Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

1

BAB 2

LATAR BELAKANG SOSIOBUDAYA MASYARAKT IBAN DI DAERAH PAKAN


SARAWAK

2.1 Latar Belakang Sejarah Masyarakat Iban Di Daerah Pakan, Sarawak.

Sarawak mempunyai sejarah tersendiri yang unik dan menarik. Sejarah Sarawak sehingga tahun
1963 boleh dibahagikan kepada tiga zaman. Sejarah Sarawak berkait rapat dengan Kesultanan
Brunei, keluarga Brooke dan kerajaan British. Malah orang British yang kemudiannya membuka
lembaran sejarah Sarawak dengan lebih terperinci dan menarik.
2

Asal usul nama Sarawak masih samar-samar. Sebahagian daripada penduduk negeri ini
percaya yang nama Sarawak berasal daripada ungkapan “serah kepada awak. Kononnya nama ini
wujud setelah Pengiran Muda Hashim menyerahkan sebahagian daripada wilayah Sultan Brunei
itu kepada James Brooke pada tahun 1841. Setengah-setengah orang pula berpendapat nama
negeri ini lahir daripada perkataan “Serawak” yang bermakna galian antimoni dalam Bahasa
Melayu lama. Ia mungkin menunjukkan bahawa kawasan Sarawak terkenal kerana mineral itu.

Di samping itu, ada pihak yang percaya bahawa kelahiran nama negeri ini menyusul
kelahiran nama Sungai Sarawak. Sehingga zaman pemerintahan Brunei, nama Sarawak
dikatakan hanya wujud sebagai nama sungai. Nama Sarawak hanya diketahui ramai setelah
James Brooke menjadi Raja di Sarawak. Ketika itu kawasan yang dirujuk sebagai Sarawak Cuma
kawasan dari Tanjung Datuk ke Sungai Sadong termasuk Lundu, Sungai Sarawak dan
Samarahan tetapi bukan negeri Sarawak yang wujud pada hari ini.1

Negeri Sarawak mempunyai 12 bahagian. Daerah Pakan terlekat dalam Bahagian Sarikei.
Nama “pakan” dikatakan diambil sempena buah Pakan. Buah Pakan merupakan spesies buah
durian. Daerah Pakan merupakan salah satu tempat bersejarah yang sangat bermakna kepada
rakyat Sarawak. Hal ini demikian kerana, Bukit Sibau yang terlekat dalam daerah Pakan
merupakan tempat pemakaman Tokok Pejuang Kemerdekaan Sarawak iaitu Rentap. Melalui
berita Sarawak yang disiarkan pada Pukul 5 Petang pada 3 Jun 2015, setelah menghadapi
kekalahan terhadap serangan ke-3 James Brooke di Bukit Sadok pada 1861, Rentap berundur ke
Bukit Lanjak. Setelah ke Bukit Lanjak Rentap pergi ke Entabai sebelum ke Ulu Wak, Pakan di
mana Ulu Wak tempat Rentap meninggal. Pemakaman beliau terlekat di Bukit Sibau dan kini
masih kekal disana.2

Menurut hasil banci yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Sarawak pada tahun 2010,
daerah pakan mempunyai populasi sebanyak 15,480 orang dan majoritinya adalah kaum Iban
dengan bilang 14,423 orang kaum iban.3 Pendudukan di daerah Pakan majoritinya menjalankan
kegiatan ekonomi berasaskan tanaman. Tanaman yang menjadi tanaman utama masyarakat
tersebut adalah Lada hitam, getah dan koko. Namun begitu, tanaman lada adalah sangat popular

1
Devourie Gail. 2017. Motif Iban Dalam Pengaplikasian Seni Tampak Di Malaysia. Kuching: Universiti Malaysia
Sarawak. Hlm 13
2
https://www.youtube.com/watch?v=Ovr7ooK_QLQ
3
https://www.sarawak.gov.my/web/home/article_view/240/175/
3

dikalangan masyarakat di daerah Pakan. Lada telah ditanam sejak tahun 1856 tetapi penanaman
secara meluas bermula pada tahun 1900-an.4 Dengan pentempatan yang berbukit menjadikan
daerah Pakan sebagai kawasan yang sangat subur untuk pengusahaan lada hitam.

