Cadangan Jawapan STPM Sejarah P1 U1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Soalan 1

 Susun lapis masyarakat feudal di Jepun

1.     Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan
pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja,
Shogun, Daimyo dan Samurai. Golongan diperintah terdiri   daripada  petani,
tukang  dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan
Shogun Tokugawa.

2.     Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas.


Namun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa Maharaja Jepun tidak mempunyai
kuasa untuk mentadbir. Baginda hanya menjadi lambang perpaduan rakyat. Kuasa
pemerintah terletak kepada Shogun Tokugawa.  Shogun menjalankan tugas atas
nama maharaja melalui dasar pecah dan  perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa
dan kedudukan Shogun  terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan
pemerintahan berdasarkan  golongan  bangsawan atau Daimyo yang
penyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah
manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di  kawasan yang akan
dikawal oleh sekutu Tokugawa.

3.     Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam
pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo
Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga
Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah  yang berhampiran kediaman
Shogun. Daimyo Shimpan terdiri   daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa.
Mereka diberi tanah tidak jauh   daripada Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada
mereka yang   memusuhi Shogun. Mereka telah ditempatkan jauh  daripada
Shogun   untuk mengelak ancaman daripada mereka.

4.     Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa.


Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan negara dan Daimyo. Mereka tidak
dibenarkan melakukan kerja lain.

5.     Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi.
Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan
rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan
sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu
ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh
petani sahaja.

6.     Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir dalam
pembuatan pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik
dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.

7.     Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan
tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah
menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul
harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka.

Soalan 2

 Contoh Esei
 Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran
 Soalan: Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja
berperlembagaan di Perancis.
        Perancis merupakan antara negara di Eropah yang mengamalkan sistem
pemerintahan beraja mutlak. Walau bagaimanapun, kepincangan dan
ketidakstabilan politik serta kebangkitan rakyat menyebabkan sistem ini dihapuskan
dan digantik dengan sistem pemerintahan raja berperlembagaan.
       Di bawah sistem raja berkuasa mutlak yang diamalkan di Perancis, pemerintahan
Perancis terletak di tangan Raja, Majlis Diraja dan intendant. Kuasa raja mengatasi
semua undang-undang. Raja berkuasa memenjarakan individu yang ingkar atau
menyakiti hati golongan berpengaruh. Tindakan ini dipanggil lettre de cachet. Majlis
Diraja dianggotai kerabat diraja yg berpengaruh. Mereka berperanan membuat
keputusan penting dalam semua bidang. Di peringkat wilayah, intendant
diamanahkan untuk menguruskan hal pentadbiran dan cukai sekaligus
mengurangkan kuasa politik golongan bangsawan.
        Golongan paderi atasan dan golongan bangsawan turut diberi keistimewaan.
Golongan bourjois iaitu golongan kelas menengah seperti professional, guru,
peguam dan pedagang turut diberikan keistimewaan seperti pengecualian cukai.
Walau bagaimanapun, golongan ini tidak berpuas hati kerana tidak berpeluang naik
pangkat dalam pegawai tentera dan berkhidmat dalam pentadbiran. Golongan
petani pula terbeban dengan pelbagai cukai seperti cukai tanah, garam, harta dan
cukai feudal.

