Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Sains Insani eISSN: [0127-7871]

Tinjauan Tahap Prestasi Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai


Pemangkin Perubahan Ke Arah Pembentukan Masyarakat Madani
Melalui Kaedah Pendidikan Islam Tidak Formal
A Review of the Role Performance Level of Islamic Education Teachers as Catalysts
for Change Towards the Development of Madani Society Through Non-Formal
Islamic Education Methods
Maziahtusima Ishak1, Mohd Mursyid Arshad2, Fathiyah Mohd Fakhruddin3, Ismi Ariff Ismail4, Hayati
Ismail5, Sakinah Ahmad6, Siti Rosilawati Ramlan7, Hazlina Abdullah8, Noor Saazai Mat Saad9 & Sarifah
Nurhanum Syed Sahuri10

15678910
Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Malaysia
234
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Malaysia

Article progress Abstrak: Sejarah perkembangan pendidikan negara menunjukkan pendidikan Islam
Accepted: 17 February 2021 tidak formal merupakan kaedah penyampaian ilmu yang paling berkesan khususnya
Reviewed: 27 February 2021 dalam kalangan masyarakat Melayu. Guru agama sangat berpengaruh terutamanya
Published: 1 June 2021 dalam aspek pengukuhan identiti Melayu Islam dan bimbingan kerohanian. Sistem
pendidikan negara yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
*Corresponding author: menjadi teras kepada pembangunan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) ke arah
Maziahtusima Ishak, pemantapan sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup individu berteraskan
Fakulti Pengajian Bahasa al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, pelbagai kepincangan dalam masyarakat turut
Utama, Universiti Sains Islam dikaitkan dengan tahap penglibatan GPI dalam aktiviti kemasyarakatan yang masih
Malaysia (USIM), Nilai,
rendah. Kajian ini bertujuan menilai tahap prestasi peranan guru pendidikan Islam
Malaysia;
Email: mshima@usim.edu.my (GPI) sebagai pemangkin perubahan ke arah pembentukan masyarakat madani dalam
era pasca moden. Peranan GPI sebagai pemangkin perubahan dinilai menggunakan soal
selidik yang terdiri daripada 8 item yang dibina berdasarkan teori peranan dan ciri ejen
berkesan dalam model Perubahan Terancang. Nilai kebolehpercayaan instrumen ialah
.923. Kajian melibatkan 320 orang GPI sekolah agama swasta di Selangor yang dipilih
menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan
perisian SPSS 23.0. Keputusan kajian menunjukkan tahap peranan GPI sebagai
pemangkin perubahan adalah sederhana. Ini membuktikan persepsi dan jangkaan orang
lain terhadap tanggung jawab sebenar GPI terhadap ahli masyarakat dapat
mempengaruhi tingkah laku GPI. Kajian merupakan satu konteks baru iaitu mengukur
penglibatan dan peranan GPI dalam pendidikan tidak formal. Peranan pemangkin
perubahan yang dikaji adalah mengikut jangkaan dan persepsi masyarakat menurut
Teori Peranan serta keperluan standard profesionalisme guru di Malaysia. Dapatan
kajian boleh digunakan sebagai kayu ukur oleh KPM dalam menilai tahap pengamalan
nilai profesionalisme guru berdasarkan Model Standard Guru Malaysia.

Kata kunci: guru pendidikan Islam, nilai profesionalisme guru, pemangkin perubahan,
pendidikan tidak formal, teori peranan

Abstract: Educational history indicates that the most successful dissemination of


information among the Malay community was through the non-formal Islamic
education. Religious educators have been very influential, particularly in strengthening
the identification and spiritual guidance of Malay Muslims. The national education
system based on the Philosophy of National Education (FPK) has become the
cornerstone of creating the Philosophy of Islamic Education (FPI) to improve an

© 2021 Sains Insani


Maziahtusima et al, Sains Insani 2021, Volume 06 No 1: 25-34

individual's mindset, skills, personality, and life outlook the Quran and Sunnah.
However, Islamic Education Teachers (IET) participation in community activities is
still minimal and often correlated with numerous society deficiencies. This paper aims
to assess the IETs role performance level as a catalyst for change towards the
development of a Madani society, especially in the post-modern era. The researcher
used a questionnaire consisting of 8 items constructed based on the Role Theory and
characteristics of effective agents in the Planned Change Model. The reliability of the
instrument was .923. The study involved 320 IET of private religious schools in
Selangor, selected using a stratified random sampling method. Data were analysed
using SPSS 23.0 software. The study results indicate that the function of IET as a
catalyst was moderate. This study is a new context that measures the involvement and
role of IET in non-formal education. The results can be used as a yardstick by the MOE
to assess teachers professionalism level of practice aligned with the Malaysian
Standard Teacher Model.

Keywords: Islamic Education Teachers, teachers' professionalism values, a catalyst


