Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KONTRAK YANG TIDAK BOLEH DIKUATKUASAKAN DI SISI UNDANG-UNDANG

Kontrak tidak sah mengikut undang-undang jika sekiranya syarat-syarat kontrak atau niat kedua-
dua pihak terlibat melaksanakan salah satu perkara berikut. Ianya adalah kontrak yang
melakukan kejahatan, penipuan, mempromosikan khidmat seksual, rasuah dalam kehidupan
awam, memudaratkan pentadbiran keadilan, memudaratkan keselamatan awam dan penipuan
pendapatan.

Maksud kontrak yang tidak boleh dilaksanakan ialah kontrak yang pada awalnya sah dan
memenuhi syarat asas kontrak tetapi telah dihalang oleh undang-‐undang untuk dikuatkuasakan.
Ianya hanya boleh dikuatkuasakan apabila halangan tersebut dapat diatasi. Halangan tersebut
biasanya berbentuk syarat tambahan, yang menjadikan kontrak itu boleh dikuatkuasakan dengan
pelaksanaan syarat tersebut.

Seksyen 2 (j) menerangkan bahawa sebuah kontrak yang terhenti daripada boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang akan menjadi batal, apabila ianya tidak lagi boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang. Terhenti dari boleh dikuatkuasakan tidak bermaksud kontrak tersebut terbatal
secara keseluruhan, tetapi ia masih boleh menjadi kontrak yang sah jika memenuhi syarat dan
keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang. Sebagai contoh, salah satu kontrak yang
tidak boleh dilaksanakan adalah kontrak sewa beli yang tidak bertulis. Ia tidak boleh
dilaksanakan adalah kerana Akta Sewa Beli hanya mengiktiraf kontrak sewa beli yang dibuat
secara bertulis sahaja. Jika kontrak jual beli yang pada asalnya dibuat secara lisan dan diturunkan
dalam bentuk tulisan, jadi ia akan bertukar menjadi kontrak yang boleh dilaksanakan.

Berbeza dengan kontrak batal, kontrak tidak boleh dilaksanakan ini tidak batal dari awal kontrak
dilaksanakan, tetapi ia adalah kontrak yang sah dan tidak boleh dikuatkuasakan ataupun terbatal
pada sementara waktu sahaja. Kesan kontrak batal ini boleh bertukar menjadi kontrak yang sah
jika halangan undang‐undang dapat diatasi dalam masa yang telah ditetapkan.

Kontrak memudaratkan pula bermaksud kontrak untuk melakukan sesuatu yang mencederakan
diri, memusnahkan harta benda atau melanggar hak orang lain. Kebanyakan jenis perbuatan
mencederakan atau memusnahkan ini memang sudah termaktub dalam undang‐undang seperti
Kanun Kesiksaan dan sebagainya. Oleh itu, sebarang jenis perbuatan mencederakan atau
memusnahkan boleh menyebabkan kontrak menjadi tidak sah, walau pun perbuatan tersebut
tidak terdapat dalam Kanun Kesiksaan atau mana‐mana undang‐undang bertulis. Sebagai contoh,
Mahmud berjanji akan memberi upah sebanyak RM3,000 kepada Rahim jika dia berjaya
mencederakan seseorang. Kontrak ini tidak sah kerana ia bercanggah dengan undang‐undang.

Kontrak yang boleh menjejaskan moral dan kepentingan awam juga adalah salah satu jenis
kontrak yang tidak boleh dilaksanakan di sisi undang-undang. Skop tidak bermoral ini adalah
luas, ianya meliputi penyelewengan amanah, perlakuan seksual tidak bermoral, rasuah dan lain-
lain. Pihak mahkamah akan menentukan skop moral menurut keperluan dan kesesuaian. Seperti
contoh, Maria membuat kontrak untuk menyewakan empat orang gadis kepada Mikail untuk
perkhidmatan seks. Kontrak ini adalah batal kerana ianya tidak bermoral.

Kepentingan awam pula meliputi perkara yang melibatkan keselamatan dan kepentingan negara,
keutuhan perkhidmatan awam, kebajikan umum, keadilan sosial, hak asasi, kredibiliti sistem
keadilan dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Skop kepentingan awam ini meluas, tetapi
pihak mahkamah akan menentukan sama ada sesuatu kontrak itu boleh dibatalkan kerana
menjejaskan kepentingan awam atau tidak. Mahkamah perlu membuat pertimbangan antara
kepentingan hak individu yang berkontrak, dengan kepentingan hak umum

Sebagai contoh, Muthu telah berjanji akan membayar Ali sebanyak RM4,000 jika Ali memilih
beliau untuk memegang satu jawatan perkhidmatan awam. Kontrak ini batal kerana menjejaskan
keutuhan perkhidmatan awam.

Antara perjanjian yang dianggap sebagai kontrak tidak sah adalah:

(a) Perjanjian yang mengandungi ketidaktentuan

Seksyen 30 Akta Kontrak 1950: Perjanjian yang mana maksudnya tidak boleh ditentukan atau
tidak tentu adalah batal.

Kes : Karuppan Chetty lawan Suah Thian.

Pihak berkenaan bersetuju untuk memberi pajakan sebanyak RM35 sebulan dalam seberapa lama
yang disukai oleh orang yang membuat pajakan.
(b) Perjanjian dalam menahan perdagangan

Seksyen 28 Akta Kontrak 1950: Perjanjian di mana seseorang dihalang dari menjalankan
profesion atau perniagaan yang sah adalah batal.

Kes: Wrigglesworth lawan Anthony Wilson

Defendan iaitu seorang peguam telah berjanji kepada majikannya bahawa beliau tidak akan
menjadi pengamal undang-undang dalam kawasan 5 km dari Kuala Terengganu untuk tempoh 2
tahun selepas tamat berkhidmat di firma majikannya itu. Selepas tamat perkhidmatan, defendan
terus membuka firmanya sendiri di Kuala Terengganu. Bekas majikannya itu memohon injunksi
daripada pihak mahkamah bagi menghalang defendan daripada berbuat demikian.

(c) Perjanjian dalam menahan prosiding undang-undang.

Seksyen 29 Akta Kontrak 1950: Perjanjian di mana satu pihak itu dihalang dari
menguatkuasakan haknya secara mutlak di bawah mana-mana kontrak, dengan tindakan lazim di
sisi undang-undang di hadapan tribunal biasa ataupun mengehadkan masa untuk
menguatkuasakan haknya, adalah batal setakat itu.

Kes: Corporation Royal lawan Guan Teck

Responden telah mengambil polisi insurans dengan syarikat perayu untuk melindungi kedainya
di Kepong. Pada 12 November 2011, kedai responden telah musnah dalam satu kebakaran.
Responden membuat tuntutan pada 19 Disember 2011 tetapi tuntutannya ditolak oleh syarikat
perayu pada 25 Januari 2012. Responden memulakan tindakan undang-undang pada 16 Mei
2012. Tindakan responden ini tidak menepati syarat yang telah terkandung dalam polisi insurans
yang menyatakan iaitu, “jika suatu tuntutan dibuat dan telah ditolak dan tindakan guaman tidak
dimulakan dalam tempoh 3 bulan selepas penolakan, maka semua faedah di bawah polisi ini
akan terhapus.

You might also like