       Parlimen Perancis pula terbahagi kepada tiga estet iaitu estet pertama yang
terdiri daripada golongan paderi, estet kedua dianggotai oleh golongan bangsawan
dan estet ketiga pula terdiri daripada golongan borjouis dan petani. Estet pertama
dan kedua diberi keistimewaan manakala estet ketiga seolah-olah terpinggir. Estet
ketiga tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan penting. Tuntutan
estet ketiga untuk mendapatkan persamaan hak tidak diendahkan oleh Raja Loui XVI.
Estet ketiga akhirnya mengisytiharkan diri sebagai Perhimpunan Kebangsaan atau
Parlimen Negara. Tindakan estet ketiga ini menandakan bermulanya Revolusi
Perancis. Perjuangan Estet Ketiga mendapat sokongan golongan miskin.
        Perjuangan estet ketiga membuahkan hasil apabila mereka berjaya menawan
bangunan Bastille. Kemuncak perjuangan estet ketiga ialah apabila berlakunya
peristiwa yang dipanggi ‘Hari Ogos’: Peristiwa ini menandakan penghapusan sistem
feudal. Ahli parlimen dan golongan feudal menyerahkan hak feudal mereka
manakala golongan paderi menyerahkan hak gereja. Pada 26 Ogos 1789 , parlimen
meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara. Pentadbiran Perancis
dibahagikan kepada 83 kawasan [department] dan setiap department ini dibahagi
kepada daerah [cantons] dan commune. Kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat
tempatan dan berkuasa di kawasan masing.
        Menjelang tahun 1791 Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan
perlembagaan baru. Dengan mengambil idea berdasarkan teori pengasingan kuasa
Montesquieu, kerajaan Perancis dibahagikan kepada badan legislative, badan
eksekutif dan badan judisiari. Bermulalah era pemerintahan raja berperlembagaan di
Perancis. Walau bagaimanapun, pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung
selama setahun sebelum bertukar kepada republik. Akibat pergeseran antara
golongan revolusi dengan golongan menyokong raja, Raja Louis XVI dan isterinya
Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan gilotin.
        Perubahan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan
menyaksikan pergolakkan politik di Perancis. Kacau-bilau yang berlakunya di Perancis
hanya tamat bila Napoleon Bobaparte mengambil alih pemerintahan [1799].

Soalan 3
Bincangkan  perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika syarikat pda abad ke-18.

Pendahuluan
§  Peperangan Amerika dgn Britain yg berakhir pda thn 1812 mmbuka era baru bgi Amerika. Rakyat Amerika berusaha
gigih agar dapat brdikari dri segi ekonomi dan tidak dibelenggu olh Britain. Slps thun 1812, Amerika mula
mengalihkan prhatian kpd dasar dlm negeri. Ekonomi masyarakat Amerika beralih drpd mengusahakan prladangan
kpd prkilangan.
§  Pda abad ke-18 hingga ke-19 ekonomi Amerika beralih kpd prkembangan industri baru sprti industri kereta api,
pemprosesan makanan , besi keluli, dan perlombongan selari dgn industri lma sprti industri tekstil dan
pmbungkusan daging.

Isi-isi penting
1.         Pertanian & industri.

§  Pda thun 1800, 6 drpd 7 pekerja di Amerika mrupakan petani dan ketika itu tiada Bandar yg mmpunyai pndduk
melebihi 100 000 org. Pda thun 1860, populasi brtambah kpd 30 juta org dan 9 buah Bandar di Amerika mmpunyai
kpd tan pnddk melebihi 100 000 org dan hanya 50% pekerja Amerika adlh petani. Hal ini, mmperlihatkn bahawa
benua Amerika yg luas dan hanya bberapa kwsan yg masih mnjalankn kegiatan prtanian dan prladangan.
§  Sebahagian drpd kwsn selatan dan barat Amerika masih mngusahakan pertanian sbgai sumber ekonomi yg utama.
Negari2 di selatan mngusahakn prtanian sbgai sumber ekonomi yg utama  dan mmerlukan byk buruh utk
mengusahakn kegiatan prladangannya. Hasil keluaran negeri di selatan yg utama ialah kapas , gula , beras , dan
tembakau dibawa ke negeri di utara bagi tujuan pemasaran dlm negeri atau luar. Hasil pertanian dri negeri2 dibarat
tengah seperti gandum,daging dan tenusu dibawah ke utara dan kemudian dipasarkn ke luar Negara.
§  Perkembangan pertanian mmbawa kpd perkembangan perindustrian dan perkilangan diutara. Kebanyakan pekerja
datang dri dearah pedalaman New ,England. Mereka dri keluarga yg sma trmsuk kanak2 & wanita. Selain drpd aktiviti
prdagangan yg dijlnkn di wilayah utara, aktiiti pemasaran barangan turut dijlnkn sma ada utk dlm negeri atau luar
Negara.