2.2 Latar Belakang Sosiobudaya Masyarakat Iban di Daerah Pakan.

Sosiobudaya di daerah Pakan dipengaruhi dua aspek iaitu keagamaan dan kepercayaan. Sebelum
kedatangan James Brooke, masyarakat iban menganut kepercayaan Animisme. Kepercayaan
animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas
kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.
Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu,
gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut
tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga
dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya
jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh
leluhur mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemikian.5 Melalui
kepercayaan ini idea pada motif-motf pua kumbu terhasil.

Masyarakat iban pada zaman dahulu terkenal dengan aktiviti “ngayau”. Menurut Anna
Durin, Zarina Mohd. Shah, Bernice Helena, Mohd. Ghazali Abdullah.(2011), Headhunting atau
ngayau merujuk kepada pemenggalan kepala musuh sebagai membalas dendam akibat keluarga
mereka dibunuh oleh pihak lawan pada zaman tradisi dan selain itu ia juga boleh dirujuk kepada
menyerang musuh seperti kayau besai dan kayau anak. Kayau besai adalah menyerang musuh
secara beramai-ramai dan kayau anak adalah serangan hendap kepada musuh yang dilakukan
beberapa orang sahaja misalnya seorang, dua atau tiga orang sahaja. Dalam seni tenunan mereka
telah mencipta beberapa alat-alat tenunan seperti sarong, dan pua kumbu. Untuk menghias kain

4
https://doa.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?lang=bm&mod=webpage&sub=page&id=138
5
https://ms.wikipedia.org/wiki/Animisme
4

tenunan pua kumbu, mereka menggunakan motif-motif yang cantik dan terdapat daripada motif
tersebut dicipta melalui pengaruh ngayau atau headhunting.6

Menurut mitos yang diceritakan oleh responden, kain pua berasal dari Gelong Batu
Nakong yang terletak di sepanjang tujuh tanjung dan tujuh teluk Sungai Gelung. Kepakaran
menenun ini dipelopori oleh petara Jawai Ensengai Dayang Kumang. Wilayah kediaman di
Gelong kemudiannya diiktiraf oleh orang Panggau Libau sebagai Gelong Batu Benang. Kaum
Iban percaya bahawa kepakaran orang Iban menenun diperuntukkan oleh petara Kumang,
Lulong dan Indai Abang. Kain pua dikatakan ditenun di Gelong Batu Benang oleh petara
Kumang Dara Inya dan Lemok Lulong Bintang. Sehingga kini, kaum Iban percaya kewujudan
petara ini di Gelong Batu Benang.7

Tenunan pua kumbu masyarakat Iban mementingkan pengisian corak pada permukaan
kain. Menurut Ngumbang Sultan dan Humen Bin Jusilin(2018), pengisian corak atau motif pada
pua kumbu diilhamkan berdasarkan mimpi yang dialami oleh penenun sendiri atau daripada
cerita lagenda, mitos, daripada pengelaman, kepercayaan dan adat dalam kehidupan. 8 Motif yang
diilhamkan dipersembahkan dalam bentuk anthromorph, zoomorph, phyllomorph dan objek.
Imej seperti manusia, permen, bergerigi, berliku-liku dan berjalur turut digunakan dalam
penghasilan motif pua Kumbu.

Setelah meneliti kajian yang dilakukan, kebanyakan motif yang digunakan adalah
berasaskan sosiobudaya masyarakat itu sendiri. Hal ini terbukti dengan pengaruh sosiobudaya
dari segi kepercayaan masyarakat Iban membawa kepada penghasilan motif pada pua kumbu
yang sangat unik dan berbeza dengan motif tenunan masyarakat lain. Masyarakat iban sangat
menyanjungi Pua Kumbu seperti jiwa dan raga mereka sendiri kerana mereka percaya pua
kumbu merupakan alat perlindungan yang mampu melindungi mereka dalam kehidupan.
Kepercayaan ini adalah kepercayaan masyarakat Iban sebelum kedatangan agama-agama dari
luar kepulauan Borneo pada masa dulu. Jadi, pada masa kini sangat langka untuk masyarakat
iban masih percaya kepada kekuasaan pua kumbu.
6
Anna Durin, Zarina Mohd. Shah, Bernice Helena, Mohd. Ghazali Abdullah.(2011). Pengaruh Ngayau Atau
Headhunting Dalam Penciptaan Motif-Motif Tekstil Pua Kumbu Masyarakat Iban Di Sarawak. Jurnal Melayu (7).
Hlm 303 – 316
7
Hasil temubual bersama responden dari daerah Pakan.
8
Ngumban Anak Sultan dan Humen Bin Jusilin.(2018). Estetik Motif Dan Corak Tenunan Pua Kumbu Orang Iban
Di Sarawak. Jurnal Komunikasi Borneo. Vol 6. Hlm 22
5

