BBB adalah sebaran bahan atau alat

yang digunakan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah seperti Pusat Sumber atau dewan

sekolah untuk membantu, menyokong, dan meneguhkan serta melengkapkan pengajaran guru.
33

Kajian yang dijalankan oleh Zulkafi bin Tasiron (1999) adalah bertajuk “Penggunaan

Bahan bantu belajar di Kalangan Guru di Sekolah Menengah Dato’ Hj. Mohd Nor Ahmad, Pulau

Pinang”. Tujuan kajian adalah untuk menentukan tahap penggunaan BBB di kalangan guru,

menganalisis faktor yang menghalang guru dalam menggunakan BBB, dan mengenal pasti

peranan Pusat Sumber dalam membantu guru menggunakan BBB. Kajian ini melibatkan 51

orang guru di Sekolah Menengah Dato’ Hj. Mohd Nor Ahmad, Pulau Pinang. Alat kajian yang

digunakan adalah soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan peratus. Hasil

kajian menunjukkan guru-guru sekolah tersebut menggunakan BBB yang berbentuk bukan

elektronik dan kurang menggunakan BBB yang berbentuk elektronik dan pusat sumber kurang

memainkan peranan sebagai sumber BBB bagi guru di sekolah tersebut.

Kajian yang dijalankan oleh Hj. Mahat bin Ibrahim (1998) adalah bertajuk “Penggunaan

Media dalam Pengajaran Matematik di Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat

Johor”. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau penggunaan media dalam pengajaran

Matematik di kalangan guru-guru sekolah rendah daerah batu Pahat Johor. Data kajian dikumpul

dengan menggunakan satu alat kajian iaitu soal selidik. Seramai 47 orang guru yang mengajar

matematik telah dipilih untuk dijadikan peserta kajian. Kaedah uji dan uji semula telah

digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan alat kajian ini. Hasil kajian menunjukkan semua

peserta kajian ada menggunakan media dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan

media elektronik kurang digunakan. Di antara masalah yang guru hadapi semasa menggunakan

media dalam pengajaran adalah mereka tidak mendapat latihan asas yang mencukupi dan beban

tugas juga merupakan satu masalah yang mereka hadapi dalam menggunakan media.
34

Kajian yang dijalankan oleh Sumilah Bte Marto (1998), adalah bertajuk “Faktor-Faktor

Kekangan Penggunaan Media Elektronik di Kalangan Guru Pelatih”. Tujuan kajian ini adalah

mengenal pasti faktor-faktor yang mengekang penggunaan media elektronik dalam pengajaran di

kalangan guru-guru pelatih Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim yang sedang menjalani

praktikum. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

menghalang penggunaan media elektronik di kalangan guru pelatih. Data kajian dikumpul

dengan menggunakan dua alat kajian iaitu soal selidik dan temu bual. Seramai 60 orang guru

pelatih Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim dipilih untuk dijadikan sampel kajian

menggunakan kaedah persampelan rawak bersistematik. Hasil kajian menunjukkan kekangan

penggunaan media elektronik adalah sikap dan minat guru pelatih yang tidak menggalakkan,

kekurangan kemudahan fizikal dan infrastruktur, kekurangan koleksi sumber media, kurangnya

pendedahan dan kemahiran dalam bidang media elektronik, kelemahan pengurusan pusat sumber

sekolah, beban tugas serta kurang bimbingan dan penyeliaan.

Kajian yang dijalankan oleh Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah &

Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004) adalah bertajuk “Tahap Penggunaan Bahan bantu

belajar di Kalangan Guru Pelatih KPLI (M) Maktab Perguruan Raja Melewar, Sewaktu

Praktikum”. Tujuan kajian adalah untuk meninjau sejauh mana guru pelatih Kursus Perguruan

Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan 2003 Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban menggunakan

Bahan bantu belajar sewaktu mereka menjalani praktikum fasa 1 dan 2. Kajian ini melibatkan 70

orang guru pelatih yang merupakan sebahagian daripada guru pelatih KPLI (M) ambilan Januari

2003 Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Alat kajian yang digunakan adalah soal
35

selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian

menunjukkan tahap penggunaan BBB adalah pada tahap kadang kala.