2.         Perkembangan sistem pengangkutan.

§  Slps kerajaan meluluskn akta ladasan kereta api pasifik pda thun 1862, sistem landasan kereta api Amerika tlh
berkembang pesat. Jaringan landasan kereta api tlh meningkat drpd 31 ribu kpd 53 ribu dan mnjelang thun 1880-an
prluasan landasan kereta api berada pda kemuncaknya apabila jumlah prbatuan meningkat sehingga 165 ribu batu.
§  Landasan kereta api merentas benua yg pertama dibarat siap dibina pda thun1869. Landasan kereta api union pasifik
yg dibina di sebelah barat sungai Missouri brcantum dgn landasan kereta api central pasifik yg dibina di sebelah
timur sacramento,California tlh brtemu di promontory point Utah. Kesan pembinaan jaringan landasan kereta
api; Menggalakkn prpindahan pendduk; Mmbuka petempatan baharu; Mmpercepatkn penghantaran barang dri bndr
ke desa dan serata Amerika dan Menjadi satu cara pengiklanan utk mnggalakkn kedatangan imigran dri dlm dan luar
ke tempatan baru itu.

3.         Industri minyak.
§  Industri ini brmula di Amerika dgn pengunaan minyak tanah bgi tujuan pemanasan dan cahaya smsa perang saudara
( 1861-1865 ). Telaga minyak yg pertama dijumpai  di Pennsylvania pda thun 1859. Seterusnya pda penghujung abad
ke-19, industri minyak tertumpu di Cleveland, pittburg, Philadelphia.
§  Usahawan yg mula melibatkn diri dlam industri minyak ialah John D. Rockefeller pada thun 1863. Pda thn 1879, John
dan rakan2nya mnubuhkan stantart oil of New jersey dan pda thn 1870, syarikatnya sendiri , iaitu standart oil
company of ohio tlh mnjadi pengeluar trbesar di Cleveland, Ohio. Kejayaan syarikat ini brterusn apabila mngeluarkn
90% drpd minyak Amerika dan mnjadi pengeluar utama minyak pd 1880.
§  John D. Rockefeller tlh mnggunakn pelbgai keadah utk memonopoli industri minyak. Antarannya , mmbeli syarikat
pesaing mmbeli scra trbuka arau scra senyap, mmulau, dan memufliskn syarikat lain melalui perang harga.  Kejayaan
memonopoli perniagaan ini tlh brkembang kpd bidang lain dgn kewujudan syarikat2 lain. Misalnya, persyarikatan
gula, tembakau, dan sebagainya. Hal ini mmperlihatkn perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika.

4.         Industri besi keluli

§  Sprti indusri minyak ,indusri keluli juga menuju kpd penyatuan. Andrew Carnegie ialah org yg bertanggungjawab
mmajukn indusri keluli di Amerika. Menjelang tahun 1894, firmanya menguasai 25 % drpd pengeluaran Negara .
§  Pda thn 1901, Carnegie menjual syarikatnya kpd J.Pierpont Morgan. Morgan tlh mmulakn penyatuan sehingga mmbawa
kpd penubuhan U.S Steel Corporatin. Syarikat ini tlh Berjaya mngatasi pesaingnya dan menguasai industri keluli di
Amerika .  

