You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN
Kanak-kanak keperluan khas ialah kanak-kanak yang belajar di sekolah khas ataupun
dalam program pendidikan khas. Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan
untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang
mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran dan pintar cerdas. Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan
keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan,
penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan
(developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan
dan ketidakupayaan individu. “Special education means specially designed instruction
that meets the unusual needs of exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994).
Berdasarkan video yang telah saya lihat. Program pendidikan khas merupakan
merupakan salah satu program pembelajaran yang dikhaskan untuk anak-anak kurang
upaya. Jika kanak-kanak pendidikan khas ini diberikan peluang untuk memperlajari serta
mengikuti pembelajaran yang bersesuaian dengan masalah mereka dapat membantu
mereka untuk membina diri mereka dan membantu untuk membina masa depan yang
lebih baik untuk mereka. Dapat juga dilihat sekarang ramai ibu bapa telah membuka mata
mereka untuk menghantar anak-anak keperluan khas mereka ke pendidikan khas supaya
mereka dapat memperoleh sebuah ilmu dan manfaat yang lebih baik untuk mereka.
Kanak-kanak kurang upaya perlu diberikan peluang untuk belajar dan pergi kesekolah
seperti kanak-kanak normal supaya mereka dapat bergaul dengan rakan baik ataupun
memperlajari sesuatu kemahiran yang baharu.

1
2.0 BAHAGIAN A
I) PENERANGAN CIRI-CIRI KANAK-KANAK DALAM VIDEO
Berdasarkan video yang telah saya tonton, satu jenis kanak-kanak keperluan
khas yang saya dapati dalam video tersebut ialah kanak-kanak dengan masalah
pendengaran. Setiap manusia dilahirkan didunia mempunyai pancaindera. Kita
belajar mengenai bunyi kuat dan perlahan adalah melalui pancaindera
pendengaran. Melalui pendengaran juga kita akan mengenal bunyi yang serik
dengan bunyi yang rendah, bunyi yang merdu ataupun tidak. Kita belajar
mengenal pujukan daripada ibu bapa atau ahli keluarga yang lain dan sumber
bunyi yang menyenangkan. Namun begitu tidak bagi mereka yang mempunyai
masalah pendengaran. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran
mereka tidak boleh mendengar bunyi-bunyian disekeliling mereka. Mereka
menerima maklumat melalui deria penglihatan untuk membentuk persepsi mereka
terhadap dunia sekeliling mereka. Akibat daripada kerosakan deria pendengaran
menyukarkan untuk mereka mempelajari Bahasa serta maklumat dengan lebih
sempurna. Mereka juga tidak dapat menerima maklumat secara verbal dengan
kebolehan yang ada pada mereka seperti kanak-kanak normal. Dari sudut
pembelajaran pula, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran ini
banyak ketinggalan akibat daripada kehilangan salah satu deria penting iaitu
pendengaran. Ia menyebabkan kanak-kanak lebih banyak menggunakan deria
penglihatan untuk meneruskan kehidupan. Kekurangan yang dialami turut
mempengaruhi proses pembelajaran dan sedikit sebanyak mempengaruhi
pencapaian akademik mereka (Hardman, 1996). Menurut Chua Tee (1992) telah
menyatakan bahawa kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai
seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan, contohnya dia
mempunyai pendengaran separa, adalah diluar biasa kerana memang ia tidak
dapat bertindak terhadap bunyi di sekeliling mereka.

Terdapat beberapa ciri-ciri masalah kanak-kanak yang mempunyai masalah


pendengaran. Menurut Asiah (2012) terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang
mempunyai masalah pendengaran mengikut tahap. Tahap yang pertama iaitu
tahap ringan yang menpunyai masalah pendengarann yang sedikit sahaja. Kanak-
kanak ini hanya mempunyai kadar gelombang frekuensi sekitar 20 hingga 40dB.
Kanak-kanak pada tahap ini masih lagi mampu mendengar bunyi tetapi pada