of change, non-formal education, role theory

Pengenalan dalam aktiviti kemasyarakatan iaitu aktiviti di luar


sekolah seperti menyampaikan kuliah di masjid mahupun
Islam amat menekankan kepentingan pendidikan surau, membuka kelas pengajian al-Quran dan fardhu ain
dalam kehidupan seorang manusia bukan sahaja di waktu malam dan hujung minggu, menghantar karya
pendidikan dalam bentuk formal, bahkan meliputi penulisan di majalah (Kamarul Azmi Jasmi 2010)
pendidikan tidak formal khususnya dalam aspek berdasarkan bidang kepakaran guru (Abdullah & Ainon,
membangunkan potensi manusia secara holistik dan 2006).
sebagai memenuhi tanggung jawab manusia terhadap Pendidikan tidak formal adalah pelengkap
Pencipta dan sesama manusia (Abdul Halim el- kepada pendidikan formal sedia ada (Coombs, 1976; M.
Muhammady, 1991; Khatijah, Zulkiple, Maziahtusima, Mahruf & Andrew, 2018; Solahuddin, Mohd Sobri &
Siti Rugayah & Noor Azizi, 2017; Wawan, 2016). Zaheruddin, 2014). Sejarah perkembangan pendidikan
Aspirasi kerajaan dalam memperkasa modal insan negara menunjukkan PI tidak formal dalam kalangan
menerusi pendidikan di negara ini amat jelas ditunjukkan masyarakat khususnya masyarakat Melayu bermula
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), di mana selepas kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu
gagasan yang dinyatakan dalam FPK bertujuan pada abad ke empat belas (Mohd Roslan & Wan Mohd
membentuk insan yang memiliki potensi secara holistik, Tarmizi, 2011; Rosnani, 2004). Guru agama mempunyai
berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia, pengaruh besar dalam komuniti setempat (Rogers, 1975)
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai dan sering dilibatkan dalam urusan kemasyarakatan (Wall
kesejahteraan diri. FPK juga menjadi teras kepada & Callister, 1999). Pada zaman pra kemerdekaan, guru
pembangunan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) untuk agama banyak terlibat dalam perjuangan menyedarkan
pemantapan sikap, kemahiran, keperibadian dan dan mengukuhkan identiti Melayu Islam (Ibrahim Majdi
pandangan hidup seorang individu bertunjangkan al- & Mariam, 2017; Latifah et al., 2012), memberi
Quran dan al-Sunnah. FPI menekankan pembangunan bimbingan dalam urusan akidah dan ibadah (Masyhurah,
modal insan yang bukan sahaja bertanggung jawab Harun, Maimun & Siti Aisyah, 2015) serta
terhadap agama, bahkan bertanggung jawab terhadap membangkitkan kesedaran masyarakat Islam untuk
sesama manusia dan alam sekitar. kembali kepada suruhan Islam (Mashitah, 2013).
Bagi mencapai matlamat FPK dan FPI, guru Peredaran zaman dan perubahan landskap sosial
khususnya guru pendidikan Islam (GPI) dituntut untuk dewasa kini membuatkan masyarakat terpaksa
memainkan peranan sebagai pemangkin perubahan ke berhadapan dengan cabaran hidup yang semakin
arah pembentukan masyarakat yang bertamadun (Zakaria, kompleks. Pelbagai isu negatif didapati semakin
Noranizah & Abdul Fatah, 2012) terutamanya dalam era berleluasa dalam masyarakat (Ma Razhanlaily & Salasiah
pasca moden (Maimun Aqsha, Sabariah & Mohd Sham, Hanin, 2016; Syarul Azman, Muhammad Yusuf,
2016). Kesinambungan peranan GPI dalam konteks Sahlawati & Siti Khaulah, 2018) dan situasi ini sering
masyarakat boleh dilaksanakan menerusi pendidikan dikaitkan dengan tahap pegangan agama yang longgar
Islam (PI) tidak formal di mana GPI boleh menyumbang (Siti Aishah & Sidar, 2016) Untuk itu, PI tidak formal
diperlukan sebagai sokongan kepada individu dan

26
Maziahtusima et al, Sains Insani 2021, Volume 06 No 1: 25-34

masyarakat dalam proses pembangunan nilai dan akhlak dan pola interaksi seseorang (Anaeto et al., 2012). Dalam
(Kamiz Uddin & Mohammad Aman, 2006; Shuhadak Teori Peranan, peranan ditakrifkan sebagai tingkah laku
& Ibnor Azli, 2014; Tampubolon, 2007). Namun begitu, seseorang yang dijangka berdasarkan status sosial dan
realiti penglibatan GPI dalam aktiviti kemasyarakatan kedudukan mereka dalam masyarakat iaitu fungsi
menerusi pendidikan tidak formal yang berbeza daripada individu tersebut yang bersesuaian dengan permintaan
norma tugasan seharian didapati masih rendah (Asmadi & standard masyarakat berdasarkan kedudukan individu
Ramlan, 2020; Muhamad Suhaimi & Mohd Yusof, 2014) tersebut (Goffman, 1959). Dalam konteks ini, konsep
dan perlu diberikan perhatian serius (Noornajihan et al., peranan sosial adalah sikap dan tingkah laku yang
2019; Muhamad Zahiri et al., 2012). dijangka serta berkait dengan kedudukan dalam
kumpulan, organisasi dan/atau masyarakat (Coyne, 1984;
Sorotan Kajian Literatur Lynch, 2007; Turner, 2001).
Bagi Chung, Helmy dan Cheah (2017), prestasi
peranan dilihat sebagai kemampuan individu memainkan
Konsep Ejen Perubahan peranan yang dipengaruhi oleh atribut personal dan juga
konteks di mana mereka diperlukan. Dalam kajian yang
Istilah ejen perubahan biasa dijumpai dalam dijalankan, prestasi peranan sukarelawan kesihatan
konteks kajian yang melibatkan organisasi (Alagoz et al., komuniti di Sarawak dinilai melalui tahap penglibatan
2018; Lunenburg, 2010; Pugh, Bahn & Gakere, 2013; sukarelawan dalam program kesihatan selain tahap
Van Poeck, Laessoe & Block, 2017) termasuklah dalam pengetahuan mereka berkaitan aspek kesihatan yang
bidang pendidikan pengembangan (Anaeto et al., 2012; ditekankan dalam setiap program yang dilaksanakan.
Cerf, Guillot & Olry, 2011; Jasmin et al., 2013; Strong & Stępińska, E.J-Wosik, Adamczewska, Secler dan
Irani, 2011). Caldwell (2003) merujuk ejen perubahan Narożna (2016) juga mengambil kira pandangan teori
sebagai seorang yang memainkan peranan signifikan peranan dan konteks kedudukan wartawan dalam
dalam memulakan, mengurus atau melaksanakan masyarakat di Poland dalam menentukan prestasi peranan
perubahan manakala Rimal (2018) pula menganggap ejen wartawan. Mereka menggunakan enam model peranan
perubahan sebagai seseorang yang membantu yang dikemukakan oleh Mellado dan Lagos (2014) iaitu
melaksanakan satu bentuk perubahan sosial atau inovasi Disseminator – Interventionist Model, Watchdog Model,
terancang. Bagi Nnebedum (2019) pula, ejen perubahan Loyal-facilitator Model, Service journalism Model,
adalah seorang yang boleh bekerja dengan individu lain, Infotainment Model dan Civic oriented journalism Model
kumpulan dan ahli masyarakat dengan tujuan untuk mengukur setiap peranan wartawan yang
meningkatkan kualiti hidup. bersesuaian dengan konteks masyarakat dan persepsi
Menurut Jasmin, Azizan dan Azahari (2013), wartawan terhadap peranan mereka. Penentuan dimensi
ejen perubahan menjalankan fungsi pelbagai dan menggunakan kaedah tersebut adalah sama dengan
bertindak sebagai penghubung antara kerajaan dan kaedah yang digunakan Chung, Helmy dan Cheah (2017).
masyarakat. Ejen perubahan yang berkesan pula mampu
melaksanakan tanggung jawab sebagai pemangkin Guru Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin
perubahan, penyelesai masalah, penghubung sumber dan Perubahan
pembantu proses. Pemangkin perubahan menurut Rahim
(2011, p.78) ialah seseorang yang secara ketara
menyebabkan sesuatu perubahan berlaku untuk Di Malaysia, penglibatan golongan agamawan
kepentingan komuniti dan mempunyai ciri-ciri seperti sebagai ejen perubahan masyarakat telah lama berlaku.
mempunyai pengetahuan teknikal terkini, selalu Wall dan Callister (1999) menyatakan bahawa selain
berinteraksi sama ada dalam situasi formal atau tidak menjadi pemimpin, golongan agamawan khususnya imam
formal, mempunyai sikap positif terhadap pekerjaan dan juga berperanan sebagai pemangkin perubahan dalam
organisasi serta mampu mempamerkan imej positif. kalangan masyarakat Melayu dengan bertindak sebagai
pengantara dalam menyelesaikan hal ehwal kekeluargaan
selain pertelingkahan hal agama. Ini disebabkan oleh
Konsep Prestasi Peranan tuntutan masyarakat Melayu pada masa itu yang
mengharapkan pemimpin yang berpengetahuan,
Peranan merupakan fungsi utama yang berpengalaman dalam kepimpinan, memiliki kualiti
merangkumi kecekapan dan output yang boleh dihasilkan personaliti agama, alim, mengamalkan adat dan rukun
seseorang bagi mencapai objektif dengan melaksanakan Melayu, aktif dalam aktiviti setempat dan menguasai ilmu
sesuatu pekerjaan dengan cekap dan fleksibel (McLagan, pengetahuan selain bidang agama (Rogers, 1975).
1989). Selain itu, peranan juga merupakan tindakan Kemampuan golongan agamawan dalam mempengaruhi
seseorang untuk memenuhi objektif organisasi, struktur masyarakat dalam kajian lepas menunjukkan keunggulan
dan proses (Armstrong, 2003) selain satu set norma, nilai