5.         Perniagaan besar.

§  Perniagaan bsr muncul mlalui gerakn penyatuan syarikat2 di Amerika syarikat yg mmbentuk prsyarikatan dlm
industri2 utama di Amerika syarikat. Langkah yg dimulakn olh carriegie & Rockefeller tlh mnjadi ikutan industri2 lain
di Amerika syarikat. Kemunculan prniagaan bsr tlh mmbawa kestabilan ekonomi kapitalisme di Amerika. Selain itu,
dpt mndominasi ekonomi & mngawal psran di Amerika.
§  Gelombang pnyatuan besar ini brmula pd thn 1895 – 1905. Dri thn 1895- thn1904, lebih kurang 300 syarikat lenyap
stiap thn. Dri thn 1898-1902, lebih drpd 2600 syarikat lenyap. Syarikat2 besar yg mnguasai psrn ialah syarikat
Dupont & General Electric yg mndominasi 58 % psrn bhn kimia & kuasa Elektrik

6.         Perdagangan antarabangsa.

§  Kelahiran perniagaan bsr yg mgeluarkn lebihn brngn prtanian & brngan prindustrian tlh myebbkn Amerika mmerlukn
psran yg lbh luas serta kprluan bhn mntah bg mykong kesinambungan & kejayaan ekonomi Amerika. Amerika
mrsakn prbhan dsr pmencilan kuasa kpda prluasn empayar akn mmbri manfaat kpda prdagangan antabangsanya.
Prbhan ini mmperlhatkn pningkatan prdagangan antarabangsa . pda thn 1897,nilai eksport yg tinggi brbandig nilai
import sbnyak $286 juta dolar mrupakn  yg trbsr dlm sejarah Amerika.
§  Prdgangan Amerika dgn Cuba .Amerika mrpakn psran utama gula dr Cuba.pd thn 1894,hmpir 90% hsil eksport  Cuba ke
Amerika & Cuba mgimport 38% dr Amerika. Brasaskan kpntingn industri & dagangan trsebut,Amerika mnruskan dsr
prluasan kuasanya.pd thn 1898, presiden McKinley mbyar $20 juta dolar kpda Filipina. Sepanyol myrahkn Cuba,
Guam, Puerto Rico,dan kpulauan Filipina kpda Amerika.   

Penutup:
§  Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang amerika dengan England
dan Perang Saudara. Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian
dan perniagaan besar.
§  Dalam pada itu, perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas negara tersebut mencapai
kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776.

Soalan 4

https://www.slideshare.net/nrl_yana/sejarah-penggal-1-stpm-ideaidea-charles-louis-montesquieu-
dalam-bidang-politik-berdasarkan-buku-the-spirit-of-law