2
kadar yang perlahan dan jauh. Perbualan yang dilakukan perlulah diikuti dengan
pergerakan fizikal. Kebiasaanya, kanak-kanak pada tahap ini perlu sentiasa duduk
atau dekat dengan guru supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Tahap
yang kedua pula ialah sederhana. Pada tahap ini gelombang frekuensi yang
mereka terima ialah 41 hingga 70dB. Mereka juga boleh mendengar tetapi mereka
hanya boleh mendengar pada jarak 1 hingga 1.5 meter sahaja dari mereka. Kanak-
kanak pada tahap ini perlu dibantu dengan alat bantuan pendengaran. Kanak-
kanak pada tahap ini juga jika kita ingin berhubung dengan merek perlu
menggunakan suara yang kuat untuk bercakap dengan mereka. Kanak-kanak pada
tahap ini berkemungkinan juga mengalami masalah pertuturan yang tidak
sempurna akibat daripada pengalaman mendengar mereka yang agak terhad.
Kanak-kanak pada tahap ini juga perlu menjalankan sesi terapi pertuturan supaya
mereka dapat menghasilkan perkataan yang betul serta mampu berkomunikasi
dengan baik. Tahap yang ketiga pula ialah tahap teruk, gelombang frekuensi yang
mereka terima pula sekitar 71 hingga 90dB. Pada tahap ini, perbualan yang
berlaku memerlukan suara yang kuat dan mereka hanya dapat mendengar bunyi
yang kuat sahaja pada jarak diantara 0 hingga 3.05 meter. Kanak-kanak pada
tahap ini hanay dapat mendengar huruf vokal sahaja tetapi mungkin tidak dapat
membezakan bunyi konsonan sahaja dan selalunya kanak-kanak akan mengalami
masalah pertuturan pada tahap ini. Mereka tidak dapat bertutur dengam baik
kerana mereka tudak boleh mendengar bunyi pertuturan yang betul dengan jelas.
Pada tahap yang terakhir pula iaitu pada tahap sangat teruk, gelombang
pendengaran yang mereka perolehi ialah 90dB keatas. Pada tahap ini ialah tahap
yang sanfat teruk, kerana kanak-kanak pada tahap ini sukar untuk mendengar
walaupun bunyi yang sangat kuat. Mereka juga mengalami pelbagai masalah
Bahasa dan pertuturan serta mengalami gangguna untuk berkomunikasi. Sebarang
pertuturan biasa mungkin akan didengari oleh mereka namun memerlukan
bantuan alat bantuan pendengaran sahaja. Walaupun sebilangannya mempunyai
tahap kecerdasan yang normal, tetapi mereka terjejas daripada aspek persepsi,
sosial, emosi, pendidikan dan vokasional kerana kekurangan makumat serta
kefahaman dalam bidang yang berkaitan.

Terdapat juga beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah


pendengaran yang kita dapat lihat melalui mata kasar dan pemerhatian dalam

3
aktiviti seharian mereka. Antara ciri-ciri tersebut ialah, kurang memberi perhatian,
kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran akan berasa tidak terkejut
ketika mendengar bunyi yang bising atau kuat serta kanak-kanak ini juga tidak
mengalihkan pandangan mereka kea rah sumber bunyi dan tidak daapat meniru
atau bertindak balas terhadap bunyi yang didengarinya pada usia 12 bulan. Dalam
hal ini, berkemungkinan besar kanak-kanak tidak dapat mendengar ataupun tidak
dapat memastikan bunyi yang didengari mereka apabila mereka didapati tidak
menunjukkan sebarang reaksi ataupun memberikan perhatian kepada kita. Ciri
kedua pula, sukar mengikut arahan. Dapat dilihat disini kanak-kanak yang
memounyai masalah pendengaran sukar untuk mengikuti arahan yang diberikan
secara lisan walaupun arahan tersebut adalah dalam bentuk ayat mudah.kanak-
kanak juga sering kali meminta untuk mengulangi arahan tersebut beberapa kali.
Terdapat juga kanak-kanak yang tidak memberikan sebarang perhatian terhadap
arahan atau pertanyaan yang diberikan. Ciri-ciri yang terakhir ini merupakan ciri
yang paling jelas dan paling mudah ibu bapa ketahui mengenai masalah
pendengaran kanak-kanak iaitu sering mengadu sakit telinga. Mereka yang
mempunyai masalah pendengaran sering mengadu kepad ibu bapa tentang
kesakitan yang dialami pada bahagian telinga mereka. Dan sesetengahnya
mungkin akan mengeluarkan cecair daripada telinga mereka. Mereka juga akan
sering mengalami sakit tekak dan tonsillitis. Masalah sakit seperti ini sering
berkaitan dengan pendengaran kerana masalah ini berkaitan diantara satu sama
lain.

