Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

Diploma Eksekutif Dalam Pengurusan

Kejuruteraan

Pos Tugasan Modul

MODUL :
OPERATIONS STRATEGY AND
MANAGEMENT (FRSB 1033)

Nama : NUR SYAHIRAH BINTI ZAINI


Kad Metrik : FRSB180523-09E
Daerah : JOHOR BAHRU
Tutor : DR. MOHD YUSOF BIN MD DAUD
)EDGE.COURSE 03-2/13(1)

POST MODULE ASSIGNMENT FORM

SECTION A : TO BE FILLED BY STUDENT

Please use CAPITAL LETTER.

Name of Student: …NUR SYAHIRAH BINTI ZAINI…


MyKad No/Passport No.: …970114015516…Matric Card No. FRSB180523-09E…………….………………….

Course Title: …EXECUTIVE DIPLOMA ENG INEERING BUSINESS MANAGEMENT (FRSB)…

Attendance Date: ……

Name of Programme: … OPERATIONS STRATEGY AND MANAGEMENT (FRSB 1033)…

Name of Programme Management Centre: …SPECIALIST KNOWLEDGE CENTRE SDN BHD (09.E) …

Signature: ………………………………………………… Date: ………………………………………………….

SECTION B: Areas evaluated by Lecturer/Examiner Full Mark Marks Award ed Specific Comment

1) COMPREHENSION: (Introduction to question


set, subject relevance, factual content, originality, 60%
critical discussion / analysis)

2) EFFORT: (Use of specific example, interpretation of


result calculation, appropriate use of
references, citation and academic 20%
acknowledgement)

3) PRESENTATION : Table of contents, graph,


histogram and charts correctly labelled, grammar &
syntax, spelling,legibility) 20%

TOTAL 100%
Instruction to Lecturer/Examiner :
. Please complete the Overall Mark, Grade and the corresponding Level of Achievement as shown in the Grading Scheme overleaf. Note: The
awarded mark is subject to review by UTM RAZAK School of Engineering and Advanced Technology.

ii. Please send this form to UTM RAZAK School of Engineering and Advanced Technology and a copy to Provider.

Overall Mark Grade Level of Achievement

Examiner’s Overall Comments:

Strengths:
Weaknesses:
Suggestions for Improvement:
Signature of Examiner: ________________________________ Date: _____________________________________
Tel No.:_________________________________ E Mail:_______________________________________________

Assistant Registrar EDGE

UTM Razak School of Engineering and Advanced Technology

Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

54100 Jalan Semarak

Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-2180 5313/5309 Fax: 03-2180 5422


PMA CHECKLIST

NAME: NUR SYAHIRAH BINTI ZAINI

MATRIC CARD NO: FRSB180523-09E

COURSE: EXEC. DIP IN ENGINEERING BUSINESS MANAGEMENT

MODULE: OPERATIONS STRATEGY & MANAGEMENT (FRSB 1033)

LECTURER: DR. MOHD YUSOF BIN MD DAUD

DATE ATTENDS: 28 AUGUST 2021

DATE SUBMITS: 27 SEPTEMBER 2021

NO ITEMS STUDENT COORDINATOR LECTURER

1 STANDARD COVER /

2 PMA MARKSHEET /

3 PMA CHECKLIST /

4 TABLE OF CONTENT /

5 INTRODUCTION /

6 BODY /

7 CONCLUSION /

8 REFERENCE /

9 PAGE NUMBERING /

10 PARAGRAPH JUSTIFIED /

ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
A) Latar Belakang Dan Sejarah Syarikat 1
B) Penerangan Produk 1
C) Visi Dan Misi 2
D) Carta Organisasi Pengurusan Dan Fungsi 2

2. STRATEGI MEREKABENTUK PRODUK


A) Proses Merekabentuk 3-4
B) Merekabentuk Produk Yang Baik 5-
6
C) Pengeluaran Produk 7-9
D) Etika Dan Keprihatinan Persekitaran 10

3. LAIN-LAIN STRATEGI
A) Strategi Lokasi Dan Pelan Tapak 11-13
B) Strategi Pada Kualiti Produk 14-15
C) Strategi Pengurusan Inventori 16
D) Strategi Pemasaran 17