1.  BINCANGKAN IDEA-IDEA CHARLES LOUIS MONTESQUIEU DALAM BIDANG


POLITIK BERDASARKAN BUKU ‘’THE SPIRIT OF LAWS’’
2. 2. PENDAHULUAN • Charles Louis Montesquieu dilahirkan di Cheateu de la Brede,
barat daya Perancis pada 18 Januari 1689. Beliau mendapat lulusan undang- undang
dari Universiti Bordeaux dan berjaya menjadi peguam pada 1708. Beliau merupakan
tokoh pemikir politik Perancis dan banyak memberi sumbangan semasa zaman
pencerahan (Enlightment). Pada tahun 1716, Montesquieu dilantik sebagai presiden
parlimen Bordeaux menggantikan bapa saudaranya. Antara karya beliau ialah The
Considerations On The Causes Of The Grandeur, Decadence Of The Romans (1734)
dan Letter Persanes (1721). Idea beliau melalui buku yang terkenal ialah The Spirit Of
Laws yang diterbitkan pada tahun 1748 yang telah membawa perubahan yang besar
kepada lanskap politik dunia pada abad ke 19.
3. 3. ISI 1 (DOKTRIN PEMBAHAGIAN KUASA) • Antara Idea-idea charles Louis
Montesquieu dalam bidang politik berdasarkan buku The Spirit Of Law ialah doktrin
pembahagian kuasa. Menurut beliau kuasa perlu dibahagikan antara raja, bangsawan,
bandar dan gereja. Beliau menegaskan perlu ada pemisahan antara 3 badan bebas iaitu
perundangan, eksekutif dan kehakiman. Jika ketiga-tiga kuasa tersebut tidak dipisahkan,
penyelewengan akan berlaku dan kebebasan tidak wujud. Beliau berpendapat jika kuasa
menggubal undang-undang (legistatif) dan kuasa memerintah (eksekutif) dimiliki oleh
orang yang sama, pasti kebebasan tidak akan wujud kerana pihak pemerintah akan
menggubal undang-undang yang zalim supaya mereka terus berkuasa. Kebebasan juga
tidak akan berlaku jika hakim-hakim tidak diberi kebebasan untuk melaksanakan
tugasnya. Menurutnya pembahagian kuasa ini perlu, supaya penyalahgunaan kuasa
dapat dielakkan. Melaui doktrin pembahagian kuasa beliau berpendapat undang-undang
kebanyakan negara boleh menjadi lebih liberal, berperikemanusiaan dan menggelakkan
penyelewengan kuasa. Oleh itu, penganiayaan agama dan perhambaan boleh
dihapuskan dan perdagangan boleh digalakkan.
4. 4. ISI 2 ( DOKTRIN PEMBAHAGIAN DAN IMBANGAN KUASA) • Seterusnya, beliau
mengemukakan tentang doktrin pembahagian dan imbangan kuasa. Doktrin ini
dikemukakan oleh beliau ketika menentang pemerintahan mutlak Perancis. Montesquieu
percaya bahawa kuasa harus dibahagikan antara raja dan badan-badan perantaraan
seperti parlimen, estet-estet, provinsi, golongan bangsawan, bandar dan gereja. Oleh itu,
beliau menyatakan pemerintahan mutlak yang diamalkan oleh Perancis telah menyekat
kebebasan hak asasi rakyat.
5. 5. ISI 3 (MEMBENTUK KERAJAAN YANG BERBEZA-BEZA MENGIKUT IKLIM) • Di
samping itu, The Spirit Of Laws mengetengahkan 2 idea utama iaitu pertama membentuk
kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan tertentu. Contohnya
despotisme (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar dalam iklim
panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil. Oleh itu, sistem
pemerintahan menjadi lebih berkesan.
6. 6. KESIMPULAN • Kesimpulannya, Charles Louis Montesquieu telah banyak
memberikan sumbangan kepada Perancis khususnya, iaitu dengan meletakkan asas
bagi kemunculan revolusi di Perancis dan mengubah secara drastik lanskap poilitik,
ekonomi dan sosial di Eropah apabila idea beliau tersebar ke negara-negara lain di
benua eropah. Idea dan doktrin belia mempunyai pengaruh dalam penggubalan
perlembagaan di dunia hari ini termasuklah dalam penggubalan Perlembagaan Amerika
Syarikat pada tahun 1787

Soalan 5

Soalan 98 (a): Huraikan faktor-faktor kebangkitan nasionalisme di India pada abad


ke-19

Pendahuluan

 Ramai sarjana berpendapat bahawa Dahagi India 1857 menandakan


permulaan kesedaran kebangsaan dalam kalangan orang India.
 Namun demikian, terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kesedaran
kebangsaan bermula sebelum tahun 1857 lagi.
Isi-isi penting

1. Pendidikan barat
 Pendidikan barat merupakan faktor utama yang melahirkan kesedaran
kebangsaan dalam kalangan rakyat India. Matlamat utama kerajaan
British memperkenalkan pendidikan barat adalah untuk melahirkan tenaga
kerja yang murah dalam kalangan penduduk tempatan.
 Kerajaan British juga berpendapat pendidikan barat akan menanam
semangat kesetiaan rakyat terhadap pemerintahan British. Di samping itu,
kerajaan British juga berpendapat pendidikan barat akan menanam
semangat kesetiaan rakyat terhadap pemerintahan British
2. Bahasa Inggeris

 Bahasa Inggeris turut memainkan peranan dalam membangkitkan


kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat. Bahasa Inggeris
berperanan sebagai alat perpaduan yang menyatukan orang India yang
terpisah daripada segi agama, bangsa dan wilayah
 Terdapat lebih kurang 600 bahasa daerah yang di tuturkan oleh penduduk
di seluruh dunia. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium
perantaraan di sekolah-sekolah dapat menghalang masalah kewujudan
bahasa-bahasa daerah.
3. Diskriminasi dalam perkhidmatan awam