2.2.1 Adat Dan Upacara Masyarakat Iban.

Setiap masyarakat mempunyai budaya yang berbeza. Misalnya masyarakat iban


mempunyai kebudayaannya sendiri. Seperti berikut adalah adat dan upacara
masyarakat iban:

2.2.1.1 Perayaan Hari Gawai

Gawai Dayak adalah festival tahunan yang disambut oleh orang


Dayak di Sarawak , Malaysia dan Kalimantan Barat , Indonesia
pada 31 Mei dan 1 Jun. Ia adalah cuti umum di Sarawak dan
merupakan majlis keagamaan dan sosial yang dikenali sejak 1957.

Pada asalnya Hari Gawai adalah perayaan yang lebih


berbentuk keagamaan bagi kaum Dayak iaitu suku Iban, Bidayuh
dan Orang Ulu sebagai tanda berterima kasih kepada ‘Petara’
(Tuhan) setiap kali selepas musim menuai dan sebelum
memulakan penanaman padi untuk musim seterusnya. Perayaan
Gawai Dayak menuntut masyarakatnya menghargai budaya dan
memastikan ‘semangat’ padi sentiasa dijaga dan terus dihormati
selama-lamanya.

2.2.1.2 Upacara Sabak

Sabak Bebuah yang merupakan satu daripada 20 jenis leka main


dalam puisi masyarakat Iban. Puisi berbentuk ratapan nyanyian
(nyanyian berkabung) ini akan dipersembahkan oleh Tukang
Sabak semasa perlaksanaan upacara kematian masyarakat Iban
terutama yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.

Di dalam proses ritual Sabak Bebuah, terdapat beberapa


simbol yang mempunyai pengertian dan fungsinya tersendiri.
Pembinaan sapat, penggunaan Pua Kumbu, penyediaan ‘piring’
6

dan baya’ adalah di antara simbol-simbol utama disediakan.


Pembinaan ‘sapat’ menggunakan Pua Kumbu mengelilingi mayat
si mati disediakan bertujuan agar mayat si mati tidak dilangkah
oleh binatang ternakan seperti kucing dan anjing. Sekiranya mayat
si mati dilangkah oleh binatang-binatang tersebut, maka roh si mati
akan bangkit dan menganggu komuniti yang masih hidup.9

2.2.1.3 Upacara Miring

Salah satu adat yang masih diamalkan oleh masyarakat Iban


sehingga kini adalah upacara miring. Miring merupakan upacara
persembahan atau berdoa kepada Tuhan atau Petara bagi
memberkati permintaan dan mendapat perlindungan daripada
sesuatu ancaman. Upacara miring diadakan adalah bertujuan untuk
memberkati, melindungi, membawa kebahagian, kedamaian dan
keharmonian dalam masyarakat Iban.

Seterusnya pakar ritual atau lemambang akan bebiau untuk


memanggil dewa-dewa, orang Panggau Libau dan sebagainya agar
datang ke upacara itu. Seekor ayam akan digunakan untuk miau
Piring. Ayam tersebut akan disembelih selepas digunakan untuk
miau Piring. Manakala darah ayam yang disembelih itu akan
disapukan di telapak tangan menggunakan bulu ayam sebagai
simbolik bahawa kita menerima rezeki daripada Petara dengan
tangan terbuka. Bulu ayam yang sudah dibaluti darah tersebut akan
diletakkan di atas Piring.