4. PENINGKATAN
A) Kelebihan Dan Kekurangan Strategi Operasi 18
B) Cadangan Pelaksanaan Peningkatan Strategi Operasi 19

RUMUSAN 20

RUJUKAN 21

1. PENGENALAN
A) LATAR BELAKANG SYARIKAT

RONA PASTEL CONCEPT adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada
tahun 2007 dan didaftarkan dibawah SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
dengan syarikat ini adalah milik bumiputera sepenuhnya. RONA PASTEL
CONCEPT adalah sebuah syarikat pengiklanan dan cenderamata korporat.
Syarikat ini menyediakan perkhidmatan merekabentuk grafik cenderamata dan
bahan iklan mengikut citarasa dan kehendak pelanggan. RONA PASTEL
CONCEPT adalah syarikat yang telah banyak berkhidmat dengan agensi kerajaan,
korporat dan pelanggan persendirian yang sentiasa membuat tempahan dari masa
ke semasa. RONA PASTEL CONCEPT telah memulakan perkhidmatan
pembekalan sejak tahun 2008 sehingga kini.

B) PENERANGAN PRODUK

Produk keluaran RONA PASTEL CONCEPT adalah bahan-bahan pengiklanan


seperti papan iklan (billboard) dan cenderamata korporat. Pelanggan syarikat ini
adalah sektor kerajaan, universiti, sekolah, agensi kerajaan, korporat dan orang
perseorangan. Antara cenderamata yang dibekalkan oleh syarikat RONA PASTEL
CONCEPT adalah seperti alat tulis, diari, trofi, cawan, rantai kunci, button badge,
collar pin, id card dan sijil. Cenderamata adalah barangan yang paling berharga
dan dianggap sebagai hadiah peringatan apabila menghadiri sesuatu majlis atau
melawati sesuatu tempat yang menarik. Selain itu, Cenderamata ini boleh ditempah
khas dengan menyuai padan rekabentuk atau penjenamaan perniagaan mengikut
citarasa pelanggan. Tambahan pula, kepada mereka yang melancong di sesuatu
tempat akan membeli cenderamata yang lebih dianggap sebagai kenangan apabila
meninggalkan tempat pelancongan tersebut.

C) VISI DAN MISI


Visi RONA PASTEL CONCEPT ialah memberi perkhidmatan berupa idea-idea
untuk penjenamaan dan gaya hidup.. Visi ini bermaksud RONA PASTEL
CONCEPT sebagai sebuah entiti perniagaan dalam bidang pengiklanan dan
pembekalan cenderamata dan hadiah akan menyumbang idea-idea kreatif untuk
penjenamaan dan gaya hidup pelanggan. Misi RONA PASTEL CONCEPT ialah
menyumbang idea-idea kreatif kepada pelanggan samaada korporat atau individu
untuk penjenamaan perniagaan dan gaya hidup mereka.

D) CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DAN FUNGSI

FUNGSI CARTA ORGANISASI


- Carta organisasi atau lebih dikenali sebagai satu bentuk rajah grafik yang
menunjukkan struktur susunan atau kedudukan tempat setiap individu dalam
syarikat. Carta organisasi berfungsi sebagai penjelasan sistem pengurusan
seperti pembahagian kerja dan jenis kerja yang dijalankan. Penggunaan carta
organisasi sangat penting kerana mampu menurunkan moral para pekerja
yang merasakan autoriti atau kebolehan hanyalah terletak kepada pihak
pengurusan atas sahaja.

2
2. STRATEGI MEREKABENTUK PRODUK
2.1 DEFINISI PRODUK

Produk didefinisikan sebagai barangan ketara yang dihasilkan daripada bahan


semulajadi atau secara industri. Perkataan produk adalah berasal daripada bahasa
Latin iaitu Productus yang membawa maksud penggunaan produk adalah berbeza
bergantung pada kawasan ia digunakan. Penghasilan sesuatu produk memenuhi
aspek-aspek kegunaan, keperluan, kehendak dan permintaan pelanggan. Produk
tidak terhad kepada objek fizikal semata-mata kerana ianya juga merangkumi
individu, tempat, organisasi, aktiviti, idea atau perkhidmatan.

A) PROSES MEREKABENTUK

Produk

Jenama Idea- idea Bungkusan


Produk

Barang fizikal Ciri-ciri Tahap Perkhidmatan


Kualiti (Waranti )

RAJAH 5.1: Komponen Produk

Proses merekabentuk merangkumi jenama, idea-idea produk, bungkusan, barang


fizikal, ciri-ciri, tahap kualiti dan perkhidmatan (waranti).