Kajian yang dijalankan oleh Tan Siew Yin (1989) adalah bertajuk “Persepsi Guru dan

Pelajar terhadap Penggunaan Bahan bantu belajar dalam Pengajaran Sains Paduan”. Tujuan

kajian adalah untuk mengkaji persepsi guru dan pelajar di beberapa sekolah di Melaka terhadap

penggunaan media teknologi pendidikan dalam pengajaran Sains Paduan. Kajian ini melibatkan

50 orang guru dan 50 orang pelajar. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik dan temu

bual. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan

persepsi guru dan pelajar terhadap penggunaan media teknologi pendidikan dalam Sains Paduan

adalah baik walaupun kurang mahir.

Kajian yang dijalankan oleh Nur Dzainuddin Mohammad (1989) adalah bertajuk

“Masalah-Masalah yang Menghalang Guru-Guru Terlatih di Sekolah-Sekolah Menengah

daripada Mengunakan Bahan bantu belajar”. Tujuan kajian adalah untuk meninjau masalah yang

menghalang guru terlatih di sekolah menengah daripada menggunakan BBB. Kajian ini

melibatkan 60 orang guru terlatih sekolah menengah. Alat kajian yang digunakan adalah soal

selidik dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan masalah yang menghalang adalah sikap guru

dan pentadbiran sekolah yang tidak mahu menerima pembaharuan dalam pengajaran menghalang

mereka daripada mengunakan BBB.

2.8 Kesimpulan

Setelah membuat penelitian melalui kajian literatur, pengkaji mendapati bahawa kaedah

pengajaran menggunakan Kit Muzik amat sesuai dijalankan kepada murid Pendidikan Khas
36

kerana pendekatan main dalam belajar amat sesuai diterapkan kepada murid. Murid seronok

apabila bermain dan seterusnya dapat membantu meningkatkan minat murid untuk belajar tanpa

rasa bosan dan jemu. Selain itu, Kit Muzik ini juga dilihat mampu membantu guru dalam

menyediakan bahan bantu belajar dengan pantas dan berkesan. Ia boleh digunakan secara

berulang kali oleh guru serta dapat menyediakannya dalam waktu yang singkat.

BAB 3

METODOLOGI
37

3.1 Pengenalan

Menurut Najib (1999), kegagalan menggunakan kaedah mengumpul data yang berkesan akan

menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan menyebabkan beban maklumat. Metodologi

kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai bagi menjalankan kajian dan

menentukan cara yang paling efektif bagi menjalankan kajian. Kajian yang efektif mestilah

dirangka serta melibatkan pembentukan tujuan kajian, pemilihan reka bentuk dan kaedah

penganalisisan data. Bagi menjawab persoalan kajian, kaedah yang betul diperlukan. Oleh itu,

bab ini akan membincangkan mengenai kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat

yang diperlukan dan menjawab kepada semua persoalan yang terdapat dalam kajian.

3.2 RekaBentuk Kajian

Rekabentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana

sesuatu kajian itu dijalanakan (Sabitha, 2006). Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam

membantu penyelidik dalam proses memungut data, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil

daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari

maklumat dan mengawal varians. Oleh yang demikian, satu reka bentuk kajian yang kemas

diperlukan untuk mendapatkan maklumat-maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Dalam

konteks kajian ini, pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah kajian kuasi

eksperimental. Kajian eksperimental ini merupakan kaedah terkawal yang memerlukan

penelitian dan juga kecekapan pengkaji itu sendiri dalam mengendalikan kajian yang agak rumit.

Apa yang membezakannya, kita perlu mengawal pemboleh ubah kajian.