Suatu ketika dahulu, ritual miring diadakan sebelum


rombongan lelaki turun berperang yang dikenali sebagai ekspedisi
ngayau atau menerokai kawasan baru serta ketika penghuni

9
Mangai Anak Tugau, Mohammad Maulana Magima dan Franklin Ragai Kundat.(2019). Ritual Sabak Dalam
Budaya Masyarakat Iban Di Daerah Sebauh, Sarawak, Bintulu: Universiti Putra Malaysia.
7

berpindah ke rumah panjang baru. Terdapat beberapa tahap


penggunaan piring, iaitu Piring Turun Tiga, Piring Turun Lima,
Piring Turun Tujuh, Piring Turun Lapan dan Piring Turun
Sembilan.

2.2.1.4 Headhunting Atau Ngayau

Headhunting atau ngayau merujuk kepada pemenggalan kepala


musuh sebagai membalas dendam akibat keluarga mereka dibunuh
oleh pihak lawan pada zaman tradisi dan selain itu ia juga boleh
dirujuk kepada menyerang musuh seperti kayau besai dan kayau
anak. Kayau besai adalah menyerang musuh secara beramai-
ramai dan kayau anak adalah serangan hendap kepada musuh
yang dilakukan beberapa orang sahaja misalnya seorang, dua
atau tiga orang sahaja.

Pada zaman tradisi, sejak dari kecil lagi anak lelaki Iban
telah diajar oleh ibu atau nenek mereka bersikap berani untuk
membalas dendam seperti membunuh dengan cara memenggal
kepala musuh yang telah membunuh ahli keluarga mereka. Cara
orang tua menanamkan sifat berani kepada anak kecil itu melalui
nyanyian semasa mendodoikan anak dan kadang-kadang bercerita
secara lisan tentang mitos yang berkaitan dengan dewa-dewa
perang yang selalu mendapat kepala musuh dengan banyak
semasa pergi berperang atau ngayau.10

Tradisi ini telah ditinggalkan disebabkan factor peredaran


zaman. Maka pada masa kini tradisi ngayau ditinggalkan agar
dapat mewujudkan perpaduan antara kaum dan mengelakkan

10
Anna Durin, Zarina Mohd. Shah, Bernice Helena, Mohd. Ghazali Abdullah.(2011). Pengaruh Ngayau Atau
Headhunting Dalam Penciptaan Motif-Motif Tekstil Pua Kumbu Masyarakat Iban Di Sarawak. Jurnal Melayu (7).
Hlm 303 – 316
8

kesalahfahaman antara kaum. Pada masa kini, petempatan yang


aman damai menjadikan faktor untuk menghentikan tradisi ini.

2.2.1.5 Tradisi Pantang(Tatu)

Pada masa dahulu, masyarakat Iban menjadikan tatu sebagai


simbol untuk merekod atau menceritakan pengalaman,
pengembaraan dan pencapaian seseorang. Corak-coraknya pula
dipercayai dapat melindungi suku kaum Iban daripada semangat
atau roh jahat, mengelak kecelakaan serta penyakit dan
menakutkan musuh. Pada masa dahulu juga, tatu dianggap sebagai
lambang kejantanan, kepahlawanan, kemenangan perang serta
mengangkat status seseorang lelaki setelah sesuatu kejayaan
dicapainya. Sementara wanita Iban pula, tatu pada jari, lengan,
kaki dan paha melambangkan kedudukan sosial dan pencapaian
mereka dalam kemahiran menenun, menari atau menyanyi.

Menurut Allanstair Dend atau lebih dikenali dengan


panggilan Boy Iban, 30, pada masa dahulu masyarakat Iban
cenderung menggunakan corak diilhamkan daripada flora dan
fauna seperti bunga terung, burung kenyalang, naga dan banyak
lagi.11

2.2.1.6 Adat Perkahwinan

Di dalam adat perkahwinan Sarawak, terdapat beberapa peringkat


iaitu merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan
selepas majlis perkahwinan. Dalam adat merisik, bagi etnik
Sarawak, perkahwinan biasanya ditentukan oleh keluarga
pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna berkenan dengan anak

11
https://www.utusanborneo.com.my/2014/05/10/nilai-tradisi-tatu-dalam-masyarakat-iban
9

dara tersebut, maka si teruna akan mengeluarkan hasrat untuk


berkahwin dengan perempuan tersebut, Seterusnya bertandang ke
rumah pengantin perempuan untuk merisik yang digelar berbunga-
bunga atau berjarum-jarum. Di sini kedua-dua keluarga akan
berbincang tentang syarat-syarat perkahwinan dan sekiranya
bersetuju, pihak keluarga lelaki akan menghantar rombongan
meminang anak dara di rumahnya.