II) PENJELASAN TENTANG UJIAN SARINGAN


Terdapat pelbagai ujian yang disediakan untuk mengenal pasti seseorang
kanak-kanak itu mengalami masalah pendengaran atapun tidak. Ujian yang
dijalankan oleh pakar khas dalam bidang audiologi dan ortologi (diagnosis dan
rawatan) dapat mengesahkan seseorang itu mengalami masalah pendengaran
atupun tidak. Ibu bapa tidak perlu ragu-ragu dengan ujian yang dijalankan kerana
kesahihan ujian ini telah diguna pakai diseleruruh dunia. Tugasan pakar audiologi
ialah memberikan perkhidmatan saringan kepada bayi dan kanak-kanak,
mendiagnosis masalah pendengaran pada kanak-kanak dan dewasa serta menilai,
memilih dan mengedarkan alat bantu pendengaran. Salah satu ujian pendengaran
yang boleh dilakukan terhadap kanak-kanak masalah pendengaran ialah ujian

4
crib-o-gram. Ujian ini memerlukan pakar untuk menjalankan beberapa ujian
yanag akan dilaksanakan oleh pakar-pakar untuk mengenal pasti masalah
pendengaran kanak-kanak. Ujian ini dijalankan untuk menbuat saringan
(screening). Kebiasaanya ujian ini dijalankan dihospital untuk menguji tahap
kehilnagn pendengaran bayi yang baru lahir atau dalam rawatan rapi. Namun
begitu alat yang digunakan untuk ujian ini adalah tidak tepat dan prakikal untuk
bayi yang berumur beberapa minggu. Ujian ini juga hanya memberikan gambaran
kasar tentang kehilangan pendengaran bayi. (Safani Bari, 2004, nota kuliah
GB3123). Dapat dinyatakan disini bahawa ujian cri-o-gram merupakan ujian
saringan taupun screening yang digunapakai di hospital. Ujian ini hanya
dijalankan untuk bayi yang baru lahir atupun berada di unit rawatan penjagaan
rapi. Alat yang digunakan ini akan memberikan bacaan ukuran yang tidak tepat
kerana bayi yang baru lahit tidak memberikan sebarang tindak balas pad bunyi
perlahan seperti bisikan tetapi bayi yang berusia beberapa minggu mungkin akan
bertindak balas seperti terperanjat, pergerakan kepala dan sebagainya. Ia berlaku
apabila bayi ini terdedah dengan bunyi yang lebih kuat seperti bunyi bising, muzik
ataupun pertuturan. ukuran dari Crib-o-gram memberi gambaran kasar kehilangan
pendengaran.

Gambar rajah 1 : Ujian Crib-o-gram pada bayi.

5
3.0 BAHAGIAN B

I) DUA JENIS KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS


Masalah Fizikal dan Kesihatan (Palsi Serebrum)

Menurut Akta Pendidikan Kurang Upaya (IDEA- Individual with Disabilities


Education Act), masalah fizikal (physical disabilities) yang juga dikenali sebagai
masalah ortopedik merupakan msalah yang berkaitan dengan siitem tulang rangka
manusia, maslah ini tidak melibatkan masalah kepada sensori tetapi
mempengaruhi pencapaian akdemik individu. Terdapat tiga punca yang
dikenalpasti membawa kepada masalah fizikal adalah seperti, keganjilan sejak
lahir iaitu kaki belantan dan ketidakhadiran anggota badan, penyakit iaitu
polopmielitie dan tuberculosis tulang atau disebabkan masalah lain contohnya
palsi serebrum, kudung, retakan dan kebakaran. IDEA sera Heller, Fredrick,
Dykes, Best dan Cohen (1999) juga menyifatkan masalah kesihatan (health
impairments) sevagai individu yang memiliki kekuatan kurang daripada individu
normal, daya tahan yang lemah dan perhatian yang terhad sehingga memberi
kesan kepada pencapaian akademik individu. Keadaan ini mungkin berpunca
daripada peynakit kronik atau kecerdasan individu seperti sakit jantung, batuk
kering epilepsy, leukemia, radang buah piinggang dan pelbagai penyakit kronik
yang lain. Masalah kesihatan yang ingin terangkan disini ialah Palsi Serebrum. Ia
dikategorikan sebagai masalah kesihatan (health impairments) dan palsi serebrum
terletak dalam subkategori masalah neurologi (neurological impairements).
Sistem neurologi ialah sel saraf yang terdirir daripada saraf tunjang, otak, ganglia
dan saraf, melalui rangakian ini, maklumat akn dipindahkan dari persekitaran
individu kepada otak lalu bertindak balas kepada maklumat dengan menghantar
masej kepada otot dan membenarkan badan untuk memberi respon. Saraf juga
berfungsi dalam mengawal fungsi dalaman seperti dengutan jantung dan
pernafasan (Paul Jansma & Ron French, 1994). Menurut portal MyHEALTH
cerebral palsi adalah gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktofan

6
badan yang disebabkan oleh kerosakan pada otak yang sedamg berkembang. Ia
bukanlah sejenis penyakit yang tidak bersifat progresif (semakin memburuk).
Penyakit ini mungkin terjadi ketika kanak-kanak berada di dalam kandungan,
semasa lahir ataupun selepas kelahiran. Kebolehan mengawal pergerakan otot
yang terjejas menyebabkan kesukaran mengawal postur, pergerakan dan
mengimbangkan diri. Kanak-kanak palsi serebrum mempunyai peluang yang
terhad untuk bermain, meneroka persekitaran dan berfungsi akibat masalah
tersebut.

Ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami palsi serebrum tanda-tanda kanak-


kanak mengalami palsi serebrum. Ciri-ciri ini terbahagi kepada dia iaitu ciri-ciri
terhadap kanak-kanak. Mari kita lihat apakah ciri-ciri palsi serebrum pada bayi
terlebih dahulu. Berdasar laporan Harian Metro (Oktober 25, 2020) menurut
Jurupulih Perubatan Anggota (Fisioterapi) Flex Physiotherapy Centre,
Norshafiqah Mat Rabi , bayi yang mengalami Palsi Serebrum biasanya tidak
dapat dikenal pasti semasa dilahirkan. Namun, ia mula menunjukkan tanda
penyakit itu dalam tempoh 18 bulan pertama dilahirkan sehingga berumur tiga
tahun. "Bayi yang mengalami Palsi Serebrum tahap teruk biasanya dapat
didiagnosis apabila berusia kira-kira tiga bulan," katanya. Sementara itu, Jurupulih
Perubatan Anggota (Fisioterapi) Flex Physiotherapy Centre, Wan Zahid Wan
Zulkifli berkata, tanda awal Palsi Serebrum yang boleh dikenal pasti ialah anggota
badan lemah (ketegangan otot terlalu rendah) atau terlalu keras (ketegangan otot
terlalu tinggi). "Selain itu, tidak mencapai tahap perkembangan mengikut masa
yang diramalkan seperti lambat belajar berguling, mengangkat kepala, duduk,
merangkak, berdiri, berjalan, menggenggam sesuatu, senyum dan sebagainya. Jika
terdapat ciri-ciri palsi serebrum ini pada bayi mereka akan mengalami kesukaran
untuk mengangkat kepala mereka apabila berada dalam keadaan meniarap. Otot
pada tengkuk yang lemah tidak dapat menampung bayi untuk mengangkat kepala
mereka. Mereka juga akan mengalami masalah dalam kesukaran untuk mengawal
otot mulut mereka seperti air liur akan sentiasa meleleh mereka tidak mampu
untuk mengawal otot untuk menelan air liur, pada masa yang sama juga mereka
juga akan mengalami masalah sukar untuk menelan dan menghisap seperti susu.
Dapat juga dilihat kanka-kanak yang mengalami palsi serebrum ini lebih selesa
untuk menggunakan satu posisi bahagian badan sahaja seperti mnggapai dengan

7
satu tangan atau menyeret sebelah kaki semasa merangkak. Namun begitu kadang
kala palsi serembrum ini mungkin akan terjadi pada kanak-kanak yang sihat dan
normal kietika dilahirkan. Mereka mungkin mengalami palsi serembrum ini
berpunca daripada demam panas yang merosakan fungsi otak, lemas ataupun
kecerderaan pada bahagian otak.