 Kerajaan British mengamalkan diskriminas dalam pengambilan orang


India bagi memenuhi jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam. Amalan
diskriminasi melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan
terpelajar di India.
 Namun begitu, kerajaan British tidak mengambil sebarang langkah untuk
menguatkuasakan janji-janji yang terkandung di dalam akta. Kerajaan
British menghalang penyertaan orang India dalam perkhidmatan awam
dengan mengadakan peperiksaan untuk perkhidmatan awam di britain
berdasarkan sukatan pelajaran Britain.
4. Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan

 Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden turut


memainkan peranan dalam mencetuskan semangat kebangsaan dalam
kalangan rakyat India. Pembinaan landasan kereta api dan jalan raya
menyatukan orang India yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
keturunan.
 Pengenalan sistem perhubungan dan pengangkutan yang cekap
meningkatkan mobiliti dan merapatkan hubungan antara mereka.
Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan membolehkan
idea nasionalisme dapat di sebarkan dengan pantas ke seluruh India.
5. Dasar pentadbiran Lytton

 Dasar pentadbiran lord lytton telah menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan rakyat India. Pelbagai akta yang di perkenalkan oleh
lytton seperti akta senjata dan akta akhbar vernakular melahirkan
sentimen anti Inggeris.
 Tindakan kerajaan British untuk mengenakan sekatan terhadap akhbar-
akhbar vernakular menyekat kebebasan rakyat untuk menyuarakan
pandangan mereka. Lytton mengambil langkah-langkah seperti
menggalakkan import dan mengehadkan umur penyertaan perkhidmatan
awam kepada 18 tahun.
Penutup

 Kebangkitan semangat kebangsaan mendorong rakyat India berjuang


menentang penjajahan British.
 Rakyat India berjuang untuk mempertahankan negara dari penjajah agar
rakyat India tidak ditindas dari penjajahan British.

Soalan 6

Faktor-faktor dan Kesan Perang Dunia Kedua

Pengenalan :
o Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan berlarutan sehingga tahun 1945. PD2
bukan hanya melibatkan negara-negara di Eropah sahaja malah melibatkan negara di Asia dan
Kepulauan Pasifik. Perang yang melibatkan dua kuasa utama iaitu Kuasa Berikat dan Kuasa
Paksi ini dikatakan lanjutan daripada PD1 yang tercetus pada tahun 1914-1918. Terdapat
beberapa faktor yang mendorong kepad tercetusnya PD2.

Isi-Isi :

Perjanjian Versailles yang berat sebelah

Jerman yang kalah dalam PD1, menganggap syarat Perjanjian Versailles berat sebelah. Jerman menganggap

perjanjian tersebut merupakan satu hinaan kepada mereka.

Oleh itu, setelah memerintah Jerman, Adolf Hitler telah mencabuli syarat Perjanjian Versailles. Beliau telah

bertindak;
1. Menubuhkan Tentera Udara Jerman
2. Menghidupkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera.

           iii.        Menawan wilayah Rhineland dan Saar yang diserahkan kepada Perancis.
1.       Memasukkan Austria ke dalam Jerman
2.          Menyerang dan berjaya menakluki Czechoslovakia
3.         Menyerang Poland

Tindakan Jerman menyerang Poland mendorong Perancis dan Britain   mengisytiharkan perang ke atas Jerman

sekaligus mencetuskan PD2.