Bagi adat meminang dan bertunang, biasanya pihak lelaki


akan menghantar rombongan seramai 20 orang yang terdiri
daripada ahli keluarga dan orang tua dalam keluarga. Pada masa
ini, syarat-syarat perkahwinan akan diperjelaskan sebagai contoh
soal mas kahwin dan hantaran. Apabila kata sepakat diambil,
ayahanda teruna akan menanggalkan lapit atau ikan pinggang
perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya,
hal ini hendaklah dihebohkan kepada semua keluarga terdekat dan
kedua-kedua bakal pengantin tidak boleh bertemu bagi
menghormati kedua pihak.

Majlis perkahwinan dilaksanakan hendaklah di aturkan


dengan baik dan sistematik kerana jika tidak, bencana mungkin
akan menimpa kepada bakal pengantin. Pihak lelaki hendaklah
menyediakan segala keperluan dan juga perbelanjaan untuk majlis.
Bagi pihak perempuan, hendaklah menyiapkan pernyiapan dari
segi hiasan perkahwinan, makanan dan tempat majlis. Bagi urusan
mengundang tetamu, kedua pihak akan melantik wakil masing-
masing yang mana mereka akan membawa seutas tali bagi
menandakan hari menuju perkahwinan. Tali itu harus diberikan
kepada tuai rumah untuk membuat kiraaan di seluruh rumah
panjang.12

12
http://mengenalietniksarawak.blogspot.com/2015/12/sejarah-sarawak-adat-perkahwinan.html
10

Ketika majlis perkahwinan, pihak lelaki hendaklah menaiki


perahu dihiasi dengan kain puak kumbu jika melalui jalan sungai
manakala untuk jalan darat menaiki kenderaan atau pun jalan kaki.
Gong akan di bunyikan untuk memeriahkan suasana perkahwinan.
Ketua bagi rombongan lelaki akan menyembelih khinzir sebagai
penghormatan kepada pengantin perempuan.

2.2.1.7 Adat Kematian

1. SEMASA KEMATIAN ADAT MATI ENGGAU RABAT

Apabila berlaku kematian ahli keluarga dan saudara si mati


menangis dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 minit. Dua batang
alu digalang di tempuan (laluan) di hujung rumah panjang,
bertujuan untuk menghalang roh si mati daripada memasuki rumah
berkenaan dan membawa roh yang masih hidup ke sebayan
(akhirat), yang akan mengakibatkan lebih banyak lagi kematian
dalam rumah tersebut.13

Mayat dibersihkan dengan air sabun yang diperbuat


daripada kulit buah langgir yang telah ditumbuk. Dahi mayat
ditandakan dengan tiga tanda kunyit. Rambut diminyakkan dan
disikat selepas si mati dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya
mengikut ajaran Tuhan Pun-tang Raga (keturunan serapoh pada
generasi lalu). Kemudian mayat dibaringkan di atas tikar rotan dan
bemban di dalam bilik.

Kain pua kumbu digantung di ruai untuk membentuk sapat


(pendinding), berukuran sembilan kaki persegi dan kira-kira lima
kaki dari lantai. Sekiranya sapat gagal ditegakkan maka hadirin
akan mudah mendapat penyakit. Kemudian mayat dibawa keluar

13
https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/318
11

dari bilik dan diletakkan di dalam sapat. Selepas badan mayat


melepasi pintu yang memisahkan bilik dengan ruai, wanita yang
paling tua dalam keluarga si mati menabur beberapa butir beras
pada mayat dan membaca doa ringkas yang dipercayai dapat
membawa mayat ke syurga tanpa halangan.