JENAMA
- Jenama adalah simbol atau tanda pada sesuatu produk yang malambangkan
identiti pembuat atau penjual sesuatu barangan. Sebagai contoh, RONA PASTEL
CONCEPT yang merupakan jenama daripada syarikat itu sendiri yang dapat
memberi perbezaan antara jenama pesaing yang lain. Wujudnya jenama ini
bertujuan memperkenalkan produk syarikat iaitu cenderamata. Penjenamaan ini
juga amatlah penting bagi dalam kmemudakan syarikat mempromosikan produk
melalui media sosial, keratan iklan dan laman sesawang. Kepentingan
penjenamaan ini juga dapat membantu memperkukuhkan penempatan dan imej
syarikat kepada pelanggan.

IDEA-IDEA PRODUK

- Idea-idea produk seperti cenderamata terhasil berdasarkan perbincangan antara


syarikat dan pekerja. Bermulanya, daripada proses penciptaan sehingga
terbentuknya cenderamata yang dihasilkan berdasarkan ciri-ciri keunikan, kualiti
dan perkhidmatan atau warranti. Penciptaan cenderamata juga boleh diserikan
dengan pelbagai jenis idea rekebentuk samaada daripada syarikat atau
pelanggan yang ingin menyuai padan mengikut citarasa mereka.

PEMBUNGKUSAN

- Terdapat pelbagai jenis pembungkusan produk digunakan seperti plastik atau


kotak. Hal ini, bertujuan memastikan cenderamata yang perlu dihantar kepada
pelanggan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakkan.
Pembungkusan barangan juga bertujuan memudakan untuk mengenalpasti dan
membezakan barangan yang perlu dihantar kepada pelanggan tanpa sebarang
kesalahan. RONA PASTEL CONCEPT adalah syarikat yang akan memastikan
setiap pembungkusan barangan cenderamata mempunyai pelekat label yang
mengandungi pelbagai jenis maklumat.

4
B) MEREKABENTUK PRODUK YANG BAIK

KECENDERUNGAN INOVASI

- Untuk merekabentuk produk cenderamata yang terbaik aspek–aspek yang perlu


diberi keutamaan ialah meminimumkan kesan daripada variasi sumber samaada
syarikat ataupun pelanggan. Sesuatu produk boleh menjadi baik (Robust) apabila
ianya unik dan berdaya saing daripada produk yang sedia ada dalam pasaran
ataupun lebih dikenali sebagai produk edisi khas yang juga dinamakan sebagai
kecenderungan inovasi.

KREATIVITI

- Kreativiti juga penting dalam memastikan rekabentuk produk seperti cenderamata


dapat direka dengan lebih baik. Kreativiti melibatkan idea baharu dalam proses
penghasilkan reka bentuk cenderamata yang dapat memberi manfaat kepada
pengguna dengan fungsinya yang pelbagai dan kreatif. Setiap perbincangan
dalam memperolehi idea baharu dibincangkan oleh pihak syarikat dan pekerja
sebelum sesuatu produk cenderamata dihasilkan.

KEASLIAN

- RONA PASTEL CONCEPT adalah syarikat yang menekankan keaslian


pembuatan produk cenderamata. Keaslian produk ini sentiasa ditekankan untuk
mengelakkan berlaku peniruan produk cenderamata yang sedia ada di pasaran.
Sebagai sebuah syarikat yang menekankan keaslian pada cenderamata yang
dihasilkan sentiasa mempunyai kandungan unsur seperti simbolik, emosi, estetika
dan juga penampilan produk. Keaslian adalah kriteria yang amat penting dalam
menghasilkan reka bentuk yang terbaik.

5
KEKUATAN, KUALITI DAN KEBOLEHAN PASARAN

- RONA PASTEL CONCEPT merupakan syarikat yang sentiasa memastikan tahap


kualiti pada penghasilan produk seperti cenderamata adalah yang berkualiti
tinggi. Setiap penghasilan cenderamata akan diperiksa kadar kualiti yang dapat
ditentukan melalui ketahanan semasa cenderamata tersebut digunakan. Sebelum
membekal cenderamata tersebut, pihak syarikat akan memastikan kualiti produk
tersebut terjamin tanpa sebarang masalah. Oleh yang demikian, apabila produk
seperti cenderamata telah dipastikan tahap kekuatan dan kualiti adalah yang
terbaik maka produk tersebut boleh memasuki pasaran dengan mudah.