Masalah Pembelajaran (Autisme)


Istilah “masalah pembelajaran” (learning disabilities) pertama kali digunakan
oleh Samuel Krik pada tahun 1963 dalam satu perjumpaan dengan ibu bapa
kepada kanak-kanak yang mengalami masalah membaca, hiperaktif dan tidak
boleh menyelesaikan masalah matematik. Samuel Krik juga telah mendefinisikan
masalah pembelajaran sebagai kelewatan dalam satau ataupun lebih daripada
proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah
lain. Masalah pembelajaran bukanlah daripada kerencatan mental, halangan
sensori iaitu buta atau peka atau faktor budaya dan persekitaran mereka.

Masalah pembelejaran kalini ini, kita akan menekankan dan membincangkan


tentang Autisme Spectrum Disorder (ASD) secara umumnya dikenali sebagai
Autisme. Saya ingin membincangkan tentang Autisme kerana saya ingin
berkongsi pengalaman saya mengenai Autisme yang terjadi pada anak saya
sendiri. Mari kita lihat apa itu Autisme. Autisme merupakan penyakit gangguan
perkembangan otak yang berterusan dan kekal. Nama autisma itu sendiri berasal
dari perkataan Greek autos yang membawa maksud ‘sendiri’ dan menurut Bleuler,
autisma membawa maksud ‘melarikan diri dari realiti’. Kanak-kanak yang
mengalami autisme ini akan mempunyai masalah dari segi sosial mereka,
komunikasi verbal dan non verbal serti mempunyai masalah tingkah laku. Kanak-
kanak yang mengalami autism ini mungkin boleh dikesan seawall usia 18 bulan.
Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui namun terdapat beberapa faktor
risiko untuk autisme. Di antaranya ialah usia ibu dan bapa yang meningkat,
masalah lahir pra matang iaitu bawah usia kandung 33 minggu, masalah
perkembangan otak disebabkan faktor genetik, masalah fungsi otak terganggu
seperti jangkitan,  masalah semasa kehamilan atau kelahiran dan faktor genetik
iaitu sejarah autisme dalam keluarga. Seperti pengalaman saya sendiri, saya tidak

8
mengetahui anak saya mempunyai masalah autism. Ia dikesan oleh doktor pakar
di hospital besar di tempat saya kerana mereka melihat kelakuan anak saya yang
agak pelik dan masih lagi tidak dapat bercakap walaupun usia telah mencecah 18
bulan. Anak saya telah dirujuk oleh pakar sejak lahir lagi kerana ketika lahir dia
telah lemas dan menelan najisnya dan dirujuk oleh pakar untuk melihat
perkembanganya. Saya agak bernasib baik kerana telah didiagnosis oleh doktor
yang anak saya autisme lebih awal dan telah membuat sesi terapi untuk membantu
memulihkan keadaan anak saya. Walau saya tahu tiada cara yang mampu
menyembuhkan autisme. Dan sesi terapi yang dijalankan mampu sedikit sebayak
merawat anak autisme saya.

Antara ciri-ciri autisme ialah perkembangan motor yang lambat. Autisme


dapat dikesan seawal usia anak anda enam bulan lagi. Lebih awal anak
didiagnosis autisme lagi cepat peluang untuk merawat anak anda. Jadi sebagai ibu
bapa kita seharusnya peka dengan keadaan perkembangan anak-anak kita.
Gangguan autisme biasanua melibatkan perkembangan anak-anak yang lambat.
Ketika umur enam bulan bayi yang mengalami autisme  tidak mengukir senyum,
tergelak atau menunjukkan ekspresi gembira atau suka ketika bayi. Manakala
pada usia Sembilan bulan dapat dilihat bayi tidak mengeluarkan bunyi dan mimik
muka. Bayi juga pada usia ini masih lagi tidak melakukan babbling. Sesetangah
bayi yang normal seawal usia Sembilan bulan mereka telah mampu untuk
menyebut atau memamggil ibu bapa mereka seperti “mama” “abah” atau “papa”
perkara ini tidak akan terjadi pada anak autisme. Jika ini terjadi segeralah
berjumpa dengan pakar. Ciri-citri ini juga agak ketara dilihat ketika usia 12 bulan
iaitu byai tidak mahu dan mempunyai “baby talk”, lambat bercakap, tidak mahu
melambaikan tangan atau kelihatan anak anda mempunyai dunia mereka sendiri.
Ciri yang kedua pula, melakukan perbuatan yang berulang. Kanak-kanak yang
mengalami autisme sering melakukan sesuatu perkara secara berulang kali.
Kanak-kanak autisme sering melakukan perbuatan yang berulang seperti
melibatkan tangan ataupun mingkin melakuakn sesuatu yang abnormal seperti
memusingkan tangan mereka. Merka juga lebih gemar dengan perbuatan atau
aktiviti yang berulang seperti menepuk tangan, mencampakkan barang, termenung
secara tiba-tiba dan sebagainya. Terdapat juga kank-kanak yang mungkin akan
meniru bunyi ataupun perkataan yang mereka dengari secara berkali-kali. Ciri