Setelah mayat dibaringkan dengan baik di sapat kaum


wanita keluarga si mati mendahului ahli keluarga lain untuk
menangis buat seketika. Biaya (harta) si mati disediakan di dalam
kotak kosong yang kemudian diletak berhampiran kepala mayat.
Di atas badan mayat digantung beberapa kain dipanggil baiya
pandang. Api kecil dinyalakan di pendiang tempuan berdekatan
kaki si mati. Api tersebut tidak boleh dipadamkan sehingga
upacara pengebumian berakhir. Mayat dibiarkan selama dua hari
atau lebih bagi menunggu ketibaan saudara si mati.

Mayat tidak boleh dipijak atau dilangkah kucing atau


anjing kerana diipercayai akan menyebabkan roh si mati tidak
tenteram dan akan sentiasa memburu orang yang masih hidup.
Justeru, mayat sentiasa dijaga rapi oleh para wanita yang berumur
sehingga mayat dikebumikan.

Tuai Bilek yakni ketua berbincang dengan hadirin di ruai


mengenai undangan kepada kampung lain untuk menghadiri
upacara kematian, bagi memudahkan keluarga si mati
menyediakan keperluan upacara. Bantuan RM5.00 dihulurkan
untuk menampung membeli bahan makanan. Dua orang lelaki
dipilih untuk menghantar undangan, seorang ke hilir sungai dan
seorang lagi ke hulu sungai. Sekiranya rumah panjang si mati tidak
mempunyai tukang sabak (penyanyi lagu-lagu kematian) maka
haruslah diundang dari rumah panjang lain.
12

Para tetamu hadir membawa bantuan seperti beras pulut,


duit atau ayam. Pada pukul 6 petang tukang sabak menyanyi lagu
mendayu dan perlahan. Beliau menceritakan perjalanan roh orang
yang meninggal dari dunia ini ke dunia sebayan. Beliau duduk di
kerusi berdekatan kepala mayat dengan sebahagian wajahnya
ditutup sapu tangan. Mantera dibaca berterusan sehingga subuh,
hanya berhenti untuk makan dan minum sahaja. Tukang sabak
diberi upah berbentuk wang dan barangan seperti tajau (tempayan),
pinggan, sedepa atau lebih, seekor ayam dan parang atau kepingan
besi, bertujuan untuk memperkuatkan semangatnya serta bagi
melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak diingini
semasa hayatnya.14

Para tetamu dihidang makanan berat pada pukul 8 malam


dan yang ringan seperti kopi dan roti pada pukul 10 malam, dan
makan lewat pada pukul 2 pagi. Tetamu kehormat seperti Penghulu
dan Tuai Rumah duduk sebaris dengan ahli keluarga si mati di
panggau (tingkat atas ruai) sementara ahli keluarga lain duduk di
kedua-dua bahagian ruai bilik si mati. Wakil keluarga si mati
menyampaikan ucapan, memaklumkan sebab kematian si mati dan
tempoh berkabung selama tiga bulan. Akhirnya beliau berterima
kasih kepada yang sanggup menolong keluarga si mati
melaksanakan upacara tersebut.

Antara pantang larang dalam tempoh berkabung ialah tidak


boleh menjerit apabila melewati perkarangan rumah panjang si
mati. Sebarang upacara tidak boleh diadakan namun sekiranya
perlu juga maka sigi panding (denda) sebanyak RM2.00, dikenali
sebagai pemampul (sebagai pendinding) dikenakan.

14
https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/318
13

Ahli keluarga dan para tetamu hanya bebas bercakap


mengenai pelbagai perkara selepas makan lewat berakhir.