38

Terdapat dua kumpulan kajian iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dalam

konteks kajian ini, tujuh orang murid daripada kumpulan kawalan dan tujuh orang murid

daripada kumpulan rawatan. Kedua-dua kumpulan akan menjalani ujian pra eksperimen untuk

membuktikan samada kebolehan atau keupayaan kedua kumpulan adalah sama atau berbeza.

Kumpulan kawalan akan melalui proses kajian secara normal, manakala kumpulan rawatan akan

melalui kajian bersama dengan pemboleh ubah tak bersandar kajian. Ini bermakna teknik

bermain dijalankan untuk tujuh orang murid dalam kumpulan rawatan. Selepas melalui proses

kajian, kedua-dua kumpulan akan menjalani ujian pos-eksperimen. Ujian pos eksperimen

menunjuk perbezaan antara keupayaan atau kebolehan kedua-dua kumpulan.

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Persampelan adalah merupakan sesuatu responden yang diambil sebahagiannya daripada

populasi untuk dijadikan sampel. Kaedah persampelan ini merupakan satu cara yang baik untuk

mengurangkan kos serta menjelaskan dan menggambarkan keseluruhan populasi. Secara

umumnya, sampel adalah sumber untuk mendapatkan data. Menurut Gay (1976) dalam Azizi

(2007), jumlah sampel yang diperlukan bagi mewakili populasi dalam sesuatu kajian adalah

sebanyak 10% daripada jumlah populasi.

Populasi merupakan satu cerapan ke atas satu kumpulan individu ataupun objek. Individu

yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu sifat atau ciri yang sama antara satu
39

sama lain (Majid, 1993). Populasi bagi kajian ini merupakan murid Kelas Pendidikan Khas di

daerah Pekan. Pemilihan sampel pula adalah dilakukan secara rawak mudah dalam kalangan

murid Pendidikan Khas disekitar daerah Pekan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

sampel dengan sebaiknya bagi mengumpul data. Bilangan murid yang terlibat dalam kajian ini

adalah 14 orang. Mereka dipilih secara rawak dari populasi murid Pendidikan Khas di sebuah

sekolah di daerah Pekan.

3.4 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di negeri Pahang khususnya daerah Pekan yang melibatkan sekolah yang

mempunyai program Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran. Pemilihan lokasi sekolah ini

adalah berdasarkan masalah murid yang diajar. Sekolah tersebut memenuhi kriteria yang

diperlukan dan sesuai dengan kehendak kajian. Seterusnya hasil ini akan membantu pengkaji

dalam menjawab persoalan kajian berdasarkan data yang diperolehi.

3.5 Instrumen Kajian

Berdasarkan keputusan mesyuarat Task force Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Bil 2/2019

pada 16 April 2019 dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia menyatakan

‘Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Murid Berkeperluan Khas (MBK) Masalah Pembelajaran Tahap 1

mengikut 6 Kategori MBK Masalah Pembelajaran dan 6 Domain Pendidikan Khas telah diluluskan untuk

dimaklum dan dilaksanakan di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) mulai bulan Mei 2019. Antara domain tersebut ialah kognitif,
40

Bahasa dan komunikasi, Tingkah laku, Motor kasar, Motor halus dan sosioemosi. Oleh itu, pengkaji telah

menggunakan item yang terdapat dalam I nstrument Pentaksiran Bilik Darjah Murid Bekeperluan

Khas Tahap 1 bagi domain sosioemosi. sebagai instrumen kajian ini.

3.6 Kajian Rintis

Kajian rintis perlu dilakukan dalam usaha memantapkan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu

instrumen terutamanya bagi mengesan sama ada instrumen tersebut boleh diguna pakai untuk

kajian sebenar. Oleh itu, kajian rintis ataupun kajian awal ini harus dilakukan bagi menguji

instrumen yang dihasilkan bagi mengatasi masalah yang mungkin timbul pada masa kajian

sebenar dilakukan. Maklum balas yang diperolehi sewaktu kajian rintis dilakukan seharusnya

diambil kira untuk memantapkan keesahan instrumen.