9
yang ketiga pula, tiada repon apabila di panggil. Kanak-kanak autisme tidak akan
memberikan respon apabila dipanggil walaupun uisa mereka telah mencecah
enam hingga dua belas bulan. Itu merupakan ciri yang ketara kanak-kanak
autisme. Mereka juga sukar untuk membina hubungan sosial dengan orang lain.
Mereka juga sering dengan dunia mereka sendiri dan sering bermain secara
bersendirian walaupun dikelilingi oleh ramai kanak-kanak lain. Ciri utama
autisme ialah mereka lebih suka untuk menyendiri mereka seakan-akan tidak
mendengar apa yang orang lain cakap kepada mereka. Kanak-kanak autisme ini
juga sukar untuk disentuh, dipeluk ataupun dicium oleh sesiapa sahaj. Mereka
juga tidak tahu bermain permainan olok-olok. Tidak semua kanak-kanak yang
mengalami autisme mempunyai ciri-ciri yang sama, setiap kanak-kanak
mempunyai ciri-ciri autisme tersendiri sama ada autisme yang teruk ataupun
ringan. Kesemua ciri tersebut terdapat pada anak saya. Dan saya telah amati
semula sejak bayi yang anak saya telah mengalami autisme semenjak usianya
sekitar Sembilan bulan dan telah didiagnos kelewatan pertuturan usai 15 bulan
oleh jururawat masyarakat di klinik saya.

II) PENDEKATAN PEMBELAJARAN


Pendekatan pembelajarn yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami palsi
serebrum ialah lebih kepada pendekatan yang berkaitan dengan klinikal yang
tertumpu pada psikomotor mereka sahaja. Rawatan dan terapi fizikal yang
dilakukan membolehkan mereka untuk mengurus kehidupan seharian mereka
seperti menjaga kebersihan diri, mengurus pakaian dan sebagainya. Rawatan /
Terapi Fizikal Kaedah ini merupakan senaman fizikal seperti regangan untuk
melonggarkan otot-otot dan sendi. Terapi fizikal ini memerlukan beberapa
peralatan yang berfokuskan kepada kemampuan individu. Kanak-kanak yang
tidak dapat berjalan dengan kuat akan ajar dan dilatih berjalan menggunakan
tongkat, kerusi roda, crutches atau walkers. Kanak-kanak yang mempunyai kaki
yang tidak sama panjang akan dikenakan kasut khas yang bertumit tinggi pada
kaki yang lebih pendek. Terapi Integrasi Sensori Terapi Integrasi sensori ini
merupaka satu pendekatan yang digunakan untuk membolehkan kanak-kanak
mencapai tahap optimum dari sudut pergerakan dan memperbaiki keseimbangan
semasa duduk, berdiri, berjalan dan semasa mengikuti aktiviti. Terapi ini
termasuklah sentuhan dan urutan pada bahagian badan tertentu. Terapi ini

10
memerlukan beberapa alat sokongan khusus seperti alat per“styrofoam chips”, alat
permaianan dan air.