2. SEMASA PENGKEBUMIAN

Sebelum fajar, iaitu kira-kira pukul 5.30 pagi, keranda dibawa ke


kawasan perkuburan. Seorang lelaki berjalan di hadapan keranda
membawa pelita bagi menyuluh jalan. Setiba di perkuburan seekor
ayam disembelih terlebih dahulu dan darahnya dilumur di atas
tanah yang akan digali sedalam enam kaki. Sedikit beras ditabur di
sekeliling kubur. Keranda direndahkan ke dalam kubur bersama
harta (baiya) peribadi si mati, dipercayai untuk kegunaan si mati
(menoa sebayan) di dunia lain.15

Kepala mayat diletakkan menghala hilir sungai. Jika si mati


seorang manang (dukun) maka kepalanya menghala ke hulu
sungai. Kaum Iban percaya jiwa atau roh dukun berehat selamanya
di kedudukan paling tinggi Gunong Rabong yang suci, tempat Iban
Menjaya Manang Raja yang pertama telah disucikan sebagai
manang bali (dukun jadian). Beliau adalah adik Sengalang Burong,
Tuhan peperangan.

Selesai pengkebumian suatu tanda ditanam di perkuburan si


mati. Selepas itu ahli rombongan pengebumian kemudian mengisi
perut dengan makanan yang telah dimasak di tebing sungai pada
awal paginya.16

15
https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/318
16
Juliza Anak Kennedy. 2017. Khazanah Warisan Masyarakat Etnik Iban Di Sarawak: Satu Kajian Dokumantasi
Harta Intelek. Kuching: Universiti Malaysia Sarawak. Hlm 1-5
14

3. UPACARA BERKABUNG

Kesemua penghuni rumah panjang yang lanjut usia bertandang ke


bilik si mati untuk menyaksikan seorang wanita lanjut usia
memakan asi pana yang dijadikan makanan korban. Biasanya asi
pana ini adalah tiga mangkuk nasi hitam. Setiap mangkuk
menandakan satu hari semasa penghuni tidak bekerja di luar rumah
panjang. Sekiranya para penghuni bersetuju tidak bekerja selama
tiga hari berlangsungnya waktu pana maka yang mengetuai
upacara berkabung memakan semangkuk asi pana setiap pagi.

Bilik keluarga si mati dibiarkan gelap selama tiga hari


waktu pana, bertujuan agar dunia kehidupan yang gelap akan
membawa kecerahan kepada si mati. Pada pagi pana berakhir
tingkap bilik keluarga si mati terlebih dahulu dilumurkan darah
ayam sebelum tingkap itu dibuka dengan rasminya oleh wanita
tadi. Selepas asi pana terakhir dimakan harta berharga si mati
ditempatkan di dalam lengguai (kotak loyang), diikat tali rotan dan
disimpan di dalam bilik semasa waktu berkabung. Kotak ini dijaga
keselamatannya daripada dicapai atau diganggu kanak-kanak atau
dipijak.

Sekiranya waktu berkabung tiga hari itu berlaku dalam


musim menuai maka para petani boleh membayar ganti rugi sigi
jabir atau pana benda sebanyak RM1.00 kepada keluarga si mati
bagi membolehkan petani bekerja di sawah. Mereka yang tidak
terlibat atau terikat kepada pantang berkabung boleh menolong
para petani berkenaan menuai padi.17

Pada waktu senja dalam masa tiga hari berkabung keluarga


si mati menyalakan api di palan tungkun api berdekatan dengan

17
Gregory Kiyai. Ritual Adat Kematian dalam Masyarakat Iban di Sarawak: Artifak Iringan Tukang Sabak, dlm
Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), Vol. 4, 2019, Hlm 99-116
15

tepi rumah panjang. Ini bertujuan untuk mengelak roh si mati


daripada berkelana atau berkeliaran mencari makanan yang
disediakan manusia.

4. UPACARA NGETAS ULIT

Sehari sebelum upacara ini berlangsung, setelah tamat tiga bulan


berkabung, ahli keluarga mendiang menyampaikan niat
menamatkan tempoh berkabung dengan mengadakan upacara
ngetas ulit, kepada penghuni rumah panjang yang lain.18

Saudara mara terdekat mendiang tiba pada awal pagi


keesokannya dan berkumpul di bilik ahli keluarga mendiang.
Kemudian seorang lelaki berpakaian pahlawan Iban membuat tiga
kali jeritan apabila tiba di rumah mendiang. Jeritan itu disahut
seorang lelaki di anjung bilik keluarga mendiang dengan memukul
tawak. Seekor ayam diberikan kepada pahlawan tersebut yang
menghayunkannya di atas kotak lengguai sambil menjampi
serapah untuk merestui hadirin agar mereka hidup aman damai
selepas ulit ditanggalkan.

