SJR Bab 7

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Get more at www.eddy.

academy

F4B7: USAHA 👉 KEMERDEKAAN


Table of Content
🔖 Pembentukan Sistem Ahli
🔖 Pembentukan sistem pendidikan kebangsaan
🔖 Penubuhan parti politik
💡 Setiap baris = 1 markah
🔖 Pembentukan Sistem Ahli
Sistem Ahli diperkenalkan British sebagai salah satu langkah
mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

a) Huraikan latar belakang pembentukan Sistem Ahli. [6m]

Pada tahun 1951, Sir Henry Gurney umum senarai anggota Sistem Ahli

Sistem yang melatih penduduk tempatan mentadbir Persekutuan Tanah Melayu

Beberapa anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diberi tanggungjawab terhadap


beberapa jabatan dan agensi kerajaan

Latihan kepada penduduk tempatan berkaitan dengan pentadbiran negeri sebelum diberi
kemerdekaan

Dilaksanakan dari bulan April 1951 sehingga bulan Jun 1955, sebelum Pilihan Raya
Persekutuan 1955

Tiga portfolio kekal dibawah British iaitu Hal Ehwal Ekonomi, Perindustrian dan Perhubungan
sosial, Perumahan dan Kerja Raya

Pada tahun 1954, berlaku rombakan Sistem Ahli. Beberapa portfolio bari diwujudkan dan
dijawat oleh anggota MPP dalam kalangan warganegara Tanah Melayu

b) Terangkan ciri – ciri Sistem Ahli. [6m]

Ahli bertaraf menteri

Bertanggungjawab menjaga portfolio yang mengandungi jabatan / agensi kerajaan

Ahli dilatih oleh Pesuruhjaya Tinggi British / dengan persetujuan Majlis Raja-raja

Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang

Yang berkaitan dengan jabatannya / untuk dibentangkan dalam MPP

Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British

Sistem kabinet bayangan

Terdiri daripada beberapa pegawai tadbir / tokoh masyarakat

c) Kehebatan sebuah negara dapat dilihat melalui sistem pentadbirannya yang cekap dan
sistematik. Bagaimanakah kita dapat mewujudkan sistem pentadbiran yang demikian?
[8m]

F4B7: USAHA 👉 KEMERDEKAAN 1


Get more at www.eddy.academy

Memberi latihan yang secukupnya dan mengikut perkembangan semasa kepada bakal
pegawai dan pentadbir.

Mengadakan lebih banyak kursus dan latihan lanjutan dengan kerjasama pelbagai
agensi.

Memberi insentif dan penghargaan kepada pegawai dan pentadbir yang menunjukkan
prestasi baik.

Contohnya, menubuhkan pusat latihan pentadbiran di setiap negeri.

Melahirkan pegawai dan pentadbir yang cekap.

Mengamalkan budaya integriti dan amanah semasa menjalankan tugas.

Memberi pendedahan kepada pegawai dan pentadbir tentang tanggungjawab yang


dipikul.

Menerapkan amalan agama dan nilai murni dalam jabatan dan agensi.

Contohnya, Menggunakan slogan seperti Bersih, Cekap dan Amanah.

Melaksanakan tugasan dengan baik dan sistematik.

Sistem Ahli merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui


pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

a) Huraikan ciri-ciri Sistem Ahli. [6m]

Ahli bertaraf menteri

Bertanggungjawab menjaga portfolio yang mengandungi jabatan / agensi kerajaan

Ahli dilatih oleh Pesuruhjaya Tinggi British / dengan persetujuan Majlis Raja-raja

Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang

Yang berkaitan dengan jabatannya / untuk dibentangkan dalam MPP

Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British

Sistem kabinet bayangan

Terdiri daripada beberapa pegawai tadbir / tokoh masyarakat

b) Apakah kepentingan Sistem Ahli? [6m]

Menyediakan asas penting untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri

Memberi pendedahan kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir

Menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan

Proses memupuk perpaduan kaum

Ahli-ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai kaum / Melayu, China dan
India

Menentukan kemerdekaan mendapat sokongan seluruh penduduk PTM

Memberi tempoh kepada British melakukan peralihan pentadbiran menjelang kemerdekaan


negara

F4B7: USAHA 👉 KEMERDEKAAN 2


Get more at www.eddy.academy

c) Pada pendapat anda, mengapakah gabungan pemimpin pelbagai kaum dalam Sistem
Ahli penting kepada negara kita. [8m]

Sistem Ahli terdiri daripada pemimpin berbilang kaum,

contohnya Tunku Abdul Rahman, Turaisinggam dan H.S.Lee yang memegang portfolio
masing-masing.

