Surat Makluman IPD

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Rujukan :

Tarikh :

SUPT ASHARI BIN ABU SAMAH


Ketua Polis Daerah
Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju,
Polis Diraja Malaysia,
Jalan Pudu,
55100 Kuala Lumpur

Tuan,

MAKLUMAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PPR


ANJURAN YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pelajaran MARA akan mengadakan Majlis


Perasmian Program Pembangunan Pendidikan PPR seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 13 November 2021 (Sabtu)


Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
Lokasi : Dewan Dataran PPR Seri Semarak, Jln Ayer Keroh,
PPR Seri Semarak, 53300 Kuala Lumpur

Sehubungan itu, dimaklumkan juga bahawa peserta yang akan hadir akan mematuhi SOP
yang telah ditetapkan oleh MKN seperti merekod kehadiran, memakai pelitup muka,
menjaga jarak 1 meter dan pihak kami juga akan turut menyediakan hand sanitizer di lokasi
program.

Sekiranya pihak tuan ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai kami Encik
Mohd Isa Bin Chik atau Cik Nur Qamarina Binti Husin di talian 03-26927273.

Tentatif program seperti yang dilampirkan.

Kerjasama daripada pihak tuan dalam hal ini amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, salam hormat.

“Melonjak Pendidikan Melayu dan Bumiputera”

Yang benar,

MOHD AMRAN BIN MOHD ARIFFIN


Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Pelajaran MARA
ATURCARA MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PPR
WILAYAH PERSEKUTUAN ANJURAN YPM

13 NOVEMBER 2021 | SABTU


DEWAN DATARAN PPR SERI SEMARAK

MASA PERKARA

0845 Ketibaan & pendaftaran pelajar

0900 Slot Motivasi Hala Tuju & Kecemerlangan Pelajar

1045 Ketibaan tetamu jemputan

1050 Ketibaan tetamu VVIP

1055 Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu MARA

Ucapan aluan pengerusi majlis

Bacaan doa
Ucapan aluan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk PPR
Seri Semarak
Encik Hafzrullah Bin Nakibullah

Booth pameran Ucapan aluan Pengerusi Eksekutif YPM


IPMA akan dibuka YBhg. Dato Dr. Mohd Nizar Bin Haji Sudin
sepanjang
Ucapan perasmian Pengerusi MARA
program
YB Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Dato’
1100 - 1230 Seri Panglima Haji Mohd Dun
Penyerahan bantuan persekolahan YPM & Rural
Capital Berhad
Penyerahan Mock Cheque Sumbangan Rakan
Strategik kepada YPM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Penyerahan cenderahati

Sesi bergambar

Lawatan Pengerusi MARA ke booth pameran IPMA


Sesi perbincangan YPM & MARA bersama rakan
strategik
1235
Jamuan makan tengahari

You might also like