27
Maziahtusima et al, Sains Insani 2021, Volume 06 No 1: 25-34

ciri sebagai ejen perubahan meskipun tidak disebutkan merentasi pelbagai dimensi ilmu. Dapatan kajian oleh
secara jelas dalam kalangan masyarakat pada ketika itu. Celone et al. (2016) berkaitan intervensi perubahan
Kini, keperluan guru untuk bertindak sebagai tingkah laku menunjukkan guru madrasah telah berjaya
pemangkin perubahan boleh dilihat menerusi Kerangka memainkan peranan sebagai pemangkin perubahan dalam
konsep Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan iaitu program kesihatan komuniti bagi membasmi penyakit
dalam dokumen Standard Guru Malaysia (SGM). SGM schistosomiasis di Zanzibar. Guru madrasah menganggap
mempamerkan tiga domain ke arah melahirkan guru yang diri mereka sebagai sumber dan rujukan kepada
unggul iaitu domain diri, profesion dan sosial yang masyarakat.
bertunjangkan paksi ketuhanan, kenegaraan dan Guru agama juga mampu menjadi ejen
kemasyarakatan (KPM, 2016). Domain sosial perubahan sosial yang sangat berkesan melalui
mengandungi lima nilai utama iaitu 1) keharmonian; 2) penglibatan dalam kempen kesihatan kekeluargaan (Freij,
kemahiran sosial; 3) semangat bermasyarakat; 4) 2009). Penglibatan guru agama telah berjaya mengubah
patriotisme dan 5) kecintaan terhadap alam sekitar. pandangan masyarakat untuk memberi sokongan kepada
Meskipun tidak dinyatakan secara eksplisit kepentingan program perancangan keluarga dan kesihatan reproduktif
peranan guru dalam konteks sosial masyarakat, domain kerana kredibiliti golongan ini telah meningkatkan nilai
sosial memberi justifikasi yang jelas keperluan guru untuk maklumat yang diberikan serta dapat mempengaruhi
terlibat dalam agenda memperkasa aspek sosial sikap menerima atau menolak kepada sesuatu idea atau
masyarakat seperti politik untuk perpaduan antara kaum praktis. Dapatan kajian oleh A. Halai dan N. Durrani
(Hie et al., 2018). (2017) di Pakistan juga menunjukkan guru agama berjaya
Peranan guru dalam memantapkan nilai memainkan peranan sebagai ejen keamanan yang
keharmonian merujuk kepada kemampuan guru untuk mengubah perpaduan sosial dan mengurangkan
melakukan pelbagai aktiviti dengan semua peringkat ketaksamaan dalam pendidikan. Pergolakan dalam
masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Nilai masyarakat Islam dan bukan Islam di Pakistan telah
kemahiran sosial pula menuntut guru untuk meletakkan guru sebagai orang tengah yang berperanan
mempamerkan kemahiran berkomunikasi dengan semua menyelesaikan konflik menggunakan medium
peringkat masyarakat, berupaya mengawal emosi dan pendidikan. Ketiga-tiga kajian menguatkan andaian
bijak memilih rakan. Bagi nilai semangat bahawa guru mampu bertindak sebagai ejen perubahan
kemasyarakatan, guru disyorkan untuk melibatkan diri dengan menggunakan kedudukan dan fungsi guru dalam
secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, memberi menyelesaikan isu sosial dalam masyarakat.
khidmat kepada masyarakat dan mempamerkan semangat Penglibatan GPI dalam aktiviti kemasyarakatan
pemuafakatan yang tinggi. Bagi nilai patriotisme, guru menurut Kamarul Azmi (2010) adalah bersesuaian
dituntut untuk menonjolkan semangat kecintaan yang dengan ciri seorang murabbi atau pemangkin perubahan
tinggi kepada negara dengan memberi sokongan padu (catalyst) yang membangunkan akhlak, bukan hanya
kepada aktiviti yang mengukuhkan semangat patriotisme. sebagai penyampai ilmu (mu’allim). Perubahan dalam era
Nilai kecintaan terhadap alam sekitar pula globalisasi seperti kemunculan Revolusi Industri 4.0 (IR
mengesyorkan guru agar mengutamakan penjagaan alam 4.0) juga membuktikan keperluan untuk GPI memainkan
sekitar dan sentiasa cakna tentang isu pemeliharaan alam peranan sebagai pemangkin perubahan dengan membantu
sekitar (Noraziah & Latipah, 2010; Jumardin La Fua, masyarakat menempuh cabaran melalui aspek
Ratna Umi Nurlila, Fahmi Gunawan, & Ismail Suwardi, penghayatan agama (Adam, Mohd Hilmi & Taufiq,
2018; Muhardi, Nurdin & Irfani, 2020). Nilai murni ini 2019). GPI perlu ada ciri-ciri guru inovatif (Asmawati,
sejajar dengan pandangan Islam tentang kepentingan Abd. Muhsin, Syaza & Azreen Effendy, 2015) dengan
memelihara alam sekitar sebagai salah satu lambang sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan
ketamadunan manusia (Halizah, 2019) selain berkait rapat melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi moden
dengan falsafah ekologi menurut perspektif Islam yang kerana fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan
mampu membangunkan domain spiritual insan (Wan diiktiraf oleh masyarakat sebagai ejen perubahan.
Nornajmiwati & Asri, 2019) dan lambang kepada
pencapaian aspek kesejahteraan hidup (M. Ma’ruf, 2019;
Razali, 2014). Kesemua nilai yang ditegaskan dalam Metodologi
Standard 1 ini membuktikan bahawa peranan guru tidak
terbatas kepada penglibatan dalam hal-hal di sekolah
tetapi merentasi keperluan dan kehendak dalam
Reka Bentuk Kajian
masyarakat.
Bagi GPI, peranan sebagai pemangkin Kajian yang dijalankan ini adalah merupakan
perubahan dalam masyarakat bukan sahaja dapat kajian kuantitatif. Maklumat kajian dikumpul
dilaksanakan melalui pendekatan keagamaan, bahkan menggunakan kaedah tinjauan keratan rentas berdasarkan

