Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

APBU 01 – PEMBENIHAN DAN PENGURUSAN HATCERI UDANG MARIN

Melalui kursus ini pelatih diberi pendedahan secara teori dan amali mengenai teknik-teknik
pembenihan Udang Harimau (Penaeus monodon) serta lawatan ke hatceri-hatceri udang marin.
Kandungan kursus merangkumi pengenalan biologi udang marin, pemilihan dan reka bentuk
tapak projek, pengurusan ternakan, pengurusan dan kawalan penyakit udang, kaedah
pengurusan dan pengutipan hasil, penyelenggaraan peralatan ladang, pengurusan makanan
dan pengenalan teknologi terkini ternakan. Latihan amali pula termasuk pengajaran mengenai
pemilihan tapak projek, pensampelan dan penentuan kadar pemberian makanan, penggredan
dan pengendalian hasil serta pengesanan dan pengurusan kejadian penyakit ternakan.

APBI 04 – ASUHAN BENIH IKAN MARIN DALAM TANGKI

Kursus memberikan pengetahuan secara teori dan praktikal mengenai kaedah asuhan benih
ikan marin dalam tangki gentian kaca atau konkrit sehingga saiz 4 inci. Peserta kursus akan
didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam teknik asuhan dalam tangki terutamanya
kaedah pengurusan pengendalian ikan, penggredan, pemberian makanan rumusan, sistem
kitaran air, kualiti air optimum, pengurusan kesihatan ikan serta kaedah pelupusan ikan-ikan
yang dijangkiti penyakit.

APBI 05 – TEKNIK PEMBENIHAN IKAN MARIN

Kursus adalah untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal dalam teknik asuhan
benih ikan laut yang merangkumi status dan potensi industri pengeluaran benih ikan,
rekabentuk dan pembinaan tangki asuhan, pengurusan benih dan teknik pengredan,
penyediaan keperluan makanan dan benih serta pengurusan kesihatan benih yang diberikan
dalam kursus ini diharapkan dapat membantu meningkatkan hasil pengeluaran benih ikan laut.

APBU 02 – PEMBENIHAN DAN PENGURUSAN HATCERI UDANG GALAH

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelatih meliputi pengenalan kepada sejarah
perkembangan industri, status industri di Malaysia, pengenalan kepada COP (Code of
Practice), dasar-dasar Jabatan Perikanan, teknik-teknik pembiakan secara tertutup dan terbuka,
biologi Udang Galah, taburan semulajadi, pemilihan tapak, reka bentuk dan pembinaan hatceri,
kemudahan dan peralatan hatceri, penyediaan air, makanan dan pemakanan larva/benih,
pengurusan dan penyelenggaraan induk, penetasan larva, pengurusan ternakan larva, kutipan
hasil, asuhan benih, pembungkusan dan pengangkutan benih, pengurusan dan
penyelenggaraan peralatan hatceri, rekod dan dokumentasi, ekonomi pembenihan, keperluan
dan peraturan perdagangan antarabangsa. Latihan dijalankan secara teori, amali dan lawatan
sambil belajar.

APBM 02 – PENGELUARAN BENIH SIPUT SUDU DALAM HATCERI

Dalam kursus ini, pelatih akan diberi latihan secara amali dan teori dalam pelbagai aspek
pembenihan dan ternakan siput sudu. Kandungan amali dan teori dalam kursus ini akan
meliputi pemilihan dan pengurusan induk siput sudu yang berkualiti, biologi pembiakan dan
kitaran hidup siput sudu, pengeluaran dan pengurusan benih atau larva siput sudu dalam tangki
di dalam hatceri, pengeluaran makanan hidup dan pemakanan larva siput sudu, penyediaan tali
pemungut benih siput sudu, asuhan benih siput sudu dalam hatceri dan sangkar ternakan,
pembesaran benih siput sudu di sangkar untuk pasaran, musuh-musuh siput sudu di
persekitaran semulajadi dan kawalannya, status penyakit siput sudu di Malaysia, pengurusan
dan penyelenggaraan peralatan, jadual, rekod dan dokumentasi catatan serta penyimpanan
rekod, ekonomi projek serta ciri-ciri usahawan yang berjaya.

APTI 05 – TEKNIK TERNAKAN IKAN MARIN (SANGKAR / TANGKI)

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelatih meliputi pengenalan kepada ternakan ikan laut
dalam sangkar dan tangki, pemilihan dan biologi spesies-spesies ternakan, pemilihan tapak,
reka bentuk sangkar/tangki, pembinaan sangkar/tamgki, keperluan kemudahan peralatan,
penyediaan sangkar/tangki, pengurusan benih, pengurusan ternakan, penuaian, pengendalian
dan penyelenggaraan peralatan, ekonomi ternakan sangkar/tangki, penyediaan kertas projek
dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Kursus ini dijalankan secara teori, amali dan lawatan
sambil belajar.

APTU 01 – TERNAKAN DAN PENGURUSAN UDANG MARIN DALAM KOLAM

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelatih secara teori, amali dan lawatan sambil belajar.
Penumpuan lebih kepada Udang Harimau (Penaeus monodon) yang mempunyai nilai
komersial. Kandungan kursus adalah meliputi industri penternakan udang laut, biologi dan
ekologi udang penaeid, ekonomi ternakan, pengenalan kepada ekosistem air payau, pemilihan
tapak, reka bentuk dan pembinaan kolam, penyediaan kolam untuk ternakan, penghasilan
benih, tebaran benih dan makanan serta pemakanan udang, pengurusan kualiti air pada pada
sistem kolam, pengurusan selepas tebaran, keperluan dan peraturan perdagangan
antarabangsa serta ciri-ciri usahawan yang berjaya.

APFI 04 – PENYEDIAAN MAKANAN RUMUSAN AKUAKULTUR MARIN

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelatih mengenai panduan penyediaan makanan
rumusan untuk ikan laut dan pengiraan formulasi makanan rumusan. Selain itu, ia juga
menekankan tentang cara pemprosesan makanan ikan laut dan potensi bahan-bahan ramuan
ini dalam ternakan ikan laut. Ia dijalankan secara teori, amali dan lawatan sambil belajar.
Adalah dengan ini diharapkan para peserta mendapat kemahiran dalam memproses makanan
ikan secara ‘home made’

APHI 01 – PENGURUSAN KESIHATAN IKAN MARIN

Kejadian penyakit dalam sistem ternakan dan hatceri boleh memberi kesan terhadap
penghasilan dan mengakibatkan kerugian. Dengan pengurusan kesihatan yang baik, penyakit
ikan dapat dicegah dan dikawal di peringkat awal. Kursus ini dijangka dapat memberi
pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dalam teknik pengurusan kesihatan ikan di mana
peserta diajar secara tori dan amali dalam cara penyiasatan kematian ikan dan penghantaran
sampel, mengenalpasti penyakit ikan dan kaedah rawatan, pengenalan kepada mutu air dan
jenis sistem ternakan serta penggunaan peralatan Hatch Kit dalam analisa mutu air.

You might also like