Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BAIT,SEMPORNA

Sekolah Kebangsaan Pulau Bait dibuka secara rasmi sejak sebelum merdeka iaitu pada
tahun 1954. Sekolah ini pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK). Sekolah
Kebangsaan Pulau Bait merupakan merupakan sekolah ketiga terawal selepas Sekolah Pulau Bum-
Bum dan Sekolah Pekan Semporna ditubuhkan didaerah semporna.

Pada awal Penubuhannya, hanya sebuah bilik darjah berukuran 24’X 40’ sebagai tempat belajar dan
sebuah rumah guru. Setahun kemudian, adanya pertambahan dua bilik darjah berukuran sama
dengan bilik darjah awal. Secara ringkasnya tiada sebarang bilik pentadbiran, bilik guru dan bilik-
bilik lain disediakan.

Guru Besar dan guru-guru pada masa itu menggunakan rumah kediaman sebagai pejabat dan
tempat bermesyuarat. Bangunan bilik darjah yang awal didirikan itu masih wujud sehingga
sekarang dan telah diubahsuai untuk dijadikan bilik Pusat Sumber Sekolah, manakal rumah guru
yang awal telah dijadikan bilik RMTS untuk kemudahan perlaksanaan RMTS. Setelah beberapa
tahun penubuhannya barulah terdapat penambahan beberapa bangunan baru.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai kakitangan seramai empat orang yang
bertugas. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En. Abd Rashid bin Rakib. Beliau merupakan anak
kelahiran Kg. Sepagaya, Lahad Datu Sabah. Beliau yang bertanggungjawa sepenuh mengurus dan
mentadbir sekolah ini sehingga ia dikenali oleh masyarakat semporna.

Sehingga kini, beberapa orang Guru Besar telah bertugas di sekolah ini. Berikut adalah senarai
guru-guru besar yang pernah bertugas di sekolah ini: -

1. Abd. Rashid bin Rakib 1954


2. Abd. Rahman
3. Lipai bin Johor
4. Misal
5. Emin Jimbang
6. Yakub bin Ulangutan
7. Abd. Rahim bin Baruhok 1980 - 1987
8. Abd. Malik bin Jupakkal 1987 - 1989
9. Abd. Murib bin Omar Ali 1989 - 2001
10. Matjuni bin Amilhusah 2002 - 2007
11. Abd. Murib bin Omar Ali 2008 - 2015
12. Motahar bin Janani 2016 - 2017
13. Ahmat Bin Haji Sapie 2017 –
Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunya bilangan murid seramai 78 orang sahaja.
Murid yang mendaftar masuk ketika itu terdiri dari berbagai peringkat umur. Saiz fizikal,
kematangan (kepintaran) merupakan kriteria yang digunakan sebagai aspek yang dinilai bagi
tujuan penempat murid ke kelas-kelas tertentu. Bahasa penghantar digunakan ialah Bahasa
Inggeris.

You might also like