28
Maziahtusima et al, Sains Insani 2021, Volume 06 No 1: 25-34

soal selidik yang dijawab oleh responden. Dalam kaedah Kajian ini menggunakan data primer. Data-data
tinjauan rentas ini, pengkaji memungut data pada satu titik yang diperoleh dianalisis menggunakan SPSS versi 23.0.
masa tertentu daripada sampel populasi yang telah Statistik deskriptif digunakan untuk membuat huraian
ditentukan (Noraini, 2010). Kaedah ini membantu secara menyeluruh mengenai demografi sampel kajian
mendapatkan banyak maklumat pada satu-satu waktu, seperti jantina, umur, tempoh perkhidmatan, bilangan
menjimatkan kos, perbelanjaan yang rendah dan mudah waktu pengajaran, status tauliah mengajar, status tauliah
dikendalikan (Creswell, 2012). sebagai penceramah/pengajar agama, kelayakan ikhtisas,
bidang pengkhususan serta kelayakan akademik tertinggi
Populasi Kajian responden. Kajian ini menggunakan kekerapan dan
peratus untuk menerangkan demografi sampel. Tahap
Melalui data statistik yang diperolehi, populasi prestasi GPI sebagai pemangkin perubahan ditentukan
kajian adalah 3681 orang guru di 586 buah sekolah agama menggunakan garis panduan tahap skor min yang
swasta di seluruh negeri Selangor. Sekolah agama swasta dikemukakan oleh Muhammad, Ismail, Wan, Mohd. dan
yang dikaji dalam kajian ini pula hanya melibatkan Zawiah (2013) seperti dalam jadual 1 di bawah.
sekolah rendah agama swasta, sekolah menengah agama
swasta serta sekolah tahfiz swasta rendah dan menengah.
Kajian ini tidak mengambil kira GPI yang berada di tadika Jadual 1. Garis Panduan Bagi Skor Min
Skor Min Tafsiran Skor Min
agama swasta dan sekolah pondok atau madrasah. Kajian
ini melibatkan GPI sekolah agama swasta di negeri 1.00 hingga 4.00 Rendah
Selangor sahaja memandangkan bilangan sekolah agama 4.01 hingga 7.00 Sederhana
swasta di Selangor meliputi hampir 59% daripada 7.01 hingga 10.00 Tinggi
bilangan sekolah agama swasta keseluruhan yang terdapat Sumber: Muhammad et al. (2013)
di Malaysia. Sekolah yang dipilih merupakan sekolah
yang berdaftar dan mempunyai rekod lengkap maklumat Dapatan
sekolah dan bilangan guru seperti dalam Portal Maklumat
Pendidikan Islam (SIMPENI), JAKIM. Pemerolehan
maklumat sekolah dan guru sekolah adalah dengan Profil Responden
bantuan daripada pegawai di Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kajian ini melibatkan 320 orang guru
Pendidikan Islam (GPI) di sekolah agama swasta di negeri
Kaedah Persampelan & Saiz Sampel Selangor. Seramai 104 orang (32.5%) adalah dari
kalangan guru lelaki manakala 216 orang (67.5%) adalah
Sampel dalam kajian ini ditentukan guru perempuan. Majoriti iaitu 216 orang (67.5%) GPI
menggunakan teknik persampelan rawak berstrata berumur di bawah 30 tahun, 73 orang (22.8%) berumur
berkadar disebabkan bilangan GPI dalam kajian ini antara 31 hingga 45 tahun manakala 10 orang (3.1%)
berbeza mengikut daerah dan jenis sekolah agama yang berumur lebih 45 tahun. 21 orang (6.6%) responden tidak
dikaji. Selain itu, bilangan GPI perempuan lebih ramai menjawab soalan tentang umur mereka. Umur minima
berbanding GPI lelaki (mengikut data pada tarikh analisis responden pula ialah 18 tahun manakala umur maksima
data dilakukan). Berdasarkan jadual Cohen et al. (2001) ialah 69 tahun. Selanjutnya, 71 orang (22.2%) GPI
dengan saiz populasi seramai 3681 orang, maka saiz berkhidmat di Sekolah Rendah Islam (SRI), 120 orang
sampel minimum yang diperlukan adalah antara 346 (37.5%) di Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRITI), 35
hingga 357. orang (10.9%) di Sekolah Menengah Islam (SMI), 92
orang (28.8%) berkhidmat di Tahfiz manakala 2 orang
Instrumen Kajian (0.6%) tidak menjawab. 269 orang (84.1%) menyatakan
tempoh mengajar mereka kurang daripada 10 tahun, 32
orang (10.0%) pula telah mengajar antara 11 hingga 25
Kajian ini menggunakan borang soal selidik tahun sementara hanya 3 orang (0.0%) telah berkhidmat
sebagai instrumen untuk mengumpul data yang melebihi 25 tahun. 16 orang (5.0%) tidak memberi respon
diperlukan. Terdapat 8 item yang dibina bagi mengukur kepada soalan ini.
peranan GPI sebagai pemangkin perubahan. Nilai
kebolehpercayaan instrumen bagi peranan sebagai
pemangkin perubahan adalah .923. Analisis Skor Min, Sisihan Piawai, Kekerapan,
Peratusan dan Tahap Prestasi GPI Sebagai
Prosedur Analisis Data Pemangkin Perubahan