Kajian rintis akan dijalankan kepada murid pendidikan khas masalah pembelajaran di sebuah

sekolah bagi mengesan tahap awal sosiemosi murid sebelum menjalankan program

menggunakan kit muzik dalam pembelajaran. Hasil dapatan akan digunakan sebagai data pre-test

untuk memilih sampel yang layak untuk dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan

rawatan serta untuk dijalankan intervensi. Hasil dapatan akan dipersembahkan dalam bentuk graf

iaitu berdasarkan skor yang diperolehi dalam pentaksiran bilik darjah murid bekeperluan khas

tahap 1 bagi domain sosioemosi.

3.7 Prosedur Pengumpulan Data


41

Bagi menjayakan aktiviti pengumpulan data, beberapa langkah tertentu akan diambil oleh

penyelidik. Di antaranya termasuklah memohon kebenaran dari pihak-pihak yang berkenaan,

seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan

Pendidikan Negeri Pahang dan pihak sekolah yang telah dipilih. Langkah pertama yang

dilakukan oleh penyelidik ialah mendapatkan surat pengesahan daripada pejabat Fakulti

Pembangunan Manusia untuk menjalankan kajian seperti mana yang telah dirangkakan. Setelah

pengesahan diperolehi, barulah langkah-langkah selanjutnya dilaksanakan.

Langkah seterusnya ialah penyelidik akan mendapatkan kebenaran daripada Kementerian

Pendidikan Malaysia (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan), pihak Jabatan

Pendidikan Negeri Pahang dan akhir sekali dari pihak sekolah iaitu Pengetua dan Guru Besar

sekolah di mana kajian ini akan dijalankan. Di antara perkara-perkara yang akan dimaklumkan

kepada pihak pentadbiran sekolah ialah menerangkan tentang tujuan kajian ini diadakan,

penglibatan responden kajian serta tarikh dan masa kajian.

Selepas mendapat kebenaran pentadbir, pengkaji akan menjalan kajian rintis bagi

memilih sampel yang diperlukan. Setelah menjalankan pre-test, pengkaji akan membahagikan

sampel kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Sampel yang dari

kumpulan rawatan akan menjalani sesi intervensi selama 5 minggu bagi meningkatkan skor

sosioemosi positif dalam ujian domain tersebut. Setelah itu, sampel kajian akan menjalani post

test menggunakan instrument yang sama iaitu instrument Pentaksiran Bilik Darjah Murid

Bekeperluan Khas Tahap 1 bagi domain sosioemosi.


42

3.7 Teknik Analisis Data

Semua data yang dikumpul daripada Instrument Pentaksiran Bilik Darjah Murid Bekeperluan

Khas Tahap 1 bagi domain sosioemosi.akan dianalisis dengan menggunakan pengiraan statistik

deskriptif menggunakan perisian ‘Microsoft Office Profesional Plus 2013 Exce’l dan

menggunakan program ‘Statistical Package for Social Science Version 23’. Statistik yang

digunakan dalam penganalisian ini adalah taburan kekerapan, peratus (%) dan min untuk melihat

sejauh mana keberkesanan penggunaan Kit Muzik terhadap murid Pendidikan Khas Masalah

Pembelajaran. Berdasarkan keputusan analisis, data akan dipersembahkan dalam jadual.

Pandangan dan pendapat akan dipersembahkan secara langsung dalam huraian. Hasilnya akan

dibincangkan untuk membuat kesimpulan.