Gabungan pemimpin pelbagai kaum ini adalah sangat penting

bagi memastikan kejayaan peralihan pentadbiran selepas kemerdekaan.

Hal ini demikian kerana perpaduan dapat diwujudkan dan membolehkan negara dapat
ditadbir dengan aman.

Selain itu semua kaum dapat menerima pembentukan negara dengan baik

sentiasa menyokong tindakan kerajaan yang mewakili semua kaum.

Seterusnya, kerjasama semua kaum akan menjadikan negara aman

ekonomi akan dapat berkembang dengan baik kerana setiap kaum mempunyai
kepakaran tersendiri.

🔖 Pembentukan sistem pendidikan kebangsaan


Kewujudan sekolah venakular semasa sistem pentadbiran British adalah
antara faktor masalah perpaduan di Tanah Melayu sukar dicapai. Oleh itu,
pelbagai usaha telah dijalankan bagi mewujudkan satu sitem pendidikan
bersifat kebangsaan.

a) Jelaskan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu.


[8m]

Mewujudkan Jawatankuasa Pelajaran Melayu yang dipengerusikan oleh L. J Barnes

Menekankan kepentingan mewujudkan sekolah rendah rupa bentuk Tanah Melayu

Menyarankan sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris sebagai pengantar

Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar

Laporan Fenn-Wu ditubuhkan 1951 berikutan bantahan masyarakat cina terhadap Laporan
Barnes 1951

Mengkaji sistem pendidikan Cina

Mencadangkan penambahbaikkan sekolah Cina bagi memberi faedah kepada Tanah Melayu

Mencadangkan sekolah cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan

Pendidikan sekolah Cina berorentasikan Tanah Melayu

Jawatan kuasa Penasihat meluluskan Ordinan Pelajaran 1952 selepas meneliti dua laporan
sebelumnya

Ordinan ini meluluskan sistem pendidikan menggunakan bahasa rasmi Persekutuan

Semua murid dari pelbagai bangsa disatukan dalam sistem berorentasikan Tanah Melayu

Dua jenis sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai pengantar

Bahasa Cina dan Tamil diajar sekiranya terdapat 15 orang murid dalam kumpulan yang sama

F4B7: USAHA 👉 KEMERDEKAAN 3


Get more at www.eddy.academy

Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956

Mencadangkan sistem pelajaran kebangsaan baharu

Hasrat memupuk integrasi dan perpaduan kaum melalui sistem persekolahan yang sama
bagi kanak-kanak pelbagai kaum

Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar

Kandungan kurikulum yang seragam bercorak kebangsaan

Mencadangkan sekolah umum menggunakan bahasa Melayu

Sekolah Jenis Umum menggunakan sama ada bahasa Inggeris, Cina atau Tamil

Bahasa Melayu dan Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib

Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib

b) Sejauh manakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat mengukuhkan perpaduan


melalui sistem pendidikan? Bincangkan. [6m]

Mencadangkan sistem pelajaran kebangsaan baharu

Hasrat memupuk integrasi dan perpaduan kaum

Melalui sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak pelbagai kaum

Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar

Kandungan kurikulum yang seragam bercorak kebangsaan

Mencadangkan sekolah umun menggunakan bahasa Melayu

Sekolah Jenis Umum menggunakan sama ada bahasa Inggeris, Cina atau Tamil

Bahasa Melayu dan Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib

Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib

Merupakan asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan

Sukatan pelajaran seragam

Sistem peperiksaan yang seragam

Menggunakan bahasa pengantar yang sama

Memupuk semangat cintakan negara

c) Selain sistem pendidikan, pelbagai kaedah juga boleh dilakukan bagi mewujudkan
perpaduan kaum di negara kita. Buktikan. [6m]

Melalui sukan

contoh: bola sepak, hoki dan bola jaring

atlit dari pelbagai kaum

Penubuhan parti politik

Keahlian dari pelbagai kaum

PAS, DAP, PKR, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan

F4B7: USAHA 👉 KEMERDEKAAN 4


Get more at www.eddy.academy

Sambutan Kemerdekaan

Penyertaan dari pelbagai kaum

contoh: Perarakan dan persembahan

(Mana-mana munasabah)