Kemudian pahlawan melaksana upacara ngetas uli iaitu


memotong rotan yang mengikat lengguai, membukanya dan
mengeluarkan barangan di dalamnya. Selepas itu ahli keluarga
mendiang menemui pahlawan tersebut dan memintanya memotong
sedikit rambut mereka dengan pisaunya. Upah untuk membuka ulit
ialah sebilah duku, satu chapak dan satu kebok. Sajian dihidangkan
selepas upacara ini tamat.19

18
https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/318
19
Gregory Kiyai. Ritual Adat Kematian dalam Masyarakat Iban di Sarawak: Artifak Iringan Tukang Sabak, dlm
Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), Vol. 4, 2019, Hlm 99-116
16

5. UPACARA BERSERARA BUNGAI

Upacara terakhir ini diadakan lebih kurang satu atau dua bulan
selepas upacara ngetas ulit, dan dikendali oleh manang (bomoh)
yang mempunyai kuasa dan mampu berhubung terus dengan alam
ghaib. Upacara ini adalah untuk memisahkan alam kehidupan
dengan alam kematian dan mempercepatkan proses perpisahan roh
si mati dengan keluarganya yang masih hidup. Jika ada ahli
keluarga yang masih mengingati si mati maka ahli ini akan jatuh
sakit sehingga menyebabkan kematian20.

Dipercayai bahawa jika roh si mati belum dipisahkan maka


roh akan terus berada di sekeliling dan akan menganggu. Roh si
mati juga akan memastikan ahli keluarga membazirkan makanan
kerana makanan ini akan menjadi makanan si mati dan ini
menyebabkan kerugian.

Upacara ini berakhir apabila pasu tembaga milik si mati


dibuka dan tangkai bunga dipotong oleh manang. Sekiranya hal ini
tidak dilakukan maka keluarga si mati akan terus diganggu oleh
roh si mati dan mereka akan ditimpa malapetaka yang tidak
diingini.

2.2.1.8 Nakar( Ritual Peralihan Status Penenun Pua Iban)

Empiang Jabu (1991) menyentuh tentang pua kumbu sebagai


warisan budaya yang menjadi kebanggaan orang Iban. Menurut
beliau, masyarakat Iban amat bangga dengan budaya mereka yang
kaya dengan memiliki kepakaran menenun kain pua kumbu yang

20
Gregory Kiyai. Ritual Adat Kematian dalam Masyarakat Iban di Sarawak: Artifak Iringan Tukang Sabak, dlm
Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), Vol. 4, 2019, Hlm 99-116
17

amat unik dan tersendiri. Ritual nakar ialah ritual khas untuk kaum
wanita Iban. 21

Garvin, T. (1991) ritual nakar yang juga dikenali sebagai


ritual Kayau Indu atau ritual ngar hanya boleh dijalankan oleh
seseorang wanita jika dia mendapat kurniaan mimpi dan seterusnya
menerima arahan atau pengaroh daripada kuasa luar biasa (petara,
dewa-dewi, antu, semangat atau roh nenek moyang).22

Istilah nakar atau takar bermaksud ”sukat” atau ”perbuatan


menyukat” bahan-bahan tertentu dengan tepat mengikut jumlah
campuran bahan-bahan asli yang telah ditetapkan dan perbuatan
menyukat itu diketuai oleh Indu Nakar Indu Ngar atau Indu Nakar
Indu Gaar ataupun Indu Pandai Indu Julai Tau Nacai Gajai Lebor
Api.23

21
Empiang, J. (1991). Pua Kumbu: The Pride of Iban Cultural Heritage. Dalam L. Chin & V. Mashman (Eds.),
Sarawak Cultural Legacy: A Living Tradition (hlm. 75-83). Kuching: Society Atelier Sarawak.
22
Garvin, T. (1991).“Kayau Indu: The Warpath of Women”, Sarawak Museum Journal, XLII, 5-10.
23
Noria Tugang. Nakar: Ritual Peralihan Status Penenun Pua Iban, dlm Borneo Research Journal, Vol. 10,2016.
Hlm 68-92

You might also like