3.7 Kesimpulan

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah reka bentuk kajian kuasi eksperimen bersifat

kuantitatif iaitu kajian eksperimen tentang penggunaan Kit Muzik dalam meningkatkan

sosioemosi positif murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Tempat kajian yang akan

dijalankan adalah sekolah di negeri Pahang. Populasi kajian adalah murid Pendidikan Khas

bermasalah pembelajaran yang akan dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan kaedah

persampelan rawak mudah. Alat kajian yang digunakan adalah Instrument Pentaksiran Bilik

Darjah Murid Bekeperluan Khas Tahap 1 bagi domain sosioemosi.. Sampel kajian akan diberi

taklimat penjelasan tentang kajian yang akan dijalankan. Kaedah analisis data kajian yang akan

digunakan adalah pengiraan statistik deskriptif. Statistik yang digunakan dalam penganalisian ini

adalah taburan kekerapan, peratus (%) dan min untuk melihat sejauh mana keberkesanan
43

penggunaan Kit Muzik dapat meningkatkan sosioemosi positif murid bekeperluan khas masalah

pembelajaran.

RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari, Abd. Rahim Romle & Mohamad Yazi Kerya. (2006). Beban tugas guru

sekolah rendah. Seminar Kebangsaan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah. Alson Klana

Resort:Seremban

Abd. Aziz Kulop Saad & Azlida Ahmad. (2000). Keberkesanan Penggunaan Bahan

Pengajaran Multimedia Interaktif (BPMI) dalam Pengajaran. Jurnal BTP. 17-34. Kuala

Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Amir Hassan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan (Edisi kedua). Tanjung

Malim, Perak : Quantum Books.


44

Azizi, Shahrin, Jamaludin, Yusof dan Abdul Rahim (2007). Menguasai Penyelidikan dalam

Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

Ang, Huat Bin (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan

Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. 39.

Asiah Abu Samah (1990). Ke Arah Pendidikan Bermutu Melalui Penerapan Teknologi

Pendidikan. Jurnal Pendidikan, 24(74), 1-4.

Bredekamp, S. (1987). Developmentally appropriate practice in early childhood programs

serving children from birth through age eight. Washington, DC: NAEYC.

Che Yaacob Che Ahmad (1996), Punca Ketegangan Guru Matematik Sekolah Rendah di

Kelantan. Tesis Sarjana Sains Pengurusan,Universiti Untara Malaysia, Sintok.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan:Bacaan

Asas. Dewan Bahasa dan pustaka. Kuala Lumpur.

Crow dan Crow (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Pengurusan (terjemahan Habibah Elias).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


45

Daud Mohd Noor. (1982). Laporan Ringkas Perbincangan Panel Forum Sehari 3M Kementerian

Pendidikan Ma/oysza. Universiti Malaya.

Duncan, J. & Lockwood, M. (2008). Learning through play: A work based approach for the

early years professional. London: Continuum International Publishing Group.

Fatimah Ali. (1980). The Utilization Of the malaysian educational television. Pendidik dan

Pendidikan. 62-78. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Frost, J. L., Bowers, L., & Wortham, S., (1990). The state of American playgrounds. Journal of

Physical Education, Recreation, and Dance. Vol 61 (8), hlm. 18-23.

Froebel, F. (1889). The education of man. New York: E. Appleton.

Fosnot, C. T. (1996). Constructivism: A psychological theory of learning. In C. T. Fosnot

(Ed.), Constructivism: Theory, perspectives, and practice (pp. 8-33). New York: Teachers

College Press.

Friend, M (2006). IDEA 2004 Update Edition: Special Education.New Jersey :

Pearson Education , Inc.

Gargiulo, R.M, (2003), Special Education In Contemporary Society: An introduction to

Exceptionality, Belmount: Wadsworth/ Thomson Learning.


46

Hussien Mahmud. (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: DBP

Hallahan, D.p., & Kauffman, J.M. (2006) Exceptional Children:An Introduction to Special

Education (10th Edition).Bostan:Pearson.

Hj. Mahat bin Ibrahim. (1998). Penggunaan Media dalam Pengajaran Matematik di Kalangan

Guru-Guru Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat Johor. Cerana Jurnal Pendidikan. 17-20.

Johor: Maktab Perguruan Batu Pahat.

Landreth G. L., Baggelly, J., & Tyndall, A. L. (1999). Beyond adapting adult counseling skills

for use with children: The paradigm shift to child-centered play therapy. Journal of

Individual Psychology, 55(3), 272-288.