ERGONOMIK

- Rekabentuk pada produk seperti cenderamata dihasilkan dengan ciri keselesaan


yang ada pada produk cenderamata tersebut. Ergonomik adalah perkataan yang
berasala daripada bahasa Greek yang membawa maksud rekaan mesin atau
produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia. Sebagai contoh, memastikan
suasana persekitaran tempat kerja dan jenis peralatan yang digunakan dalam
menghasilkan dan merekabentuk cenderamata adalah selasa dan selamat. Oleh
itu, ergonomik adalah kriteria yang perlu sentiasa dipraktikkan oleh pihak syarikat.

6
C) PENGELUARAN PRODUK

1. BAHAN MENTAH

- Untuk membuat cenderamata perkara asas yang perlu disediakan ialah


bahan mentah yang terdiri daripada getah, kayu, plastik, kaca dan tanah liat.
Bahan mentah asas ini digunakan dalam pembuatan cenderamata pelbagai
bentuk seperti cawan, alat tulis, rantai kunci, pelbagai jenis folder dan fail.
Selain itu, terdapat pelbagai jenis bentuk tembikar yang juga boleh dijadikan
sebagai cenderamata dan ianya diperbuat daripada tanah liat.

2. PROSES REKABENTUK

- Setalah semua bahan mentah disediakan dengan secukupnya pembuatan


cenderamata diteruskan dengan proses rekabentuk pelbagai jenis
cenderamata melalui semua jenis bahan mentah. RONA PASTEL CONCEPT
akan memastikan setiap cenderamata direka dengan teliti dari segi kualiti dan
kekukuhan cenderamata tersebut. Proses rekabentuk cenderamata ini
mengambil masa selama seminggu. Setelah proses ini selesai direka proses
seterusnya diteruskan dengan merekabentuk lakaran yang sesuai pada
cenderamata tersebut.
7
3. PROSES LAKARAN REKABENTUK

- Proses seterusnya ialah membuat lakaran rekabentuk yang sesuai dan


menarik. Proses ini didahulukan dengan perbincangan rekabentuk pada
cenderamata di antara pekerja syarikat dan klien bagi mendapatkan contoh
lakaran tersebut. Proses lakaran mengambil masa yang sangat lama kerana
prosesnya berulang sehingga lakaran tersebut menepati citarasa dan
keinginan klien. Pihak syarikat perlulah mendapatkan persetujuan daripada
klien sebelum membuat lakaran rekabentuk secara tetap pada cenderamata
tersebut. Proses pengerasan cenderamata akan dilaksanakan setelah
lakaran rekabentuk dilakarkan pada cenderamata.

4. PROSES PENGERASAN

- Proses pengerasan adalah proses mengeraskan cenderamata yang telah


siap dibentuk dan dilakarkan. Proses pengerasan ini mengambil masa
selama seminggu untuk cenderamata mula mengeras dan menujukkan hasil
yang cantik. Proses pengerasan ini lebih kepada bahan mentah jenis tanah
liat yang memiliki tekstur yang sangant lembut. Selatah pembuatan
cenderamata dari bahan mentah ini siap perlulah diabiatkan di suhu bilik
untuk mula mengeras,

5. PROSES PENYIMPANAN BARANG SIAP

- Proses seterusnya adalah menyimpan barang iaitu cenderamata yang telah


siap mengeras di dalam bekas dengan susunan yang kemas. Proses
penyimpanan ini dimulakan dengan mengira bilangan cenderamata yang
telah siap untuk memastikan kuantiti adalah tepat tanpa ada yang tertinggal.
Menyimpan barang yang siap amatlah penting dalam memastikan barang
tersebut berada dalam keadaan elok tanpa sebarang kerosakkan seperti
pecah dan tidak lagi boleh digunakan.
8

6. PROSES PEMBUNGKUSAN

- Pembungkusan sesuatu produk memainkan peranan yang sangat penting


dalam perniagaan kerana ianya mencerminkan produk itu sendiri. Terdapat 4
faktor utama kepentingan pembungkusan produk kepada syarikat dan
pelanggan. Antaranya, ialah setiap pembungkusan memberi perbezaan
antara produk daripada RONA PASTEL CONCEPT dan syarikat lain. Kedua,
setiap pembungkusan yang disediakan oleh syarikat RONA PASTEL
CONCEPT sangat membantu dalam memberi pengiktirafan kepada jenama
syarikat. Akhir sekali, ialah kepentingan pembungkusan yang dapat
membantu pemasaran dan pembekalan secara dalam talian yang juga
melambangkan identiti produk seperti cenderamata yang dibekalkan oleh
syarikat RONA PASTEL CONCEPT.