29
Maziahtusima et al, Sains Insani 2021, Volume 06 No 1: 25-34

Analisis data mendapati skor min bagi dimensi (Ragasa et al., 2015). Kegagalan ejen untuk menunjukkan
peranan GPI sebagai pemangkin perubahan masyarakat prestasi yang baik kemungkinan disebabkan oleh faktor
ialah 5.865 dengan sisihan piawai 2.246. Analisis ketiadaan polisi yang jelas, tahap kompetensi yang rendah
terperinci mendapati 68 orang (21.3%) menunjukkan selain kekurangan motivasi ekstrinsik seperti
tahap peranan sebagai pemangkin perubahan adalah pada penghargaan. Terdapat kemungkinan prestasi GPI sebagai
tahap rendah, 150 orang (46.9%) pada tahap sederhana pemangkin perubahan masyarakat berada pada tahap
manakala 102 orang (31.9%) pada tahap tinggi. sederhana kerana kurangnya latihan secara formal untuk
menyampaikan dakwah serta ilmu kepada golongan
Perbincangan sasaran walaupun dalam kajian ini tahap pembelajaran
berterusan sama ada secara individu mahupun
Keputusan kajian mendapati tahap prestasi berkumpulan adalah tinggi.
peranan GPI sebagai pemangkin perubahan masyarakat Namun begitu, Hoyle (1969) menyimpulkan
adalah sederhana (Min=5.865, SP=2.246). Dapatan ini peranan guru sebagai ejen perubahan adalah peranan
selari dengan kajian Azrina (2012) yang mendapati informal yang biasanya tidak dapat dikenalpasti dengan
peranan golongan agamawan di Malaysia sebagai ejen mudah. Ini disebabkan oleh peranan informal seorang
perubahan masyarakat khususnya dalam aktiviti guru adalah berbeza mengikut jenis sekolah, tahap
kemasyarakatan adalah memuaskan tetapi masih perlu penerimaan masyarakat serta jangkaan masyarakat
ditambah baik. Selain itu, dapatan kajian Noornajihan terhadap seorang guru meskipun guru dianggap
(2014) juga menunjukkan GPI masih kurang merupakan pihak yang bertanggung jawab dan
menyumbang dalam aktiviti kemasyarakatan meskipun merupakan watak utama yang membawa perubahan yang
dimensi kualiti GPI yang lain seperti penguasaan ilmu besar dalam komuniti pendidikan dan masyarakat (Bourn,
agama dan pengamalan ilmu agama menunjukkan tahap 2015).
yang cemerlang.
Tahap prestasi peranan GPI sebagai pemangkin Penutup
perubahan masyarakat yang sederhana dalam kajian ini
juga menimbulkan persoalan tentang kemampuan GPI
Penerokaan konsep baru guru sebagai
bertindak sebagai ejen sosialisasi sedangkan van
pemangkin perubahan masyarakat dalam konteks
Ommering (2017) berpendapat seorang guru haruslah
pendidikan tidak formal yang dikemukakan dalam kajian
bertindak sebagai pemangkin perubahan dalam sebuah
ini diharapkan dapat memperkasa fungsi dan peranan GPI
masyarakat yang penuh dengan konflik dengan
dalam masyarakat. GPI mampu berperanan sebagai
memainkan peranan yang pelbagai antaranya sebagai
pemangkin perubahan dalam spektrum pendidikan yang
pembawa damai (peacebuilder), pendukung kualiti
lebih luas dengan memindahkan ilmu pengetahuan sedia
pendidikan, ejen sosialisasi dan pemangkin perubahan
ada mereka menerusi kaedah fasilitasi yang tidak formal
kepada isu-isu berkaitan politik. Di samping itu, Masheko
kepada anggota masyarakat (klien). Kemampuan GPI
et al. (2016) juga berpandangan keberhasilan seorang
untuk bertindak sebagai pemangkin perubahan juga selari
guru bertindak sebagai ejen perubahan dalam masyarakat
dengan aspirasi yang terkanduung dalam Falsafah
bergantung kepada tahap penglibatan mereka dalam
Pendidikan Islam di mana matlamatnya adalah untuk
sesuatu isu berbangkit.
membangunkan masyarakat madani yang mendukung
Prestasi sederhana GPI sebagai pemangkin
nilai keagamaan ke arah membina negara bangsa yang
perubahan masyarakat juga berkemungkinan didorong
diharapkan. Kajian ini penting kepada pembuat polisi dan
oleh pertindihan peranan sebagai guru dan persepsi
dasar berkaitan pembangunan kesejahteraan masyarakat
mereka tentang kemampuan untuk bertindak sebagai ejen
supaya pelan tindakan yang wajar dan terbaik dapat
perubahan masyarakat. Sikap ragu-ragu dan
dibangunkan dengan mengambilkira bagaimana peranan
ketidakpastian golongan agamawan untuk mengintegrasi
GPI sebagai pemangkin perubahan dalam masyarakat
agama dalam bidang lain juga memberi kesan kepada
dapat dioptimumkan.
prestasi mereka sebagai ejen perubahan (Hitzhusen,
2006). Selain daripada itu, perbezaan persepsi dengan
pihak lain (Gardner, 2002) dan pertentangan sikap
sebenar golongan agamawan dengan prinsip keagamaan Rujukan
yang memandang tinggi nilai etika dan moral baik juga
menjadi punca golongan ini kurang berkesan sebagai ejen A. Halai, & N. Durrani. (2019). Dynamics of gender
perubahan masyarakat (Bhagwat, Ormsby & Rutte, justice, conflict and social cohesion: Analysing
2001). educational reforms in Pakistan. International
Prestasi peranan ejen perubahan masyarakat juga Journal of Educational Development, 61, 27-39.
dikaitkan dengan motivasi seseorang untuk bekerja