Pendekatan pembelajaran yang boleh digunakan dalam kanak-kanak yang


mengalami masalah pembelajaran autism ialah strategi pembelajaran. Strategi
yang ditekankan disini ialah Applied Behaviour Analysis (ABA). Ia diasaskan oleh
Dr Ivas Lovaas dalam tahun 1960 an. Pengajaran yang amat sistematik dan
dilakukan secara intensif. Kaedah ini telah lama digunapakai dimana pengajaran
khusus diberikan kepada kanak-kanak dengan memberikan tugasan yang dipecah-
pecahkan kepada tugasan kecil. Diberi penekanan berupa ganjaran jika kanak-
kanak ini berjaya dalam tugasan yang diberikan. Terapi ABA menerapkan
pemahaman kita tentang bagaiman tingkah laku berfungsi pada situasi sebenar.
Tujuan ia dilaksanakan adalah untuk meningkatkan tingkah laku yang bermanfaat
dan mengurangkan tingkah laku yang berbahya atau mempengaruhi pembelajaran.
Menurut artikel petikan dari Autism Speak ABA dapat membantu kanak-kanak
dalam meningkatkan kemahiran berbahasa dan komunikasi ia juga membantu
untuk meningkatkan perhatian , tumpuan, kemahiran sosial, ingatan dan akademik
dan turut membantu dalam mengulrangkan tingkah laku masalah. Teknik ini
mebantu untuk memahami dan mengubah tingkah laku kanak-kanak autisme.
ABA merupakan teknikl yang fleksibel yang sesuai untuk memenuhi keperluan
setiap orang yang unik, mampu disediakan di setiap lokasi yang berbeza seperti
dirumah, sekolah atau dalam komuniti. Teknik ini juga turut mengajar kemahiran
yang dapat digunakan dalm kehidupan seharian.

4.0 PENUTUP
Secara keselurahannya pendidikan khas amat penting untuk kanak-kanak kurang upaya.
Pendidikan khas ini mampu memberikan kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran
psikomotor, kemahiran sensori dan sebagainya. Selain itu, pendidikan khas memberikan
kemahiran serta membantu untuk kanak-kanak untuk memperlajari mengurus diri mereka
dengan lebih baik tanpa bantuan ibu bapa.

11
(3102 PATAH PERKATAAN)

5.0 RUJUKAN
Asiah Hj. Ahmad (2012). Mengenal dan menangani orang kurang upaya. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Autism – A Gift From Heaven (Tiada Tarikh) Strategi Pengajaran Umtuk Kanak-
Kanak Autisme. Di Petik daripada http://myautistichild.blogspot.com/2012/11/strategi-
pengajaran-untuk-kanak-kanak.html
Autisme Speaks (2021) Applied Behavior Analysis (ABA). Di Petik Daripada
https://www.autismspeaks.org/applied-behavior-analysis-aba-autism-treatment
Dr Khoo Yoong Khean (2015, Mac30) Apakah Itu Autisma? – Dr Nazariah Aiza
Harun. Di Petik Daripada https://www.mmgazette.com/apakah-itu-autisma-dr-nazariah-
aiza-harun/
Dr. Khoo Peng Chuan (2009, Oktober 12,) Cerebral Palsi. Di Petik Daripada
http://www.myhealth.gov.my/cerebral-palsi/
Hajahfarhana Tarmudi (2016, April 13) Fahami Gejala Autisme. Di Petik Daripada
https://www.hmetro.com.my/node/130154
Intervensi Awal (Tiada Tarikh) Palsi Serebrum. Di Petik Daripada
https://www.intervensiawal.my/palsi-serebrum/
Modul OUM Edisi Kedua (2020 Ogos). HDSE3103 Pengenalan Kepada Pendidikan
Khas.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin (2020, Oktober 25) Palsi Serebrum Ada Tiga Jenis. Di Petik
Daripada https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/10/634418/palsi-serebrum-ada-tiga-
jenis

12
Nor Wahida Shahabudin (2017) Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran. Di
Petik Daripada https://norwahidashahabudin.wixsite.com/teknologipendidikan/single-
post/2017/04/23/ciri-ciri-kanak-kanak-bermasalah-pendengaran
Nur Syuhada bt Mohd Rosli (2014, Disember 15,). Pendidikan Anak Bermasalah
Pendengaran. Di Petik Daripada http://www.myhealth.gov.my/pendidikan-anak-
bermasalah-pendengaran/
Tiada Nama ( 2014 Mei 16,) Nota Kuliah - Kanak-kanak Cerebral Palsy. Di Petk
Daripada https://www.slideshare.net/Puwork/nota-kuliah-cerebral-palsy-34783800
Tiada Nama (Tiada Tarikh) Cerebral Palsy. Di Petik Daripada
https://physiomobile.my/cerebral-palsy/

Zainudin bin Sattar (2014 Januari 27,) Pengendalian Kanak-kanak Cerebral Palsy. Di
Petik Daripada http://www.myhealth.gov.my/pengendalian-kanak-kanak-cerebral-palsy/

13

You might also like