🔖 Penubuhan parti politik


Penubuhan parti politik mencerminkan kesedaran berorganisasi untuk
menjamin kejayaan perjuangan yang seterusnya menjadi perintis
kerjasama pakatan politik ke arah kemerdekaan.

a) Apakah matlamat perjuangan penubuhan parti politik yang ditubuhkan pada tahun 1950-
an. [6m]

Independence of Malaya Party (IMP)

Menyatukan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu

Kerjasama kaum sebagai dasar penting untuk mencapai kemerdekaan

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu

Penyatuan pentadbiran Islam di negeri Melayu

People’s Progressive Party (PPP)

Memperjuangkan hak sama untuk semua kaum

Memperjuangkan keadilan sosioekonomi berasaskan demokrasi berparlimen

Parti Negara

Menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum

Membentuk satu parti bagi semua rakyat untuk membentuk negara Tanah Melayu

b) Jelaskan usaha kerjasama pakatan politik ke arah mencapai kemerdekaan. [6m]

Pakatan PUTERA-AMCJA

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

Pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi

All Malaya Council of Joint Action (MPAJA)

Diketuai oleh Tan Cheng Lock

Telah bergabung pada bulan Disember 1947

Pakatan ini menjadi perintis untuk memupuk kerjasama politik antara kaum

Melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif pembinaan negara


bangsa yang merdeka

Manifesto ini cadangkan pemerintahan sendiri, pembentukan Dewan Perundangan dan


penerimaan satu kewarganegaraan

F4B7: USAHA 👉 KEMERDEKAAN 5


Get more at www.eddy.academy

Persidangan Kebangsaan

Tarikh persidangan berlangsung pada bulan Februari 1954

Yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Abdul
Wahab Abdul Azizi

Persidangan tersebut membincangkan langkah membentuk gabungan parti politik


kebangsaan Tanah Melayu yang bersatu

Persidangan ini disertai oleh Independence of Malayan Parety (IMP) / Malayan Indian
Congress (MIC) / Persatuan Ceylonese Malaya/Persatuan Eurasian Malaya

Menuntut agar diadakan pilihan raya Persekutuan

Konvensyen Kebangsaan

dianjurkan UMNO pimpinan Tunku Abdul Rahman dan MCA pimpinan Tan Cheng Lock

diadakan pada bulan Ogos 1954

Konvensyen ini membincangkan usaha ke arah kemerdekaan dan masa depan Tanah
Melayu

yang dihadiri oleh Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)/Persetiaan Melayu


Kelantan/Persatuan Melayu Semenanjung

Konvensyen ini meluluskan resolusi mendesak British mengadakan pilihan raya


Persekutuan

Pembentukan Parti Perikatan

Pada bulan Oktober 1954, MIC menyertai UMNO dan MCA membentuk Perikatan

Penyertaan MIC melengkapkan kerjasama tiga kaum terbesar di Tanah Melayu

Parti Perikatan memilih kapal layar sebagai logo

Melambangkan kesediaan menempuh cabaran dan rintangan bagi mencapai


kemerdekaan negara

c) Semangat kerjasama antara kaum amat penting untuk memastikan penduduk berbilang
kaum di negara kita dapat hidup dalam keadaan rukun dan damai. Berdasarkan
pengetahuan anda, bagaimanakah anda dapat mengekalkan keharmonian negara pada
masa kini? [8m]

Bersama-sama memelihara perpaduan antara kaum

Menghormati agama/kepercayaan/budaya kaum lain

Mengelakkan diri daripada menyentuh isu-isu sentitif

Mengelakkan menyinggung perasaan orang lain

Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

Menghormati perlembagaan negara

Mengamalkan prisip Rukun Negara

Mengamalkan sikap toleransi /kerjasama antara kaum

Memupuk semangat patriotisme yang tinggi

Memupuk perasaan cintakan keamanan dan keharmonian

Menyokong program/kempen kerajaan demi kesejahteraan rakyat

Saling kunjung semasa perayaan kaum

F4B7: USAHA 👉 KEMERDEKAAN 6


Get more at www.eddy.academy

Sikap menghormati antara satu sama lain

menziarahi/membantu jiran tanpa mengira bangsa

Tidak melibatkan diri dalam sebarang bentuk permusuhan kaum/membuat rusuhan


Mana-mana jawapan yang munasabah

💡 This doc will be updated as we find more materials. Remember to check for updates!
(Last updated: 2021-09-22)

F4B7: USAHA 👉 KEMERDEKAAN 7

You might also like