2. Pertentangan Ideologi (Demokrasi vs Fasisme / Nazisme)
o Kemunculan ideologi baru mencabar ideologi demokrasi yang diamalkan oleh negara2 di
Eropah. Ideologi Fasisme dan Nazisme yang muncul sekitar tahun 1920-an telah menggugat
kestabilan politik di Eropah.
o Sebagai contoh, Benito Mussolini tidak menghiraukan kecaman antarabangsa dengan
menakluki Habsyah. Malah beliau bercita-cita menguasai Albania dan tanah jajahan Perancis
di Afrika Utara. Beliau menggunakan kekerasan dan senjata kimia bagi menghadapi tentangan
penduduk tempatan
3. Kemelesetan Ekonomi Dunia :

 
o Peluang keemasan ini digunakan oleh Jerman untuk mengukuhkan kedudukannya   sebagai
sebuah negara yang kuat di Eropah. Situasi ini dan juga dasar agresif yang dilaksanakan oleh
Jerman merupakan ancaman kepada negara lain terutama Britain.
4. Dasar / Pendirian Negara Terlibat
o Dasar atau pendirian negara pada ketika itu banyak mendorong kepada tercetusnya PD2.
Pada ketika itu, setiap negara cuba menonjolkan diri @ bersaing untuk mengatasi satu sama
lain sama ada dari segi ekonomi mahupun politik. Situasi ini secara tidak langsung
mencetuskan suasana tegang di antara negara terbabit.
5. Gerakan Nasionalisme Yang Melampau Di Jepun
o Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang mempelopori aliran baharu nasionalisme di
Jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula negara Jepun oleh tentera atas nama
maharaja perlu dilakukan. Beliau menolak amalan demokrasi Barat dan Parlimen Jepun yang
mudah terjebak dalam amalan rasuah. Aliran ini menyebabkan berlakunya pergeseran antara
parti pemerintah dengan golongan tentera.
o Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 menyebabkan golongan petani dan rakyat
Jepun dibebani kemiskinan. Petani yang tidak berpuas hati dengan pemerintah akhirnya telah
menyatakan sokongan kepada tentera. Pada tahun 1936, golongan tentera memberontak dan
berjaya menguasai kerajaan. Kerajaan Jepun kemudiannya berusaha mempersiapkan diri
untuk menghadapi peperangan.
6. Kepentingan Ekonomi
o Dasar Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi Jepun sehingga menjadi negara industri
yang kuat. Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun telah melaksanakan
dasar imperialisme. China dan Manchuria menjadi sasaran Jepun. Belanda, Britain, AS dan
Perancis bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-China dan Asia
Tenggara menjejaskan kepentingan mereka.
7. Isu Keselamatan Negara Jepun
o Kebangkitan Jepun sebagai kuasa ekonomi [penghujung abad ke-19] dan dasar imperialisme
yang dijalankan menyebabkan Jepun berdepan tekanan kuasa Barat seperti AS, Britain dan
Rusia. Yoshida Shoin, iaitu tokoh intelek Jepun menegaskan bahawa Jepun perlu
memperkukuhkan pertahanannya.
o Yamagata Aritomo iaitu salah seorang pemimpin kerajaan Meiji dan juga pengasas tentera
Jepun moden mengetengahkan konsep garis kepentingan negara. Konsep garis kepentingan
negara merujuk kepada kawasan bersempadanan @ berhampiran dengan Jepun dianggap
mempengaruhi keselamatan Jepun. Oleh itu, garis kepentingan negara ini wajar
diperkukuhkan.
o Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba meluaskan garis kepentingan negara
dengan menyerang Rusia [1905], Korea [1910], China [1895 & 1937], Manchuria [1932], Indo-
China dan Asia Tenggara [1941].

Kesimpulan :

Berbeza dengan PD1, PD2 melibatkan lebih banyak negara dan kesan yang lebih dahsyat. Sikap saling curiga,

nasionalisme yang melampau dan persaingan yang tidak sihat terutama dalam bidang politik dan ekonomi

merupakan antara pencetus PD2. Terdapat negara seperti Jepun dan Jerman yang memang telah bersiap sedia

dari awal untuk menghadapi sebarang peperangan. Faktor inilah yang menyebabkan sekali lagi sejarah perang

besar dunia dicatatkan

You might also like