30
Maziahtusima et al, Sains Insani 2021, Volume 06 No 1: 25-34

https://www.sciencedirect.com/science/article/p intervention to eliminate urogenital


ii/S0738059317303851 schistosomiasis in Zanzibar. Acta Tropica, 163,
142–148.
Abdullah, H., & Ainon, M. (2006). Kemahiran https://doi.org/10.1016/j.actatropica.2016.08.00
interpersonal untuk guru. PTS Publisher. 4

Alagoz, E., Chih, M. Y., Hitchcock, M., Brown, R., & Cerf, M., Guillot, M. N., & Olry, P. (2011) Acting as a
Quanbeck, A. (2018). The use of external change change agent in supporting sustainable
agents to promote quality improvement and agriculture: How to cope with new professional
organisational change in healthcare situations? The Journal of Agricultural
organisations: a systematic review. BMC Health Education and Extension, 17(1), 7-19.
Services Research, 18(1), 42. https://doi: 10.1080/1389224X.2011.536340
https://doi:10.1186/s12913-018-2856-9
Cohen, L., Manion, L. and Morrison. Keith.
Anaeto F. C., Asiabaka C. C., Nnadi F. N, Ajaero J. O, (2001). Research methods in
Aja O. O., Ugwoke F. O., Ukpongson M.U., & education (6th Edition). London and New York:
Onweagba, A. E. (2012). The role of extension Routledge.
officers and extension services in the
development of agriculture in Nigeria. Coombs, P. (1976). Non-formal education: Myths,
Wudpecker Journal of Agricultural Research, realities, and opportunities. Comparative
1(6), 180 – 185. Education Review, 20(3), 281-293. Dicapai
melalui http://www.jstor.org/stable/1187481
Asmadi, A. R., & Ramlan, M. (2020). Cabaran
pelaksanaan dakwah terhadap masyarakat Orang Creswell, J. W. (2012). Educational research: Planning,
Asli oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam conducting and evaluating quantitative and
Melayu Pahang. Jurnal Antarabangsa qualitative research-4th Edition (Fourth.).
Pengajian Islam (Islamiyyat), 42, 59-67. Boston, MA: Pearson Education, Inc.

Azrina, S. (2012). Involvement of religious leaders in Freij, L. S. (2009). Muslim religious leaders as partners in
environmental awareness and conservation fostering positive reproductive health and family
activities in Malaysia: A preliminary review. planning behaviors in Yemen: A Best Practice.
TAFHIM: IKIM Journal of Islam and the Laporan The Extending Service Delivery (ESD)
Contemporary World, 5(2012), 65–91. Project, USAID. Dicapai melalui
https://www.k4health.org/sites/default/files/ES
Bhagwat, S.A., Ormsby, A.A., & Rutte, C. (2011). The D_Legacy_Religious_Leaders_Yemen_Brief_6
role of religion in linking conservation and _24_10.pdf.
development: Challenges and
opportunities. Journal for the Study of Religion, Gardner, G. (2002). Invoking the spirit: Religion and
Nature and Culture, 5(1), 39–60. spirituality in the quest for sustainable world.
Kertas kerja dalam 7th Annual Conference Of
Bourn, D. (2015). Teachers as agents of social change. The International Environment Forum (pp. 11–
International Journal of Development Education 20). Orlando, Florida, USA.
and Global Learning, 7(3), 63–77.
http://discovery.ucl.ac.uk/1475774/1/5. Halizah, A. R. (2019, 19 September). Pembangunan
Bourn_Teachers as agents%5B1%5D.pdf lestari tangani isu alam sekitar. Berita Harian
Online.
Caldwell, R. (2003). Models of change agency: a fourfold https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/09
classification. British Journal of Management, /605010/pembangunan-lestari-tangani-isu-alam-
14(2), 131-142. https://doi.org/10.1111/1467- sekitar
8551.00270
Hie, Y.H., Ku Hasnita, K.S., Zatul Himmah, A., Mohd
Celone, M., Person, B., Ali, S. M., Lyimo, J. H., Daud, A. & Adlina, A.H. (2018). Peranan Guru
Mohammed, U. A., Khamis, A. N. Knopp, S. Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk
(2016). Increasing the reach: Involving local Perpaduan Kaum di Sekolah. Akademika 88(2),
Muslim religious teachers in a behavioral

31
Maziahtusima et al, Sains Insani 2021, Volume 06 No 1: 25-34

95-108. https://doi.org/10.17576/akad-2018- strengthening malay identity. Journal of Applied


8802-07. Sciences Research, 8(8), 4322-4327.

