Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Undang-Undang Keterangan Perbandingan.

ASL 2182.
Siti Aisyah Sabrina Binti Mohd Saad.
PID18265.

Klasifikasi Keterangan.
Kes Pembunuhan: Nur Syuhada Johari.
KELAR TEPI HIGHWAY.

Di dalam kes ini terdapat kedua-dua bentuk keterangan iaitu keterangan lisan dan keterangan
dokumentari. Jenis-Jenis Keterangan seperti berikut:

1) Direct Evidence.

Direct Evidence ialah ‘keterangan langsung’ iaitu bermaksud mana-mana saksi yang
melihat depan mata secara langsung kejadian berlaku. Keterangan langsung ini juga harus
dibuktikan dengan keterangan lisan dan keterangan itu juga mestilah secara langsung.
Dalam kes ini pengadu dan saksi-saksi lain hampir kesemuanya merupakan saksi yang
melihat secara langsung kejadian yang berlaku, oleh itu berdasarkan keterangan-
keterangan mereka itu lah dapat menguatkan fakta pada bukti yang ada pada pihak
pendakwa dan dapat menyakinkan pihak Mahkamah bahawa tertuduh memang membunuh
dengan motif.

Berdasarkan Akta Keterangan 1950, pada seksyen 59. Ianya memperuntukkan, segala fakta,
kecuali kandungan dokumen, boleh dibuktikan dengan keterangan lisan. Selain itu, pada
seksyen 60 pula. Ianya memperuntukkan keterangan lisan mestilah secara langsung.

2) Real Evidence.

Real Evidence ialah keterangan dalam bentuk material yang dikemukakan di Mahkamah.
Senjata merupakan bahan utama dalam kes jenayah. Maka senjata adalah keterangan secara
nyata. Dalam kes ini senjata yang digunakan oleh tertuduh ialah sebilah pisau lipat. Dengan
adanya sebilah pisau lipat itu jugalah memang sudah merupakan bukti yang paling kuat
terhadap tertuduh.

3) Oral Evidence.
Oral Evidence ialah keterangan lisan. Sesuatu keterangan lisan mestilah dibuktikan dengan
keterangan dokumen. Keterangan yang diberikan oleh mana-mana orang yang dipanggil
sebagai saksi untuk memberi pernyataan di hadapan Mahkamah, ini lah merupakan
keterangan lisan. Dalam kes ini kesemua keterangan lisan oleh pihak pendakwa diterima
di Mahkamah.

Berdasarkan Akta Keterangan 1950, pada seksyen 59. Ianya memperuntukkan, segala
fakta, kecuali kandungan dokumen, boleh dibuktikan dengan keterangan lisan. Selain itu,
pada seksyen 60 pula. Ianya memperuntukkan keterangan lisan mestilah secara langsung.

4) Primary Evidence.

Primary Evidence ialah keterangan primer yang merupakan dokumen asal dalam sesuatu
kes. Dalam kes ini kesemua keterangan dokumen adalah dokumen asal. Pada seksyen 62,
keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan
mahkamah. (Akta Keterangan 1950).

5) Documentary Evidence.

Documentary Evidence ialah semua dokumen yang dikemukakan di Mahkamah. Dalam


kes ini pihak hospital mengatakan semasa mangsa sedang dirawat di hospital, akibat cedera
parah di leher mangsa yang menyebabkan mangsa meninggal ketika mereka sedang
berusaha merawat mangsa. Akan tetapi, luka tusukan di leher itulah yang menyebabkan
pendarahan teruk lalu mangsa meninggal. Pihak Mahkamah juga dengan tegas mengatakan
kecederaan maut mangsa disokong oleh keterangan. Dengan sebab itu juga lah pihak
Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas tertuduh.

Berdasarkan Akta Keterangan 1950, pada seksyen 61. Ianya memperuntukkkan


Kandungan dokumen boleh dibuktikan sama ada dengan keterangan primer atau dengan
keterangan sekunder.

You might also like