Leonard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka Dan

Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1991). Pengajaran & Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1991). Pedadogi 2: Strategi Pengajaran dan Pengajaran Mikro. Kuala

Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


47

Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman.

(2004). Tahap Penggunaan Bahan bantu belajar di Kalangan Guru Pelatih KPLI (M)

Maktab Perguruan Raja Melewar, Sewaktu Praktikum. Tesis Sarjana Muda Pendidikan.

Negeri Sembilan: Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban.

Moldstat, J. A. (1974). A selective review of research studies showing media effectiveness: A

primer for media directors. AV Communication Review. 387-405.

Modul pengenalan Pendidikan Khas (2011), Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran

Malaysia

Morrison, G. S. (1998). Early childhood education today. Upper Saddle River, NJ:Prentice

Hall.

Middleton, J. A. & Spanias, P. A. 1999. “Motivation for achievement in mathematics: Findings,

generalization and criticism of the research”, Journal for Research in Mathematics

Education,30(1), 65–88.

Morrison, G. S. (1995). Early childhood education today. New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia.
48

Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

N.S Rajendran (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru

Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Fakulti Sains Kognitif Dan

Pembangunan Manusia. Universiti Perguruan Sultan Idris.

Nur Dzainuddin Mohammad. (1989). Masalah-Masalah yang Menghalang Guru-Guru Terlatih

di Sekolah-Sekolah Menengah daripada Mengunakan Alat Bantuan Mengajar. Jurnal

Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Pertanian Malaysia.

Paintal, I.(1980) Micro Teaching- A handbook for Teachers. Delhi: Oxford University Press.

Patton, M.Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. Edisi Ke-2. Newbury Park:

Sage Publication

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum

Prasekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd:Selangor.

Robert E. Slavin (1997). Seventh Edition Psychology Theory and Practice. United 

State of America: Allyn and Bacon, Permissions Department.

Sabitha Marican (2006). Penyelidikan Sains Sosial- PendekatanPragmatik.’Selangor;

Edusystem Sdn Bhd.


49

Sluss, D., J. (2005). Supporting play: Birth through age eight. Canada: Thomsom Delmar

Learning.

Sloan, T., Daane, C.J. & Giesen, J. (2004). Learning Styles of Elementary Preservice Teachers.

College Students Journal. 38(3): 494-501.

Shafie bin Mohd. Daud. (1990). Pengaruh kesan diri dan pentadbir sekolah terhadap

penggunaan media teknologi. Tesis Sarjana. Johor: Universiti teknologi Malaysia

Sumilah Bte Marto. (1998). Faktor-Faktor Kekangan Penggunaan Media Elektronik di

Kalangan Guru Pelatih. Tesis Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Tan Siew Yin. (1989). Persepsi Guru dan Pelajar terhadap Penggunaan Bahan bantu belajar

dalam Pengajaran Sains Paduan. Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Vickerius, M., & Sandberg, A. ( 2006). The significance of play and the environment around

play . Early Child Development and Care , 176, 207–217.

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of the higher psychological

processes. Cambridge, MA: Harvard University Press.


50

Warren, B. (2009). On Becoming a Leader. New York: Basic Books.

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. Dr. (1993) Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian,Kuala

Lumpur, Nurin Enterprise.

Zulkafi bin Tasiron. (1999). Penggunaan Bahan bantu belajar di Kalangan Guru di Sekolah

Menengah Dato’ Hj. Mohd Nor Ahmad, Pulau Pinang. Cerana Jurnal Pendidikan. Johor:

Maktab Perguruan Batu Pahat.

Zuraidah Abd. Razak. (1988). Tinjauan persepsi pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Tengku

Ampuan Durah, Seremban mengenai keberkesanan penggunaan bahan bantu belajar

dalam pelajaran kimia. Jurnal Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah

Pembelajaran Tahap 1 (2019), Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.


51

LAMPIRAN

1. Item Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran Tahap 1

You might also like