Hitzhusen, G.E. (2006). Religion and environmental Lunenburg, F.C. (2010). Managing change: The role of
education: Building on common ground. the change agent. International Journal of
Canadian Journal of Environmental Education, Management, Business, And Administration,
11(1), 9-25. 13(1), 1-6. Dicapai melalui
https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ881792.pdf https://naaee.org/sites/default/files/lunenburg_fr
ed_c._managing_change_the_role_of_change_a
Hoyle, E. (1969). The role of the teacher. London: gent_ijmba_v13_n1_2010.pdf
Routledge & Kegan Paul.
M. Ma’ruf. (2019). Konsep mewujudkan keseimbangan
Ibrahim Majdi, M.K., & Mariam, A.M. (2017). Analisis hidup manusia dalam sistem pendidikan Islam.
kritikal perkembangan intelektual muslim di Jurnal Al-Makrifat, 4(2).
Malaysia pasca merdeka (1960-1990) terhadap https://core.ac.uk/download/pdf/234800681.pdf
kebangkitan Islam di Malaysia. Jurnal
Pengajian Islam, 10(II), 88-110. M. Mahruf, C. S., & Andrew, J. H. (2018). The relevance
of formal and non-formal primary education in
Jasmin, A.S., Azizan, A., & Azahari, I. (2013). Roles of relation to health, well-being and environmental
extension agents towards agricultural practice in awareness: Bangladeshi pupils' perspectives in
Malaysia. International Journal on Advanced the rural contexts. International Journal of
Science, Engineering and Information Qualitative Studies on Health and Well-being,
Technology, 3(1), 59. 13(1), 1-9. https://doi:
https://doi.org/10.18517/ijaseit.3.1.278 10.1080/17482631.2018.1554022

Jumardin La Fua, Ratna Umi Nurlila, Fahmi Gunawan, & Ma Razhanlaily, A.R., & Salasiah Hanin, H. (2017).
Ismail Suardi. (2018). Islamic Education on Faktor zina dan kesannya dalam kehidupan
Formation of Environmental Awareness in remaja. Jurnal Sains Insani, 2(2), 1-10.
Pondok Pesantren Indonesia. IOP Conference
Series: Earth and Environmental Science, 156. Maimun Aqsha, L., Sabariah, S., & Mohd Sham, K.
https://iopscience.iop.org/journal/1755-1315 (2016). Peranan guru pendidikan Islam dalam
Kamarul Azmi, J. (2010). Guru cemerlang pendidikan inovasi pengajaran: Cabaran pasca moden.
Islam sekolah menengah di Malaysia: Satu Dalam M.S., Mohd Farid & S., Noor Hartini
kajian kes (Tesis Doktor Falsafah). Bangi: (Eds), Guru cemerlang pendidikan Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia. persediaan dan cabaran (pp.137-158). Kuala
Lumpur: Penerbit IKIM.
Kamiz Uddin, A.A., & Mohammad Aman, U.M. (2006).
Informal Islamic education and its role in human Masheko, C., Chic, A, Dema, T., Mosweu, T. Thekiso, T.
resource development in society: A theoretical & Mimolai, S. (2016). The involvement of
evaluation. IIUC Studies, 3(December), 83-92. religious communities in the teaching of multi-
faith syllabus in Botswana Junior Secondary
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2016). Schools. Advances in Social Sciences Research
Dokumen awal pelan induk pembangunan Journal, 3(13), 119-128.
profesionalisme keguruan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Mashitah, S. (2013, Jun). Islam dan transformasi sosial
Pendidikan Malaysia. masyarakat Melayu Malaysia: Suatu kajian
https://www.moe.gov.my/index.php/menumedi eksploratori. Proceeding of The International
a/media-cetak/penerbitan/1249-dokumen-awal- Conference on Social Science Research
pelan-induk-pembangunan-profesionalisme- (ICSSR), 778-800.
keguruan/file
Masyhurah, M.R., Harun, B., Maimun Aqsha, L., & Siti
Latifah, A.M., Haziyah, H., Ahmad Munawar, I., Zakaria, Aisyah, R. (2015, Jun). Institusi pondok dalam
S., Mohd. Arif, N., Sabri, M., ... Faisal, A.S. sistem pendidikan Islam di Malaysia. Kertas
(2012). The contribution of Islamic education in kerja Proceeding The 7th International
Workshop and Conference Of Asean Studies On

32
Maziahtusima et al, Sains Insani 2021, Volume 06 No 1: 25-34

Islamic And Arabic Education And Civilization Sciences, 10(3), 83.


(Poltan-Ukm-Polimed), Bangi: Universiti https://www.mcser.org/journal/index.php/mjss/a
Kebangsaan Malaysia. rticle/view/10424.

Mohd Roslan, M.N., & Wan Mohd Tarmizi, W.O. (2011). Noraini, I. (2010). Pensampelan. Kuala Lumpur:
Sejarah dan perkembangan pendidikan Islam di McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Malaysia. Jurnal At-Ta’dib, 6(1), 59-78.
Noraziah, M.Y., & Latipah, S. (2010). Pendidikan alam
Muhamad Zahiri, A.M., Nik Ahmad Hisham, I., Arifin, sekitar dalam pendidikan islam: Peranan guru.
M., Md Yusnan, Y., Mujaini, T., Md. Noor, H., Proceedings of The 4th International
& Noor Akmal, A.W. (2012). Kajian tahap Conference on Teacher Education (pp. 839-
profesionalisme guru agama di sekolah rendah 851). Join Conference UPI & UPSI Bandung,
agama kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor. Indonesia, 8-10 November 2010.
Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Pengajian http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UP
Islam, 1(Februari), 36-73. I-
UPSI/2010/Book_5/PENDIDIKAN_ALAM_S
Muhammad, S. A. Y., Ismail, M., Wan, S. W. A., Mohd, EKITAR_DALAM_PENDIDIKAN_ISLAM-
N. I., & Zawiah, S. (2013). Peranan faktor PERANAN_GURU.PDF
linguistik dan kognitif terhadap kefahaman
bacaan teks kesusasteraan Arab. Dalam Tema 1: Pugh, L. B., Bahn, S., & Gakere, E. (2013). Managers as
Bahasa dan Pendidikan (pp. 45–47). Kuala change agents. Journal of Organizational
Terengganu: Persatuan Pengajian Siswazah Change Management, 26(4), 748-764.
UniSZA. https://doi.org/10.1108/JOCM-Feb-2011-0014