7. PROSES PENGHANTARAN

- Proses penghantaran adalah pergerakan atau menghantar sesuatu barang


dari suatu titik ke titik yang lain. Hal ini, lebih menuju kepada proses
penghantaran yang dikendalikan oleh syarikat penghantar atau logistik yang
menghantar bungkusan dari gudang kepada pelanggan. Proses
penghantaran produk seperti cenderamata biasanya mengambil masa
selama seminggu atau kurang daripada seminggu bergantung kepada jarak
kawasan penghantaran. Sekiranya, penghantaran perlu dilakukan diluar
negara maka proses ini akan mengambil masa yang agak lama sehingga
paling lambat ialah 6 minggu dan melibatkan kos yang sangat mahal.
9

D) ETIKA DAN KEPRIHATINAN PERSEKITARAN

Dalam merekabentuk cenderamata terdapat beberapa etika yang perlu


dipraktikkan dan antaranya ialah keaslian, jujur, bermanfaat, mesra alam sekitar
serta selamat digunakan. Pertama, iaitu tentang keaslian yang melibatkan proses
merekabentuk atas dasar usaha RONA PASTEL CONCEPT dalam memastikan
setiap hasil rekaan adalah asli tanpa sebarang tiruan atau dikenali sebagai
memplagiat hasil kerja orang lain. Kedua ialah kejujuran yang ada pada pengurus
syarikat dalam menentukan harga yang berpatutan serta cenderamata yang
dihasilkan tiada sebarang agenda tersembunyi. Etika seterusnya ialah
merekabentuk produk yang bermanfaat serta mesra alam sekitar dan juga ianya
selamat digunakan. Cenderamata yang direka sememangnya memberi manfaat
kepada pelanggan sebagai hadiah memori seperti percutian.

Selain itu, cenderamata yang direka perlulah menggunakan bahan semula jadi
yang mesra alam sekitar serta selamat digunakan tanpa sebarang kesan
sampingan. Tambahan pula, pihak syarikat perlu memberi keprihatinan yang lebih
kepada persekitaran agar bahan yang digunakan untuk merekabentuk cenderamata
tidak menjejaskan alam sekitar. Konsep persekitaran yang perlu dipraktikkan dan
diberi keprihatinan oleh syarikat ialah keluasan persekitaran tempat kerja serta
persekitaran sosial antara pekerja. Hal ini kerana, RONA PASTEL CONCEPT
sentiasa mempertimbangkan kawasan persekitaran tempat kerja adalah selesa dan
merangkumi setiap keperluan yang diperlukan oleh setiap perkerja. Tambahan
pula, pihak syarikat perlu prihatin dalam mewujudkan persekitaran yang memenuhi
syarat-syarat keselamatan serta kesihatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
10

3. LAIN-LAIN STRATEGI

A1) STRATEGI LOKASI DAN PELAN TAPAK

A B C D

x = 10 x = 20 x = 40 x = 35

y = 18 y = 20 y=9 y = 25
W = 28000 W = 15000 W = 9700 W = 14000

3.1 RAJAH KOORDINAT SYARIKAT RONA PASTEL CONCEPT

KOORDINAT X

10 ( 28000 )+ 20 ( 15000 ) + 40 ( 9700 ) +35 ( 14000 )


KOORDINAT X=
28000+15000+ 9700+14000

280000+ 300000+388000+490000
¿
66700

1458000
¿
66700

¿ 21.86 ¿
11

KOORDINAT Y

18 ( 28000 ) +20 ( 15000 ) +9 ( 9700 ) +25 ( 14000 )


KOORDINAT Y =
28000+15000+9700+14000

504000+ 300000+ 87300+350000


¿
66700

1241300
¿
66700

¿ 18.61 ¿

CENTER OF GRAVITY X = 21.85 Y = 18.61


30

25

20 18.61
KOORDINAT Y

15

10

0
5 10 15 20 25 30 35 40 45
KOORDINAT X
12

A2) PELAN TAPAK


13
B) STRATEGI PADA KUALITI PRODUK

BINA STRATEGI PRODUK YANG PADU

- Untuk memperlihatkan kualiti produk yang menonjol, pihak syarikat perlulah


terlebih dahulu merangka strategi produk yang padu dan cemerlang. Rekaan
produk yang berkualiti bermula dengan mencari inspirasi dan jalan penyelesaian
serta idea melalui perbincangan bersama pelanggan. Selain itu, pihak syarikat
perlu menetapkan visi untuk produk mencapai tahap tinggi kerana ianya adalah
sebahagian daripada strategi mengembangkan kualiti pada produk.

LAKASANAKAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS)

- Sistem pengurusan kualiti (QMS) adalah suatu peraturan yang akan menentukan
bagaimana perniagaan berjalan dengan lancar berdasarkan penghantaran serta
perkidmatan seperti pembekalan cenderamata. Pelaksanaan sistem ini sangat
penting untuk membantu syarikat mengaudit proses bersama badan pensijilan.
Pelaksanaan sistem ini berlandaskan 7 prinsip kualiti yang ketat dalam menjamin
kualiti produk tersebut. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan sistem ini dapat
membantu syarikat meningkatkan kredibiliti serta imej perniagaan.

JADIKAN KUALITI PRODUK SEBAGAI SATU BUDAYA DALAM SYARIKAT.

- Untuk menjadikan produk mengikut spesifikasi kualiti yang telah ditetapkan, pihak
pengurusan syarikat perlulah menerapkan budaya mengekalkan kualiti produk
kepada pekerja. Hal ini, amatlah penting kerana penerapan budaya ini dapat
membantu pekerja untuk tidak mengabaikan segala keperluan dan sentiasa
memberi maklum balas dengan segera. Bagi mengekalkan budaya menghasilkan
produk yang berkualiti, pihak syarikat perlulah memberi panduan yang lengkap
kepada pekerja dalam penghasilan dan penambahbaikan pada kualiti sesuatu
produk seperti cenderamata.

14
LAKUKAN UJIAN PRODUK DAN PASARAN

- Amatlah penting bagi setiap syarikat untuk membuat ujian ke atas produk yang
telah dihasilkan. Sebagai contoh, pembekalan cenderamata oleh syarikat RONA
PASTEL CONCEPT perlu sentiasa diuji pada kualiti dan kekukuhannya sebelum
dibekalkan kepada pelanggan. Selain itu, pelaksanaan ujian ke atas produk
bukan sahaja berdasarkan kualiti dan kekukuhannya malah turut diuji dengan
hasil jualan di pasaran. Hal ini kerana, sekiranya hasil jualan menurun
berkemungkinan melibatkan kekurangan kualiti pada produk yang perlu dibaiki.
Tambahan pula, dengan adanya pelaksanaan ujikaji dan penyelidikkan pasaran
dapat membantu memahami permintaan serta kehendak pelanggan.

SENTIASA BERUSAHA DALAM MENGHASILKAN PRODUK BERKUALITI

- RONA PASTEL CONCEPT adalah sebuah syarikat yang sentiasa berusaha


menghasilkan dan membekalkan cenderamata yang berkualiti kepada pelanggan.
Hal ini, merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengembangkan
produk di dalam pasaran dari awal hingga akhir. Strategi ini adalah antara budaya
yang perlu diterapkan dengan adanya Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) serta
pengurusan syarikat dalam melaksanakan ujian berkala ke atas produk yang
direka. Akhirnya, dengan hasil usaha syarikat dan kejayaan dalam merekabentuk
produk berkualiti dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan.

15
C) STRATEGI PENGURUSAN INVENTORI

ORDER ITEM QUANTITY PRICE


WEDDING CARD - C8UA 300 250
BUSINESS CARD 200 50
WEDDING CARD - C16UB 600 699
BUSINESS CARD 1000 100
BUSINESS CARD 300 40
WEDDING CARD (MU) - C16UB 100 280
BUSINESS CARD 200 48
BUSINESS CARD 1000 100
FLYERS 1000 250
BUSINESS CARD 300 30
BUSINESS CARD 300 78
PRE INKED STAMP 1 40
3.3 CONTOH INVENTORI RONA PASTEL CONCEPT

STRATEGI

MENGIMBANGI KAEDAH JIT

- Salah satu strategi dalam menguruskan inventori ialah mengimbangi kaedah JIT
atau dikenali sebagai kaedah tepat masa. Syarikat menyimpan sejumlah besar
wang yang mereka perlukan untuk menghasilkan dan menjual produk dalam
inventori. Pengurusan inventori dengan kaedah JIT boleh berisiko kerana
pembekal dan peniaga tiada kerjasama dalam memantau ketersediaan sumber
daya antara mereka. Sebagai contoh, pembekal tidak membekal cenderamata
mengikut jumlah yang telah ditetapkan sehingga stok berkurangan.

MENGIMBANGI KAEDAH MRP

- Strategi seterusnya ialah mengimbangi kaedah MRP atau dikenali sebagai


defendan ramalan jualan. Hal ini, membawa maksud pembekal mesti mempunyai
rekod jualan yang tepat yang membantu perancangan keperluan inventori adalah
tepat dan pembekalan bahan tepat pada masanya. Sebagai contoh, pembekal
cenderamata perlu sentiasa memastikan bahan-bahan untuk membuat
cenderamata berada dalam stok seperti yang telah diramalkan.
16

D) STRATEGI PEMASARAN

PELAN PEMASARAN YANG KUKUH

- Strategi pertama ialah memiliki pelan pemasaran yang kukuh dan terbaik dalam
menjadikan sebuah perniagaan yang berjaya. Perkara yang perlu ada dalam
pelan pemasaran adalah corak pelan yang mudah difahami oleh pekerja serta
pengurusan syarikat. Sebagai sebuah syarikat yang membekalkan cenderamata
perlu mempunyai perancangan yang sistematik serta mampu meningkatkan hasil
jualan cenderamata. Hal ini, merupakan strategi utama dalam meningkatkan serta
menjadikan pemasaran sentiasa kukuh.

KENAL PASTI PESAING

- Sebelum melaksanakan perniagaan pembekalan cenderamata, pihak syarikat


perlu mengkaji terlebih dahulu pesaing-pesaing yang turut dalam perniagaan ini.
Hal ini, bertujuan mengelakkan daripada berlakunya persamaan samada dari
rekaan produk ataupun kaedah pemasaran. Apabila menceburi perniagaan ini
pasti akan berlaku persamaan secara kebetulan dan sememangnya perkara ini
tidak dapat dielakkan. Oleh itu, tindakan yang perlu dibuat ialah dengan
menambah rekaan cenderamata yang berlainan, berbeza serta unik berbanding
pasaing tersebut.

MENGUASAI PASARAN DIGITAL

- Untuk meluaskan lagi perniagaan membekalkan cenderamata di seluruh


Malaysia, syarikat perlu menguasai pasaran digital yang mengikuti arus
kemodenan dan kepesatan teknologi masa kini. Hal ini, lebih dikenali dengan
penggunaan media sosial yang dapat membantu mempromosikan cenderamata.
Antara media sosial yang kini sering digunakan sebagai plaform pemasaran
produk ialah Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok. Selain itu, mewujudkan
laman sesawang juga adalah penting dalam memperkenalkan produk serta
jenama syarikat.

17

4. PENINGKATAN

A) KELEBIHAN DAN KEKURANGAN STRATEGI OPERASI

KELEBIHAN STRATEGI OPERASI ADALAH :-

1. PENGURUSAN KEUNTUNGAN

- Sistem pengurusan memberi banyak kemudahan dalam memperolehi


pemahaman yang lebih baik pada aktiviti pengeluaran dan aliran pendapatan
syarikat. Hal ini juga, memberi kemudahan kepada syarikat untuk kekal konsisten
dalam mencari cara baru untuk meningkatkan hasil penjualan atau menghasilkan
idea produk baru. Pengurusan keuntungan ini adalah antara kelebihan strategi
yang perlu digunakan untuk menghasilkan keuntungan yang lebih dalam syarikat.

2. KELEBIHAN KOMPETITIF

- Kelebihan kompetitif adalah sesuatu perkara yang boleh diselaraskan dalam


pelbagai tahap dan komponen organisasi. Hal ini, membawa maksud apabila
sesuatu produk diselaraskan ianya mampu berjalan dengan lebih lancar. Selain
daripada itu, dengan kelebihan ini mampu menyingkatkan dan menjimatkan masa
pengeluaran dan membolehkan pekerja dalam syarikat menghantar produk tepat
pada masanya. Oleh yang demikian, produk yang dihasilkan dan dibekalkan oleh
syarikat dapat dijadikan sebagai antara yang terhebat daripada pesaing yang lain.
18

KEKURANGAN STRATEGI OPERASI ADALAH :-

1. KEBERGANTUNGAN PELBAGAI TAHAP

- Kebergantungan pelbagai tahap bermaksud syarikat banyak bergantung kepada


prosedur pengurusan operasi yang merupakan sebilangan besar dalam kejayaan.
Syarikat memerlukan koordinasi antara komponen organisasi yang berbeza untuk
mencapai kejayaan. Kebergantungan ini merupakan salah satu kelemahan utama
pada syarikat apabila rancangan untuk mencapai kejayaan adalah gagal. Hal ini,
perancangan ini akan berkesan sekiranya disusun dengan rapi dan akan gagal
sekiranya ianya tidak disusun dengan betul oleh semua komponen.