Muhamad Suhaimi, T., & Mohd Yusof, A. (2014). Impak Ragasa, C., Ulimwengu, J., Randriamamonjy, J., &
pengajaran dan bimbingan guru Pendidikan Badibanga, T. (2015). Factors Affecting
Islam terhadap motivasi dan pembelajaran Performance of Agricultural Extension:
terarah kendiri pelajar. Jurnal Pemikir Evidence from Democratic Republic of Congo.
Pendidikan, 5, 1-17. The Journal of Agricultural Education, 22(2),
Muhardi, M, Nurdin, N, & Irfani, A. (2020). The role of 113-143.
knowledge-based ecological pesantren in https://doi.org/10.1080/1389224X.2015.102636
environmental conservation. IOP Conf. Series: 3
Journal of Physics: Conf. Series 1469 (2020) Rahim, M.S. (2011). Melaksanakan program
012126. doi:10.1088/1742-6596/1469/1/012126 pembangunan komuniti menggunakan
pendekatan pendidikan pengembangan. Dalam
Nnebedum, C. (2019). The value of integrating 21st Khadijah Alavi, Rahim Md Sail, & Nurul Akhtar
century skills into the enterprise of teaching Kamarudin (Eds), Pembangunan komuniti
Sociology. Academic Journal Of membina keupayaan & potensi masyarakat (pp.
Interdisciplinary Studies, 8(1), 37-44. Dicapai 67-80). Serdang: Penerbit Universiti Putra
melalui Malaysia.
https://www.mcser.org/journal/index.php/ajis/ar
ticle/view/10407/10036 Razali, K. (2014). Dakwah kepada muallaf orang asli:
Tanggungjawab dan peranan PERKIM Pahang.
Noornajihan, J. (2014). Pengaruh efikasi kendiri dan https://www.researchgate.net. 1-14.
faktor persekitaran terhadap kualiti guru
Pendidikan Islam sekolah menengah Rimal, K. (2018). Teacher: An important but less
kebangsaan. [Tesis Ph.D, Fakulti Pendidikan, rcognized actor of school curriculum
Universiti Kebangsaan Malaysia]. development in Nepal. Dhaulagiri Journal of
Sociology and Anthropology, 12, 66-71.
Noornajihan, J., Nurul Asiah Fasehah, M., Ab. Halim, T.,
Azhar, A., Nur Hanani, H., Mohd Khamal, M.D., Rogers, M. (1975). Patterns of leadership in a rural malay
& Maziahtusima, I. (2019). The significant community. Asian Survey, 15(5), 407-421.
correlation between self efficacy and the role of https://doi:10.2307/2643254
Islamic Education Teachers as a society change
agent. Mediterranean Journal of Social

33
Maziahtusima et al, Sains Insani 2021, Volume 06 No 1: 25-34

Rosnani, H. (2004). Educational dualism in Malaysia. Wall, J. A., & Callister, R. R. (1999). Malaysian
Kuala Lumpur: The Other Press. Community Mediation. Journal of Conflict
Resolution, 43(3), 343–365.
Shuhadak, M., & Ibnor Azli, I. (2014). Perlaksanaan https://doi.org/10.1177/0022002799043003004
program takmir sebagai medium pengimarahan
masjid di Negeri Sembilan. Al-Hikmah, 6 (2), Wan Nornajmiwati, W. A.R., Zaharah, H., & Asri, M. S.
53-64. (2019). Penggunaan laman web ekologi spiritual
(ES) untuk meningkatkan kefahaman pelajar
Siti Aishah, Y., & Sidar, N. (2016). Tahap penghayatan berhubung konsep ekologi spiritual dalam
agama dalam kalangan remaja hamil tanpa pendidikan Islam. Kertas kerja Seminar
nikah. Jurnal Sains Sosial, 1(2016), 17-35. Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2019
http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JSS eISBN 978-967-2122-77-7.
/article/download/49/41
Zakaria, S., Noranizah, Y., & Abdul Fatah, S. (2012).
Solahuddin, I., Mohd Sobri, D., & Zaheruddin, O. (2014, Pendidikan menurut al-Quran dan sunnah serta
20-21 November). Pola sistem pendidikan Islam peranannya dalam memperkasakan tamadun
di Malaysia:Agenda pendidikan insan sepanjang ummah. Jurnal Hadhari, Special Edition, 7-22.
hayat. Kertas kerja 3rd Lifelong Learning
International Conference 2014. Hotel
Promenade Kota Kinabalu, Sabah.

Strong, R., & Irani, T. The relationship of future


agricultural extension educators' cognitive styles
and change strategies for adult learners. Journal
of Extension, 49(2), 1-6.
https://www.joe.org/joe/2011april/rb2.php

Syarul Azman, S., Muhammad Yusuf Marlon, A.,


Sahlawati, A.B., & Siti Khaulah, M.H. (2018,
18-19 September). Persepsi masyarakat non-
muslim terhadap dakwah Islam di Malaysia.
Kertas kerja 4th International Conference On
Islamiyyat Studies.
http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/epr
oceeding/2018/1085-irsyad-2018.pdf

Tampubolon, M. (2007). Non-formal education and its


role in establishing a democratic culture within
Indonesian heterogeneous society. Jurnal
Teknologi, 38(6), 93-108.

Van Ommering, E. (2017). Teaching on the frontline: The


confines of teachers' contributions to conflict
transformation in Lebanon. Teaching and
Teacher Education, 67, 104-113.
https://doi.org/10.1016/j.tate.2017.06.002

Van Poeck, K., Læssøe, J., & Block, T. (2017). An


exploration of sustainability change agents as
facilitators of non-formal learning: mapping a
moving and intertwined landscape. Ecology and
Society 22(2), 33. https://doi.org/10.5751/ES-
09308-220233

34

You might also like