2. KESALAHAN MANUSIA

- Kekurangan seterusnya ialah kesalahan yang paling kerap manusia lakukan


dalam operasi pembuatan produk. Masalah seperti ini sentiasa berlaku semasa
proses pembuatan produk sehingga penjualan. Kesalahan yang sering dilakukan
oleh manusia ini telah menjejaskan syarikat yang perlu membekalkan produk
kepada pelanggan. Perkara ini juga telah menimbulkan kurang keyakinan kepada
pelanggan untuk membuat tempahan seterusnya. Oleh yang demikian, untuk
mengurangkan kesalahan yang sering berlaku pihak syarikat perlu mewujudkan
sistem pengurusan operasi.

B) CADANGAN PELAKSANAAN PENINGKATAN STRATEGI OPERASI

- Antara cadangan untuk meningkatkan strategi operasi ialah ketahui operasi anda
sebagai seorang pengurus dengan menilai atau audit pada proses pembuatan
produk. Kedua, pengurus syarikat perlu melatih pekerja dengan latihan berkala
supaya dapat menjalankan operasi pembuatan produk dengan cekap. Cadangan
ketiga ialah pengurus syarikat haruslah meningkatkan perkhidmatan pembekalan
kepada pelanggan dengan menubuhkan beberapa kilang di dalam Malaysia.

19

RUMUSAN

Sebagai seorang pengurus dan pemilik syarikat RONA PASTEL CONCEPT


terdapat pelbagai strategi pemasaran telah dipelajari. Selain itu, dengan
pembelajaran kali ini dapat membantu syarikat berkembang dengan maju dari
perkhidmatan percetakan sehingga pembekalan cenderamata. Pembelajaran ini
juga telah memberi tunjuk ajar untuk menguruskan pekerja dan perkhidmatan
dalam pembuatan produk sehingga produk dapat dibekalkan kepada pelanggan.
Tambahan pula, dalam pembelajaran ini dapat kita pelajari strategi-strategi yang
perlu digunakan untuk meningkatkan hasil jualan syarikat.

Oleh yang demikian, ucapan setinggi penghargaan kepada Encik Yusof


selaku pensyarah yang bertanggungjawab mengejar Operations Strategy And
Mangement kerana telah mengajar pelajaran ini sehingga saya mampu
memahami pelbagai jenis strategi pemasaran syarikat. Tambahan pula, melalui
pembelajaran Operations Strategy And Mangement ini membantu saya sebagai
seorang pengurus dan juga pemilik syarikat untuk meningkatkan hasil jualan.
Tambahan pula, dalam pembelajaran kali ini dapat membantu saya
melaksanakan kerja seperti mengaudit barang dan membekal dengan sangat
lancar.
20

RUJUKAN

1. A - D (www.ronapastel.com)

2. A - D (F. (2012). 3wury11592772732 [PDF]. JOHOR BAHRU: FUAT.) Jabatan

Perkhidmatan Awam - Unit Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSSE).

(2021). JABATAN PERKHIDMATAN AWAM.

http://www.psd.gov.bn/SitePages/Unit%20Kesihatan,%20Keselamatan%20dan

%20Persekitaran%20(HSSE).aspx)

3. B (Writer, S. (2012). 5 Ways to Increase Product Quality. 5 WAYS TO INREASE

PRODUCT QUALITY. https://www.smallbusinessrainmaker.com/small-business-

marketing-blog/5-ways-to-increase-product-quality)

C (A. (2012). Pengurusan inventori 2021. Top tip finance.

https://ms.toptipfinance.com/inventory-management

D (2021, August 31). 10 Strategi Pemasaran Terbaik Untuk Perkenalkan Produk Baru

di Pasaran. DIYPrintingSupply.Com Malay Blog - Informasi Untuk Bisnes Cetakan

Cenderahati. https://www.diyprintingsupply.com/mblog/10-strategi-pemasaran-

terbaik-untuk-perkenalkan-produk-baru-di-pasaran/

4. P. (2012b). Advantages and Disadvantages of Operations Management.

ADVANTAGES AND DISADVANTAGES.

https://www.planettogether.com/blog/advantages-and-disadvantages-of-operations-

management)
B (10 Steps to Improve Operational Efficiency. (2010). Honeywell Intelligrated.

https://sps.honeywell.com/us/en/support/blog/automation/10-steps-improve-

operational-efficiency)

21

You might also like